Erkkkk!!!

Blog ini masih mentah

Owwhhh!!

Blog ini masih suci

Ehem

Blog ini masih dalam alam lain

Arghh!

Blog ini masih masihi

Hehehe

Blog ini masih baru dalam bidang jualan

Showing posts with label mpsj. Show all posts
Showing posts with label mpsj. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

MANA OPEN TENDER?




Dulu bukan main kutuk kerajaan BN Selangor amal kronisme lah, ada ketirisan lah, tak amalkan open tender lah..

Sekarang macamana?




Blogger ikrarpemuda menulis:

"Kenapa Teresa Kok tak guna pegawai penilai dari MPSJ?? Nilai tanah juga berlainan dari nilai asal??Macamana tu? 

Kenapa Teresa Kok utamakan Sekolah Cina..manakala sekolah tamil di bawah kawasannya sendiri di abaikan?

Kenapa tidak gunakan open tender?? Dulu selalu kata kerajaan di bawah BN tak telus lah apa lah..sekarang? Macamana?"

Teresa Kok sebagai ADUN Kinrara harus menjawab persoalan ini..

Saturday, February 2, 2013

DAP SUDAH GOYANG DENGAN NAJIB?


Menurut sumber, habis banner ada gambar PM diturunkan di Puchong...apa kes?

Takot sangatkah Teresa Kok pada Dato Seri Najib sampai begitu sekali?? Terbukti DAP goyang dengan sokongan rakyat berbilang kaum kepada BN...mana taknya..PM kali ini rajin, selalu turun bawah bertemu rakyat, bantu rakyat...tarik banyak pelaburan ke dalam negara...Yang tak suka tu punyai hati yang busuk macam bangkai...yang busuk macam loji seperti Anwar Chinadoll tu jugak diorang suka..elok lah bangkai dengan loji...kena lah gayanya..

Wednesday, January 23, 2013

AHLI MAJLIS IKUT SUKA HATI MAK DIA?


Betol ke seorang ahli Majlis MPSJ telah menghalang penguatkuasa untuk roboh gerai haram di Puchong Jaya? Apa pasal dia mau halang? Ini macam kes salah guna kuasa je..Ahli Majlis yang dimaksudkan adalah Michael Tamil...adakah benar dia halang? Jeng..jeng..jeng..

Kitorang tak main la tulis-tulis je..ni gambor nye..



Haaa...macamana? Kalau bukan salah guna kuasa nak kata apa ni?

Friday, August 10, 2012

MPSJ SEMAKIN GILA??



MPSJ semakin gila dan menggila....Yang dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya Dato Asmawi Kasbi langsung tidak ada hati perut atau mungkin buta hati kerana menerima bulat bulat cadangan Penasihat Undang-Undang MPSJ, Puan Anita binti Abdul Jalil supaya dikenakan bayaran satu persen terhadap mana mana kontraktor yang berjaya mendapat kontrak pembersihan di MPSJ.

Tak ke gila dan tidak adil....bayaran ini dikenekan setelah mereka berjaya mendapat kontrak sedangkan semasa tander diisi syarat ini langsung tidak dinyatakan....

Dahlah harga yang diberikan sekarang dalam setiap satu projek terlalu rebdah berbanding harga dulu.....kontraktor ditekan sehingga keuntungan yang diperolehi terlalu minima...

Apakah YDP MPSJ Datuk Asmawi Kasbi dan Puan Anita sengaja suka suka mengenakan syarat ini atau "ada udang disebalik batu...." kerana kalau dihitung dari segi jumlah bayaran yang dikenakan pada setiap kontraktor boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit pada setiap bulan....

Sebagai contoh.....seorang kontraktor mendapat jumlah kontrak sebulan sebanyak RM 20 ribu...satu persen dicaj kepada nilai kontrak bulanan berkenaan bermakna kontraktor berkenaan harus membayar RM 200 sebulan. Bayangkan RM200 sebulan selama 24 bulan (jangkamasa setiap kontrak), bermakna kontraktor dikenakan bayaran sebanyak RM4,800 jumlah keseluruhannya.

Contoh ini hanya untuk satu kontraktor dengan nilai kontrak yang agak minima....cuba bayangkan pula kontraktor yang mendapat nilai kontrak yang agak besar sudah pasti bayaran yang dikenakan juga akan bertambah besar.

Paling memeranjatkan pula jumlah kontraktor yang mendapat kerja kerja di MPSJ tidak kurang dari 200 syarikat.....dengan jumlah yang sebegini banyak pastinya caj yang akan diperolehi oleh pihak MPSJ akan mencecah ratusan ribu ringgit malah sampai ketahap jutaan ringgit.

Arahan sebegini langsung tidak pernah berlaku di MPSJ....malah arahan ini langsung tidak pernah dilaksanakan di mana mana majlis perbandaran seperti Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, atau mana mana majlis perbandaran di Selangor....

Berbeza zaman Barisan Nasioanal memerintah dahulu....bayaran ini langsung tidak pernah ada...jika ada pun sebarang bayaran.....akan dinyatakan dalam borang tender semasa tender diisi sebagai langkah persiapan kepada kontraktor yg berjaya...

Kerajaan Negeri Selangor harus mengambil langkah mengatasi masalah ini....jangan iniaya rakyat...kalau nak membela rakyat buat betul betul dan jangan retorik....rakyat semakin pandai dan tahu bila diperbodohkan.... 

Wednesday, August 1, 2012

KENAPA PENIAGA SERI SERDANG DIKACAU?




kredit: Ikrar Pemuda

Sunday, July 29, 2012

APA DAH JADI DENGAN MPSJ?





Makin kalut......itulah gambaran yang dapat diluahkan terhadap arahan terbaru pihak pengurusan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), kepada kontraktor pembersihan yang mencari rezeki halal di MPSJ.....bukan untuk memudahkan malah menjerat nasib kontraktor bumiputera.

Manakan tidak....setelah berjaya memenangi kontrak pembersihan pihak MPSJ mengenakan pelbagai syarat sebelum kontraktor memulakan tugas mereka sebagai kontraktor pembersihan.


Kalau syarat yg dikenakan itu berkaitan dengan hal hal pelaksanaan kerja tak apalah juga, kontraktor memang faham dan akur dengan arahan berkenaan tambahan pula arahan berkenaan tertulis di dalam borang kontrak semasa kerja kerja membida kontrak dilakukan.


Tetapi, arahan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan MPSJ iaitu mengenakan bayaran satu peratus sebagai wang pembiayaan perjanjian kontrak...amat amat diragui serta menimbulkan rasa tidak adil terhadap mereka. 


Arahan sebegini langsung tidak pernah berlaku di MPSJ....malah arahan ini langsung tidak pernah dilaksanakan di mana mana majlis perbandaran seperti Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, atau mana mana majlis perbandaran di Selangor....


Mungkin, sekali imbas kita lihat jumlah bayaran ini agak kecil iaitu satu peratus bagi setiap kontraktor yang menjalankan kerja kerja pembersihan...tetapi kalau kita halusi jumlah keseluruhannya besar dan memeranjatkan....


Sebagai contoh, seorang kontraktor mendapat jumlah kontrak sebulan sebanyak RM 20 ribu...satu persen dicaj kepada nilai kontrak bulanan berkenaan bermakna kontraktor berkenaan harus membayar RM 200 sebulan. Bayangkan RM200 sebulan selama 24 bulan (jangkamasa setiap kontrak), bermakna kontraktor dikenakan bayaran sebanyak RM4,800 jumlah keseluruhannya. 


Contoh ini hanya untuk satu kontraktor dengan nilai kontrak yang agak minima....cuba bayangkan pula kontraktor yang mendapat nilai kontrak yang agak besar sudah pasti bayaran yang dikenakan juga akan bertambah besar. 


Paling memeranjatkan pula jumlah kontraktor yang mendapat kerja kerja di MPSJ tidak kurang dari 200 syarikat.....dengan jumlah yang sebegini banyak pastinya caj yang akan diperolehi oleh pihak MPSJ akan mencecah ratusan ribu ringgit malah sampai ketahap jutaan ringgit.


Pokok persoalannya sekarang ialah mengapa arahan ini dikeluarkan kepada kontraktor setelah mereka berjaya mendapat kontrak yang mereka bida. Dimanakah ketelusan yang dilaung laungkan oleh Kerajaan Selangor, mengapa arahan ini tidak tercatat di dalam borang tander? Serta....perkara yang menjadi persoalan di kalangan kontraktor arahan menandatangan perjanjian kontrak hendaklah dibuat dengan syarikat guaman luar yang dilantik oleh MPSJ. 


Satu persen caj yang dikenakan itu adalah bagi tujuan kos perjanjian kontrak dengan syarikat guaman berkenaan.....dengan mudah saja syarikat guaman berkenaan meraih keuntungan besar.....


Mengapa pihak MPSJ perlu melantik syarikat guaman luar untuk membuat perjanjian ini? Sedangkan pihak MPSJ mempunyai Jabatan Undang Undangnya sendiri yang diketuai Pengarahnya Puan Anita Abd Jalil....sebelum ini semua urusan dilaksanakan oleh Jabatan Undang Undang MPSJ dan mengapa kali ini diberi kepada syarikat guaman luar.....


Perlu diingat bahawa perlantikan agensi luar untuk melaksanakan sesuatu dasar haruslah dibuat mengikut peraturan dan ketetapan yang sedia ada. Sebelum sesuatu perlantikan dibuat, jawatankuasa yang terdiri daripada Yang dipertua Majlis Perbandaran beserta beberapa orang Ahli Majlis haruslah bermesyuarat dan mengemukakan cadangan ini.


Setelah cadangan ini dipersetujui oleh jawatankuasa berkenaan, perlu pula dibawa ke mesyuarat penuh Majlis Perbandaran bagi tujuan kelulusan. Setalah segala sudut diselidiki dan dikaji membabitkan kepentingan rakyat, barulah diberikan kelulusan. Walaupun telah diberikan kelulusan dan sekiranya terdapat bantahan awam, satu jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi menilai semula cadangan berkenaan. Inilah dikatakan buat kerja untuk rakyat bukannya menindas rakyat.


Dari maklumat yang diperolehi, perlantikan syarikat Guaman ini langsung tidak dibawa didalam mana mana jawatankuasa. Dan, sekiranya ini yang berlaku bagaimana pula pihak MPSJ boleh mengarahkan semua kontraktor pembersihan membayar wang berkenaan?


Persoalan yang menjadi tandatanya?


i- Mengapa arahan dibuat tidak ditulis di dalam borang tender bagi memudahkan kontraktor membuat persiapan?


ii- Mengapa Majlis Perbandaran lain di Selangor tidak mengenakan caj ini?

iii- Ketelusan melantik syarikat guaman luar tidak mengikut prosedur yang betul.


iiiv- Siapa yang melantik syarikat guaman ini?


v- Syarikat guaman memperolehi keuntungan atas angin ratusan ribu ringgit.


vi- Apa peranan Jabatan Undang Undang di bawah Pengarahnya Puan Anita Abdul Jalil....apakah sekadar bergantung pada sumber luar?


Arahan dikeluarkan pihak MPSJ....sekiranya ada di kalangan kontraktor gagal membuat pembayaran berkenaan bermakna tander mereka akan ditarik balik? Inikah keadilan?


Kalangan kontraktor dan rakyat yang tahu isu ini mengharapkan agar tindakan pembetulan segera dilakukan oleh pihak MPSJ dan kepekaan Menteri Besar Selangor dituntut bagi menjaga kepentingan semua pihak.


Kita tidak mahu disebabkan hal hal begini, slogan SELANGORKU hanya sekadar slogan semata mata...rasuah semakin berleluasa dan rakyat semakin tertipu, kontraktor Bumiputera bukan saja ditekan pihak atasan tetapi tidak ada siapa opun yang membela mereka.


Pihak MPSJ juga diingatkan, jika tidak ada jalan terbaik dilakukan bagi mengatasi masalah ini, kontraktor akan membuat aduan kepada SPRM bagi menungtut keadilan....



Sumber : Ikrar Pemuda

Followers