Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Wednesday, December 1, 2010

Day Trip for 3rd Asian Jamboree (Singapore 100Years of Scouting)


3rd Asian Jamboree Singapura akan diadakan pada 5hb-9th December 2010 (5 hari) di Sarimbun Camp Singapura.

Antara negara yang terlibat dalam 3rd Asian Jamboree ini ialah Australia, Hong Kong, Malaysia, Indonesia, India, Thailand, Uganda, Cambodia dan Singapura

Dua pemimpin SCOUTSJB-SKTDJ iaitu En Mohd Rithauddin Alias dan En Mohd Syukri bin Mohammad akan menyertai lawatan sehari pada hari pembukaan iaitu 5hb bersama pasukan Scoutsjb.net


Tentatif lawatan sehari adalah seperti berikut:
Bertolak dari Terminal Larkin 7 pagi
Pembukaan Ceremony dan aktiviti Jomboree’s camp : 9pg sehingga 4ptg
Lawatan tempat menarik sekitar Singapura hingga jam 7 mlm
Pulang ke JB jam 11:00mlm

maklumat lanjut kunjungi scoutsjb.net

No comments:

Post a Comment