Showing posts with label gilamakan: breakfast. Show all posts
Showing posts with label gilamakan: breakfast. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

espresSoup!~

halo2...
beberapa minggu lepas aku ada try satu makanan yang kelihatannya agak menarik...
banting n posternya boleh dilihat bersepah2 merata2 disekitar shopping mall di kl antaranya dekat the mines dan juga time square...
asalkan naik escalator je kompem jumpa bunting dia...tapi asalkan terserempak bunting dia je mesti akunya perut da penuh...
sehingga la time aku gi try kali tu memang semata2 nak gi kat dia je...

espresSOUP!
Lokasi: The Mines, KL
Jenis: ringan2, hidangan diet, sup.


 Pumpkin Soup/ RM8.90
ni en.Iky yang punya..dia memang kompem orang pantai timur...semua nak manis2... bagi aku sedap cuma kalau makan banyak2 muak...boleh la kalau takat nak cilok2 dia punya 2,3 sudu...

 Mushroom Chunky Soup/ RM8.90
ni kawiyah yang punya...dia gi mana2 pon kalau pilihan sup ialah mushroom sup..hadap lah berapa jenis sup pon depan bijik mata...yang ni jugak pilihan dia...rasa dia opkos la same je kat mana2..
tapi setakat yang aku penah cuba sup kat sini memang paling bes...memang lah..memang sup specialty dia n pilihan makanan light2 yang lain sangat lah sikit iaitu salad dan spaghetti saje..dah harga sup dia sampai 8 hengget...haruslah sedap sup dia..kalau tak balik bungkus jual roti naik motor pin2 petang2 suda....


 Clam Chowder Soup/RM8.90
ni semestinya kepunyaan aku..aku kan memang sejenis karnivor..opkos aku punya pilihan berteraskan haiwan walaupon didalam sup...isi sup aku ialah kerangan2...memang terasa kerangan dia...tapi bila orang lain hirup pada hemat mereka sup aku ni rasa macam air laut...diorang memang 'perak'..so siapa sependapat dengan aku sila abaikan komen mereka...haha...compare to clam chowder kat fullhouse memang banyak perbezaannya...yang ni lebih pekat n clam dia sangat banyak..sambil hirup2 boleh dikunyah2

oh...lupa nak cerita kehebatan sup disini ialah dihidangkan di dalam semangkuk roti...roti mangkuk tu bukan untuk perhiasan sahaje ye tuan2 dan puan2..ianya untuk ditelan bersama roti...mula2 aku tengok puzzling jugak dalam kepala hotak ini macam mana nak makan nih?caranya.....


sila klik gamba instruction ni dan baca...wahahahahhaa

tapi sebab aku baik hati ni lah caranya nak mentekedarah bongkah roti dan sup ini...di penjuru kotak roti tu dipotong dan akan menjadikan sup didalamnya melimpah ruah ala2 empangan air yang kebocoran.. kemudian rpti2 tadi boleh lah dipotong kecil2 untuk dihirup bersama sup...roti dia mula2 keras,..bila dah start sup dia melimpah kat luar jadi liat2 dan akhirnya lembik bila sup dah meresap...
special kredit to gamba sup en.Iky sebab dia punya cun je masa proses pemecahan empangan...aku punya roti tak de rupa potongan kecil2 ala2 roti makanan ikan ni...potongan aku besarrrrrr punya...sebab aku style orang kampung; makan roti cecah sup...en.Iky style omputih; hirup sup bersama potongan roti~


ni air apa aku dah tak ingat...lama sangat perap gamba2 ni...yang pastinya harga dia rm 2.50

kalau rasa nak makan light2 n feeling2 diet boleh lah gi menuju disini...sila2...


Thursday, February 3, 2011

Half Boiled EGG!

Telur Rebus 1/2 Masak!!!
Lokasi: Dapur Rumah 
Jenis: Breakfast, masak sendiri.

Disebabkan ketidakpuasan hati aku masa makan kat old town hari sebelum ni. aku telah bersemangat waja membuat breakfast ini..Tapi malang nya aku pon tak terer mana nk agak2 bila telur tu da separuh masak. Selalunya either telur tu menjadi terlebih masak or tak masak langsung.. dan pagi itu haruslah bila aku pecahkan dia pon jadi lah tak masak langsung..tension nya lah hidup aku!!!!

dan idea bernas aku dalam mengatasi masalah sangat lah hebat..iaitu:
 masukkan dalam oven!!!
rumah aku takde microwave ok..oven je ada..nasib baik oven ni jenis see through..boleh la tau telur aku ni da jadi separuh masak ke hangit nanti..excited gila time ni..

 tadaaaa~~~`````
inilah hasilnya..,,telur putihnya masak gebu2..telur kuningnya tak sampai 20% je masak..just nice! lepas ni memang kompem aku tak rebus da..masuk je dalam oven~
finally~
haruslah disirami dengan kicap manis cap kipas udang dan black pepper direnjis2 secukup rasa...inilah yang aku impikan!!!!weeee~

Kopitiam Bandar Tua!

OLD TOWN KOPITIAM!!!
Lokasi: Atas Bumbung Dataran Pahlawan, Melaka.
Jenis: Kopitiam, Local.

Ahad lalu, lepas je bali kenduri Shira kami(aku,wani,aney,azim,ganu n mar) berkonvoi 2 kereta menuju ke bandar hilir. Mengalahkan orang bukan melaka gamaknya. merayap ke bandar melaka lepas balik wedding dengan baju kurung. padahal orang yang dari bangi pon balik bangi terus. haha...

Time tu memang tengah hujan. Sepanjang 2 hari hujan tak berhenti. so perut pon memang sentiasa minta diisi. Sejuk2 kami pon pergi lah melepak di Old town. aku ni memang jakun baru 1st time jejak kaki masuk old town. Seronok rupenya makanan kat sini.. patot prang suka lepak sini..

 ni perhiasan2 atas meja. siap ada pensel n kertas order. jakunnya la aku. rupenya kalau nak oreder kat sini lepas tengok menu kita tulis la kod order kita sendiri. panggil waiter pass je kertas order. gila self service. patot kena tolak service charge dia yang 10%..pastu ada la pepper n kicap untuk sapa yang makan half boiled egg. n tisu yang kotak dia sangat cute! iphone tu tak semua meja ada ye..hanya yang terpilih saja ok..cabutan meja bertuah..haha...(sebenarnya hp aney..lorat btol nak masuk gamba)

 Kitab Ajaib

 Kaya Butter/ RM4.20
ni meal cik Wani..sebab dia tak sedap perut sangat n asyk loya2. so dia nk makan yang simple2 je. rotinya tebal disapukan setepek butter(part kuning) n 1 lagi part di sapu kaya(kale coklat)..lepastu dia tabur2 susu pekat. gila senang diorang berniaga eh..wat macam ni pon leh jual mahal2..komplen2 pon aku gi makan kat situ jugak..haha


Dry Egg Noodle+Chic Meatloaf/ RM6.90+1.50
ni makanan Azim sharing2 dengan si Aney. yang ni tak dapat nk komen sebab diorang makan berdua je..tak kasi chance langsung aku nak ngendeng...so no komen ler..

Peanut Butter Single/ RM1.80

  Peanut Butter Double/RM3.50
Ni pulak makanan si Aney yang single mingle n si Ganu yang double..seswai orderan mereka dengan status masing2..aney tak laku. ganu suda berlaku..haha..ni pon same..aku tak dapat rasa gak diorang punya ni..kedek ni masing2

Curry Potato Paratha/ RM5.50
yang ini Mar punya pilihan.. very the best dia punya kari.,pekat~..kentang dia hempuk2..sedap!memang sesuai2 je dicecah dengan paratha ni...part paratha dia lak,lembut gila..memang best..tapi malangnya nipis sangat. bak sehelai tisu..patot pon dia bagi 3 helai. tapi 3 helai paratha dia cam baru sama dengan setengah helai paratha biasa je..walaupon nipis....suggested menu!

 Kaya Butter Single/ RM1.80
ni adalah menu aku..gila diet ok..makan roti je..macam bukan aku je yang order ni..haha..sebab menu aku boleh lah aku describe betol2..roti aku ni tak tau jenis ape n kenapa kale dia cokelat macam ni. yang pasti dia bukan berperisa cokelat. ianya dibakar dan di tepekkan dengan butter n kaya. yang aku pelik ni, ape lah pemalas sangat diorang ni nak sapu rata2 butter 2. ni pakai potong dari kiub butter then tepek. gila banyak aku telan butter dalam sesetengah gigitan..menu not suggested segala roti2 ni. buat kat rumah pon boleh..taj berbaloi2!!
Soft Boiled Egg/ RM4.20
Mahal ok..telur dia sebiji 2.10..aku siap study menu dia..telur omega dia pakai..tak kesah la..teringin punya pasal. nak buat kat rumah memang malas. benda ni sedap gila kalau dapat time breakfast. tapi sebab teringin petang2 pon boleh je ditibaikan..n lagi bes disiram2kan dengan kicap n pepper. tapi ade je yang aku tak puas ati..sebab kicap dia masin..aku biasa guna kicap manis...huhu
 Mocha White Coffe Hot/ RM4.50
minuman aku. sejak akhir2 ni kalau order madang mau mocha je.tak tau nape.n semestinya yang hot sebab time makan ni tengah hujan.so memang sedap je dapat benda panas ni.. tapi malang nya masa air ni sampai tak lah sepanas mana..cam suam2 kuku..tapi mocha dia memang bes!pahit kopi+pahit manis coklat= teerrbbbaaaiiiikkkk!!!

 DOne!!!
habis sudah.. tinggal sisa2 buih dan serdak2 roti saje di atas pinggan...wee~~

Honestly makanan dia memang mahal lah kalau nak ikutkan mende tu sume kalau kt kedai kopitiam cokia2 boleh dapat lg murah..tapi sebab dianya nama yang telah dipasarkan+aircond+cost interior..n label yang dibawa jadi lah agak berlipat2 ganda harganya kot. tapi kalau nak lepak memang bes lah kat sini..makan ringan2 lepak lama!syiook!