Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

#Keputusan Akhir ON AIR.


#Keputusan ON AIR.

 Aku penonton setia ON AIR. Tak pernah bercita-cita atau bermimpi untuk jadi pengacara pun.Tapi aku ikuti program ini.Saja suka-suka.



Berakhir sudah program realiti On AIR.
Tengok-tengok tadi tinggal 4 perantis sahaja iaitu Hefny,Hassanah, Hafizul dan Harlena.
Mana Dahlia,Hana dan Che Kamarul. Semalam aku tak tengok.Boleh sapa-sapa bagitahu?
Takpe.Karang aku google ceritannya.

Berbalik kepada tajuk entry.
Keputusan akhir ON AIR.

Juara ON AIR : Hafizul Kamal
Naib Juara : Hefny Sahad
Tempat Ketiga : Hassanal Bolqiah
Tempat Keempat : Harleena 



Juara ON AIR : Hafizul Kamal
Juara membawa pulang wang tunai RM20000. Sebiji kereta Honda CRV dan dapat buat program sendiri  di Astro.


Naib Juara : Hefny Sahad
Naib juara membawa pulang RM15000


Tempat Ketiga : Hassanal Bolqiah
Hasanah membawa pulang RM10000



Tempat Keempat : Harleena
Harleena membawa pulang RM5000



# Mereka semua perantis feberet aku.
Tahniah semua.




Wednesday, June 27, 2012

#Masterchef Selebiriti: Jehan Miskin tersingkir



#Masterchef Selebriti

Selepas Tanuja tersingkir ahad lepas, kini tiba giliran Jehan Miskin.




Ujian penyingkiran kali ini disertai oleh ahli pasukan Biru iaitu Farouk Hussain, Juliza Adlizan, Soo Wincci dan Jehan Miskin. Mereka telah tewas dalam Cabaran Sajian Luar kepada Kumpulan Biru dalam menghasilkan hidangan berasaskan coklat di Cocoa Boutique, Saloma Bistro  

mcsm_news_20120626_Episode20

Dengan tema Kari Hari ini, mereka dikehendaki menyediakan rempah kari daripada awal dan menyediakan satu hidangan lengkap berasaskan kari. Sebelum itu, Chef Adu Amran telah menunjukkan cara-cara menyediakan rempah kari dengan sukatan yang betul. Demonstrasi ini sekurang-kurangnya menjadi panduan kepada mereka untuk menghasilkan serbuk kari citarasa mereka sendiri.

Masa yang diberikan adalah 5 minit untuk mengambil seberapa banyak bahan di dalam pantri dan 60 minit pula diberikan untuk menyediakan hidangan kari yang lengkap bersama nasi. Hidangan-hidangan yang telah dihasilkan adalah:

1. Farouk Hussain - Kari Ini Hari Dalam Sejarah
2. Juliza Adlizan - Kurma Tok Terengganu Dan Nasi Tomato Bersama Acar Rampai
3. Soo Wincci - Wincci Sweet Curry
4. Jehan Miskin - Kari Hari-Hari Mau

hidangan terakhir dari Jehan Miskin


Setelah penilaian dilakukan, juri mengambil keputusan dan mengumumkan Jehan Miskin tersingkir dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia

Kari Ini Hari merupakan Kari terakhir yang dihasilkan oleh Jehan Miskin di dapur MasterChef Selebriti Malaysia. "Kari Hari-Hari Mau" yang dihasilkan oleh Jehan Miskin adalah yang terakhir sebelum tersingkir dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia. Jehan Miskin yang mewakili Malaysian AIDS Council berjaya mengumpul derma sebanyak RM5000.


sumber : Astro 

Tuesday, June 26, 2012

#Masterchef Selebiriti: Tanuja tersingkir!



#MASTERCHEF SELEBRITI 

Selepas Karl Shafek. Tanuja pula tersinfkir dari dapur masterchef.


Cabaran Ujian Cipta Rasa yang memerlukan sembilan selebriti menyediakan hidangan daripada tongkeng dan tengkuk ayam, empat selebriti yang mendapat markah tercorot telah dibawa ke pusingan penyingkiran. Kali ini, nasib tidak menyebelahi Thanuja yang menyediakan hidangan yang kurang menepati tema iaitu minum petang.

Mereka yang terpaksa menghadapi ujian penyingkiran adalah Tomok,Farouk, Angah dan Tanuja.
Wohoo.Tomok dah masuk ujian penyingkiran buat kali ke-6.

Cabaran mereka kali ini adalah menyediakan 3 jenis hidangan minum petang yang lazat. Masa yang diberikan adalah 60 minit dengan konsep pantri terbuka. Mereka bebas untuk menyediakan apa jua jenis hidangan minum petang mengikut citarasa masing-masing.

Dalam cabaran ini, hidangan yang telah disediakan oleh Thanuja meskipun lazat, namun kurang menepati tema minum petang yang mementingkan hidangan yang ringkas. Hidangan Thanuja nampak berat dan sesuai untuk dihidangkan ketika sarapan pagi

 
hidangan terakhir Tanuja- Minum Petang Kontemporari

Thanuja mewakili Persatuan Kebangsaan Kenser Malaysia dengan Derma RM4500


Tuesday, June 19, 2012

#Masterchef Selebriti :Karl Shafek pulak tersingkir.


#MASTERCHEF SELEBRITI

Seriusly tak sangka Karl Shafek tersingkir malam ni.
Masin mulut kau yer! Over confident kata keluar.kan kan. Jadi kenyataan.


Dalam sajian luar semalam kumpulan Merah kalah. Serius kumpulan merah asyik kalah aje. 
Mengapakah?
Keputusan cabaran sajian luar semalam kumpulan merah tewas satu mata sahaja dengan kumpulan biru.
Kekalahan semalam telah membawa kumpulan merah yang diketuai oleh Azwan Ali memasuki penyingkiran. 
Mereka yang lain adalah Farok Husin, Soo Winci, Karl Shafek dan Tomok. Alahai kena lagi Tomok ke ujian penyingkiran. Takpe itu yang membuatkan Tomok semakin pandai masak.eh2!


Cabaran untuk ujian penyingkiran adalah mereka perlu menyiapkan hidangan bertemakan "CHOP".
Masa diberi adalah 60 minit untuk memasak dan 5 minit untuk ambik barang di pantry.
Karl Shafek memilih untuk menghidangkan Ikan Salmon, Tomok memilih kambing dan Azwan Ali tersalah faham hidangkan ikan  dan burung.Oh Azwan.Over u!

Karl Shafek antara selebriti feberet aku dalam program ni. Tapi malam ni memang masakannya kurang menyerlah. Nampak simple aje. tak cukup masa agaknya.
Komen dari juri pun kurang memberangsangkan. Papa Jo boleh perasan ada tulang ikan dan kurang masak.Oh no! Kalau restoren boleh kena saman katanya.


Farok, Soo dan Tomok terselamat.
Antara Azwan dan Karl. dan akhirnya kini masa untuk Karl meninggalkan dapur Masterchef Selebriti.

Photo: Hidangan dari Karl Shafek
hidangan terakhir Karl shafek


 Karl shafek mewakili  House of Joy dengan derma sebanyak RM4000

Monday, June 18, 2012

#Masterchef Selebriti: Raja Azmi tersingkir!


#MASTERCHEF SELEBRITI 

Selepas Louisa Chong, Raja Azmi adalah selebriti yang tersingkir dari dapur Masterchef Selebriti Malaysia.



Pusingan penyingkiran semalam telah meletakkan Raja Azmi, Karl Shafek, Datuk Fazley dan Jehan Miskin.
Apa agaknya cabaran mereka? Nebess pulak.eh! tiba-tiba je.



Quest chef semalam adalah Chef Zam. Oh baru aku tau Chef Zam agak kecoh!. Asyik membebel aje. Sampaikan Karl Shafek kata nak soletip mulutnya. boleh pulak?.

Cabaran penyingkiran tersebut mereka perlu menyediakan dua jenis dessert yang sama seperti ditunjukkan oleh Chef Zam. Kena buat sama.Kena tiru hidangan! Luckynya mereka sebab resepi disediakan walaupun tak lengkap.ok daripada takde.


hidangan terakhir dari Raja Azmi dalam Masterchef Selebriti Malaysia.


Raja Azmi mewakili Rumah Kebajikan Penyayayng Bakti Sg Buloh dengan derma sebanyak RM3500.




Wednesday, June 13, 2012

#Masterchef Selebriti :Louisa Chong pulak tersingkir.



#MASTERCHEF SELEBRITI.
Selepas Serina Redzuan, tiba giliran Louisa Chong tersingkir.




Kumpulan merah kalah sekali lagi dan perlu melalui ujian penyingkiran.
Ujian kali ini memerlukan para selebriti menyediakan Popia yang bertaraf 5 bintang.
Berapakah banyak bintang mereka hasilkan.
Nampak macam senang tapi cuba korang masuk memang parkinson terus!
Ingat senang nak masak, plating bagai tu.


hidanga terakhir Louisa Chong dalam Dapur Masterchef  Selebriti

Louisa tersingkir kerana hidangannya kurang menarik dan tidak menepati spesifikasi juri.


sampai di sini sahaja rezeki Louisa kan.
Next week sapa plak tersingkir. Nantikan lah.





Monday, June 11, 2012

ON AIR : Penyingkiran Minggu 3



#ON AIR
3 lagi perantis disingkirkan dalam penyingkiran minggu ketiga.
Perantis yang tersingkir adalah Hilal, Syakirin dan Heda.

Minggu ketiga ON AIR, perantis diberi tugasan Hiburan. Ada yang buat Mania, Propaganza dan Gala TV.
Perantis yang tersingkir minggu ini adalah Hilal, Nurheda dan Syakirin. Seperti minggu-minggu lalu, mereka diberi peluang menyakinkan pengurus-pengurus saluran untuk mempertimbangkan peluang mereka di saluran-saluran Astro. Potensi dilihat oleh Astro Oasis untuk mempertimbangkan Hilal manakala Radio Era melihat potensi yang ada pada Nurheda dan Astro Ria akan mempertimbangkan Syakirin untuk salurannya.






Mereka adalah perantis terbaik minggu ini.
Good job!

minggu 3


# next sapa yang tersingkir?Nampak macam keadaan Hefni agak membahayakan. 



#Masterchef Selebriti :Serina Redzuwan tersingkir.


#MASTERCHEF SELEBRITI.
Giliran Serina pulak tersingkir hari ini.

Cabaran berpasangan semalam (sabtu) dimenangi oleh Datuk Fazley & Louisa Chong.
Dan dua pasangan yang terendah adalah Tomok-Serina dan Angah-Tanuja.
Mereka perlu menghadapi ujian penyingkiran.
Seorang akan disingkirkan!

Dalam ujian penyingkiran, mereka perlu menyediakan hidangan dari chef terkenal, Chef Jo iaitu Otak-Otak Kontemporari Bersama Kerabu Ulam Raja Dan Nasi Pandan.
Chef menunjukkan hidangan dan mereka boleh merasa.
Kelainan ujian penyingkiran kali ini berbanding sebelumnya adalah bahan-bahan telah disediakan dan mereka diharamkan untuk masuk pantry. Kejam tu. Eh! baguslah kan.

Cabaran bermula. Pada pemerhatian aku, ingatkan Tomok tersingkir sebab nampak Tomok macam blur-blur sikit masa masak dan Chef Jo ada tegur Tomok sebab letak dulang berisi mangkuk dekat atas lantai. maklum saja kebersihan penting yer! Tapi Tomok masih selamat dan yg tersingkir adalah Serina. 



hidangan yg disediakan oleh Serina


Serina Redzuawan tersingkir hari ini..Serina Redzuawan mewakili Rumah Ehsan, Jabatan Kebanjikan Masyarakat dengan derma terkumpul sebanyak RM2500



Wednesday, June 6, 2012

#Masterchef Selebriti :Siti Sarah tersingkir!



#Masterchef Selebriti.
Minggu ini dua orang disingkirkan.
Salamiah Hasan dan Siti Sarah.


Photo: Selebriti yang tersingkir malam ini adalah Siti Sarah Raisuddin..Siti Sarah Raisuddin mewakili Persatuan Untuk Orang Buta Malaysia. Derma yang berjaya dikumpul ialah RM2000

Siti Sarah disingkirkan setelah kurang berjaya menyediakan sajian yang menarik kepada para juri.

Sarah mengetuai kumpulan merah dalam sajian luar yang dijalankan di Homestay Sg Hj Dorani,Sabak Bernam. Dalam cabaran sajian luar kumpulan merah kalah beberapa mata dengan kumpulan biru yang diketuai oleh Thanuja.


Kekalahan dalam cabaran sajian luar membawa kumpulan merah ke pusingan penyingkiran.
Semua ahli kumpulan merah terpaksa menghadapi ujian untuk meneka 10 jenis rempah. Dua yang mendapat markah terendah akan melalui sajian pantas dan salah seorang akan tersingkir.
Dua orang yg mendapat markah terendah adalah Siti Sarah dan Soo Winnci.
Mereka perlu menyediakan hidangan daripada India. "Puri "namanya. Hohoi apakah itu? Tak pernah dengar!
Sarah dan Winnci pun terkejut! Damm. Camne nak sediakan. Then chef an dibagitau ada chef jemputan akan buat demo diorang akan buat sama seperti itu.

At the end Siti Sarah tersingkir.
Lepas ni takde la lawak-lawak dan jeritan dari Sarah.


Selebriti yang tersingkir malam ini adalah Siti Sarah Raisuddin..Siti Sarah Raisuddin mewakili Persatuan Untuk Orang Buta Malaysia. Derma yang berjaya dikumpul ialah RM2000



Monday, June 4, 2012

ON AIR : Penyingkiran Minggu 2


#ON AIR
Sapa tengok sesi penyingkiran tadi sila komen.eh?perlukah.

Episod tadi pun banyak suspens dan drama!well reality show namanya.
Minggu kedua ON AIR, perantis diberi tugasan travel log.syok jalan-jalan.


Peserta yang tersingkir adalah Azfar, Halizah dan Hafizudin (fizi)





Manakala peserta terbaik adalah Hafizul dan Dahlia. Congrat Dahlia! 2 minggu berturut-turut jadi peserta terbaik.



Dan beberapa orang peserta diberikan peluang kedua seperti Syakirin, Akim, dan Nurheda.



Ok!Next week apa citer pulak?Teruskan menonton ya.

p/s: knp nurheda pengsan?tertanya2 ni.



#Masterchef Selebriti :Salamiah Hassan tersingkir!


#Masterchef Selebriti


Dengan ini diumumkan selebriti kedua yang tersingkir adalah Mama Salamiah Hassan.

Sesi penyingkiran minggu kedua tak sama seperti minggu lepas. Minggu pertama penyingkiran dibuat selepas ujian sajian luar tetapi kali ni minggu kedua, penyingkiran dibuat selepas ujian cipta rasa. Ujian cipta rasa semalam semua selebriti perlu menyediakan hidangan daripada ikan haruan. Oh! Ikan yang aku tak makan. Tapi tahniah kepada semua selebriti berjaya menyiapkan hidangan.
Ujian cipta rasa dimenangi oleh Siti Sarah. Manakala Tomok,Jehan Miskin, Karl Shafek, Mama Salamiah dan Serina perlu melalui ujian sajian pantas untuk proses penyingkiran.

Pada awal permulaan nampak Tomok agak risau. Sebenarnya dengan aku-aku risau. Tengok promo macam Tomok ada masalah nak masak je. Tapi alhamdulilah dapat pujian dari juri.

At the end selebriti yg tersingkir Mama Salamiah Hasan!



Photo: Salamiah Hassan - Kari Ayam "Malayndia"
hidangan terakhir Mama dalam Masterchef Selebriti


Photo: Salamiah Hassan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan lain dalam MasterChef Selebriti Malaysia.. Pertubuhan Medifun Kuala Lumpur yang diwakili Salamiah menerima sumbangan sebanyak RM1500
Salamiah Hassan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan lain dalam MasterChef Selebriti Malaysia.
Pertubuhan Medifun Kuala Lumpur yang diwakili Salamiah menerima sumbangan sebanyak RM1500



Thursday, May 31, 2012

Minggu kedua ON AIR



#ON AIR

Dijemput baca kisah minggu pertama ON AIR


Ini minggu kedua perantis ON AIR di fakulti ON AIR.
Minggu pertama perantis diberi tugasan Stand Upper
Minggu ni semua perantis dapat tugasan TRAVEL LOG. Wah bestnya!
Kumpulan lelaki dapat negeri PERAK dan perempuan dapat TERENGGANU.

Travel Log! Sangat Menarik!
Para perantis berbincang dalam kumpulan masing-masing berkaitan tugasan. So untuk tugasan minggu ini ada yang akan cerita pasal makanan di negeri Perak & Terengganu, Aktiviti lasak,Kesenian, Kebudayaan, Tempat bersejarah dan lain-lain. Nak tahu sila tengok Diari ON AIR ye!



# Sampai di sini je! Esok update lagi.
Selamat Malam. Selamat tinggal May & Welcome June!





p/s: Eh2.perasan tak entry ini langsung takde letak gambar.




Tuesday, May 29, 2012

#Masterchef Selebriti :Mejar Dr. Faiz tersingkir.



#Masterchef Selebriti

Dengan ini diumumkan selebriti pertama yang tersingkir adalah Mejar Dr Faiz.
Saya sangat sedih Dr.Faiz tersingkir.Nasib tak menyebelahi beliau.

Semalam cabaran sajian luar para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan.Kumpulan merah,biru,kuning dan hijau.
Kumpulan biru diketuai oleh Karl shafik. Kumpulan merah, Louisa Chong, Kuning oleh Sarah Raisuddin dan Hijau diketuai oleh Azwan Ali.

Mejar Dr Faiz masuk kumpulan hijau yang diketuai oleh Azwan Ali. 
Dalam cabaran sajian luar semalam kumpulan hijau paling rendah dan mereka terpaksa menempuhi ujian sajian pantas. Untuk sajian pantas mereka perlu menyediakan Burrito Ala Malaysia. Apakah itu burrito?aku tak pernah dengan yer!

Mereka diberi masa 45minit untuk menyediakan hidangan. Semua berusaha untuk siapkan hidangan. Yang best Mejar Dr Faiz sempat lagi tolong Raja Azmi dan Farok Hussin. Alahai!

Siap! Juri menilai dan Mejar Dr Faiz tersingkir!







ON AIR : Penyingkiran Minggu 1




#On Air.
Sapa tengok sila angkat tangan.Oh!Macam la aku nampak sapa yang angkat tangan.

Aku tengok Diari On Air Ep1 je. Yang next tak tengok.Lupa!
Tapi Studio Penyingkiran aku tengok. 
Peserta yang tersingkir Ishabella. dan Anas Farhan tarik diri. Sepatutnya Azfar yang tersingkir. Azfar dimasukkan semula untuk menggantikan anas yang tarik diri. 

Kini tinggal 18 orang, 9 lelaki dan 9 perempuan.
Peserta terbaik minggu 1 adalah Hakim dan Dahlia

Maklumat lanjut sila baca yg bawah itu.




Minggu pertama perjalanan 20 perantis ON AIR telah berakhir dengan 1 peyingkiran daripada Perantis Wanita dan 1 penarikan diri daripada Perantis Lelaki. Ishabellah daripada perantis wanita telah diumumkan sebagai perantis pertama meninggalkan ON AIR manakala Anas Farhan mengejutkan kesemua perantis apabila menarik diri daripada menyertai ON AIR. Hasratnya untuk menarik diri telah disampaikan kepada Anchor seawal pemilihannya melalui panggilan telefon. Pihak fakulti telah bersetuju dengan hasrat Anas dan membenarkan Anas menarik diri.

Studio Penyingkiran ON AIR yang pertama telah menyaksikan nama-nama yang kurang digemari oleh kebanyakan perantis melalui undian yang telah dilakukan, antara nama yang disebut adalah Azfar, Hafis, Norsiah dan Shakirin. Beberapa perantis juga dipanggil untuk menjelaskan pemilihan mereka yang ingin disingkirkan. Keadaan juga menjadi agak tegang ketika sesi ini berjalan.

Namun, semua pilihan sebahagian besar perantis untuk disingkirkan bukanlah keputusan mutlak mereka. Segalanya ditentukan oleh Aznil Hj Nawawi (Anchor), Datin Seri Normala Samsudin (Co-Anchor) dan Azrinaz Mazhar Hakim (Co-Anchor Jemputan) melalui tugasan "Stand Up" yang telah mereka lakukan minggu ini.

Perantis yang diumumkan tersingkir pada permulaannya adalah Azfar untuk Perantis Lelaki dan Ishabellah untuk Perantis Wanita. Namun apabila Anas Farhan menarik diri, Azfar diberi peluang kedua di ON AIR bagi menyeimbangkan bilangan perantis yang ada sekarang.

Studio Penyingkiran ON AIR juga telah mengumumkan 2 perantis yang telah melakukan tugasan dengan baik berbanding perantis yang lain. Perantis Wanita Terbaik Minggu Pertama adalah Dahlia dan Perantis Lelaki Terbaik Minggu Pertama adalah Hakim.

Kini 18 Perantis akan meneruskan cabaran ON AIR minggu hadapan! Apakah tugasan yang akan diberikan kepada kesemua perantis ini? Saksikan Diari ON AIR, setiap Rabu hingga Sabtu, 10 malam di Astro Ria (104)


Saksikan Diari ON AIR
Rabu - 10 malam
Khamis - 9 malam
Jumaat - 10 malam
Sabtu - 10 malam

Studio Penyingkiran ON AIR
Ahad, 10 malam





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat