Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

MAJLIS BELIA FELDA MENGAMUK KE TENGKU ZAFRUL MAYBANK


                                                  Anuar Abd Manaf presiden MBFM


Majlis Belia Felda Malaysia mendesak Felda sekeras-kerasnya supaya mengkaji semula segala bentuk pelaburan dengan Maybank. Kenyataan desakan ini diwakili oleh Presiden MBFM Anuar Abd Manap sebagai pertubuhan generasi kedua Felda Malaysia.

Satu memorandum akan dihantar  kepada Perdana Menteri dan satu lagi kepada CEO kumpulan Maybank. Generasi kedua merupakan mereka yang berkepentingan dalam Felda akan mewarisi kepenerokaan akan datang.  Suara-suara mereka harus didengar oleh kerajaan kerana mereka menyampaikan bantahan secara berperaturan. Jangan sampai belia-belia Felda berdemo pula.

MBFM sudah jerih mempertahankan Felda dari diserang bertubi-tubi oleh penentang kerajaan. Tetapi mereka cukup rasa tersinggung dan pedih kerana institusi yang diharapkan pula menikam dari dalam.

Tindakan ini dibuat oleh MBFM berikutan kenyataan CEOI Maybank dan Datuk Zainal Aznam ahli MPEN mempertikaikan keputusan PM melantik YB Tan Sri Isa Samad sebagai Penegrusi Felda Januari lalu.

Dalam memorandum itu juga mendesak supaya Perdana Menteri menilai semula kewajaran perlantikan Datuk Zainal Aznam diNEAC katanya.

Gue cadangan untuk legakan ketegangan yang berpanjangan ini eluklah  Zafrul dan Zainal Aznam berundur diri sebelum ianya merebak dan berpanjangan.

Pro kerajaan tidak akan berdiam diri selagi hal ini tidak diselesaikan .

Pergihhhh....



PENEROKA DUN KERDAU MAU BERSAMA TAN SRI ISA SAMAD


Peneroka Felda Jengka pelawa Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkubu diJengka dalam tempoh PRK Kerdau menjelang kempen esuk. Tiga buah Rancangan Felda yang menampung undi terbesar sangat gembira jika Tan Sri Isa bersama-sama rakyat diJengka berkenaan.

Ini bagi menguatkan lagi semangat kepimpinan peneroka dan peneroka pro kerajaan jika pengerusi Felda turun padang. Disamping mendengar masalah peneroka, Tan Sri Isa ramai peminatnya diJengka.

Jika ada pihak mempertikaikan Perdana Menteri melantik Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Felda ternyata sia-sia kerana Tan Sri Isa disukai rakyat atas sifatnya mudah mesra, mudah membuat keputusan dan berkarisma.

Dipercayai Tan Sri Isa akan banyak meluangkan masa bersama peneroka DUN Kerdau walaupun tugasnya sebagai pengerusi Felda agak sibuk.


PANAS BERAPI- WANITA JASIN MERAJUK TAK NAIK CALON


                                zaleha bujang (kiri)

Ketua Wanita UMNO Jasin, Zaleha Bujang kecewa kerana pucuk pimpinan parti tidak memberi peluang calon wanita untuk bertanding PRK Merlimau. Tersinggung kerana suara wanita tidak didengari walau pun menunjukan signal menerus gelombang merah tempoh hari.

Dengar sini kak Oii.., Ini pilihan raya kecil macam-macam hal boleh jadi. Semua calon kena periksa wei.. PRU lain sikit sebab yang bertempur sesama dalam kawasan parlimen masing-masing sahaja. Orang lain sibuk dengan kawasan masing-masing.

PRK, dunia semua buka mata. Lihat sahaja Tenang. Apa jadi pada keluarga calon wanita itu?. Salah laki dijadikan isu. Salah anak ditanggung oleh parti. Salah emak ayah, adik beradik semuanya diletak atas parti. Terbarai semuanya. 

Cuba renung diri siapa calon wanita yang hendak jadi calon itu. Kita tidak sedar orang lain menilai kita wei... ek. Ada banyak agensi suluh kita. Seluar dalam kita jemur pun mereka suluh wei.. anak kita pun mereka suluh,, suami pun mereka kaji satu-satu. Salah laki kita pun jadi salah parti. Kadang-kadang kita tak sedar bila laki kita keluar depa buat hal hahahaha..

Tiba-tiba orang usung GRO atas pentas kata ini pompuan simpanan laki kita.  Parti terlentang nak jawab... Kita sangka laki kita duduk dirumah pijak semut pun tak mati, baik sangat. Rupanya ada diam-diam ubi kakak oii.. Itu satu contoh.

Jadi jika tidak dicalon dalam PRK itu ada hikmahnya. Janganlah tersinggung sangat. Kalau jadi calon datang buat masalah buat apa?. 

Ini nak sangat jadi calon, ada yang isteri hantar balik kampung berbulan-bulan lepas itu simpan GRO buat apa?. Ada yang berkerja dengan kerajaan,sebagai Boss,  pembangkang dok tunggu nama dia naik nak dedah macam-macam selewengan. Ada yang nak jadi calon dok pecah semua pemuda jadi haru biru, sampai ketua Pemuda tak berani keluar, itu semua diambil kira. 

Gue malas sebut fasal wanita. Ada masalah juga. Kalau Gue sebut tak baik.  Jadi eluklah kalu wanita tidak naik nama. Jika tidak terbarai habis. Wanita  kena tau bahawa nak bertanding itu dengan PAs, PIs, PUsing... kaki fitnah nombor satu dunia tau tak?.  Kakak tengok Kerdau, nama calon Pas belum keluar lagi dah buat fitnah kata calon BN  tak ada sijil dari Mesir !. Ek..

Memanglah kita rasa kecewa bila dah rasa kita patut dipilih, tetapi kita pandailah pujuk hati kita sendiri untuk pulihkan perasaan. Kalau kita fikir dengan positif akan hikmahnya kita tidak naik calon kita akan terima dengan terbuka. Apa-apapun Tuhan punya  kuasa. Qadha' dan Qadar.

Buat kerja bantu parti selagai upaya, bagi parti menang. Pergi menangis tepi Selat Meaka tu habis..habis buang lepas itu balik buat kerja. hahahaha ek.


MUKHRIZ LANYAK PEMUDA PAS -MANA PEMUDA UMNO ?.



Mukhriz Tun Dr. Mahathir membidas Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang menyamakan Malaysia dengan Mesir dalam himpunan 30K yang menghasut pemuda Pas supaya meneruskan reformasi sebagaimana Tunisia dan Mesir yang mempunyai kesamaan beberapa aspek.

Hallo Pas, semalam lo orang tengok, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak,  hentam Libya kerana mentadbir negara tidak mengikut kehendak rakyat.

Ini apa cerita beb?. kalu  PM malaysia berani hentam Libya kerana tak demokratik, maknanya dia taulah apa yang patut dilakukan jika dia tidak demokratik wei..  jika tidak tak payah Pas yang hentam, UMNO hentam dulu wei.. ek.

Pas nak hentam macam mana hidup bergantung pada undi China hahahahaha. Hidup macam pokok ara tedong. Itu diakui oleh konvensyen Pas sendiri kat Shah Alam.

Pas juga harus membetulkan diri mereka nak bercakap fasal demokrasi. Sebab orang paling power adalah Murshidul AmPas. Murshidul AmPas tidak dipilih oleh ahli Pas. Sama seperti Ketua Umum PKR. Main lantik diri sendiri.

Apa yang rakyat tau sekarang ini yang sama dengan Tunisia, Mesir, Libya dan lain-lain diMalaysia ada dua negeri iaitu Kedah dan Kelantan. Banyak ciri-cirinya hampir sama dengan Mesir sejak pemerintahan Pas.

Tak payahlah ikut Mesir tapi betulkan diri cukup !.

SAIFUDDIN ABDULLAH - APA JADI TIDAK ADA PENDIRIAN INI ?



Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ahli Parlimen Temerloh ada desus desas mengatakan beliau lebih favour kepada Al Juburi betul ker?.

Tak percaya salah nak percaya pun salah. Harap-harap tidak begitu. Bila ada didedahkan semacam ini keadaan jadi lain.  Saifuddin tidak harus berdiam diri. Kena bagi penjelasan supaya tidak datang keraguan. Jika cerita ini diulang-ulang kali ia akan masuk juga dalam otak ramai orang.

Yang bercakap ini bukan orang lain sahabat rapat Saifuddin sendiri sesama MCKK sekarang bekerja diBTN. Jika BTN punya orang bercakap kekadang ada munasabah juga beb !. Gue tak mau ulas panjang lo bacalah sendiri .

HERE

PERUBAHAN ZAMAN - BERLAGAK KAYA TIDAK LAGI DISENANGI SEBAGAI PEMIMPIN


Zaman telah berubah beb!. Rakyat generasi baru dan lama total berubah beb !. Mereka tidak lagi suka pemimpin yang belagak kaya beb !. Mereka suka kepimpinan serdahana sama dengan orang ramai dan berjuang untuk rakyat beb. Bukannya dapat jawatan hanya untuk tembolok sendiri beb!.

zaman menunjuk-nunjuk 1990 an sudah berakhir beb. Zaman pemimpin dapat jawatan untuk mengisi tembolok sendiri sudah dimamah zaman.  Namun masih ada lagi tidak sedar dan terus mengamalkan budaya itu walau pun sudah dibenci rakyat beb !.


Pada era 90an, ketika Malaysia dikenali dengan julukan 'Harimau Asia', tokoh korporat ramai yang menceburi politik. Pengundi juga suka melihat pemimpin mereka kaya. Dalam UMNO semacam menjadi trend, golongan mempunyai wang layak memimpin bahagian dan MKT. 

Menjadi trend juga pemimpin menunjukan kejayaan mereka sebagai pribumi yang berjaya dengan memperagakan kereta-kereta mewah. Makin besar dan mewah kereta mereka, makin mereka diterima di bahagian-bahagian dan cawangan. Akan ternganga mulut pengundi melihat 'succes story' kelinci percubaan kerajaan membuktikan 'Melayu Boleh'.

Malangnya, 'success story' ini tidak lama. Selepas serangan ekonomi 1997, beberapa gergasi korporat Melayu seperti Halim Saad dan Tajudin Ramli menjadi dwarft. Begitu nasib yang menimpa mereka, juga menimpa 'orang-orang kaya' UMNO yang mendapat faedah dari dasar 'rent-seeker' dan 'patronage'. 

 Terus baca HERE >>> 



PAS BELUM APA-APA DAH BURUK CALON BN DIKERDAU ?


Inilah gue bosannya dengan Pas..Pis..Pus nih. Belum apa-apa dah buruk nama baik calon beb !. Dia dah mula meroyan. Besuk kalau pro BN telanjang depa esuk kata BN main kotor pulak !. Pada hal nama calon dia pun belum isytihar lagi mereka dah main kotor.

 Lo orang ingat tu yeh !. Depa dah mula kata sijil Syed Ibrahim calon BN palsu Huah..huah..huah.. Terpaksa Tok Nan nafikan awal-awal sebab pegawai khas dia. Dia taulah, sebab masa kawan tu mintak kerja dulu hantar CV beb !. Kalu tak betul buatlah repot polis.

Hallo Pas !, nak jadi calon bukan serupa minta kerja beb !. Tak sekolah pun boleh jadi calon asal bole kerja jadi gembala orang..wei. Tapi sijil itu baik jika ada sesuai dengan zaman ini beb. Tidak pulak dengan sebab sijil tuh jadi Pas menang tak bertanding muahahhahah...

Apa lo orang  takut sangat Syed Ibrahim tuh kelulusan bahasa Arab dari al Azhar beb !. Belum apa-apa kata palsu beb. Lo orang sudah niat jahat nak jatuhkan maruah dia kan?. Tunggulah..

Kita jumpa nanti. Kalu lo orang ajar macam tuh tak apa..tak apa gue akan bawa itu  Parpu Kari, Gomo, GAP, Pisau, Rbf , Unspinner dan lain-lain  lo orang masaklah !. Lo orang punya bulu depa boleh suluh satu-satu tau tak ?.

Tunggu...tunggu !!!  Lo tengok bawah macam mana  Klik GOMO

HANYA TUAN IBARAHIM BOLEH LAWAN SYED IBRAHIM DIKERDAU




Tidak ada calon yang layak menentang calon BN Syed Ibrahim kecuali Tuan Ibrahim Tuan Man kata orang ramai diKerdau. Ini kerana kedudukan dalam heiraki parti masing-masing. Syed Ibrahim adalah Naib Ketua UMNO Kuala Krau, manakala Tuan Ibrahim pula Ketua Pas kawasan Kuala Krau.

Kelulusan agama sama, hanya kelebihan kali ini siapa calon. Melihat kepada PRK DUN Tenang, mengikut kajian badan penyelidik Ilham Centre, 65 peratus berdasarkan memilih kepada parti politik dan 35 peratus kepada personaliti dan populariti calon.

Jika bukan Tuan Ibrahim Tuan Man calon Pas, sudah pasti 35% itu dapat kepada Syed Ibrahim beb hahahaha.. 65 % berdasar parti itu akan berebut antara Pas dan BN. Jika awal-awal calon Pas yang dikehendaki tidak bertanding bermakna Pas sudah kehilangan belum masuk gelanggang sebanyak 35 %. 

Difahamkan Tuan Ibrahim Tuan Man takut dan terkencing dalam seluar untuk bertanding, memandangkan calon BN sangat hebat. Tuan Ibrahim terpaksa menyediakan calon lain yang kurang mendapat sambutan ramai kerana kurang popular. Ini katanya,  Pas memberi laluan mudah kepada BN .

Bagaimana pun jentera BN dan ahli UMNO tidak boleh pandang ringan dan terlalu yakin BN akan menang kerana Pas sekarang sudah menukar idealogi politik mereka kepada perjuangan melayu dimana UMNO pula lebih cenderung kepada perjuangan Islam beb hahahaha..

Jika Pas kalah diMerlimau dan Kerdau , lepas ini DAP akan titik kepala Pas seperti pukulan terakhir sebatang paku kepada sebatang kayu.  ' tang...'  paku itu terus rapat beb !.


NGO DAN PRO KERAJAAN DESAK ZAFRUL BERUNDUR CEOI MAYBANK






CEO MayBang   InvestmentTengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengaku salah memperkecilkan keputusan PM hingga BSKL bergoncang kerana melantik Tan Rri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda. Beliau akan menghantar surat memohon maaf kepada Tan Sri Isa.

Bagaimanapun pihak pro kerajaan dan NGO masih tidak berpuas hati dan mendesak terus supaya Zafrul berundur dari jawatan CEO itu. Desakan itu munasabah kerana jika Zafrul mempunyai kebolehan istimewa dalam pelaburan banyak pihak yang akan menerima beliau memberikan perkhimatannya.

Ada banyak Bank-bank atau institusi yang tiada kaitan dengan kerajaan memerlukan pelabur yang boleh membawa pulangan besar kerana matlamat mereka mengutamakan keuntungan yang berganda.

Sebaliknya, institusi yang berkait dengan kerajaan hanyalah satu moboliti kepada potensi bumiputera pergi lebih jauh dengan menimba pengalaman darinya. Dalam pada itu, kerajaan meletak syarat bahawa mana-mana individu yang diberi peluang wajar faham dasar-dasar kerajaan dan memberikan cadangan yang menyokong usaha kerajaan dari segenap segi.

Tengku Zafrul tidak memahami syarat itu, dia menyangka dia duduk disitu kerana kepakarannya,  jadi dengan kebolehan itu dia boleh secara bebas menghentam tuannya. Maka kedudukannya itu tidak selari dengan tuannya.

Sebagai orang ada prisnsip dan mempunyai kebolehan besar eluk sangatlah  Zafrul meletak jawatan secara terhormat kerana masih banyak pihak yang perlukannya. Dengan perletakan jawatan itu, pro kerajaan kira  ianya selesai.

Tidak terkecuali juga Datuk Zainal Aznam yang harus berundur dar MPEN secara terhormat kerana kerajaan yang ada tidak sesuai dan selari dengan citarasanya.



UTUSAN MALAYSIA SELAMA INI PELIHARA HANTU RAYA !

                                tabung derma apa tuh ?.

Hata Wahari seorang wartawan cabuk Utusan Malaysia yang dipecat beb ! melawan taukey kononnya Utusan Malaysia berat sebelah kerana terlau pro UMNO-BN dan Melayu Islam. Seorang wartawan yang sentiasa menunggu sampul selepas mana -mana sidang akbar ahli politik itu, akhirnya menganggur.

Mimpi pula untuk mengeluarkan akhbar sendiri beb !. Nama surat khabar dia Utusan Rakyat yang lebih pro pembangkang bunyi nama surat khabar itu. Dia kata Utusan Malaysia berat sebelah, lepas itu nak buat surat khabar berat sebelah juga. Bennawer punya budak . Ek.. Rupanya selama itu dia jadi hantu raya dalam utusan.

Kerana tiada modal,  nak buat surat khabar itu maka dia sanggup jual tanah padang ternakan ibunya seluas 5 hektar dengan harga 1.2 juta. Kertas kerja untuk buka syarikat akhbar itu dibuat sambil berak beb ! kata Hpk. hahaha.. HERE

Merujuk kepada seorang agak pengalaman terlibat dalam penerbitan, utusan rakyat itu hanya boleh bertahan selama satu minggu sahaja dengan modal 1.2 juta itu. ek, betul ker ?

Untuk kita ketahui bagaimana 1.2 juta itu boleh hanyut lebih kurang seminggu  HERE 

APA- KJ MAHU BERLAKUN FILEM ?.

                                polis bantuan KTMB

Semalam gue keras perut ketawa beb!. jumpa ramai kawan-kawan blogger dan ada yang cerita tentang KJ akan   ikut jejak Tuanku Sultan Johor memandu keretapi dari JB ke KL beb !.

KJ pernah bawa teksi, helikopter, jadi askar wataniah, dapat sayap payung terjun, jadi model, Timbalan Presiden bola sepak Malaysia cukup luas pengalaman beb. Dia belum cuba lagi bawa keretapi, kapal laut, jet pejuang dan kapal selam beb hahahaha...

Mereka juga cerita KJ sedang screen test berlakun filem beb !. Tapi paling gue tak tahan ketawa sampai ber air mata,  KJ juga mau masuk jadi Polis bantuan beb hahaha  adeh ... macam-macam cerita kalu jumpa ramai-ramai.

Tapi kadangkala apa yang mereka cerita tu jadi benar !.


MAYBANK - ZAFRUL MESTI DITANGANI CARA SESUAI




                                tak susah tukar jer kepalanya hahaha Tok seri


Datuk Sri Abdul Wahid Omar CEO Kumpulan Maybank mengatakan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah menulis surat kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad Pengerusi Felda memohon maaf beb!. diatas kata-kata kesat beliau kepada Tan Sri Mohd Isa.

Datuk Seri Abdul Wahid mengatakan bahawa itu pandangan peribadi Zafrul sahaja disokong oleh Dr. Zainal Aznam M Yusof dalam satu forum badan pemikir tempatan. Beliau dengan lantangnya mencalar imej Tan Sri Isa kononnya dikaitkan dengan pasaran saham jadi tidak menentu kerana perlantikan Tan Sri Isa pengamal rasuah dan politik wang.

CEO kumpulan MayBang itu harus sedar, walau pun beliau menulis surat maaf atau membuat kenyataan terbuka kerana kenyataan peribadinya, tetapi ia tetap menjadi persepsi rakyat bahawa dia membawa imej MayBang. Sama juga,  DR. Zainal Aznam ia tetap membawa imej MPEN. Imej Maybank tetap tercalar dengan salah laku pegawai kanan Maybank itu. Ia menyentuh sentimen pro kerajaan.

Tan Sri Isa sebagai seorang yang sentiasa memaafkan  dan baik hati secara peribadi pasti memaafkan tetapi pro kerajaan sukar menerima semudah itu beb. Jika Datuk Wahide terus melindungi CEO INVESTMENT itu, akan banyak hal pulak Datuk  Sir Wahide pula terkeluar nanti. Dalam dunia, ini kita ibarat berada didalam sebuah rumah kaca. Kita fikir orang lain tidak nampak apa yang kita silap, Tetapi sebenarnya kita tidak boleh berselindung.Orang macam kami ini, semut ada, helang ada, ular ada, hantu ada, kuala Lumpur ada, Jakarta ada, Bangkok ada, London ada, LA ada, macam-macam ada.

Terus terang dikatakan bahawa Tan Sri Isa tidak dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang tetapi melanggar etika pemilihan parti kerana mengadakan perjumpaan dengan perwakilan. Bukan atas kesalahan rasuah. Tetapi beliau telah menjadi 'kambing hitam' konspirasi politik Nepoleon kecil berjiwa besar pada waktu. Fahamkan siapa dia itu?.

Keharmonian kepada pro kerajaan, Zafrul harus ditangani secara 'sesuai' bagi agar semua pihak rasa selesai dan menjadi pengajaran kepada pihak lain kerana isu ini sudah menjalar dijiwa rakyat.

Blog mafia pro G.


BOB LOKMAN MASUK PAS KECEWA GAGAL DIDIK ANAK



Bertapa dangkalnya seorang artis seperti Bob Lokman, disebabkan kecewa tidak dapat mendidik anak dengan betul memilih untuk masuk Pas. Kegagalan membina keluarga yang menjadikan anak-anak tidak tentu arah, disalahkan kepada slogan BN ' Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan'.

Jika itulah alasannya masuk Pas, gue mau tanya bob adakah dengan masuk Pas itu boleh jadi anak berubah jadi baik dan boleh dibentuk kejayaannya ?.

Bob, gue masih bujang  tapi gue tak faham kenapa anak dipersalahkan hingga seoprang bapa mencari penyelesaian masuk politik. Apakah politik itu boleh selesai masalah keluarga?. Apakah kehulu kehilir diusung oleh Pas nanti untuk diperalatkan menarik minat orang ramai boleh selesai  anak -anak dirumah yang ditinggalkan akan jadi sempurna?.

Masuk parti politik itu bukan sekolah untuk selesai masalah keluarga bob !. Silap-silap jika sering tinggal rumah keadaan lagi bertambah teruk. Silap-silap bukan sahaja anak, isteri pun lari jika tidak kena gayanya.

Bob, masa lo jadi artis kehidupan lo sendiri yang utamakan glamour telah menjadi kesan kepada anak-anak lo sendiri. Lo sendiri sibuk sana sini hingga anak-anak tidak mendapat perhatian. Bila sudah besar panjang mereka bebas akhirnya terjebak dengan berbagai gejala sosial.

Kuah kalu tak tumpah kenasi kemana lagi. Sebab itu jika bapa kencing berdiri, anak kencing berlari. Tetapi masa itu lo tak sedar kerana anak-anak masih kecil. Bila besar anak-anak lo sudah ikut peragai lo. Bila lo sudah insaf, anak-anak lo terus rosak.  Sekarang lagi susah, jika lo cuba ubah mereka silap-silap anak-anak lo deraka pada lo.

Jika lo mau betulkan diri bukan Pas tempatnya tetapi masuklah kumpulan dakwah contohnya kumpulan Tabligh. Ajak anak isteri serta sekali baru betul. Sekarang lo pilih jalan tak betul Bob. Nanti lo tahu Pas itu pembohong, suka menyalahkan orang lain dan keluar fatwa yang bukan-bukan mesti lo fade up.

Gue sian sama lo. Sekarang lo sendiri cakap lo ada masalah keluarga. Jika lo mau pimpin Pas, orang akan cakap uruskan keluarga sendiri pun gagal inikan pula nak  jaga negara dan rakyat.

Lo imbas balik masa lo glamour dulu. Lo ada minum arak bukan ?. Kadang-kadang lo punya kawan kasi lo sedut ganja belakang pentas bila ada show kan?. Lo juga ada main ramai pompuan kan?. Ini semua jadi balasan tuhan didunia atas perbuatan lo yang tak sedar diri kerana glamour.  Lo jangan sorok sama gue apa yang kebanyakan artis buat, sebab gue pun artis juga sebelum ini.  Arak, dadah, pompuan adalah bukan dianggap sebagai dosa kan?.

Lo silap Bob !. Masalah lo tak kan selesai jika masuk politik. Tapi tak per lah ada ramai orang macam lo bermasalah keluarga lari masuk Pas. Sebab Pas itu tempat orang kecewa dan bermasalah. Jika mau keluarga lo  bahagia dan anak-anak berjaya lo tinggalkan politik. Lo pilihlah yang mana satu jalan keShurga. Klik  vedio dibawah ek.




SELANGOR- KUOTA 30% RUMAH DIHAPUS - MELAYU BALIK KAMPUNG



Kerajaan PKR Selangor tetap berdegil mahu menghapuskan kuota 30% peruntukan untuk bumiputera sebagai syarat pemaju membina rumah-rumah dinegeri ini.

Usaha ini bertujuan bagi meminggir orang melayu dari memilik rumah terutama dikawasan bandar. Memang benarlah jika rakyat negeri ini mendakwa Pakatan tidak cuba seimbangkan antara rakyat yang tidak mampu dengan mereka yang berada. Kebetulan yang kurang mampu, berpendapatan rendah itu adalah melayu.

Dengan perbuatan curang itu, Melayu semakin lama semakin terhakis dikawasan bandar.Walaupun pembuat keputusan adalah Melayu tetapi mereka sudah murtad melayu beb!.

Dasar 30% itu asalnya disyaratkan kepada pemaju membina rumah kos rendah dan serdahana rendah. Setelah siap dibina, pemaju mestilah menjual rumah-rumah tersebut kepada senarai nama yang ditetapkan oleh kerajaan menerusi pendaftaran rakyat diJabatan perumahan negeri. Jika syarat itu tidak dipenuhi maka kerajaan tidak meluluskan permohonan pembangunan tersebut.

Kerajaan PKR lebih mendengar desakan pemaju supaya tidak diadakan sistem kuota bagi memudahkan mereka  membuat-rumah bernilai tinggi bagi mengaut keuntungan tiada had. Dengan cara itu melayu tidak mampu beli akhirnya berpindah kepinggir bandar.

Tindakan ini bagi menghapus kuasa politik Melayu dikawasan bandar. Usaha dungu ini  telah dilakukan oleh pemimpin BN berkepentingan sebelum ini atas alasan  mengejar pembangunan. Tetapi boleh dikawal lagi. Bila PKR datang menampakkan lagi melayu PKR lagi tolol dan tak boleh Melayu bergantung harap.

Berbagai pihak mendesak supaya tidak diteruskan penghapusan itu, tetapi kerajaan negeri seakan-seakan tidak perduli desakan rakyat (melayu). Bagi terus jerlah pada mereka dan melayu semua balik kampung. Itulah tempat asal melayu. Orang melayu tak boleh duduk dibandar sikit mudah lupa diri asal usulnya.

Pas itu teruslah kempen supaya melayu jangan fikir hal dunia, fikir akhirat jer. Serah jer dunia ini pada orang kafir.

TOK NAN JANGAN TUNGGU WAKIL MATI BARU TUNAI JANJI BEB! HAHAHA

                                kali ini Pas kena lagi dengan Tok Nan hahahaha...

KERDAU-Datuk Seri Adnan Yaakob akan tunaikan semua janji-janji yang dibuat oleh  DUN  Kerdau yang meninggal dunia beb !. " Kerajaan BN tidak berjanji kosong setiap janji itu akan dilaksanakan,  demi kepentingan rakyat" katanya .

Jadi cawangan-cawangan kena ingatlah mana yang YB janji dulu tak laksana lagi. Ada janji mulut dan ada janji surat. Jangan ada-adakan janji pula, tak baik berdosa, kalu arwah tidak berjanji hahaha... Kalu ada masalah terus cakap jer, Tok Nan tengah murah hati  hahahaha...ek.

Ada ramai wakil rakyat buat macam-macam janji tapi tak mati lagi. Ada yang yang bertapuk janji ikut sedap mulut, orang kampung tuntut tapi tak laksana juga sampai orang kampung pun malas nak sebut lagi beb !. Kadang-kadang dah tak tahan terpaksa keluar surat khabar. Itu macam mana?.

Bila datang pilihan raya, jadi bala pada parti. Jadi gue cadang pada Tok Nan, mana-mana wakil wakil rakyat yang suka buat janji tak tunai tuh tapi dia masih hidup bagi dia mati hahahaha... itu satu cara untuk selesai tak payah tunai janji. Tak penin kepala MB  ek.

GEMPAR - KETUA PEMUDA CALON POTENSI BN MERLIMAU

                                              Setuju !.

Gempar beb !, di Merlimau calon yang hangat disebut-sebut adalah ketua Pemuda UMNO Jasin paling potensi bertanding diPRK kali ini.

Gue diberi tahu, KP jasin itu memenuhi syarat transformasi politik diera terkini. Beliau ,  mempunyai kelayakan akademik, `boleh berbahasa China,  Kesihatan terjamin serta seorang yang rendah diri , bertanggung jawab membantu keluarga dalam perniagaan.

Setakat itu gue boleh pam, jika lebih nanti tak dapat boleh jadi calon meletup beb !. ek

NAJIB CABAR PAKATAN TUBUH KABINET BAYANGAN

                                gambar dari GAP

MELAKA- Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak cabar Fucktan  tubuh kabinet bayangan kalau berani !. beb . Rakyat mau tengok siapakah PM, TPM, Mnteri Kewangan, Pertahanan, KDN dan sebagainya.

Kalu berani tunjukan. Tunjukanlah. Dimana AnuWar, Haji Hadi, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan lain-lain. Pasti mereka tak berani.

Lim Kit Siang TPM merangkap Menteri Dalam Negeri !. hahaha

JANGAN PERCAYA JAMINAN PERTAHAN KEPENTINGAN MELAYU PAKATAN



Orang melayu jangan terpedaya dengan gula-gula Pas dan Pakatan kononnya mereka mempertahankan kepentingan Melayu jika mereka berkuasa  selepas PRU 13.

Slogan itu perlu didengar telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja. Pas sejak merdeka lagi tak sebut langsung kepentingan membela Melayu. Begitu juga PKR. Sekarang mereka berpakat dengan DAP mahu menipu melayu supaya terpedaya dengan janji-janJi mereka.

Setelah puas jual agama, sekarang mereka menjual Melayu pula. Nik Aziz cakap lain, Hadi cakap lain, Saifuddin Nasution cakap lain. Mereka tidak boleh berkata jujur kepada orang Melayu kerana semangat yang ada dfihati mereka tidak ikhlas dan tujuan hanya memperdaya.

Tidak ada bukti mereka boleh mempertahankan kepentingan melayu, sebaliknya semua perkara untuk menjahanamkan melayu. Lihat sahaja apa yang berlaku diPulau Pinang. Orang-orang Melayu-Islam  diusir seperti anjing oleh DAP, adakah Pas dan PKR bersuara ?. Apa yang diketahui mereka mengangkat ibu jari kepada DAP.

Selepas beberapa Pilihan raya Kecil, sokongan Melayu kepada Pas dan PKR jatuh berdentum, Kemenangan PRK Hulu Selangor,  Galas menjelaskan gelombang orang Melayu menolak Pakatan maka jika Pas dan PKR   tidak cuba menarik dan memperdayakan semula sokongan melayu Pas dan PKR pasti mengalami situasi teruk  PRU 13. 

Oleh itu, mereka terpaksa meminta kepada DAP supaya tutup telinga dan buat-buat 'sporting' supaya mereka dapat bercakap tentang kononnya mempertahankan kepentingan Melayu. Mereka berpakat agar kemarahan orang Melayu dikendurkan sementara. Setelah mereka menang nanti, dendam mereka kepada orang Melayu diteruskan.

Harus diingat bahawa didalam agenda perjuangan Pakatan tidak sepatah pun dalam kamus mereka menyebut perkataan Melayu. Jika mereka serius pindalah perlembagaan parti mereka dahulu, itu pun masih diragui. Lihat sahaja, cakap soal kepentingan Melayu dalam masa yang sama menghentam DEB kononnya DEB telah meminggirkan kaum lain dinegara ini.

Padahal, kerana DEBlah ramai dikalangan bukan melayu kaya raya. Lihat sahaja senarai 20 orang terkaya diMalaysia. Sipakah mereka itu. Berapa kerat orang Melayu?. Lihat dibandar-bandar siapakah yang punya harta ?. Itulah limpahan dari DEB. Sebelum DEB, semua bandar diMalaysia seperti tempat kucing beranak belaka.

Justeru itu, apa pun cakap-cakap Pas , PKR dan DAP dengar boleh, pakai jangan !. Nawaitu mereka hanyalah untuk menipu orang Melayu untuk mendapatkan undi PRU 13.

PAS ITU ZINA
ISLAM ITU UMNO
PKR ITU LIWAT
DAP ITU KOMINIS


GEMPAR KHALID GAGAP MENGAMUK KDN TAK LULUS POLIS BANTUAN


Faekah SUA MB Selangor menyatakan kekesalannya terhadap sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwa mempolitikkan isu permohonan polis bantuan oleh kerajaan negeri. "Beliau katakan kerajaan negeri tidak pernah menolong membanteras jenayah tetapi dengan masa yang sama menolak pula tawaran kami untuk menyediakan pasukan polis bantuan yang telah dicadangkan sejak Julai 2010".

"nilah akibatnya apabila pemimpin-pemimpin mengutamakan kepentingan politik sebelum kepentingan rakyat. Amat menyedihkan apabila tawaran kami yang dibuat berkali-kali ditolak dengan alasan yang lemah dan jelas menunjukkan bahawa keputusan itu dibuat demi menjaga air muka pemimpin BN," katanya ek.

Woit !!! Faekah, lo tak reti ker, Perlembagaan negara telah menetapkan hanya satu pasukan Polis sahaja diberi kuasa menjaga keselamatan Negara ini. Satu saja lo tau tak?. Gitu juga angkatan tentera mana bole dua tiga. Tanggung jawab Polis dan tentera dibawah kerajaan pusat.

Kalu dibenarkan negeri atau mana pihak bole menubuhkan pasukan polis sendiri akhirnya besuk berperang sesama polis dan sesama tentera wei... Contohnya wahai faekah yang masuk angin, kalu polis negeri kata begini, polis pusat kata begitu akhirnya bertelagah. Mereka itu pasukan bersenjata wei..

Begitu juga kawasan tugas, ini kawasan polis negeri dan tang tu kawasan polis persekutuan lama-lama bertembak beb !. Polis PKR bertembak dengan Polis UMNO. DiPenang pula Polis DAP bertembak dengan polis UMNO. DiKedah dan Kelate polis Pas pula bertembak dengan polis UMNO. ek

Akhirnya, polis PKR supply senjata pada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.Polis DAP bekal senjata pada ahli DAP. Polis Pas bekal senjata pada Mahfuz yang suka berperang itu dan UMNO memang dah ada gudang senjata diBukit Aman dan Mindef . Apa jadi?.

Polis dan tentera tidak dibenar berpolitik wei.. jangankan pegang jawatan, jadi ahli pun tak bole wei.. tak faham undang-undang langsung sama macam gagap awak tuh. Minta biar perkara logik dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan.

Menteri KDN itu juga rujuk pada Perlembagaan wei Faekah. Bukan main politik. Lorang nih sebabkan negeri itu hancur kelebor, duit rakyat jadi duit parti. Duit kerajaan jadi duit sendiri. Itu baru perintah satu negeri kalau seluruh negeri lo orang perintah jadi ikan mabuk tuba. Tau tuba?. Racun cap tengkorak ..hahahaha ek..

Pesan dengan boss awak tu sesuatu perkara tu rujuk pada pegawai undang-undang, SUK dan Pegawai Kewangan kalu nak buat apa-apa. Khalid tuh jadikan Kerajaan Selangor itu syarikat sendirian berhad. Itu pun tak reti wei...Faekah. lo sendiri pun tak tau law macam mana nak nasihat boss bangang lo tuh..

Perrrrgih.......ek

TUAN IBRAHIM TUAN MAN BIARLAH KEKAL PENGARAH PRK PAS MELAKA



Tuan Ibrahim Tun Man asyek telan panadol sahaja dari semalam, berbelah bagi samada balik keKerdau atau kekal diMerlimau sebagai pengarah PRK.

Ramai orang Pas akar umbi Pahang kata Tuan Ibrahim perlu kekal diMelaka, tak payah ubah beb.!. Dimana-mana pun sama asal Pas.

Orang Pas Melaka kata, Tuan Ibrahim pengarah PRK Impot . Akar umbi Pas diPahang pun kata apa bezanya, Tuan Ibrahim pun impot juga jika diPahang. Beza sikit diPahang hanya industri pindahan teknologi ada diPahang beb. DiMelaka tuh impot direct pakai kapal. hahahaha

Nik Aziz tak percaya orang negeri lain kalu tak ada kena mengena dengan Kelantan. Din Pudu Raya, orang Johor bertanding di Kelantan itu yang boleh jadi Pengarah PRK Tenang.

Tuan Ibrahim anak sedara Nik Aziz, duduk diPahang sebab itulah dilantik jadi PRK Merlimau hahahaha..  gue dengar begitulah..orang Pas cerita kebetulan gue turun bersama-sama kawan-kawan dari KL buat tinjauan awal diKerdau beb..

Kalu tak lantik macam tuh, Nik Aziz akan marah pada Haji Hadi. Haji Hadi main selamat, dia lantiklah puak erdogan Pas jadi Pengarah PRK. Kalau kalah tanggunglah, semua orang bantai Nik Aziz. hahahaha