NGO DAN PRO KERAJAAN DESAK ZAFRUL BERUNDUR CEOI MAYBANK






CEO MayBang   InvestmentTengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengaku salah memperkecilkan keputusan PM hingga BSKL bergoncang kerana melantik Tan Rri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda. Beliau akan menghantar surat memohon maaf kepada Tan Sri Isa.

Bagaimanapun pihak pro kerajaan dan NGO masih tidak berpuas hati dan mendesak terus supaya Zafrul berundur dari jawatan CEO itu. Desakan itu munasabah kerana jika Zafrul mempunyai kebolehan istimewa dalam pelaburan banyak pihak yang akan menerima beliau memberikan perkhimatannya.

Ada banyak Bank-bank atau institusi yang tiada kaitan dengan kerajaan memerlukan pelabur yang boleh membawa pulangan besar kerana matlamat mereka mengutamakan keuntungan yang berganda.

Sebaliknya, institusi yang berkait dengan kerajaan hanyalah satu moboliti kepada potensi bumiputera pergi lebih jauh dengan menimba pengalaman darinya. Dalam pada itu, kerajaan meletak syarat bahawa mana-mana individu yang diberi peluang wajar faham dasar-dasar kerajaan dan memberikan cadangan yang menyokong usaha kerajaan dari segenap segi.

Tengku Zafrul tidak memahami syarat itu, dia menyangka dia duduk disitu kerana kepakarannya,  jadi dengan kebolehan itu dia boleh secara bebas menghentam tuannya. Maka kedudukannya itu tidak selari dengan tuannya.

Sebagai orang ada prisnsip dan mempunyai kebolehan besar eluk sangatlah  Zafrul meletak jawatan secara terhormat kerana masih banyak pihak yang perlukannya. Dengan perletakan jawatan itu, pro kerajaan kira  ianya selesai.

Tidak terkecuali juga Datuk Zainal Aznam yang harus berundur dar MPEN secara terhormat kerana kerajaan yang ada tidak sesuai dan selari dengan citarasanya.



1 ulasan:

Penditakainsingkat berkata...

Jika DS Najib terus biarkan anai-anai yang tidak dikehendaki ini berada dlm institusi yang berkaitan kerajaan, lambat laun akan membinasakan perjuangan.

Mereka bertambah kaya tetapi perjuangan menghadapi masalah.