Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Thursday, April 22, 2010

LENCANA KERIS EMAS

KESETIAAN
1.Lagu Patriotik
2.Mengenali Jata Negar Malaysia dan Negeri / melipat bendera
3.Mengetahui nama orang kenamaan
4.Nama Pesuruhjaya Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
5.Mengamalkan rukun agama
6.Sambutan Hari Keputeraan
7.Sambutan Hari Pengakap Sedunia / Malaysia, / Hari Ibu / Bapa, Hari Guru / Kanak-kanak dan lain-lain

KESIHATAN DAN KESELAMATAN

1.Peraturan hidup sihat & bahagia
2.Sakit selsema
3.Mendapatkan bantuan kecemasan
4.Mengetahui kegunaan isi kandungan Peti Pertolongan Cemas dan jenis-jenis balutan
5.Mengikat Anduh
6.Cara-cara keselamatan di air
7.Cara-cara belajar berenang
8.Koleksi maklumat media

KECEKAPAN

1.Asas perbarisan
2.Cara memasang, menaik, mengibar, menurun dan melipat bendera
3.Kemahiran asas permainan pasukan
a) Sepak Raga
ATAU
b) Bola Baling
4.Seni mempertahankan diri
5.Kesegaran fizikal
6.Latihan asas ala komando
7.Simpulan-simpulan
8.Mendirikan dan menurunkan khemah

PENYERTAAN

1.Mengetahui sifat ikan
2.Mengetahui sifat tumbuhan
3.Pilih Salah Satu
a) Buat sebuah kotak untuk alat-alat Pertolongan Cemas Dan lain-lain
b) Membuat Patung
c) Membuat layang-layang
d) Mengetahui memperbaiki satu jenis permainan berbateri
4.Mengetahui Pemeliharaan Kesejahteraan Alam Sekitar, sosial dan fizikal (Pilih mana-mana dua sahaja)
a) Membuat Mini zoo serangga
c) Menyediakan akuariun / Terrarium
c) Melawat ke muzium / zoo / pusat sains
5.Menyanyi dengan iringan muzik mengikut rentak (Pilih dua Sahaja)
a) Lagu-lagu berirama Tradisi
b) Lagu-lagu Rakyat
c) Lagu-lagu Asli
d) Lagu-lagu Pengakap Tradisi
e) Lagu-lagu Pengakap Antarabangsa
6.Berlakon babak cerita
7.KoreografkanTarian Kebudayaan

PERKHIDMATAN

1.Membersihkan kawasan
2.Membantu ibubapa / keluarga
3.Membantu rakan sebaya
4.Melukis / membuat model peta kasar menunjukkan tempat-tempat kemudahan awam
5.Program malam Pengakap
6.Membantu Pek bercuti
7.Menguruskan kegiatan perkhidmatan Lencana Keris Gangsa dan Perak

No comments:

Post a Comment