Erkkkk!!!

Blog ini masih mentah

Owwhhh!!

Blog ini masih suci

Ehem

Blog ini masih dalam alam lain

Arghh!

Blog ini masih masihi

Hehehe

Blog ini masih baru dalam bidang jualan

Showing posts with label azmin skandal. Show all posts
Showing posts with label azmin skandal. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Panas! 'Kondo Hinggap' Azmin Telah DiCeroboh, CCTV DiPasang Oleh Orang DiKenali.!


Menurut sumber yang diterima, bahawa Azmin Ali dikatakan ada memiliki sebuah kondominium mewah di sekitar ibukota yang mana akan dikunjunginya sekali sekala jika ada kelapangan. Ruang tamu dan keadaan dalam rumah yang terdapat dalam foto skandal seks tersebut dikatakan hampir sama menyerupai dengan 'kondo hinggap' milik Azmin tersebut. Sejauh mana benar, hanya Azmin yang tahu.

'Kondo hinggap' milik Azmin itu dikatakan telah diceroboh oleh seseorang yang sangat rapat dengannya dan telah dipasang CCTV di dalam kondo tersebut dengan tujuan untuk memerangkapnya. Persoalannya siapakah orang itu..? Dan mengapa CCTV itu dipasang..? Hanya Azmin yang tahu..

Azmin sebelum ini pernah dikaitkan dengan satu gerakan rahsia di dalam parti PKR sendiri untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin yang lebih tinggi dalam parti tersebut. Maka tidak hairanlah dengan jawatan Timbalan Presiden yang disandangnya, Azmin sebenarnya mempunyai musuh dari dalam parti itu yang mungkin tidak disedarinya.

Status dan hubungan rapat Azmin dengan Anwar Ibrahim dilihat menjadi antara sebab mengapa Azmin dimusuhi dan dicemburui oleh orang-orang dalaman dari parti Anwar anak beranak tersebut..

Sebab itu ada kedengaran suara-suara dari pengikut PKR sendiri yang meminta dan mendesak Azmin supaya segera mengambil tindakan ke atas foto skandal seks berkaitan dengan dirinya itu. Mereka menyatakan dengan membuat penafian air liur semata-mata adalah tidak cukup tanpa mengambil sebarang tindakan seperti yang dicabar oleh pelbagai pihak termasuk oleh adik kandungnya sendiri.

Terkini - Shamsidar Tak Kisah Azmin Ada Video Seks.!



Shamsidar Taharin iaitu isteri kepada Azmin Ali telah menimbulkan satu lagi keraguan dan persoalan baru mengenai foto-foto skandal seks yang telah tersebar meluas membabitkan suaminya iaitu Azmin Ali.

Shamsidar telah ditanya oleh teman rapatnya baru-baru ini, dan ini jawapan balasnya..

“Saya tak kisah pun dengan video skandal itu, yang penting hidup saya bahagia” demikianlah khabarnya perkataan yang terkeluar dari mulut isteri Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.

Menurut sumber, ungkapan tersebut terkeluar apabila beberapa teman rapat menanyakan tentang isu panas berkaitan video lucah yang dikaitkan dengan suaminya Azmin.

Dengan kenyataan seperti ini daripada Shamsidar, sudah tentu akan menimbulkan satu lagi persoalan baru kepada masyarakat negara ini, bagaimana seorang perempuan yang bergelar isteri boleh dengan senang hati dan selamba memberi respons balas yang semacam ini mengenai skandal seks yang membabitkan lakinya sendiri.

Apa yang boleh ditafsirkan disini, seolah-olah Shamsidar seakan sudah tahu mengenai skandal seks suaminya ini dan atas sebab itu dia tidak ambik kisah dan merelakannya..sebagaimana Azmin juga tidak pernah ambik peduli dan ambik kisah mengenai skandal hubungan sulit bininya dengan Anwar Ibrahim yang kecoh tersebar sebelum ini..

Jadi apa yang penulis ingin katakan disini...Azmin dan Shamsidar, hangpa berdua ni memangla pasangan secocok dan sepadan, sehati dan sejiwa, sehidup dan semati..aku boleh buat aktiviti aku, kau boleh buat dengan aktiviti kau..jangan kacau sudah..kita sama-sama ada video aiskrim, asal kita bahagia.. hahaha

Saturday, April 14, 2012

PENINGKATAN 85% DI SELANGOR! TERIMA KASIH PAKATAN! #SAVESGOR


Kami terpaksa tabik hormat kepada Pakatan Rakyat dalam meningkatkan ekonomi negeri Selangor..Sampai naik 85%!!! Tapi apa yang naik sampai 85% tu??


Tahniah Kerajaan pimpinan Khalid dalam meningkatkan perniagaan rumah urut di Selangor..Jasa mu dikenang!

Friday, April 6, 2012

Sah Azmin Ali dayus, bacul..!


Timbalan Presiden PKR Yb Mohamed Azmin Ali enggan menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh pihak tertentu terutama cabaran yang dibuat oleh bekas exco Kerajaan Negeri Selangor Yb Dato Dr Hassan Ali baru-baru ini.

Hassan mencabar Azmin supaya menjelaskan secara terperinci sumber kewangannya untuk membeli saham sehingga jutaan ringgit sepanjang tempoh dari tahun 1992 sehingga tahun 1994.

Azmin juga dicabar untuk mengishtiharkan status anaknya yang bernama 'Afifa' melalui ujian DNA sekiranya benar dakwaan Azmin bahawa 'Afifa' bukanlah hasil hubungan sulit antara Anwar Ibrahim dengan isterinya Shamsidar. DNA adalah ujian yang paling ringkas dan meyakinkan bagi membuktikan dan mengesahkan nasab biologi seseorang.

Baru-baru ini, anggota PKR Cabang Ampang menerusi Ketua Penerangannya, Mohd Isa Mohd Saidi mendesak Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak dan juga Ahli Dewan Undangan negeri Selangor kawasan Bukit Antarabangsa itu supaya meninggalkan PKR jika tidak berani tampil menjawab pelbagai dakwaan serta tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sejak kebelakangan ini.

Adakah Azmin sanggup menggadaikan maruah dan nama baik isterinya sendiri semata-mata demi kerana wang bagi membela mentor dan sifunya Anwar bin Ibrahim.?

Hanya lelaki yang dayus dan bacul sahaja sanggup membiarkan isterinya melakukan hubungan sulit hatta dengan kawan baiknya sendiri. Cabaran dan persoalan yang dibuat oleh Hassan kepada Azmin seolah menjurus kepada menggadaikan isteri semata-mata demi untuk mendapatkan imbuhan bagi memiliki saham yang bernilai RM2 juta sepanjang tahun 1992 sehingga tahun 1994.

Berani kerana benar, takut kerana salah..Hanya mereka-mereka yang terlibat ni saja yang tahu..

                    
Ingin mengetahui kisah sebenar antara Anwar Ibrahim dengan Shamsidar isteri Azmin.. Klik anwarx-files..






              

Followers