Erkkkk!!!

Blog ini masih mentah

Owwhhh!!

Blog ini masih suci

Ehem

Blog ini masih dalam alam lain

Arghh!

Blog ini masih masihi

Hehehe

Blog ini masih baru dalam bidang jualan

Showing posts with label HBN2012. Show all posts
Showing posts with label HBN2012. Show all posts

Monday, May 28, 2012

PAKATAN RAKYAT SAKIT HATI DENGAN KEJAYAAN HBN 2012.!

Sambutan Hari Belia Negara 2012 telah pun melabuhkan tirainya semalam berakhir pada 27 Mei 2012. Sambutan yang diadakan selama 5 hari itu, dianggap sebagai satu sambutan yang paling bersejarah dan paling berjaya didunia yang telah diterjemahkan oleh golongan belia muda mudi di negara ini.

Golongan belia muda mudi telah memberikan satu gambaran jelas kepada negara, bahawa mereka sebenarnya sangat cintakan keamanan, sentiasa sayangkan perpaduan dan bersedia untuk menyumbang idea, keringat dan berganding bahu bersama-sama dengan kerajaan didalam melakukan transformasi besar kearah negara yang lebih berjaya, dinamik dan maju di masa hadapan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga KBS dan seluruh agensi-agensi yang terlibat didalam penganjuran ini. Jutaan belia dari seluruh negara telah sama-sama hadir menjayakan sambutan Hari Belia Negara 2012. Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini..









Pakatan Rakyat pastinya sakit hati dengan kejayaan penganjuran Himpunan Belia Negara 2012 ini.
    

Thursday, May 24, 2012

500 PROGRAM UNTUK GOLONGAN MUDA DISEDIAKAN SEPANJANG SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2012.


Sambutan Hari Belia Negara 2012 bertemakan 'Himpunan Jutaan Belia' telah pun bermula semalam. Sambutan selama 5 hari (23 - 27 Mei 2012) ini yang bertemakan 'Himpunan Jutaan Belia' dijangka akan disempurnakan perasmiannya oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Sabtu ini.

Sebanyak 500 program meliputi kebudayaan, pendidikan, alam sekitar dan sukan disediakan untuk golongan muda sepanjang lima hari sambutan Himpunan Jutaan Belia tahun ini.

Sebanyak 24 pentas untuk golongan muda yang berbakat bagi mempersembahkan pelbagai genre muzik telah disediakan selain mengadakan aktiviti sukan dan rekreasi, sukan air serta sukan ekstrem.

Sambutan Hari Belia tahun ini juga mempunyai kelainan apabila pelbagai aktiviti akan diadakan untuk golongan muda sepanjang jalan antara Jambatan Putra dan Jambatan Gemilang iaitu sepanjang enam kilometer.

Turut serta dalam sambutan tahun ini adalah kehadiran dan penyertaan belia-belia dari 17 buah buah negara Asean dan Komanwel.

Jadi ayuh, kepada semua golongan muda belia negara para pelajar universiti, kolej, sekolah, persatuan-persatuan, NGO-NGO dan semua belia dan beliawanis kita turun beramai-ramai bagi menyatakan sokongan seterusnya menjayakan penganjuran Sambutan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya tahun ini.






Followers