Korobori Pengakap Kanak-Kanak Daearah Johor Bahru telah dilaksanakan dengan jayanya pada 14-16 Oktober 2011 bertempat di SK Taman Damai Jaya. Seramai 169 peserta PKK dari 7 buah sekolah telah menyertai korobori ini.
Antara pasukan pengakap yang terlibat dari sekolah:
SK Taman Damai Jaya
SK Pengkalan RInting,
SK Taman Tun Aminah 1
SK Taman Tun Aminah 2
SK Selesa Jaya
SK Seri Kota Puteri, Masai
SK Tiram Duku, Gelang Patah
Para peserta telah melalui ujian seperti kawad kaki asas, membuat gadjet tripod, teori pertolongan cemas dan ilmu2 pengakap yang lain. Malam Pengakap pula dimeriahkan dengan kehadiran ramai ibubapa yang datang menberi sokongan. Para peserta telah menghadapi semua ujian dengan cemerlang dan melalui suasana perkhemahan penuh cabaran.
Korobori ini telah dirasmikan oleh Ketua Persuruhjaya Negeri , Tn Yaacob bin Karim yang turut sudi mengalungkan rambu kepada pengakap kanak kanak yg layak. Majlis penutup turut dihadiri oleh Pen Pegawai PPD dan Guru Besar SKTDJ..
Barisan Pemimpin, kelana dan urusetia Korobori bersama Ketua Pesuruhjaya Negeri

Peserta Korobori ceria bersalam pengenalan sambil menunjukkan isyarat pengakap


sesi kesihatan dan keselamatan



Perasmian malam campfire oleh Guru Besar, Pn hjh Rehizan Shamsuddin

Persembahan menghiburkan dari pengakap

Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri (rambu biru) pada yang berjaya..Tahniah!!
Perasmian penutup oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri