Showing posts with label gilamakan: fastfood. Show all posts
Showing posts with label gilamakan: fastfood. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

mel'S at USS!!!

hei ho~
salam malam jumaat~
pada malam yang berbahagia ni aku nak tayang tempat makan yang syiok kami try di Universal Studio Singapore....
mula2 berangan nak buat entry pasal keseronotan menggila di USS, tapi kemalasan itu berada di tahap tertinggi sekali....
tapi bab cerita pasal makan takde masalah....semua masalah yang lain boleh diatasi dengan makan...wehu!!~

MEL'S DRIVE IN
Lokasi: Universal Studio Singapore
Jenis: Fast Food


 kaunter pengorder-an
sistem kat sini tak sama dengan most fast food kat malaysia di mana kaunter order n pembayaran terletak agak2 dalam 2 meter dari kaunter meng-collect makanan...kalau kat malaysia situ la kau order, situ lah gak kau dapat makanan kau.... tapi apa orang kesah..janji kau dapat makanan kau lepas bayar...ye dok??~

 
suasana dalam mel's
gaya2 retro.. kusyen duduk dia gila2 punya hempuk n tebal....bila duduk boleh rasa kusyen dia terbenam....
kami dapat site corner yang seat dia build in tu..so semua rebut nak masuk dalam seat buil in ni (style sofa tu...
nasib baik 4 orang je...semua dapat duduk....

 
bila duduk dalam kedai ni, perasaan familiar sangat mendalam...tapi rasa2 bila masa pulak aku hidup zaman retro camni??~ sekali kawiyah cakap, lagu uptown girl by westlife...video clip dia memang buat kat dalam kedai mels..tapi bukan lah kat USS ni...opkos la kat US sana... tapi memang diorang mengekalkan ciri2 kedai retro ini di mana2 cawangan....kot~

so...dan2 nak amik lagu uptown girl kat mesin lagu sebelah kitorang ni...nak joget2 cam dalam video clip tu lah angan2nya.... tak de maknanya ye...mesin ni replika je...dok kat sebelah meja kami...
time ni dah kebulur gila2.. masa nak pilih makanan pon dok congak2 duit dalam poket...uhuhuhu

Shiok Burger Combo/ $12.80
ni set yang aku order... kebetulan masa tengah beratur nampak poster promote shiok burger ni...usual price dia $16.30... so amat2lah berbaloi kalau amik time harga murah sikit.. padahal bege ni lah yang paling mahal antara bege yang lain+ convert rm jadi almost rm30 lak tu...dah berjaya kalahkan carl's jr. ni...haha... tapi bila lagi nak try benda lain dari yang lain kan?~

fries
fries dia sikit je bilangan nya...boleh kira guna jari... tapi saiz dia besar sikit dari dari fries biasa kat fast food tempat kita.. n lembik+ lembut...mungkin sebab dah besar so dia tak sesuai dihasilkan menjadi garing....kot?~

teng tedeng!!!!~
selepas dah bogelkan dengan rakusnya ini...lihat burger ke...mengiurkan kan?? sorylah aku tak dapat nak interpret keseksia-annya dengan gambar...sebabnya kamera aku low bateri time ni...so memang bergantung kepada kamera handphone 100%...n sebenarnya, bege ni besar!!!

 ok...apa yang shiok sangat dengan bege ni ialah daging yang digunakan adalah 100% beef patty... lagi hebat dari quarter pounder hokey... yang ni kau makan memang lat2 rasa daging lembu...masa makan tu boleh bayang kau tengah gigit bontot lembu tengah meragut rumput gitu...sampaikan geng2 aku yang try ni tak puas hati cakap akunya berger guna daging kambing...ha! tu lah dia...budak2 sekarang dah biasa sangat makan beger guna patty perisa daging padahal dalam tu lemak2, tendon2, urat2, kot2 bahagian lidah+tepung....

selain itu...yang menambah keshiok-an berganda apabila daging tadi dilapisi dengan bacon turkey yang nipis, onion ring yang rangup, dan serunding...serunding??hahah...tu yang aku nak gelak je bila tengok...boleh pulak diorang ni minat pulak nak guna serunding... n specialnya dia sapu guacamole...kalau tak tau gi study kat kelas lecture masterchef...haha


 sebab kami makan 4 orang so kitorang bahagi masing2 punya beger kepada 4 bahagian n bahagi2 kan..sebabnya  semua nak rasa makanan orang lain....

 ni bege kawiyah...dia amik set apa ntah tak tau nama...tapi pattynya ialah ayam goreng crunchy2.... lebih kurang macam berger mcD chicken mcdeluxe

 ni dobot punya beger...dia punya beger patty beef...tapi yang specialnya dia letak kuah yang dibuat dari mince meat tu...ala2 style bolognese punya resepi la...n ada cheese..soooooo sedaaaappp... 2nd beger after mine yang aku suka~

 ni beger k.meng pulak...fillet nya ialah ikan...rasanya macam guna dory...opkos lah kan...takkan dia nak bagi ikan kerapu pulak...yang ni bagi peminat ikan maybe suka..for me..aku tak minat sangat...sebab aku suka ikan tu kalau dia dia masak masih ada rupa seekor ikan...kalau dah jadi fillet not my taste~
orang lain jawab...AAk? hahahahah

so kesimpulanya tamat lah sudah kisah perjalanan hidup makan masa rombongan cik kiah hari tu....
gila tak mengghairahkan entry kali ni~



Tuesday, March 15, 2011

beger BESAR!!!

ni kisah lama...aku saje update sementara tunggu cerita drama yang aku miss hari sabtu tu siap download..

CARL's junior
Lokasi: Mid Valley, KL
Jenis: Fast food

ni kejadian berlaku masa en.Iky baru dapat gaji bulan 2... makanya wajibulghunnah lah kita mengepow dia..hahaha.. time ni memang terngidam nak makan beger gedabak ni.. so lepas sampai je mid takde arah lain nak dituju..terusssss~

ni namanya Tisu n Garam n Pepper... 
aku suka bekas tisu dia..macam dalam cerita omputih kan2?haha

Ice Lemon Tea
air dia free refill so xyah nak gedik2 amik large size..rugi je..boleh refill2 pasni..tapi ni aku amik large sebab en.Iky yang order.. bukan duit aku...so aku tak kesah..hahah

Fries
yang best kat sini selain beger dia yang gedabak, ialah fries dia yang nyummy2.. sebabnya memang origanal kentang.. bukan celup2 punya kentang.. kalau tak percaya cuba baca kat kotak dia tu: Natural-cut fries.. kalau tak caye lagi sila scroll ke bawah:

nampak itu kentang...di hujung fries tu boleh nampak kulit kentang..menunjukkan ini bukan cobaan mahupon dugaan..ini memang kentang ok...real punya kentang.. n rasa dia pon memang kentang.. haha..sangat best sebab rangup dan tak macam kentang mcd yang ada rasa sumting kat lelangit lepas makan...ke aku je yang rasa macam tu??

Western Bacon Cheese Burger
ni ialah beger pilihan hati ku..memang sah untuk mereka yang berjiwa karnivor.. kerana tiada sehelai tumbuhan pon di dalam beger ini.. yang bulat2 tu onion ring..di goreng dengan rangup..pastu daging beger yang di grill.. kalau perati betul2 kat roto beger ni ada nampak kesan roti tu dipanas kan atas kuali bagi rangup2 sikit kat setiap inci hujung roti ni...waaaaaaa

ni masih beger kepunyaan aku..on the other side pula ada cheese dan 2 keping ham(chicken) di silangkan dia bagi menambah terliurnya aku sekarang...wuwuwuwu..(apsal aku buat entry ni??da lapooo)

Double Portabello Mushroom
ini pula adalah hak milik kekal en.Iky..beger ni adalah bagi mereka yang berjiwa omnivor..nak makan segala jenis benda dalam dunia ni..haiwan lain dan juga tumbuhan2 hijau..eh tumbuhan lain jugak..seperti kulat di dalam beger dia..haha..mushroom dia gila superb..banyak gila n tak kedekut gila...diletak pulak sos black peper yang lazat di atas daging bege 2 ketul...khas untuk orang temahak macam en.Iky...hahahahahahha

tips2 nak makan beger gedabak ni ialah dengan memenyekkan ianya dulu..macam seperti gamba di atas..
memang besar gila beger dia..kalau tak penyek kompem korang akan makan bersepah+comot+serabai...
ala2 cogan kata kedai ni dulu: dare to get messy~ (dulu2 iklan dia cmni lebih kurang..kalau tak salah susunan ayat aku)

lupa nak ambil gamba sos dia masa masih berisi..sos ni sedap..dia cam sos spegeti cuma takde rencah daging hancur..selain tu ada jugak pickle bagi mereka yang gila jeruk, bawang dicincang dan juga campuran tomato,bawang ala2 salad gitu..boleh self servis

kenyang perut suka hati...tinggal lah sampah sarap ini berkeliaran di atas meja.. anak sapa la puya kerja ni??


aku lupa lah harga set meal dia ni..yang aku ingat aku nya dalam belasan ringgit..rasanya rm15-20..
en.Iky punya dalam RM20-30..dianya mahal sikit sebab dia amik double..orang tamak memang begitu..

p/s: cerita aku download tak leh nak extract lak..memang hanjut betol...!!
terus rasa lapa!!!




Monday, January 17, 2011

OBLONG KAMBING!!!

OBLONG KAMBING!!!
Lokasi: Cafe Staff, HKL.
Jenis: Fast Food.

Oleh sebab aku dah lama tak update entry. Kali ni aku dengan rajin nya nak tayang antara favorite food aku kat HKL. Cafe hospital mestilah tak banyak benda yang best. So kalau yang bes tu mesti lah wajib ditayang2kan.. So sila wajib TONTON! hahaha

Kambing Set. RM seperti yang dipaparkan.
.Take away saje..tak suka duduk lama2 dalam cafe. 1 badan bau kepam makanan..idunloikeu~ 
 
 
Side dish
Side dishnya mengandungi: fries, baked bean(yummy!iloike2), coleslow dan salad sebagai perhiasan..
berbaloi2 kalau beli kat sini. Kat mcD pon tak serve healthy2 camni tau.


 Oblong Kambing+Cheese
tada!!! WoWIiii tak rupe dia? siap cheese meleleh2 tu...marvelous!!! sebagai peminat kambing sampai ke bege pon aku mau kambing! daging oblong ni memang terbaek! boleh rasa daging tu betul2. tak cam setengah2 bege yang bulat tu. rasa kenyal2 bahgian lembu or ayam yang geli2 je dia proses. Ala2 daging Mcd teksturnya. baik aku beli oblong dari mcD. murah sikit. rasa pon nak sama da. Sayur lagi banyak. sihat2 gitu sambil support industri melayu..kn2?

 Zoom in sikit..bagi meleleh tengok cheese dia tu..haha

 Lupe nak cerita roti dia pon lembut je. pembuat bege ni abg Daniel nama dia. Dia cakap dia beli roti bege dia dari budak2 yang belajar kulinari kot. aku tak ingat sangat da cerita dia. dah lama interview. kene bagi refresh sikit.  Sos dia memang tak kedek. dia letak black pepper, mayonnaise, chili sos sikit. Masa goreng tu dia tabur2 sikit serbuk apentah. 2 jenis serbuk. bila tabur tu bau dia menusuk kalbu~

Yang penting rasa dia memang sesedap rupa dia. Thumb up kiri kanan tangan dan kaki juga!

p/s: harga dia kalau tak set 4.80 kalau tak silap. Cheese +RM1. Ham +RM1