Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tahun 2015 bakal menjelma tak lama lagi, mungkin korang masing-masing dah ada azam tahun 2015 kan? Mudah-mudahan tahun 2015 yang bakal menjelma nih akan menjadi tahun yang sangat bermakna buat korang semua. Dalam diam tak diam tu, aku sempat memasang angan-angan, kalau diizinkan Allah s.w.t aku nak mengembara ke beberapa buah negara ASEAN dan aku namakan trip aku sebagai KEMBARA INDOCHINA yang merangkumi beberapa negara seperti Thailand, Laos, Vietnam dan Cambodia. Negara-negara tersebut menjadi pilihan sebab keindahan alam semula jadi, keunikan budaya serta latar belakang sejarah yang sangat menarik.
TRIP BACKPACKER KE INDOCHINA
THAILAND
BANGKOK - Panorama di Bangkok, tang ni baru la "piaoww" Siam
CHIANG MAI - Salah satu keunikan di Chiang Mai, Animal Kingdom & Gajah
Sumber Gambar : http://i.telegraph.co.uk/multimedia/archive/01814/chang-elephant_1814009b.jpg
CAMBODIA
ANGKOR WAT, SIEM REAP - Salah satu keajaiban dunia di Asia Tenggara
Sumber Gambar : http://friendlybooking.com/wp-content/uploads/2014/10/siem_reap.jpg
PHNOM PENH, MUZIUM, TUOL SLENG - Tempat ini membawa anda ke zaman kegelapan Cambodia semasa berada di bawah pimpinan Rejim Pol Pot. Hampir 2 juta rakyat Kemboja mati
Sumber gambar : http://en.wikipedia.org/wiki/Tuol_Sleng_Genocide_Museum
VIETNAM
HO CHI MINH (SAIGON)
Sumber Gambar : http://fulloftravel.com/wp-content/uploads/2012/03/ho-chi-minh1.jpg
HANOI-Katanya sejuk kat sini!
Sumber Gambar : http://www.morepep.com/02%20a%20Hanoi%20.slides.2880.jpg
HA LONG BAY, HANOI - Cantiknya pemandangan kat sini, subhanallah
LAOS
VIENTIANE - Banyak benda yang aku tak tahu pasal negara Laos, yang aku tahu air terjun kat sini cantik.
Sumber Gambar : http://static.asiawebdirect.com/m/bangkok/portals/visit-mekong-com/laos/homepage/tours/excursions-vientiane/allParagraphs/019/image/that-luang-vientiane.jpg
Memandangkan aku nak travel keempat-empat negara dalam satu Trip, aku kena research betul-betul lah memandangkan terdapat kekangan yang terpaksa aku hadapi antaranya dari segi "masa" dan juga "kos". Aku rancang siap-siap negara mana yang aku akan pergi dan bandar-bandar yang aku akan singgah disepanjang laluan Kembara Indochina nanti. Tujuannya untuk memudahkan aku untuk rancang bajet dan tempoh perjalanan dari bandar ke bandar serta jumlah keseluruhan trip. Ada jarak perjalanan yang singkat dan ada jarak perjalanan yang aku bakal lalui memakan masa yang sangat lama. Untuk Kembara Indochina nanti aku senaraikan 2 laluan alternatif.
ITINERARY KEMBARA BACKPACKER INDOCHINA 2015
(TAK LENGKAP)
Itinerary Kembara Indochina (Thailand, Vietnam, Cambodia dan Laos). Belum lengkap lagi, tak sempat la nak buat research, hari-hari kerja, letih la pulak. Insya-Allah aku akan update kat sini itinerary sampai la lengkap...
KEMBARA INDOCHINA Plan Laluan 1
Kembara Indochina seperti yang dirancang pada awalnya trip aku akan bermula daripada Chiang Mai dan akan berakhir di Siem Reap, bandar-bandar yang akan dilalui adalah seperti berikut :
1. Chiang Mai - Bangkok (THAILAND)
2. Bangkok - Vientiane (LAOS)
3. Vientiane - Hanoi (VIETNAM)
4. Hanoi - Ho Chi Minh "Saigon"
5. Ho Chi Minh - Phnom Penh (CAMBODIA)
6. Phnom Penh - Siem Reap (CAMBODIA)
7. Siem Reap - Kuala Lumpur
Berdasarkan research yang aku dah buat laluan yang akan mengambil masa yang agak lama ialah laluan no.2 (13 Jam), laluan no.3 (1 hari), laluan no. 4 (33 jam dengan keretapi). Laluan no.4 yang paling tak tahan tuh. Dalam plan laluan 1 ada 4 laluan yang sangat lama.
KEMBARA INDOCHINA Plan Laluan 2
1. Hanoi - Vientiane
2. Vientiane - Chiang Mai
3. Chiang Mai - Bangkok
4. Bangkok - Siem Reap
5. Siem Reap - Phom Penh
6. Phom Penh - Ho Chi Minh
Untuk Laluan kedua, kalau korang sedar, aku akan mulakan trip daripada Vietnam kemudian
masuk ke Laos kemudian ke Thailand. Daripada Thailand ke Kemboja dan kemudian masuk balik ke Vietnam. Untuk plan laluan 2, hanya ada 1 laluan yang akan memakan masa yang sangat lama, iaitu laluan no. 1 daripada Hanoi ke Vientiane yang memakan masa lebih kurang 24 jam atau sehari.
KEMBARA INDOCHINA Plan Laluan 3
Memandangkan aku dan geng kesuntukan masa, lepas tu kami tak nak travel lama-lama, ni plan laluan terbaru yang aku update (23 Disember 2014).
1. Vientiane - Bangkok
2. Bangkok - Siem Reap
3. Siem Reap - Phnom Penh
4. Phnom Penh - Saigon
Salah satu laman web yang menjadi rujukan aku, tapi dia melawat ke banyak tempat. Kalau nak ke banyak bandar, aku kena spend masa yang lama la kan. Tavelfish.org. Aku dalam proses mencari maklumat bersama-sama geng yang akan join Trip IndoChina 2015, setakat ni bajet belum dibentangkan lagi (cehh, berangan macam PM la pulak). Harap-harap plan tahun 2015 ni menjadi la ye, insya-Allah. Kalau geng-geng pembaca sekalian dah pernah pergi, segala tips, nasihat, panduan korang amat aku alu-alukan.
Antara blog rujukan :
1. Hanoi Redah Saja - Mymie
2. Highlight Hanoi Vietnam - Supermeng Malaya
3. Naramas Aman -
4. Farikica's World
5. Indochina Long way back overland - Budak Lektrik
6. Itinerary Indochina - Lonely Travelogue
7. Complete Itinerary - tucantravel
8. 11 Days Backpaking INDOCHINA Detailed Itinerary and Budget | Thailand | Laos | Cambodia | Vietnam - The Confession of a Travel Addict
9. Jenggeltrekker's Life - Vietnam
10. Backpaker Busuk - Cambodia
Antara blog rujukan :
1. Hanoi Redah Saja - Mymie
2. Highlight Hanoi Vietnam - Supermeng Malaya
3. Naramas Aman -
4. Farikica's World
5. Indochina Long way back overland - Budak Lektrik
6. Itinerary Indochina - Lonely Travelogue
7. Complete Itinerary - tucantravel
8. 11 Days Backpaking INDOCHINA Detailed Itinerary and Budget | Thailand | Laos | Cambodia | Vietnam - The Confession of a Travel Addict
9. Jenggeltrekker's Life - Vietnam
10. Backpaker Busuk - Cambodia
Muhammad Saffuan Bin Jaffar