Showing posts with label gilamakan: western. Show all posts
Showing posts with label gilamakan: western. Show all posts

Monday, January 2, 2012

chillis!!!

selamat hari ke dua tahun baru dua ribu dua belas kepada anda2 sekalian~
sekarang ni aku tengah kebuluran selepas berjaya menyiapkan penggosokkan baju sebanyak 13 helai...
rajin kan aku? terima kasih... sebab aku dapat membayangkan betapa gumbiranya aku ke tempat kerja tanpa perlu nak menghadap seterika setiap malam selama 3 minggu dari sekarang~ 

ok..cerita makan lagi best....lagipon perut tengah berkeroncong gila ni...
so mengembirakan hati dengan melayan gambar makanan adalah kerja tak masuk akal...

CHILLIs
Lokasi: KLCC, KL
Jenis: Western

2 minggu lepas, aku n k.nani telah pergi menggila makan lagi di sini.. setalah sekian lama.. lama jugak aku, k.nani n k.fida tak berhangout borak2 sambil mengunyah... n di kesempatan hari tersebut, k.fida tak dapat join pula.. so kami berdua sahaja n kebetulan aku puasa time tu. so order makan tak boleh banyak2...


Brewhoused Glazed Steak/ rm49.95
ni antara menu yang baru kat chilis..n time aku gi ni dia tak masuk official buku menu lagi.... so kalau nak try kena cari menu ni dalam promosi menu... ni 1st time aku order steak kat sini... bukan kat sini je.. kat mana2 restoran kalau order western tak pernah aku hingin nak order steak.. tak tau nape muka aku nak hadap lamb je...
tapi! sekali pekena benda ni...memang tak leh lupa lah...aku siap angau teringat kan kunyahan dagingnya yang hempuk tu bersama2 keledek yang manis dipotong seperti fries dan hirisan bawang yang telah digoreng wangi di atas kuali sizzling...setiap kunyahan tu amat bermakna n dinikmati dengan penuh kekusyukkan....
kalau korang order benda ni jangan lupa cara nak makan tu memang kena ada 3 elemen daging, keledek fries n bawang yang kat bawah daging tu di setiap suapan....baru korang akan angau sampai seminggu ngidam nak makan lagi.... kedudukan bawang bawah daging tu aku rasa punca sedapnya bawang dia...maybe air daging tu jatuh menjadi kan igauan terhadap benda ni makin menggian!

ooooooohhhhh...aku dah angau semula! tiba2 rasa nak pergi lagi tapi poket tak mengizinkan....uhuhuhuhu


triple play/rm??
yang ni aku pernah review dulu..aku letak link sini yer.... yang pastinya perut aku macam nak pecah lepas makan benda2 ni semua... adakah perut aku sudah mengecil??kalau yes, aku sangat guumbira!!!!hahhaha
gedik lah....

ok..sampai ni je aku nak cerita...kejap lagi nak gi tengok cerita ghost protocol.. gila lambat kan? bubai~

p/s: aku nak tukar setting gambar aku jadi xtra large...supaya effect menjejes lagi banyak...malangnya terlalu besar sampai mangganggu side bar...aku nak tukar setting lain pulak nanti...uhuhu

Thursday, December 22, 2011

mel'S at USS!!!

hei ho~
salam malam jumaat~
pada malam yang berbahagia ni aku nak tayang tempat makan yang syiok kami try di Universal Studio Singapore....
mula2 berangan nak buat entry pasal keseronotan menggila di USS, tapi kemalasan itu berada di tahap tertinggi sekali....
tapi bab cerita pasal makan takde masalah....semua masalah yang lain boleh diatasi dengan makan...wehu!!~

MEL'S DRIVE IN
Lokasi: Universal Studio Singapore
Jenis: Fast Food


 kaunter pengorder-an
sistem kat sini tak sama dengan most fast food kat malaysia di mana kaunter order n pembayaran terletak agak2 dalam 2 meter dari kaunter meng-collect makanan...kalau kat malaysia situ la kau order, situ lah gak kau dapat makanan kau.... tapi apa orang kesah..janji kau dapat makanan kau lepas bayar...ye dok??~

 
suasana dalam mel's
gaya2 retro.. kusyen duduk dia gila2 punya hempuk n tebal....bila duduk boleh rasa kusyen dia terbenam....
kami dapat site corner yang seat dia build in tu..so semua rebut nak masuk dalam seat buil in ni (style sofa tu...
nasib baik 4 orang je...semua dapat duduk....

 
bila duduk dalam kedai ni, perasaan familiar sangat mendalam...tapi rasa2 bila masa pulak aku hidup zaman retro camni??~ sekali kawiyah cakap, lagu uptown girl by westlife...video clip dia memang buat kat dalam kedai mels..tapi bukan lah kat USS ni...opkos la kat US sana... tapi memang diorang mengekalkan ciri2 kedai retro ini di mana2 cawangan....kot~

so...dan2 nak amik lagu uptown girl kat mesin lagu sebelah kitorang ni...nak joget2 cam dalam video clip tu lah angan2nya.... tak de maknanya ye...mesin ni replika je...dok kat sebelah meja kami...
time ni dah kebulur gila2.. masa nak pilih makanan pon dok congak2 duit dalam poket...uhuhuhu

Shiok Burger Combo/ $12.80
ni set yang aku order... kebetulan masa tengah beratur nampak poster promote shiok burger ni...usual price dia $16.30... so amat2lah berbaloi kalau amik time harga murah sikit.. padahal bege ni lah yang paling mahal antara bege yang lain+ convert rm jadi almost rm30 lak tu...dah berjaya kalahkan carl's jr. ni...haha... tapi bila lagi nak try benda lain dari yang lain kan?~

fries
fries dia sikit je bilangan nya...boleh kira guna jari... tapi saiz dia besar sikit dari dari fries biasa kat fast food tempat kita.. n lembik+ lembut...mungkin sebab dah besar so dia tak sesuai dihasilkan menjadi garing....kot?~

teng tedeng!!!!~
selepas dah bogelkan dengan rakusnya ini...lihat burger ke...mengiurkan kan?? sorylah aku tak dapat nak interpret keseksia-annya dengan gambar...sebabnya kamera aku low bateri time ni...so memang bergantung kepada kamera handphone 100%...n sebenarnya, bege ni besar!!!

 ok...apa yang shiok sangat dengan bege ni ialah daging yang digunakan adalah 100% beef patty... lagi hebat dari quarter pounder hokey... yang ni kau makan memang lat2 rasa daging lembu...masa makan tu boleh bayang kau tengah gigit bontot lembu tengah meragut rumput gitu...sampaikan geng2 aku yang try ni tak puas hati cakap akunya berger guna daging kambing...ha! tu lah dia...budak2 sekarang dah biasa sangat makan beger guna patty perisa daging padahal dalam tu lemak2, tendon2, urat2, kot2 bahagian lidah+tepung....

selain itu...yang menambah keshiok-an berganda apabila daging tadi dilapisi dengan bacon turkey yang nipis, onion ring yang rangup, dan serunding...serunding??hahah...tu yang aku nak gelak je bila tengok...boleh pulak diorang ni minat pulak nak guna serunding... n specialnya dia sapu guacamole...kalau tak tau gi study kat kelas lecture masterchef...haha


 sebab kami makan 4 orang so kitorang bahagi masing2 punya beger kepada 4 bahagian n bahagi2 kan..sebabnya  semua nak rasa makanan orang lain....

 ni bege kawiyah...dia amik set apa ntah tak tau nama...tapi pattynya ialah ayam goreng crunchy2.... lebih kurang macam berger mcD chicken mcdeluxe

 ni dobot punya beger...dia punya beger patty beef...tapi yang specialnya dia letak kuah yang dibuat dari mince meat tu...ala2 style bolognese punya resepi la...n ada cheese..soooooo sedaaaappp... 2nd beger after mine yang aku suka~

 ni beger k.meng pulak...fillet nya ialah ikan...rasanya macam guna dory...opkos lah kan...takkan dia nak bagi ikan kerapu pulak...yang ni bagi peminat ikan maybe suka..for me..aku tak minat sangat...sebab aku suka ikan tu kalau dia dia masak masih ada rupa seekor ikan...kalau dah jadi fillet not my taste~
orang lain jawab...AAk? hahahahah

so kesimpulanya tamat lah sudah kisah perjalanan hidup makan masa rombongan cik kiah hari tu....
gila tak mengghairahkan entry kali ni~



Wednesday, November 16, 2011

lasagna~

salam...
huit2 sekalian2....
arini moo berangan aku sekejap je...sebab dah penat asyik mengadap blog b2b je....
bila tesion je aku nak kena release kan perasaan itu kat makanan..
tapi sebab diet(konon2nya)...aku tengok je lah gambar makanan....
wah...biar benar je kan???

akibat dari mengoret2 gambar makanan dalam laptop ni, jumpa lah banyak gila makanan yang aku tak menyempat nak update....haiyo...kecoh betol lah aku ni kan....

so terimalah persembahan lasagna dari aku: 

LASAGNA
Lokasi: Rumah Sendiri (reheat)
Jenis: Italian, Western

 ni rupa masa mula2 sampai rumah..sejuk membeku lagi...
aku ingat nak makan berdua dengan kawiyah...sekali dia dah tergesa2 sangat nak balik penang time tu...
so memang rejeki aku mentibai sorang2 je lah....

 reheat
time ni aku punya hotak ligat2 berpikir...macam mana lah aku nak reheat tanpa oven..takkan nak tenggek atas kuali...kompem lasagna jadi spegeti goreng besar2 ....
so aku yang geliga ni pon menggunakan teknik steam/ kukus...benda ni ada lah kat rumah aku... sebab ada multicooker punya extra cookware... pandai kan aku~ tq2

 selepas 10 minit
apabila tutup periuk dibuka~ waaaaaaahhhh.... cheese dia sudah mencair~ ini lah yang merembeskan air liur ku.....tak saba2 dah!!

dalam pinggan pertama
mula2 ala2 sopan gitu..konon2nya nak makan sikit je dulu... half simpan dalam fridge makan esoknya pulak..
sekali dah hadap... pemikiran yang suci tadi berubah kepada lebih suci: ish...kalau esok makan mesti dah tak sedap..baik tibai je malam ni jugak~ wahahahhha


ni entah ke berapa kali punya tambah...yang pastinya dari bekas sebesar tadi tu telah berjaya aku tibai kan sorang2....
lupa nak cerita keenakkan lasagna ini....yang pasti nya setiap kunyah tak mengecewakan...daging kisar dia melambak2 sampai penat aku kunyah, dagingnya macam biasa digoreng dengan tomato puree....cheese dia pon melimpah ruah...ada kejadian cheese tu tertarik2 masa nk potong...memang tak kedekut betul orang yang buat benda ni...

n yang pastinya jangan terkejut dengan harganya...hanya rm12 sahaja...sila terkejut....
benda ni dibeli oleh kawan sekerja housemate aku.... kat foodcourt bank negara....
so siapa kerja dekat2 dengan bank negara tu sila serbu~

Sunday, August 28, 2011

THat LitTLe Gerai...

salam ramadhan...
hari ni merupakan hari ke 28 umat islam berpuasa dan juga merupakan peluang terakhir untuk menunaikan solat terawikh pada tahun ini...
hebat tak mukadimah?
hihi..sebenarnya aku dah tersangat bosan sebabnya housemate ku telah pulang ke rumah masing2+en.Iky juga...
tinggallah aku keseorangan baru nak balik esok...
sebabnya aku gatal tak gi minta cuti untuk esok...kenapa aku tak minta cuti pon aku sendiri tak de jawapan tu...
aku ni memang gatal buat perangai2 gatal macam ni...dah last2 minute baru aku rasa menyesal n dok persoal apsal aku gatal sangat tak minta cuti isnin eh???
disebabkan kebosanan aku sepanjang hari ni..aku telah menggosok baju skurung untuk kerja sebanyak 12 helai (tak pernah dibuat seumur hidup aku! selalunya nak keje esok malam tu baru gosok...kalau masa zaman belajar sampai dok kg baru bagun pagi nak gi keje, lepas mandi baru dok gosok baju!), sapu 1 rumah, kemas2 dapur..macam nak beraya kat kl je gayanya..uhuhuhu

ok2...sebenarnya nak cerita pasal last week aku n kawiyah ada pergi explore sebuah kedai makan di keramat...sanggup meredah dengan tak tau jalan, pakai hentam lepas tengok google map, sesat jalan lebih 3x tapi teruskan jugak..gigih tak??
semuanya gara2 dah dok mengusha blog2 mereka yang gila2 makan jugak dah try n asyik dok memuji kesedapan western kat kedai ni...so hasilnya sila scrolling rolling ye:

THAT LITTLE GERAI
LOKASI:  Jalan AU5D/1 Lembah Keramat, KL

Jenis: Western






 the menu bagi pihak makanan

the menu bagi pihak minuman
menu2 nya kebanyakkannya adalah terdiri daripada western style..harga dalam rm10-25. bagi air pulak harganya agak mahal jugak..kalau air buah rm5..yang menariknya menu air dia kat dalam frame ikea ni...n pilihan air dia tak banyak sangat..


ni pulak iklan puding diraja...untuk sesiapa yang berminat nak order boleh klik kat gambar ada contact disitu..
untuk cerita selanjutnya tentang pudung raja boleh scroll dibawah


 Puding DiRaja/ rm6.50
menu ni sesuai untuk dessert sepatutnya tapi waiter dia(kitorang agak tu abang/adik acha septriasa) telah serve awal2 lagi...kiranya dah jadi appetizer... kenapa nama dia puding diraja? mengikut dari kata2 tokey kedai ni dan juga research dari k.noji puding ni memang santapan istana dari pekan, pahang...kiranya orang pekan kompem pames dengan puding ni.... hanya insan2 terpilih je dapat jugak merasa puding ni ye..bangga tak?haha..
apa yang menarik isi puding ni ialah: pisang yang disalai (pisangnya hendaklah pisang emas), buah prune (ni tak tau lah memang dari original recipe or dah di alter), jala emas (menu orang kelantan), mix fruit (pilihan hati nak buah apa), n dicurah kuah caramel yang manis2 buah n lemak berkrim susu cair...hasilnya nyummy2!!!lazatttt gila!


 ni pakai camera baru, so sangatlah teruja amik gamba dari pelbagai sudut kejap letak flash, kejap tak...sampai tak tau nak pilih letak gamba yang mana...so aku upload mana2 gamba yang nampak macam boleh membuka selera orang melihatnya..hihi...
aku suka gila puding ni...kan bakal nak berkluarga dengan orang pahang jugak...harapnya dapat lah merasa lagi puding ni..yang original dari pekan punya! hihi...


 jus soursop/ rm5.00
jus durian belanda ni aku sangatlah excited nak mengordernya sebabnya dia cakap buat pakai buah...tapi aku rasa air dia macam rasa kordial je...isi dia memang ada buah..tp jus tu tak tulen dari buah yang diblend...aku pernah jumpa jus durian belanda yang pure punya kat melaka je...ooohhh...i miss melaka~~~


 beef lasagna/ rm15
lasagna ni memang sedap! kalau amik memang tak menyesal...boleh makan sharing2 2-3 orang..tak lah besar sangat n tak lah kecil sangat...layer by layer akan jumpa daging, tomato, bawang, cheese dan juga terung... itu yang lain dari lasagna kat tempat lain..rasanya sepanjang aku order lasagna tak pernah lagi jumpa ada terung...n nak jumpa beef pon susah..selalunya aku jumpa mesti tuna/seafood n ayam...



 lamb chop with black pepper gravy/ rm20
ni opkos makanan aku yang punya...sebut lamb aje tau lah aku yang orderkan...ni pon aku upload sekali 3 gamba...susah nak buat pilihan bila pakai camera betul ni..before ni pakai camera handphone je tak susah aku nak delete gamba mana yang tak berkenan..hehe
ok2...cerita pasal lamb ni pulak, aku punya lamb ni rupa memang dah cukup bergaya dah...rasa dia pon ok lah...tapi below my expectation...bukan nya tak sedap...sedap tapi tak sangat sedap..sebab aku baca review orang lain yang gila2 macam sedap nak mati.....so aku agak kecewa malam tu....gravy black pepper dia biasa sangat...rasa macam boleh dapat kat mana2..maybe malam tumemang ada something yang chef lupa masukkan kot...so kurang kick... tapi presentation n kuantiti memang dah cukup cun lah...
salad dia menarik, mash potato dia memang sedap...mash potato dia memang aku boleh puji...sedap n lain dari mash potato biasa jumpa...pernah makan mash potato kat popeye??ha..macam tu lah texture nya...



chicken grilled with black pepper gravy/ rm12
ni pinggan kawiyah yang punya... yang ni pon sedap jugak..tapi aku tak dapat nak menikmati sangat ayam dia sebab dah terkecewa dengan lamb aku tu... perempuan ni gila kentang..so dah ada fries pon still mau amik mash potato jugak... tak reti2 nak buat pilihan...
aku tak de nak comment pasal menu ni lah..sebab aku tak bersungguh rasa ayam ni...so sangat2 sorry...hihi

bagi yang berminat nak pergi kedai ni sila lah usha2 kat facebook dia: http://www.facebook.com/pages/That-Little-Gerai-in-AU5/147719885258454?sk=wall

sila pasang GPS kalau dah rasa2 tak teror jalan area keramat...haha


Sunday, July 31, 2011

LooK OuT PoINt!

selamat malam dan selamat mengerjakan ibadah tarawih!
rajin betul aku malam ni...dok post 2 entry 1 hari...bagus2...ada peningkatan!
have u guys ever heard of look out point??(cakap mat saleh beb!!)
hamek kau!tak mau kalah...
sapotong ayat je hokey...seterusnya dalam lidah ibunda kite:


look out point? ala...yang ada banyak2 kedai makan atas bukit tinggiiiiiiii gila kat area semenyih tu....
kalau tak pernah dengar buat2 lah pernah ye...aku pon baru je pergi last week ari rabu malam...
hari tu k.dayah (one of the geng doyan) datang mengunjungi di teratak aku n kawiyah...so kawiyah yang kakinya super duper kuat merayap ni telah membawa kami ke kedai ini...gigih weh....dah la jauh.jalan pon tak sure.pakai redah je...even da salah masuk jalan lebih 3 kali pon sanggup pusing....


sekali dah sampai, kuar je kereta lepas park...uissshhhh...sejuk!!!berkabus2....mengigil2.... so amaran keras kepada yang nak ke sini!

  1. sila pastikan anda bawak sweater/cardigan/ etc
  2. pastikan tong minyak kete korang cukup nak mendaki gunung
  3. check google map/ gps anda betoi2 before redah!
  4. pastikan tenaga yang cukup untuk mendaki naik anak tangga ala2 batu cave


LOOk OUT POINT -pilihan kedai: Panorama
Lokasi: Atas bukit dekat semenyih. , Batu 14 kot, Hulu Langat
Jenis: semua jenis pon ada...

aku upload banyak gila gamba ye..so kepada yang internet lembab cam siput sedut tu nasib lah..AAK???wahwhawhaha:

 gamba henpon je..so sangat lah gelap dan tak nampak...ni muka dua orang tua: kawiyah n kdayah..tengok muka kawiyah 2 semangat je nak mendaki..muka kdayah redha je...


 tangga pertama:
setiap beberapa belas anak tangga akan di tampal dengan kata2 semangat untuk kita naik sampai ke puncak!
kalau gamba tak jelas aku re-phrase kan la ye:
YOUR JOURNEY IS ABOUT TO BEGIN!

 PRESERVARANCE IS EVERYTHING, KEEP GOING!


 AWESOME! YOU HAVE CLIMED 50 STEPS!
time ni akan rasa ouuuhhh....da penat aku naik baru 50 je???haiyo2!!!


 YOU'RE ALMOST THERE! YOU CAN DO IT!

 CONGRATULATIONS! ENJOY THE VIEW
waktu ni rasa..wahhhh...akhirnya....hekeleh...tak lah tinggi mana pon....
sekali..............


 nak naik kat restoran panorama kena naik lagi ye kawan2...yang sampai tangga congratulation tu tadi kalau nak makan kat kedai lain..kat situ ada banyak jugak kedai2: kedai arab, western, malay, style2 hotel, style2 grill2, etc. so pilih je kedai mana yang kau mau hokey!

n for us yang maukan lebih adventurous ni memilih untuk manjat lagi tinggi ke kedai panorama..sebab kedai dia je satu2 nya berada di puncak..so mesti la perasan kedai tu lagi bestkan?


 A GREATER CLIMB TO A GREAT VIEW


 A JOURNEY OF A THOUSAND MILES BEGINS WITH A SINGLE STEP


 A LITTLE IMPATIENCE WILL SPOIL GREAT PLANS


 anak tangga yang akhir telah memberi sinar cahaya yang sungguh menggumbirakan hati ini


 finally, YOU ARE FINALLY 300M ABOVE SEA LEVEL
300m kau!!!tinggi tak?patot pon sejuk membeku gila2....kabus2


 lihat lah pemandangan dia..wowwwwiiiiii....sungguh mengujakan...nampak seluruh KL weh...lampu2 macam kelip2 je...tapi sayangnya takde sorang pon dari kitorang ni bawak kamera...so guna handphone je...gambar pon ini jelah yang termampu untuk dishare


 kalau dapat naik atas menara ala2 menara tinjau ni lagi best...kat atas tu ada lagi meja2 bole makan kat situ tapi tempatnya limited..n masa kitorang datang ni penuh...ada orang da booked..so kami tak dapat view yang lagi menarik lah~


 the menu


 the airs
aku minta hot mocha; mula2 dia hantar milo..hampeh tol, k,daya: pandan coconut: dia punya  kelapa dah agak tua, so isi dia keras tak boleh nak korek2, kawiyah: lupa nama air dia tapi macam rasa air cock tail dia cakap..


 lamb grill
ni meu aku...tak ingat sangat harga dia...mayb dalam 15 ke 19.90??tak sure.tapi dalam range tu... well, bagi aku ni kambing chop paling tak best aku rasa...kambing dia ada sedikit bau hamis yang agak luar biasa...kalau bau kambing biase tu aku dah biasa...yang ni lagi kuat..spoil kan rasa dia...so bad review..huhuhu


 spaghetti bolognese chicken
ni pilihan k.daya...yang ni pon biasa je..no extra ordinary rasa..plain..bland..harga pon belas2.... ni tak ingat jugak...rm17-18 


 chicken chop 
ni kawiyah punya,,..pon dari rupa pon tau kan..bland n cam biasa je..sangat2 biasa...rm13 kot...ni pon tak ingat...aiyoo...semuanya biasa sangat untuk makanan dia tapi pada harga yang agak mahal..so macam tak berbaloi je...maybe harga dia jadi mahal sebab nak bawak bahan mentah naik atas bukit ni ko ingat senang???hahah


tapi kelebihan kat sini ialah suasananya...nyaman gila...macam menghirup udara di cameron highland...sejuk, berkabus cuma tinggal masa cakap tak kua asap je...
kalau nak keluar mengedate kat sini pon ala2 romantik gitu...tapi aku suggest order selain dari yang kami order di atas...or else boleh try kedai2 kat bawah tu...

next time aku datang, aku nak try makan kat kedai arab pulak..dengan en.iky..dia kan gila makanan arab sekarang```