Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Thursday, April 15, 2010

Kawad kaki Scouts Jr SKTDJ


Sesi pengenalan latihan kawad asas kaki telah diadakan pada hari Rabu (14 April) bertempat di tapak perhimpunan SKTDJ. Seramai 64 ahli pengakap bersemangat hadir menimba ilmu dari jam 4 hingga 6 petang dan 2 guru pemimpin iaitu Cikgu Rithauddin dan Ustaz Salleh telah memberi tunjuk ajar.

Latihan ini juga sebagai pendedahan dan persediaan untuk menghantar pasukan kawad pada pertandingan akan datang.

From Zero to Hero..Buat Sehabis Baik !!




No comments:

Post a Comment