Wednesday, December 31, 2014

SELAMAT TINGGAL 2014, SELAMAT DATANG 2015

Assalamualaikum ...

INI entry terakhir bagi tahun 2014. Masa berlalu dengan begitu cepat. Kealpaan memang selalu merugikan. Tak pasti sama ada 365 hari berlalu dengan gembira, suka, duka, airmata atau sebagainya. Esok dah bakal 2015. Tahun baru. Wajah baru mungkin. Azam baru. Sebut soal azam, aku tak terfikir lagi apa azam yang aku akan buat dan tekad untuk selesaikan azam itu. Aku cuma berdebar menunggu cahayamata soleh solehah yang pertama buat aku dan suami. Setakat ini segala tumpuan dan perhatian tertumpu pada anugerah Allah swt yang satu ini. Berdebar, teruja, takut, nebes, gembira semuanya bercampur baur. Emosi aku sendiri jadi tak stabil kadangkala. Pergi kerja hanya membawa jasad, walhal hati dan kepala lebih tertumpu pada kelahiran pertama ini. Moga segalanya dipermudahkan Allah swt. Amin!!

2014 berlalu dengan suka duka. Tapi bagi aku, 2014 negara penuh dengan duka. Bukan sahaja buat Malaysia yang kehilangan MH370, MH17, bencana banjir yang amat besar di pantai timur, Johor dan Perak kemudian baru-baru ini dikejutkan lagi dengan terhempasnya pesawat Airasia penerbangan Surabaya ke Singapura QZ8501. Paling memberi kesan di hati sudah tentu bencana banjir yang masih belum pulih lagi, walaupun esok tahun baru. Mereka menerima tahun baru dengan penuh hiba. Rumah tiada. Yang tinggal hanya tapak rumah sahaja. Harta benda sudah pasti semuanya musnah. Keadaan seolah seperti tsunami darat. Sungguh dasyat. Peringatan kecil dari Maha Hebat buat kita hambaNya yang kerdil. Peringatan kecil!! Dan yang terkini, helikopter milik Unit Udara Polis Diraja Malaysia terhempas di Tanah Merah ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir. Dugaan. Ujian. Seharusnya kita bertabah menghadapinya.

Dan kerana kita turut sama-sama berduka dengan mangsa-mangsa banjir, pelbagai sambutan ambang tahun baru 2015 dibatalkan. Termasuk yang telah dirancang di Putrajaya. Alhamdulillah. Semuanya digantikan dengan program keagamaan. Malam Cinta Rasul di Dataran Merdeka, KL. Karnival Raudhah di Masjid Putra, Putrajaya. Bagi aku, sambutan tahun baru ini tak perlu pun disambut dengan hiburan dan artis. Tak sesuai langsung dengan budaya masyarakat kita. Aku harap sampai bila-bila sambutan sebegini tiada. Bukan tunggu saat duka sahaja baru kita nak batalkan konsert-konsert sambutan tahun baru ni. Pendapat akulah.

Walaupun 2014 akan berlalu dengan pelbagai kisah yang tersimpan, aku harap 2015 memberi sinar dan harapan buat semua. Cepatlah berlalu tangisan 2014 ...namun, aku harap kita mengambil iktibar dari segala kisah yang terkandung di dalamnya. 2015 mungkin membawa kebahagiaan da kerahmatan buat kita semua. Inshaa-Allah!!


2015, kehadiran tahun baru yang aku sendiri belum letak sebarang azam dan target. Tumpuan aku dan hasben lebih kepada bakal cahayamata soleh solehah kami yang bakal lahir. Bila segalanya telah dipermudahkan dan selesai dengan baik, barulah nak merancang. Kepala tidak boleh berfikir saat-saat menghitung hari dengan kelahiran pertama ini. Perasaan lebih bercampur baur. Kali ini, tahun baru tidak memberi keterujaan yang lebih dan jauh sekali merembes sebarang keseronokan melampau seperti tahun sebelumnya.

Oh, sebelum terlupa ... sedikit kegembiraan sebelum 2014 ini berakhir beberapa minit lagi. Harga petrol RON95 dan RON97 turun RM0.35 berkuatkuasa tengah malam ini. So, harga baru RON95 menjadi RM1.91 seliter dan RON97 menjadi RM2.11 seliter. Selamat bergembira dengan pengumuman ini. Anggaplah ia sebagai hadiah tahun baru dan satu permulaan yang baik untuk kita menghadapinya. Cuma jangan ingat harga barang lain akan turun macam petrol sudahlah, bijak-bijaklah mengurus kewangan dalam menghadapi dunia yang sentiasa perlukan wang di mana-mana sahaja. Hatta nak buang air kecil/besar sendiri pun kena caj RM0.50! Dunia sekarangkan .... Tapi janganlah membuang bersepah-sepah pula semata-mata nak elak dari sebarang bayaran. Kebersihan harus dijaga. Ada faham!

2014, keaktifan aku sebagai blogger agak merudum. Entry pun tak banyak. Itu je aku mampu. 2015, tak pasti lagi macam mana. Harap aku dapat jadi blogger yang lebih berjaya. Aicheeeeh. hehehe. Sebelum menutup tirai blog 2014, aku nak mohon maaf sekiranya sepanjang tahun 2014 atau tahun sebelumnya ada kata-kata dari entry aku yang mengguris dan melukai hati perasaan dan sanubari korang. Ampun maaf dipinta. Macam raya puasa plak. kikikiki. Biasalah kadang jari nie terlajak taip dan emosi plak kadang tak dapat dikawal dengan minda sedar. Ada sahaja kekhilafan. Moga aku dimaafkan oleh korang-korang semua. Harap dapat support yang terbaik dari korang untuk aku terus menulis blog. he he he he. Tanpa korang, apalah sangat blog kedaung ini ..... kan kan kan.


Selamat Tahun Baru 2015 dari blogger REMPITKEHIDUPAN!!




p/s : Ceria selalu. 

TARIKH PERMBAYARAN GAJI KERAJAAN BAGI TAHUN 2015

Assalamualaikum ....



Tarikh pembayaran gaji Kerajaan bagi tahun 2015.
Pandai-pandailah korang menguruskan kewangan ye.

Dah GST nie taktau rege barang jadi camne. Dengar citer RON95 nak turun lagi. 
Kalau RON95 turun, jangan nak mimpi la harga barang akan turun ye.

Jangan nak mimpi hokey!!





p/s : 2015 perbelanjaan dah bertambah. Moga rezeki sentiasa diperluaskan dan dipermurahkan oleh Allah swt. Ameeen

Tuesday, December 30, 2014

DEMAM KURA

Assalamualaikum ....



Demam kura? Pernah korang dengar pasal demam kura nie? Mak aku dulu selalu sangat sebut, demam kura ... demam kura. Demam yang seram sejuk melebeh-lebeh sampai badan pun gigil. Hah, itulah yang dinamakan demam kura. Malam tadi entah kenapa aku’terkena’ demam kura nie. Lepas mandi tetiba badan menggigil tahap terlampau, Walhal masa tu baru 9.30 malam. Semalam memang seharian dan sampai malam hujan turun tanpa henti. Pray for mangsa banjir Johor, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kesian tengok keadaan banjir di sebelah pantai timur sana. Ujian Allah swt.


Berbalik pada cerita demam kura malam tadi, memang aku rasa tak boleh blah sangat. Lepas makan roti canai 2 keping, rehat kejap dan terus pergi mandi. Hasben pula sibuk nak siapkan sasaran kerja tahunan dia. Aku ni plak rasa tak sabar nak tido dah. Tu bergegas pergi mandi. Tak mandi kang, hasben bising .... taknak anak jadi malas mandi kang. wakakakaka. Lepas mandi tu, tetiba badan aku gigil semacam. Terus berselimut. Tak cukup satu selimut, hasben plak amek toto selimutkan aku. Sejuk tahap nangis. Aku memang dah tak boleh tahan sangat sejuk sampai menggigil satu badan. Kesian hasben aku, tak senang dia nak siapkan keje. Kena plak jaga aku. Sorry ye sayang. Dah siap selimutkan dengan toto, hasben gigih pergi ambil air yasin bagi aku minum. Dah dapat lelap, tengah malam terjaga-jaga sebab rasa macam diri sendiri dok meracau. Sekali aku pandang hasben dan tidur dekat day bed sebelah katil. Ala sian sangat. Dah la banyak keje, keletihan plak menjaga aku yang tetiba demam kura.

Bangun pagi nie kul 8am. Badan aku memang agak panas. Tengok hasben tido dekat day bed dengan keadaan penat. Terus aku pergi dapur minum madu tualang dulu sebab  tekak rasa berkahak dan perit. Tanda-tanda demam aku macam tu la. Kejutkan hasben untuk pergi keje. Lambat lagi! Takpelah nak buat macam mana, dah hujung tahun rekod kedatangan pergi keje memang turun naik. Nak-nak sejak perut aku makin membesar lagilah asyik lambat pegi keje. Kadang mood aku pepagi kan kurang sihat. Kadang ok, kadang tak ok. So, tang tak ok tu la selalu lambat sangat. Aku skang memang tak daya nak drive sendiri dah, senak rasa perut ni. Dah nak dekat due nie lagi lah rasa tak lalu nak drive. Hew hew hew!


Sampai office nak buat kerja pun takda mood. Pagi tadi hasben cakap aku demam kura nie sebab stress dengan keje kot. Stress keje sikit tu memang ada. Tapi bukan keje aku, keje hamba Allah yang sorang nie. Bangsa tak reti nak bertanggungjawab. Buat keje asyik melepas tengkuk sendiri je. Dah tu, taeknye aku yang dapat. Masuk office hari ni buat muka tak bersalah. Rasa nak paaaannnnggggg 2-3 das! Sekali dua kena pedajal aku boleh sabar, ini dah berkali-kali memang kau masuk office, aku malas nak pandang muke kau lagi. Semak hokeh! Hidup manusia yang penuh dengan alasan, buat keje memanjang nak menyusahkan orang lain. Taek betul!! Pheeew ... memang geram. Cuma mulut ni masih sabar sangat. Kalau jenis tak sabar dah lama aku maki-makian dia nie. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!


Tengah-tengah menaip ni perut pula melapar. Tekak plak memilih, kadang tak tahu nak makan ape. Macam petang semalam, aku terus cakap dekat hasben, “tak larat nak masak ... kita beli ajelah makanan”. Hasben suggest makan roti canai je. So, dinner kitaorang semalam belasah roti canai ajelah. Janji perut kenyang dan baby soleh solehah aku sukahati. Bleh? 


Untuk lunch dan dinner karang, aku sendiri confuse nak makan apa?? Confuse sangat!!







p/s : Tak faham kenapa boss still melayan perangai minah ni walaupun keje asyik lepas tengkuk sendiri. Sabar ajelah. Urut dada .... hebat jugak ko punya bodekkan!!

Monday, December 29, 2014

APA YANG ISU SANGAT JENJALAN DENGAN ANAK KECIL?

Assalamualaikum ....


Sejak mengandung aku tak jalan-jalan ke mana-mana pun. Maksud aku, pergi melancong. Cuma sebelum tahu aku preggy je, aku dah ke Bandung, Jakarta dan Medan. Bulan Jun 2014 aku pun disahkan preggy ... 8 weeks. Ermmm penangan berjalan jauh kot. Agaknyelah! Ngeh ngeh ngeh.  Sejujurnya, aku dan hasben memang suka sangat tengok tempat orang dan suke juga bab makan-makan sedap di tempat orang. Well, berjalan-jalan atau melancong nie memang seronok. Yang tak berapa seronok tentang kosnya. Laju macam air. Kena fikir kos penginapan, petrol, tol, tiket flight, makan dan bla bla bla. Nak melancong sakan kenalah menyimpan pun sakan. Kena kurangkan bershopping, kena catu itu, catu ini dan duit tu simpan dalam tabung melancong! Kata suke jenjalankan, jadi berkorbanlah ye.

Macam ada sorang officemate aku, kerja siang malam. OT tak renti-renti ... tapi nak pergi jenjalan pun payah aku tengok. Nak makan untuk perut sendiri pun macam susah nak seluk duit dalam poket sendiri. Lepas tu kecoh masa kahwin dulu tak pergi honeymoon bagai. Alasan takde masa. Semua orang dapat 24 jam sehari, so pandai-pandailah urus masa. Dan officemate aku nie pun berduit. Ni anak dah sampai 2 orang ... honeymoon dengan anak ajelah. Kadang sesetengah orang kedekut dan berjimatnya tak kena cara. Dah keje penat-penat, hargailah kepenatan diri sendiri dan pasangan. Bukannya nak suruh tetiap bulan ko melancong. Setahun sekali atau 2 kali pun dah cukup, lainlah kalau tak mampu. Ini mampu, tapi tak mahu keluarkan kos. Nak preee je. Sorrylah kan! Bukan nak suruh honeymoon sampai luar negara macam sesetengah orang ke Turki la, Maldives la ... London la ... Paris la. Tak perlu susahkan poket kalau tak mampu ke situ, cukup dalam Malaysia pun okey. Kat Malaysia pun banyak je lokasi pelancongan yang menarik. Pulai Tioman ke, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor ... ke Sabah ke ... Sarawak ke. Okeh pe .... janji ko honeymoon! Paling dekat pun Port Dickson! Pastu order Grand Lexis, huih dah mewah la tu. Tak pun Avani Gold Coast Sepang tu .... resort atas air lagi. Best cakap kau.....he he he.

So, jangan cipta alasan sangatlah bab melancong. Sila tambah tabungan tu. Wujudkan tabung melancong.

Lagi satu, ada orang office aku .... orang office lagi, dorang dok cakap kalau ada anak kecil leceh nak pi jenjalan. Yang bercakap nie semua anak dan besar-besar. Katanya kalau anak dah besar, dorang plak nak ikut mak pak jenjalan sama. Eh, macam tu plak?? Uih, anak dijadikan alasan. Rasa nak marah juga. Aku bakal ada anak kecil kot. Abih nak tunggu bila nak berjalan kalau cenggini. Aku tahu dan aku selalu dengar, dorang cakap lecehlah ada anak kecil nak berjalan. Nak menyusu. Nak tukar pamper. Risau demam bagai. Ermmmmm .... tolonglah jangan down semangat aku nak jenjalan hanya disebabkan anak. Dalam kepala aku dah set, apapun anak bukan alasan untuk melakukan sesuatu yang kita suka asal apa yang kita buat itu bukan satu kesalahan. Please, melancong kot ... anak-anak pun nak gak merasa jenjalan macam mak pak dia. Takkan nak tinggai kot. Sayu hati mak okeh. Hati bapak aku tak tau la sayu ka dak. Tapi hati mak nie sayu je manjang kalau berjauhan dengan anak. Selalunya camtulah. 

Zaman sekarang dah ada babywearing. Boleh berjalan ke mana saja anda suke dengan baby soleh solehah anda. Mat saleh selambe je bawa anak-anak kecil melancong. Tapi orang kite dan dan tu cakap anak kecil leceh nak gi jenjalan. Aku ingat lagi, dulu aku bawa anak buah aku yang 3 tahun jenjalan Melaka untuk family trip office. Dia lagi kuat berjalan dari aku. Tak minta pun nak dukung. Sukahati aku masa tu. Kengkawan pun rajin melayan anak buah aku. So, aku belum nampak lagi la kat mana menyusahkan tu. Aku siap bawa susu, pamper dan baju persalinan lebih kat dia. Tahu jelah, bebudak ni kita tak tahu bila dia lapar, bila dia nak berak dan sebagainya. Untuk selamat standby je apa yang patut. Dan bolehlah berjalan-jalan dengan senang hati.

Untuk anak sendiri, aku tak pasti macam mana. Tapi harap-harap aku boleh control everything. Dan aku taknak jadikan anak ini sebagai alasan menyekat aktiviti yang aku suka.. Harapan macam tulah. Harap boleh involve sekali anak aku. Melainkan hasben aku tak izinkan, itu cerita lain. Wajiblah patuhkan. Kang derhaka. Dosa. Tidaaaak!

Dulu, mak ayah aku angkut aku 4 beradik kecik-kecik pi jenjalan ... relaks je. Siap sewa kereta. Ada naik bas. Takde pun mak ayah aku cakap susah bawa anak-anak kecik jenjalan. Dulu lagilah, naik bas .... lepas tu naik teksi. Tak macam sekarang, majoriti ada kereta. Ada kereta sendiri lagilah senang. Tak perlu ko sibuk transit sana sini. Mak ayah kita dulu boleh je bawa kita jenjalan, takkan lah kita yang ada kenderaan sendiri taknak bawa anak-anak jenjalankan?

Aku sebenarnya nebes juga nak jadi mommy nie. Tak tahu pengalaman sebetulnya macam mana. Apapun aku harap, aku dan hasben boleh handle segalanya dengan baik. Boleh bawa anak soleh solehah kami melancong sesama. Plan, 2nd anniversary pada hujung tahun 2015... bersama baby soleh solehah dan Inshaallah kalau ada rezki lebih nak bawa mak ayah aku berhoneymoon sekali ke Sabah. Inshaallah .... moga diperkenankan hendakNya! Itupun kalau tak preggy anak kedua. Eh, tetiba.


Moral of this entry, sayangi anak anda! 



p/s : Aku harap anak soleh solehah aku nie ada minat yang sama dgn mommy and babah, suke jenjalan. Jangan banyak ragam ye sayang nanti. ngeh ngeh ngeh. Belum pape lagi mommy dah wat permintaan kat anak. Be good sayang ... behave selalu.

Friday, December 26, 2014

PASAR TANI REMBAU, NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum ...


Balik kampung, antara port yang best untuk pergi adalah ... PASAR! Tak kisahlah pasar tani ke ... pasar pagi ke ... pasar malam ke ... atau pasar sehari. Dan tak kisah juga sama ada balik kampung aku atau pun kampung hasben. Kalau kat kampung aku, pasar pagi biasanya kami panggil 'nat'! Memandangkan sekarang nie paling dekat adalah kampung hasben, maka cerita pasal pasar pagi atau pasar tani dekat kampung dia ajelah. Kalau nak compare jualan pasar di kampung hasben dan kampung aku, of course la jualan di pasar kampung aku jauh lebih murah! Sila vote ... ha ha ha 

Aku dah selalu sangat dengar akak ipar aku cakap beli barang basah dekat pasar pagi di Rembau adalah murah dan fresh. Dan di suatu pagi tu, aku dan hasben ajak mak mertua pi pasar pagi dekat Rembau. Pasar pagi dia kecik je. Sekali pejam habis da jalan. he he he. Dan kebetulan masa pergi tu hujan renyai, so orang adalah tak ramai sangat. Senang nak jalan, takdelah berlaga punggung macam pasar tani Putrajaya tuh. opppsssss ....

Actually aku dah lupe, pasar pagi kat Rembau nie hari Sabtu ke Ahad. Rasanya macam hari sabtu. Sorry la for mommy brain. he he he. Banyak sangat lupe skang. Asyik ingat nak kira gerak anak dalam perut jew.


Ikan-ikan besar kat sini fresh. Harga dia murah berbanding dekat Putrajaya. Harga Putrajaya semua cekik darah. Peniaga sume nk cepat kaya gamaknye. Baru aku tau sedapnye makan ikan besar-besar camnie. Dan juga baru tahu isi ikan lagi sedap dari ayam. ha ha ha ha


Tengok ikan parang tu memang buat aku terliur. Terus terbayang masak asam pedas omak mertua den. Sedapnye la hai! Kepala ikan merah tu kalau buat kari sedapnye, tang ni terus teringat kari mak yang guna rempah basah!! Sedap sedap .... memang makan tak pandang belakang dah habaq hang! 


Ikan darat. Mak mertua aku borong ikan talapia merah tu. Balik buat masak lemak cili api campur dengan daun pegaga. Perghhh ... sedap sangat. Nasib baik ikan talapia dia tak bau tanah, kalau ada bau tanah memang aku tak makan. Aku nie kan memilih sikit ikan ... kalau ada bau-bau, terus mati selera!


Sayur pun fresh dan murah!!


Murtabak acuan azam.Tak tau sedap ke tak. Tengok dari jauh macam sedap. Hasben kata sedap. Tapi aku tak beli pun sebab masa tu tekak tak rasa pun nak makan murtabak. Lainlah pergi baru beli, pastu aku review kat korang best ke idak.

Nak amek gambar bebanyak tak dapat, amek pun dari jauh je. Orang Rembau pun pelik ngan aku dok snap gambarkan. Lagipun hujan renyai. Risau dok amek gambar nanti kang terlanggar orang plak. Takpe nanti aku pi sana lagi shopping ikan besau-besau. Balik buat asam pedas tak pun kari. Mesti sedap tak hengat! he he he




p/s : bezakan harga ikan kat kampung dengan bandar .... ikan same je pun!

Monday, December 22, 2014

ALHAMDULILLAH .... 8 BULAN BERLALU.

Assalamualaikum …



Alhamdulillah. Syukur.


Sejak masuk 32 minggu kandungan nie, belakang aku dah start sakit-sakit. Bukan sakit pinggang, tapi atas sikit pada pinggang. Sakit jangan cakaplah. Siang malam rasa berdenyut. Duduk lama kat office memang terpaksa menahan. Hu hu bertabahlah mommy to be! Bila dok kat office, rasa nak balik awal. Rasa nak baring je. Aku bersyukur sangat, sekarang ni aku dah ada immidiate boss yang sangat memahami. Dia rajin juga nasihatkan aku itu ini. Time pergi klinik, kalau dah penat sangat badan terus aku wassap, “saya balik rumah dulu nak rehat ... saya penat hari nie. Harap maklum”.  Boss pun, “ok ... baliklah rehat-rehat!”. Cuma aku tak ambil kesempatan atas kebaikan boss yang satu nie. Tau sebab apa, prinsip aku selagi terdaya dan boleh tahan sakit, pergilah keje. If tak terdaya sangat, rasa akan memburukkan keadaan baru bagitau boss. Jujur tu penting kerana bukan senang nak meraihkan kepercayaan orang pada kita. Terutama boss! Betul tak??

Tapi lately, bila kandungan pun dah membesar, boss seakan faham. Thanks sangat boss! Dia selalu cakap aku dah macam tak larat nak jalan. Yelah, dengan fizikal aku yang tak sebesar mana membawa anak soleh solehah dalam tummy sendiri, memang mencabar. Walaupun ada hamba Allah yang satu ni panggil “beban” apa yang aku kandung, tapi bagi aku ini adalah lambang kasih sayang dan cinta aku dan suami. Anugerah Allah swt yang terhebat di muka bumi. Bukan beban! Yang aku bawa ini, selama hampir 9 bulan bukan beban, tapi zuriat aku ... kasih sayang aku, cinta aku!! Dan kau pula senang cakap ini beban! Kurang ajar sangat!!

Dua minggu lepas ada la sekali aku request dengan boss balik awal, boss on aje. Mesti dia pun kesian. Nak duduk lama belakang sakit sangat, berdenyut la hai. Kadang rasa hari-hari nak balik awal. Kadang rasa dah nak start cuti dah. Balik rumah, lepas masak and makan, terus suruh hasben urut belakang. Dekat dapur time masak pun dah tak boleh berdiri lama dah. Masak sekejap, pastu duduk. Potong bawang bagai pun nak duduk je. Hati ni ada masanya tak sabar nak bersalin. Kadang rasa takut, nebes, happy ... perasaan bercampur baur. Kadang rasa biarlah anak mommy yang soleh solehah dalam perut mommy je. Eh, tapi tak boleh la camtu ... anak mommy kena keluar juga soon!

Lately, omak mertua aku bagi macam-macam petua dan pantang larang. Pheeewww sekejap. Harap bolehlah follow mana yang patut aje. Baru nie hasben dah buat majlis doa selamat untuk aku. Lenggang perut? Takdelah ... majlis doa selamat dan makan-makan jew. Thanks hasben sebab prihatin untuk isteri dan bakal anak soleh solehah nie. Moga-moga segalanya dipermudahkan Allah swt. Ameeen....

Cuma tinggal 1 bulan lebey sahaja lagi untuk aku dan hasben jumpa anak kesayangan ini. Perasaan bercampur baur. Takut, happy, excited ... mula berfikir cara mak-mak dan bapa-bapa udah. Sudah mula merancang segalanya untuk family dan anak. Pengasuh pun dah ada. Cuma kepala ni sedang berfikir nak cuti 90 hari atau nak tambah lagi 90 hari. kikikiki. Nak gentel dan hug anak lelama. Moga-moga segalanya dipermudahkan Allah swt. Ameeen....

Masuk 8 bulan kandungan, keadaan makin mencabar rupanya. Yang pasti nebes itu sentiasa ada. But mental kena kuat. xoxoxoxoxo ....




p/s : Semoga aku dan anak dalam kandungan sihat, kuat semangat .....

Friday, December 19, 2014

ASIA KLASIKA DI HOTEL PULLMAN, PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...


Dah lama sangat aku nak update pasai menjenguk ke Asia Klasika Motor Festival di Pullman, Putrajaya. Awal November aritu pergi, sekarang baru iols sibuk nak update. Malaih bebenor nak letak watermark dekat gambar sebenarnya. Gambar yang terhimpun sungguh banyak. Sampai nak muntahlah tengok. Ni aku watermark mana yang mampu ajelah untuk tatapan korang.

Entry nie aku letak gambar saja. Malas nak menceceh bebanyak kat korang. Biar gambar yang yang menceritakan segalanya. Aicheeeh, macam sasterawan tak bertauliah. Kete semua cun-cun. Antik dan sudah tentu mahal. Rasa macam nak hangkut bawa balik je. Pastu pagi esok nak pi keje ngan kete antik. Mewahkan? Tapi itu semua dalam mimpi je tuan-tuan dan puan-puan! hehehehe! Meh melayan gambar ....






i love red. tetiba ... he he he









nak pinjam ni nak bawa pi keje ... cm bestkan? nak sentuh pun takleh, ada hati nak pinjam. puihhh hahahaha



Kete antik, cun plak tu ... berkilat bagai. Jangan sesekali la korang nak pegang bersandar ke bagai. Setiap kereta ada tuan punya yang sibuk ngelap. Kalau sentuh dan tercalar nie ... tak mampulah iols ganti. Iols mampu tengok ajelah dengan telan ailio bergelen. wakakakaka. Apapun, festival ni enjoi jugak, sebab boleh hilangkan stress aku pasal keje. Thanks kat hasben sebab sudi bawa mommy to be jenjalan kat sini. Mommy to be nie kan minat kete ngan moto ... almaklumlah, ex-minah rempit jaman dulu kala. hiks hiks hiks.





p/s : Jumpa dengan Tengku Bendahara Johor datang melawat festival nie .... ber'eskot' bagailah. Sib baik tak langgar mak buyung tau .... 

Tuesday, December 16, 2014

STRESS

Assalamualaikum ….


Stress! Membicarakan soal stress nie bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Amboi ayat teratur sangat. Keh keh keh! Yang pastinya bukan aku yang stress, tapi hasben aku yang stress dengan orang-orang yang dia berurusan. Seminggu nie hasben asyik ngadu tentang orang yang tak cerdik tapi tak boleh diajar. Bodoh pulak melantun-lantun. Usaha sendiri taknak, asyik nak persoal je setiap masa. Dengarkan memang geram sangat tau. Tapi isteri setia menadah telinga. Memang orang-orang yang hasben aku cerita aku kenal latarbelakangnya. Pernah berurusan. So, aku paham macam mana sakitnya hati hasben aku bila berurusan dengan manusia camnie. So, sabarlah wahai hasben. Orang camnie biasanya tak lama esok lusa jatuhlah dalam lubuk tuh. Asyik nak mendengki je tak habeh-habeh.

Aku plak yang rasa sedih dan kesian dengar luahan hati hasben. Tapi nasib baiklah luahan hati hasben tak berlarutan sampai rumah. Selalu sampai ke kereta je. Bila naik ke rumah, dah sibuk nak makan. So kita lupa tentang masalah. Layan TV, bergurau senda dan campak jauh-jauh stress yang ada. Kepala pun jadi ringan. Kalau balik rumah jaranglah kitaorang nak cerita hal kawan-kawan, adik beradik atau office. Semuanya tu campak tepi. Kecuali kalau penting nak dibincangkan baru kitaorang bincang. Masa bersama sekejap sangat, so baik jadikan masa tu lebih berkualiti dengan aktiviti yang mengembirakan dan menyenangkan hati masing-masing.

Aku harap hasben aku sabar lalui ‘dugaan’ kecil ini. Memang menyakitkan, tapi maybe ada hikmahnye. Dan perlu paham kesengalan dan kebodohan manusia nie kadang susah nak diajar. Dan orang-orang macam nie dijemput Allah hadir dalam hidup kita sebab nak kita belajar supaya tak bodoh cam dorang dan kita lebih matang di masa hadapan. Memang kena think positive selalu.


Takpelah hubby, sabarlah! Allah swt ada .... DIA pasti bantu kita.




p/s : tetiba rindu kat hasben melebeh-lebeh plak

Monday, December 15, 2014

PERSIAPAN MENYAMBUT BABY SOLEH SOLEHAH

Assalamualaikum ...



Alhamdulillah, minggu ni dah masuk 32 weeks kandungan aku. Persiapan kiranya 85% dah siap. Dah basuh dan dah pack jugak masuk ke bonet kete. Dan mommy to be dah feel nebes sket-sket. Sebab tu nak tulis blog pun dah malas. Sekarang nie pun niat hati nak nulis panjang, tapi tetiba tekak plak rasa loya. Korang layan gambar ajelah sekeping dua kat sini yek. Maafkan aku ... mood aku memang tetiba turun naik. heeeee sorry tau!!


Barang-barang nie aku pi beli dengan omak mertua aku di Mid Valley. Masa tu ada expo baby. Berkat bawa omak mertua, senang je dapat parking kat Mid Valley tuh. Omak mertua aku lagi kuat berjalan dari aku. Sian dia asyik menunggu menantu dia yang memanjang terlepas ke belakang. Neway, thanks ye omak temankan menantu mu ini. Muaaahhhhh


Aku beli 5-6 baju camnie. Orang panggil rompers ke hape ntah. Aku mana reti sangat. Beli yang murah-murah jer. Bajet tak besar sangat. Lagipun baby kan cepat je membesar, so nanti-nanti beli baju baru yang pulak ye sayang!

Okeylah, aku nak gi rehat. Ngadap pc nie lelama rasa mual plak. kikiki. 




p/s: Berat aku dah statik. Baby sekarang dah berat 1.8kg. Jangan besar sangat ye sayang, kang mommy tak larat push plak. hu hu hu. Mommy nebes tau.

Friday, December 5, 2014

TIPS BERSALIN UNTUK BAKAL IBU

Assalamualaikum ...


Pejam celik, pejam celik ... hari ini dah Jumaat. Memang masa cepat berlalu. Dah Disember dah weh. 3 minggu lagi masuk 2015. Pastu aku pun dah kena get ready untuk melahirkan zuriat soleh solehah ini. Berdebar kot mommy to be nie ... baby dah pandai mengeras sampai kadang tu rasa kejang perut mommy. Apapun mommy sabar! Babahlah orang yang paling kena sabar bila malam menjelma. ha ha ha. Sebab kadang rasa sakit nak pusing badan. Kadang dengan mata pejam, babah dok sabarkan mommy. Thanks babah! Bertabahlah wahai babah!

Dan aku pun semakin kerap check up. Seminggu sekali dah jadinya. Penat juga ulang alik ke klinik. Nak-nak kalau ada hari aku kena buat BSP. Sehari 4 kali pergi amek darah. Dan hari buat BSP lah selalunya aku akan tidur awal tanpa sedar. Letih jangan cakaplah. Esok tu nak bangun lemau satu badan. Tapi, rasa lemau tu hilang bila baby soleh solehah gerak-gerak ... tendang-tendang tummy oke. Best sangat. Nanti dah keluar siaplah kamu mommy gomol. ha ha ha. Semalam aku pi amek BSP, terpandang seorang budak perempuan yang comel yang hamat. Umur dalam 2-3 tahun kot rasanya. Dengan kulit putihnya, dengan badan chubbynya .... dengan rambut curl! Memang comel sangat. Geram pulak aku. Rasa nak geget. Balik rumah cakap kat hasben pasal budak tu, "Sayang rasa macam nak bawa balik je budak tu ... rasa macam nak peluk-peluk, nak geget2 je. Comel sangat!!". Hasben cakap, anak orang sukahati je nak amek. ha ha ha.

Ya, aku memang tak boleh pandang anak orang .. semua aku rasa comel sangat. Nak-nak anak perempuan. Mak aih, awat la korang comey-comey belaka! Untie rasa nak peluk-peluk kuat-kuat. Geram! Anak untie belum kuar lagi nie. Dah keluar nanti peluk anak sendiri la puas-puas ye dak?

Dulu, masa bujang seronok tengok orang bawa anak kecik. Terfikir bilalah turn aku. Tengok orang ngandung pun aku terfikir ... bilalah turn aku. Sekarang dah turn aku ngandung, haish kadang rasa cepatlah bersalin. ha ha ha. Walaupun hakikatnya mengandung ini adalah satu pengalaman yang menyeronokkan yang tak boleh diucapkan dengan kata-kata. Dan tak semua wanita merasai pengalaman yang satu ini. Aku bersyukur sangat, walau usia dah nak sampai limit nie, Allah swt masih memberi aku ruang dan peluang untuk merasai pengalaman yang sangat berharga. Sebab itulah selalu aku berdoa agar dapat melahirkan anak ini dengan selamat. Kalau boleh biarlah normal. Dan aku juga berharap, Allah swt memberi peluang kepada aku untuk menjadi ibu yang baik pada anak-anak aku nanti. Moga aku dapat mengajar dan mendidik dorang jadi hamba Allah yang taat pada perintah baik dan meninggalkan segala larangan. Dan moga dorang juga akan jadi anak-anak yang soleh solehah. Ameeen. 

Sekarang nie pun aku sibuk google tips bersalin. Yelah anak sulung. Takda pengalaman. Harap dengar dan baca pengalaman orang je. Walaupun sebenarnya hati debar-debar Allah sahaja yang tahu. Dan aku dah semat dalam kepala, bahawa sakit bersalin  ni hanya Allah sahaja yang dapat membantu. Macam adik ipar aku selalu bercerita, bersalin ni memang sakit. Tapi semua tu rezeki masing-masing. Kadang orang kata sakit bersalin ni kifarah pada seseorang individu. Bergantung pada amalannya. Pheeewwww...hanya mampu dengar dan kuatkan semangat diri. Aku kena kuat semangat demi anak. Kena kuat! Kena kuat! Itu yang hasben aku dok pesan selalu. 

Untuk korang yang pestime nak bersalin macam aku, meh aku share tips bersalin ni untuk tatapan kita bersama. Aku dapat dari facebook. Kita share moga dapat dijadikan panduan..



[TIPS BERSALIN]

-2 minggu sebelum due, amalkan
makan telur separuh masak untuk
beri tenaga.

-Bila sakit nk bersalin, makan sebiji
telur mentah.

-Minum milo yang dibancuh dengan
2-3 sudu margerin supaya laluan
cepat terbuka

-Rebus epal hijau pastu makan time
tgh sakit contraction

-Amalkan membaca surah maryam
untuk memudahkan bersalin

-Time kat labour room, banyakkan
membaca al-fatihah dan doa nabi
Yunus serta sebut "Ya Fattah"
berulang kali untuk mengurangkan
rasa sakit bersalin

-Amalkan minum air kelapa hujung2
nk bersalin. (nanti baby lahir
kulitnya bersih je)

-Makan kurma dalam bilangan ganjil

-Banyakkan berjalan, naik tangga
ke... Exercise sebelum deliver baby

-Amalkan makan sayur bendi, sebab
orang cakap bendi berlendir so
senang lahirkan baby

-Untuk exercise, duduk bersila dan
temukan kedua tapak kaki, pegang
jari2 kaki and tolakkan kedua tapak
kaki ke arah vagina.

-Masa proses meneran, baring sambil
kaki/ betis rapat ke peha dengan
tangan memegang buku lali untuk
elakkan vagina terkoyak banyak.
Jangan angkat punggung semasa
meneran sbb nt koyak teruk

-Amalkan menyapu minyak zaitun di
sekeliling faraj bagi melembutkan
bahagian tersebut

-Semasa contraction, tarik nafas
melalui hidung dan hembuskan
melalui mulut. Bila sakit semakin
kuat, tarik nafas dan lepaskan
cepat2

-Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri,
Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan
hembuskan dalam segelas air

-Kerapkan bersama suami supaya
laluan senang terbuka start
kandungan 37 minggu

-Minum air Selusuh. Lebih baik kalau
dibuat sendiri oleh suami.. Berkat
kata orang




P/S : Sepertimana korang, aku pun nebes. Apapun banyak-banyaklah kita berdoa moga segala urusan dipermudahkan. Ameeen ....

Tuesday, December 2, 2014

PUTU MAYUNG aka PUTU MAYAM SEDAP DI PUTRAJAYA

Assalamualaikum ....


Putu mayung atau putu mayam adalah antara menu peberet aku. Memang sedap makan putu mayung cicah dengan gula melaka dan kelapa parut. Nak-nak time hujan, pekena plak dengan ayq kopi. Uh, syahdu rasanya. Di Putrajaya, susah sikit nak cari putu mayung yang sedap pada hari biasa. Kalau nak makan kena tunggu hari Selasa dan Jumaat bila ada pasar tani. Kat situ ada sorang akak and hasben dia kot jual putu mayung utara. Ramai betul peminat putu mayung akak nie. Siap kena beratur panjang kadang tuh.


Abang nie kadang tak menang tangan menekan putu mayung. Dah la dia sorang je. Tapi aku tengok abang nie tetap cool. Akak yang dok isi putu mayung tu pun cool jugak. Dengan lipstik merah dia. Tu yang ramai sangat datang beratuq kot. ha ha ha. Ada daya penarikan namanya!


Kalau tengok dari segi penyediaan, gerai dia bersih dan kemas. Suka je aku tengok abang nie picit-picit putu mayung tu. Cepat tau. Dan cepat laris! Kadang terlajak laris. Harga putu mayung nie 8 ketul RM2.40 je. Murah gak la. Aku selalu beli sebungkus je. Buat hilangkan rasa teringin kat tekak nie. Kadang tu tak sanggup aku nak beratur. Kalau teringin nak makan, kena la turun pi pasar tani Putrajaya tu awai sket. Takyah beratur lelama. 

Petang ni taktau la nak pi beli putu mayung ke tak .... ? Mood tak rajin sangat pun ada. ha ha ha ha



p/s : Sekarang ni tekak asyik nak makan pulut je. adeeeh ... sindrom ibu mengandung.

Monday, December 1, 2014

BILA ANAK SOLEH SOLEHAH MOMMY MENDIAMKAN DIRI


Assalamualaikum ….


Last week aku kelam kabut sikit. Emosi mommy mengandung yang tak stabil langsung. Tak pernah-pernah stress, tetiba boleh stress. Bermula bila perut aku kembong tak semena-mena dan baby aku tak gerak on Monday, aku terus jadi stress, malam Isnin bila nak tido aku nangis je. Hasben pun dok asyik mujuk. Baring je airmata meleleh. Panggil baby soleh solehah aku tak juga gerak. Stress sangat time tu. Dengan perut aku kembung masuk angin. Nak tido pun susah. Time nak tido berejam hasben aku dok ngurut belakang. Ini semua gara-gara aku lewat makan pagi pada hari Ahad. Nak kejar ke kenduri berkhatan anak kawan hasben, pagi tu breakfast pun jam 11am. Aku nak masak breakfast hasben tak kasi. Dia cakap makan kat luar je. Sekali keluar rumah pun lambat, maka makan pun lambat. Monday baru angin satu badan. Memang mendapatlah!


Pagi Selasa, bangun nak solat Subuh ... lebih 20 minit aku panggil baby soleh solehah aku. Tak juga gerak. Nanges lagi. Ha ha ha. Sejak aku preggy kali nie aku nangis teruk sikit.. Selalunya aku susah nak nangis. Memang aku happykan diri aku sentiasa. Hasben buat apa pun setakat sikit-sikit memang payah la aku nak sentap. Memang aku kontrol giler emosi aku agar tak terganggu. Sebab aku nak baby aku tak terpengaruh dengan emosi yang bukan-bukan dari aku. Tapi, dengan anak aku kalah. Bila baby soleh solehah diam, aku nangis je. Memang kalah sungguh! Baru aku tahu kuatnya naluri seorang wanita yang nak jadi ibu. Mulalah fikiran aku melayang kat mak di kampung. Mulalah terfikir betapa susahnya mak mengandung, melahirkan, menyusu. membesar dan mendidik aku dulu. Baru sekarang aku merasa .... merasa mengandung. Step seterusnya akan datang. Selalu aku pujuk hati, bertabah dan kuatlah semangat sentiasa. Aku memanjang berdoa Allah permudahkan urusan aku mengandung dan melahirkan zuriat soleh solehah ini secara normal. Aku dan hasben merancang, kalau pengalaman mengandung dan melahirkan anak soleh solehah yang sulung nie dalam keadaan baik, aku pun bersalin normal ... so 2016, Inshaallah plan untuk anak kedua. Aku kenalah kejar trip sikit, sebab kahwin lambat ... so, umur pun ada limit nak mengandungkan. 


Pegi kerja hari Selasa tu, muka sedih je dalam kereta. Pergi office punch card dulu terus pergi klinik An-Nur dekat Presint 15. Kawan aku cakap, klinik An Nur ni best sikit nak scan ke hape. Doktor dia pun friendly.  Memang friendly sangat pun. I like! Masa scan baby, uih bukan main lagi dia nendang-nendang. Menunjukkan aksi. Kemain ye anak mommy and babah nie. Kamu keluar nanti jangan banyak perangai ye ngan mommy. Hu hu hu. Pastu aku minta sekali scan jantina plak. Kalau nak ikut hasben aku taknak scan jantina, kalau boleh biarlah masa keluar nanti tahu jantia. Aku plak ada sedikit ciri tak sabar kheengg. Bila request doktor pun memenuhi permintaan aku dan aku pun rasa gembira. Aicheeeh. He he he. Kami suami isteri memang dah tahu jantina, tapi hasben minta rahsiakan. Sebab katanya itu cuma scan. So, biarlah masa keluar nanti ia adalah lebih pasti. Okeh, isteri ok je. Sekarang nie pun persiapan baby takde la nak amek color pink atau biru je. Memang pilih color selamat. Amek pink sumer kang, tetiba yang keluar lelaki. Amik biru semua kang keluar gegirl. Eh, tapi gegirl pakai biru okeh lagi. Nampak beraninye. Eh!


Minggu ni dah masuk 30 minggu kandungan aku. Alhamdulillah. Barang baby semua dah siap. Dah pack untuk ke hospital. In case nak terbersalin awalkan. Cuma belum masukkan dalam bonet kereta. Yang tinggal 1-2 barang mommy je belum settle. Tapi takdelah yang penting-penting sangat. Kalau tak beli pun still boleh cari alternatif lain. Dah masuk 30 minggu nie rasa nebes pun ada. Seram sejuk pun ada. Namun, hati ni hari-hari doa moga segalanya dipermudahkan. Ameeen. Pengalamn pertama. Anak pertama. Kesakitan bersalin yang pertama. Tak tahulah macam mana. Moga-moga Allah permudahkan aku melahirkan baby soleh solehah ini secara normal. Dan moga Allah mengurangkan kesakitan aku nanti. Masa aku scan minggu ke 29, berat baby aku dah 1.2kg. Doktor cakap memang ada potensi membesar lagi dengan jayanya. Jangan besar sangat dalam perut ye sayang, nak besar lagi ... besar dekat luar nanti. Ekekekeke. Kang nanti senang mommy lahirkan kamu dengan normal. Pastu leh ada adik lagi nanti. Eh eh eh hajat kenmain plak. Hu hu hu


Dah type pepanjang nie, tak tau plak nak  berenti kat mana. Ha ha ha. Sabor ajelahkan. Update blog pun tenggelam timbul. Bila sekali update berjela plak panjangnye. Harap korang tak bosan la membaca. Okeylah .... later-later  aku rajin dan ada masa aku hapdate lagi. Tapi rasanye hari nie macam ada chance la nak update lagi. Opis aku lengang .... ramai yang cuti dan kursus! Happpy dooowh dok opis sunyi-sunyi nie. He he he. 



p/s : Mommy skang dah nak kena start berjalan selalu. Moga urusan bersalin dipermudahkan. Ameeen. 

p/s/s: Kalau nak kemaskini permohonan BR1M tahun 2015 boleh update dekat sini ye; e-BR1M. Untuk mereka yang layak sahaja. 

Tuesday, November 18, 2014

MASAKAN NOGORI SEMBILAN YANG SODAP DI NELAYAN SEAFOOD & CATERING, SELERA PUTRA, PRESINT 1, PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...


Haih, bukan main panjang tajuk. Itu baru tajuk ... entry nie taktahu la panjang benor ke idak. Tapi rasanya penuh dengan gambar masakan nogori sembilan joo yang buleh buek korang menceceh ailio sekejap. Meh, nak share sket ngan korang terutama yang tinggal atau kojo kek Putrajaya atau kawasan sekitarnya. Special untuk oghang nogori la, kot maleh balek nismilan tu, meh la singgah makan dokek Restoran Nelayan Seafood & Catering yang terletak di Lot S10, Selera Putra, Dataran Putra (Sobolah Masjid Putra), Presint 1, Putrajaya! Tapi bukan oghang nismilan yang suko bonar dengan masak lomak cili api podeh berdengung, boleh je singgah makan sini. Pasti sedap menyengat!

Memandangkan hasben den oghang nismilan, so masak lomak cili api pedas berdengung memang dah serasa dengan tekak. Cuma kalau terlobih podeh je, perut den tak menahan. Time makan boleh lap peluh kalau makan masakan nismilan nie. Berpeluh hidung .. dahi habaq hang!! 

Korang-korang yang rasa nak cuba masakan oghang nismilan, silalah yoo datang. Macam-macam jenis masakan melayu asli ada dekat sini. Ada juga menu eksotik ... macam jangek (aku baru tahu jangek nie sodap ... kenyal-kenyal), daging landak, otak lembu dan pelanduk. Yang tak berapa eksotik tapi menepati tekak aku masak tempoyak ikan patin (memang terbaek sodapnya ehhh), masak lomak cili api ikan baung (aku baru tahu ikan ni sodap lemak-lemak dan isinya halus je), ikan talapia masak lomak cili api, daging salai, ayam kampung goreng, masak lomak pucuk kayu, masak lomak temusu, sup tulang, potai jeruk, menu ikan2 sungai, rendang itik ..... dan air yang paling sedap kat sini dan jadi peberet aku adalah air janda pulang!! Air jando pulang nie adalah air kelapa yg dicampur dengan air gula merah tak salah aku. Dalam dia ada isi kelapa yang lembut-lembut tu. Memang sodap. Nak-nak kalau sojuk-sojuk. Tak pueh minum ar. Tapi kalau ada koncing maneh, berpadalah minum yooo. Masak spital den tak tanggung ar! ha ha haha

Lain-lain adolah budu, cencalok, tempoyak, sambal belacan, pelbagai jenis ulam-ulaman, sayur bayam ... sayur kangkung, sayur kailan yang memang dah biasa korang makan. Sebaiknya datang makan kat sini, silalah cuba menu yang lain dari yang lain.


Nak cerita memang panjang bebenor aku rasa. Mai layan gambar bukti secebis dua. Kasi korang terlior sket. Menu yang aku amek atas tu, tak tahulah menu bile ... ada siput sedut masak lomak cili api, ayam goreng kampung, masak lemak pucuk paku dengan telur dadar ke telur masak kicap ntah. Okeylah tu....ini pun dah cukup mengenyangkan!




Pelbagai jenis masakan Melayu asli yang terhampar untuk korang try! Pasti menyengat ... In Shaa Allah. Kalau tak tahan pedas tu, janganlah amek kuah masak lomak banyak-banyak ye. Kesianlah sama dekat perut. Amek setakat korang mampu makan je. Tak pun amek lauknye je, jangan amek kuah ... tang kuah tu, amek je masak kicap, selamatlah perut korang nanti. Cumanya, tak best la kalau makan masakan Negeri Sembilan tapi tak podeh. Baik ko makan sup tulang joooo!


Menu kat atas nie ada ayam kampung goreng, udang galah goreng, ikan kerai dari Sg. Pahang dan ikan patin masak tempoyak. Sejujurnya, gambar atas nie bukan dari tangan aku yang mengambil. Sebab tu watermark dia aku letak nama Nelayan Seafood & Catering. Aku amek dari FB dorang. So, takleh la sukahati nak letak watermark rempitkehidupan kheeeeeng!! Marah plak tauke dia nanti. 


Sebelah ketam dan udang galah masak lomak cili api nie, adalah NANA. Salah seorang staff dekat Nelayan Seafood & Catering di Putrajaya. Dia adalah sangat peramah dan friendly orangnya. Suka melayan korang sebagai customernye. Tak lokek dengan senyuman. Orang peramah dan baik dengan kite, makanan pun sodap sangat ... maka review yang kita bagi adalah baik-baik sahaja. Tapi makanan kat sini memang baeeeek pun. Bukan sesaja nak puji. Silalah cuba, In Shaa Allah akan menepati citarasa korang nanti!

Kalau korang yang keje/tinggal kat Putrajaya nie dan terasa nak tempah menu masakan Negeri Sembilan dari Nelayan Seafood & Catering, boleh hubungi owner restoran ini seperti di bawah, Restoran nie amek jugak catering untuk jamuan makan untuk office dan sebagainya. 


RESTORAN NELAYAN SEAFOOD & CATERING (Hidangan Melayu Asli)
LOT S10, SELERA PUTRA, DATARAN PUTRA (Bersebelahan Masjid Putra)
PRESINT 1, 62000, WP PUTRAJAYA

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari

012-91646447 / 019-7512350 (Encik Izwan)
018-3755609 (Cik Nana)





p/s: Silalah terliur, kemudian ramai-ramai terjah restoran nie!

SINDROM IBU MENGANDUNG 7 BULAN

Assalamualaikum ….



Sehari dua nie aku tak berapa nak sihat dah. Bukan demam. Bukan sakit kepala ke hape. Aku rasa ibu mengandung akan merasai ketidaksihatan ini. Belakang aku dah start sakit-sakit. Pinggang pun dah berdenyut. Nak berdiri atau berjalan lama pun dah kena pegang perut. Baru 7 bulan, belum masuk 8 ke 9 bulan. Tak tahulah macam mana bila perut ni makin membesar. Baby soleh solehah aku pun dah makin melasak sekarang  nie. Paham je dengan apa yang aku bisikkan dekat dia. Bila aku bersuara tak pun dengarkan dia bacaan Quran dari handphone cepat je dia kick perut aku.  Nak-nak kalau time lapar, bukan main baby soleh solehah gerak-gerak dalam perut. Kadang gerak manja, terkadang tu terlebih gerak ... so aku pun jadi terkejut. Tergeli la sekejap ... rasa macam berdenyut je.

Hari minggu baru nie, Ahad ... aku dok rumah sensorang. Hasben aku ada keje balik kampung. Malas nak ikut sebab nak kena duduk dalam kereta dekat sejam. Lagipun aku penat sikit dan plan bila dok rumah sensorang nak la kemaskan masterbedroom kitaorang yang dah macam tongkang pecah. Sebelum ni asyik tidur bilik tetamu je sebab bilik kitaorang penuh dengan baju-baju lama yang nak pack dan disimpan. Hasben aku dah pesan kemaskan baju atas katil je. Keje lain takyah buat. Aku plak bila tengok katil dah kosong, siap la tukar cadar bagai. Lantai bilik nampak macam tak cun je, terus sapu dan amek mop untuk bersihkan. Masa tengah sapu ke hape aku tak perasan ada plastik atas lantai .... terpijak, nasib baik tak jatuh. Hampir-hampir jatuh! Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi dekat aku. Dah la tinggal sensorang kat rumah dengan perut memboyot. Memang mengucap panjang la time tu. Memang Allah swt nak selamatkan aku dan anak. Berderau kot darah sekejap. Siap mop lantai bagai, terus aku rehat sebab sakit pinggang. Pastu wassap hasben aku, cerita pasal kejadian .... dah kena marah.. Serius la kena marah. Sebab sebelum keluar dia dah pesan, jangan buat keje sangat. Rehat je kalau boleh.  Aku plak, hari cuti tak boleh tidur siang. Ada je benda nak buat. Tapi aku tak pulak nak lipat kain baju, hasben juga yg buat keje lipat melipat nie. Itulah masalahnye. Kalau kat office menguap je manjang.  Asyik rasa nak tidur. Dok rumah taknak plak tidur siangnye.

Semalam pegi keje, bila duduk lama je belakang aku sumer sakit-sakit. Memang sindrom ibu mengandung camnie yek korang?? Asal lepas lunch hour je aku jadi tak larat. Duduk lama berdenyut2 atas pinggang. Pastu nak berjalan pun dah tak laju sangat macam waktu pagi. Hari-hari doa supaya aku nie sihat dan kuat semangat. Hari nie plak baby soleh solehah aku sangat aktif, asyik gerak-gerak je. Alhamdulillah. Macam dia tahu je, kalau diam kang mommy mesti risau, Sebab tu dia asyik kick-kick manja kat tummy mommykan....Cuma kamu aktif bebenor hari nie.  Petang semalam roger hasben ajak balik keje awal je. Dah wassap hasben suh datang amek awal. Plan nak terbungkang tido awal. Nak masak memang malas. Cuma kebetulan bila hasben cakap dia nak keluar dengan adik dan abang dia lepas solat maghrib. Fhuhhh Alhamdulillah sangat, so takyah nak masak kita makan dekat luar ajelah. Aku ajak hasben pi makan dekat Medan Selera Presint 9 (dulunya Sri Teja), baru buka selepas direnovate. So, nak tengoklah 'wajah baru' medan selera neh. 

Tekak aku kan manjang nak makan nasi lemak je kan, semalam tak dapat breakfast nasi lemak jadinya aku cakap kat hasben makan nasi lemak ayam dara ajelah dekat gerai Hidangan Marina Presint 9 tu. Actually, aku tak suka sangat makan kat foodcourt nie, ntah kenapa ntah aku rasa macam tak kena je ngan tekak aku. Cuma kenkadang teringin pergi juga. Sejak dibuka, setahun biasanya adalah 2-3 kali pergi. Memang bukan tempat peberetlah. Hasben aku pun jarang nak bawa datang sini, time cintan cintun dulu pun memang takdanye kami nak lepak sini. Selalu lepas foodcourt Presint 16. Kat sana macam best dan tenang sikit. Food court Presint 9 nie bagi aku ramai dan serabut sket. Penin kepala. Memandangkan foodcourt ni baru dibuka semula, so orang takdelah ramai sangat ... biasa-biasa ajelah. Dan semalam dapatlah makan nasi lemak ayam dara berempah ... cuma dah tak sesedap sangat macam mula-mula dulu. Bolehlah makan melepaskan kempunan. Nasi sedap juga, yang takde rasa cuma ayam goreng dia. Rasa kosong ... takde rasa berempah pun. Kecewa la sket kat situ.


Up sket gambar nasi lemak ayam dara berempah untuk tatapan korang. Hasben aku makan nasi lemak telur mata je. Sambal dia pedas menyengat. Kalau pedas-pedas manis sedap juga neh. Total semua RM9.50! Mahal ke idok??





p/s : Sekian cerita ibu mengandung yang ngadu nasib. Hehehehe.