Thursday, December 27, 2012

Rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G



Pakej Komunikasi Belia

Belia berumur 21 tahun hingga 30 tahun boleh membuat permohonan untuk mendapatkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G. Pembentangan bajet 2013 yang lalu memperkenalkan Pakej Komunikasi Belia.
Pakej ini membolehkan para belia yang layak mendapat rebat sebanyak RM200 untuk membeli telefon.

Permohonan akan dibuka bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013.Dan permohonan akan dijalankan melalui dalam talian di laman web SKMM.


“Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada,”


Antara pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan rebat Pakej Komunikasi Belia ini adalah Senheng dan juga SenQ.

Untuk mendapat rebat RM200 ini,syarat-syarat berikut perlu dipatuhi:
  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  2. Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  3. Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  4. Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  5. Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
 
sumber: amanz.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat