Showing posts with label DRAMA. Show all posts
Showing posts with label DRAMA. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Akasia : Dejavu Di Kinabalu


#Drama.Slot Akasia


Group Photo


DEJAVU DI KINABALU, buah tangan terbaru di slot Akasia karya indah arahan dan nukilan skrip oleh Erma Fatima mulai 18 Jun 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. 
Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Aqasha (Ammar Zulkarnain), Tiz Zaqyah (Dalilah Nadira), Nazim Othman (Bazli Aiman), Aishah Ilias (Inara), Meor Ariff (Zahir), Sharifah Nadia Yusnita (Yusra), Rebecca Nur Islam (Dalilah Uzma), Fadhilah Mansor (Suria), Aida Khaleeda (Fazeera), Dato’ Aziz Singah (Khairudin), Dian P. Ramlee (Norseha) dan Khaty Azean (Marisa).


Nazim Othman (Bazli), Tiz Zaqyah (Nadira), Aisyah Illias (Inara) & Aqasha (Ammar)


Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?


Aqasha (Ammar) & Tiz Zaqyah (Nadira)


sumber : budiey.com


Wednesday, April 11, 2012

OST Cinta Buat Emelda





Drama di Slot Akasia, Cinta Buat Emelda merupakan adaptasi sebuah novel bertajuk ‘Kasih Antara Kita’. Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza. Emelda seorang ulat buku manakala Emira seorang yang ceria dan gemar bersosial. Emira terlanjur dengan teman lelakinya, Ariel Fatah dan dia telah mengandung. Malangnya, Emira meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emira.

Lakonan Almy Nadia, Fizo Omar, Erry Putra, Mia Sara Nasuha, Rykal Iskandar, Rabecca Nur Al-Islam, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal Faridz, Uncle Amin dan ramai lagi.


Ini antara ost untuk drama Cinta Buat Emelda.

Kehilangan - Firman


Nera - Hatimu Milikku


Romance - Ku Ingin kamu


Aliff Aziz -cinta Arjuna



ST12 - Kebesaranmu


Indah Dewi Pertiwi- Jangan sedih



Saturday, February 11, 2012

Aishiteru




Aishiteru
TV9: Khamis. 8.30 malam
Para pelakon: Afiq Muiz, Erin Malik, Izue Islam, Dato’ Jalaluddin Hassan dan juga Wan Nor Azlin

 

SINOPSIS AISHITERU (TV9)

Aishiteru bermula dengan Izrael, lakonan Afiq Muiz yang mempunyai tabiat suka berfoya-foya dan sering bertukar pasangan. Suatu hari ketika bersuka-ria di pub bersama rakan-rakan, Izrael ditahan oleh penguatkuasa kerana didapati memiliki pil ecstacy. Izrael bingung kerana dia sememangnya tidak pernah mengambil pil khayal itu dan hairan bagaimana pil itu boleh berada didalam poketnya. Akhirnya Izrael mendapat tahu ianya adalah kerja bekas teman wanitanya bernama Rania yang masih berdendam dengan Izrael kerana memutuskan hubungan cinta mereka.

Datuk Izrael iaitu Leftenan Kolonel (B) Ismail merupakan seorang yang tegas dan telah menjamin Izrael tetapi dengan bersyarat. Izrael perlu menjalani perintah berkurung di rumah dan juga akan dimasukkan ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ini membuatkan Izrael berasa rimas kerana dia sering keluar rumah untuk berhibur.

Sehingga suatu hari, dia telah menyelinap mengikut rakan-rakannya bercuti ke Pulau Pangkor. Di satu perkampungan nelayan, Azira, lakonan Erin Malik, meratap sedih kerana terpaksa melepaskan sahabat baiknya Ammar melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Dalam diam, Azira menaruh hati terhadap Ammar tetapi segan untuk meluahkan hati. Ketika keluarga Ammar sibuk membuat kenduri kesyukuran, Azira telah menyelitkan surat cintanya ke dalam buku Ammar. Harapan Azira agar Ammar membaca surat tersebut dan membalas cintanya.

Izrael dan rakan-rakannya terserempak dengan Azira dan mereka mengusik Azira. Izrael yang sememangnya dikenali sebagai kaki perempuan dikalangan rakan-rakannya telah mengusik Azira yang mempunyai perwatakan yang cantik dan lembut. Sikap ‘jual mahal’ Azira membuatkan Izrael semakin tertarik untuk mendekatinya. Pelbagai cara dilakukan oleh Izrael sehingga penduduk kampung menyangka Azira telah menggatal dengan pemuda dari bandar. Gara-gara mulut Muna yang suka menjaga tepi kain orang terutamanya Azira menguatkan lagi sangkaan buruk penduduk kampung terhadap Azira. Azmi, abang Azira yang bersikap baran telah mengamuk dan telah menggertak untuk mengahwinkan Azira dengan Izrael. Azira menjadi semakin tertekan

Suatu hari Izrael telah menaiki bot nelayan dan terjatuh ke laut. Izrael berpura-pura lemas dan diselamatkan oleh Pak Aziz, bapa Azira. Izrael terpaksa berbuat begitu semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Azira. Pak Aziz simpati dengan Izrael dan membawanya pulang ke rumah. Azira tidak suka dengan kehadiran Izrael, begitu juga dengan Azmi. Izrael yang masih tidak berubah perangai tiba-tiba cuba memeluk dan mencium Azira ketika Azira ingin memberikan air kepada Izrael. Tanpa diduga, Azmi pulang pada waktu itu dan menyaksikan perbuatan tidak senonoh Izrael. Azmi begitu marah dan ingin memukul Azira, tetapi dihalang oleh Izrael yang tiba-tiba sahaja boleh bergerak. Ini membuatkan Azmi bertambah marah kerana Izrael sebenarnya berbohong dan tidak sakit.

Azmi mencabar Izrael untuk berkahwin dengan Azira dan ini membuatkan Izrael terjelepuk di lantai! Muna yang suka membawa mulut telah mendengar pekikan Azmi dan memberitahu seluruh kampung. Keluarga Azira berasa amat malu. Izrael pula terpaksa menelefon ibunya Puan Nora dan ini membuatkan ibunya terutamanya datuk Izrael menjadi terkejut.

Apakah keputusan Izrael? Mana mungkin Azira bersetuju berkahwin dengan Izrael kerana cintanya hanyalah pada Ammar! Adakah Leftenan Kolonel Ismail akan menghantar cucunya yang nakal itu ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia?






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat