Memaparkan catatan dengan label Phuket. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Phuket. Papar semua catatan

Ahad, 12 Februari 2012

Aku di Phuket ! (Part 2)

Hari Kedua di Phuket.

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka bla,bla,bla... Perut lapar, makan tak tau kat mana, turun ke kaunter reception mintak password wifi, upload gambar, update status, check-in. Aktiviti pagi ronda-ronda dan misi ambil gambar dengan signboard yang ada tulis Phuket.



Masalah sekarang nak cari makanan halal di sini, kat mana yer? Ok2 jangan risau senang ja, kita buat macam ni, nampak ja orang pakai tudung kita tahan dia tanya kedai makan.

Kami pun ronda-ronda, sampai dah dekat dengan Hard Rock Cafe Phuket nampak akak ni pakai tudung naik skuter, terkedet-kedet dia bawak, kawan aku tahan dia then tanya kedai makan kat mana. Alhamdulillah dia pulak boleh cakap Melayu sikit-sikit. Lepas setel kerja dia, dia tunjuk kami jalan ke restoran.

Alhamdulillah dapat jugak kami bersarapan makanan halal, tapi harga makanan punya la mahal, lebih mahal dari makanan yang aku biasa makan kat Penang. Teh o ais RM4.00 segelas tau, kalau kat Penang leh dapat 4 gelas. Tapi dah merantau tempat orang jangan banyak songet, kang termakan cik bab, baru hang tau. Lepas makan, baru la pi amik gambar.















Yang lain-lain tu aku paham, kecuali time!!!

Depa ni (group konvoi) plan aku pun tak paham, yang aku tau ada yang nak mandi di pantai. Seriously aku tak minat mandi kat pantai. Trip phuket kat sini macam dah end up with aku ikut orang tanpa hala tuju. Aisyeh, sepatutnya aku buat back up plan, buat itinerary sendiri. apa Aku lupa yang aku ni orang yang suka travel?

Makan tengah hari, kami makan di sebuah restoran, Saveena Food bertentang dengan sebuah masjid dua tingkat, Masjid Patong yang terletak di Phra Barami, Patong. Lepas makan kami terus solat di Masjid Patong, masjid ni mempunyai kemudahan yang baik berbanding dengan masjid yang kami singgah semasa dalam perjalanan ke Phuket.

 Ayaq Nyok atau nama saintifik Air Kelape dalam botol, tak sedap!

 Sticker kat atas sekali tu konvoi kami punya...

Masjid Patong di Phra Barami 




Tuk-tuk

    Bersiap sedia untuk agenda masing-masing

Walaupun macam yang aku cakap kat atas, menilau tanpa arah tuju, aku puas sebab kali aku tak naik kapal terbang, tapi naik motor, dari rumah aku ke Phuket 644km. Pengalaman baru buat aku, aku sendiri jadi pilot, aku sendiri penumpang, puas aku dapat jugak tengok Phuket depan mata aku.

Bila malam menjelma, baru la nampak real "Phuket" yang tidur di siang hari. Kalau lalu kat tepi-tepi hotel atau cafe yang bertaraf 5 bintang, bersusun perempuan ni beratur nak cari pelanggan. Bab tu aku tak nak ulas panjang-panjang.

Malam tu sempat kami pegi beli t-shirt sehelai dua. Kebanyakkan peniaga Thai diorang ambik pekerja dari Myanmar, sekali tengok macam Pakistan bila soal siasat, from Myanmar. Nak beli barang pastikan tawar menawar, kalau reti cakap Thai sikit-sikit pun jadi la.

 Makan malam

Kerabu Sotong

Tom Yam Kung

Jalan kat Phuket, jangan kau sangka lengang. Yang aku heran, kenapa banyak Farmasi di Phuket? Sapa boleh tolong jawab. 




 Signboard tunjuk arah kat mana nak lari kalau jadi Tsunami


Malam ni agak meriah, sebab Tahun Baru Cina, bunga api sana sini. Orang ramai shopping, bersuka ria, cari pelanggan seolah-olah luka Tsunami tahun 2004 yang lalu dah tak nampak. Inilah Phuket. Huhhh...

Esok bermulalah satu perjalanan yang mencabar, dari Phuket kami akan ke Krabi dan dari Krabi kami akan terus ke Hat Yai. Baik aku tidur...


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

The Journey to Phuket (Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Ini kerja gila.... Ini kerja gila yang kau dah buat! Bentak pemuda itu sambil menikam tepat pisau ke atas meja....."

 *Ayat Novel hahaha...

Ya, ni kerja gila yang bakal aku buat.... Aku yang baru lulus lesen motor# akan turut serta dalam konvoi Penang Yamaha Motor Club ke Phuket sejauh 700km dari Sungai Nibong Pulau Pinang. Bermula jam 1.20 pagi ke hentian Sungai Muda, untuk bergerak bersama-sama rakan Konvoi dari Seberang Perai.

#baru lulus lesen motor bukan makna dah lama bawak, aku tak pernah bawak motor sebelum ni, walaupun dah tua. Hangit memang hangit.

Beg siap aku galas, kunci motor siap aku capai. Dengan restu mak, aku akan mengembara ke Phuket! Khap khap khap....







Selepas semua rakan konvoi dari Seberang sampai kira-kira jam 2.00pagi semua geng bergerak ke Hentian Gurun untuk rehat, ambil vest, taklimat ringkas dan isi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam. Tiba di R&R Gurun kira-kira jam 3.00pagi.

Yeah, dalam gelap gulita aku merentasi higway PLUS dengan kereta kah? Nehi!! Dengan motor kapcai LC135. Dengan berbaki 600km++ aku tak menduga apakah rintangan yang bakal aku hadapi?

BUKIT KAYU HITAM

Nampak ja signboard tu, bermakna aku dah tak jauh dari pintu sempadan, jam baru menunjukkan 4.45 pagi, sampai ja kat satu kawasan ni arggggghhhhh..... KABUS KABUS KABUS, aku dah la pakai spek, memang tak nampak jalan. Sekejap-sekejap aku lap dengan tangan.... Fuh mencabar bagi orang yang bermata empat macam aku.

Alhamdulillah jam 5.00 pagi semua selamat sampai di suatu tempat rehat (tak ingat nama). Di sana ada peserta yang lelapkan mata selepas selesaikan urusan insurans, tukar duit. Lepas solat subuh terus ke Pintu Sempadan Malaysia Thailand, dengan perasaan "exited" disulami rasa takut, tak tahu kenapa.. hehe..

Minyak siap-siap kami isi dalam botol, sebabnya minyak di Thailand mahal, punya la berkira... haha...

Insurans Kenderaan

Isi minyak dulu boh!

Sticker Konvoi

Dan Nok. Perjalanan bermula selepas bersarapan dengan harga yang mahal. 
Destinasi seterusnya Mueang Pattalung.

Hutan getah kiri dan kanan dengan kabus yang tebal menyambut kedatangan kami, cewah. Jalan raya di Thailand juga elok, tambahan lorong motorsikal yang luas, tidak seperti di Malaysia. Pelbagai warna-warni kehidupan sepanjang jalan ke Phuket, tak kurang juga dengan bau-bauan... Hehehe...

Bawak anak belakang trak. Biasa la..

Berehat, Isi minyak (Minyak Por Tor Tor)

Bersama Marco Simoncelli versi Siam

Perjalanan kami dari Pulau Pinang dah menjangkau jauh masuk ke Land of White Elephant. Plan asalnya kami akan bermalam di Krabi, tapi lepas bicang-bincang kami akan terus ke Phuket dan semua peserta konvoi sanggup menempuh perjalanan lagi 200km.

Bagi aku ni betul-betul mencabar ketahanan, kejantanan. Fuh...




Isi minyak "Teh O" minyak ni bagi aku super power. Isi setengah tangki boleh pergi 120km. Tang ni la semua pakat pening, abang Siam pening kami pun pening... orang nak isi minyak "Num Mun" yang Siam duk tunjuk diesel. Takkan motorsikal pakai diesel kot bang oiiii.....

Aku pun cakap "Kau Sip Ha" nah kau, sekali terbit bahasa Thai "RON95" adui... Puat Hua kharp... Puat Hua khrap.... Baru dia nak faham....

Isi minyak Shell, bila la nak sampai. Aku dah letih 

Masing-masing memulas throttle, sekali kalau berhenti di trafik light berpeluh-peluh, basah lencun ketiak, mana taknya kalau dah pakai ride jacket memang meruap dibuatnya.

Kami melalui sebuah pekan kecil, Huai Nam Khao, tepi jalan tu nampak la kedai makan ala warung kecik ja dan yang paling penting orang Islam yang berniaga kat situ. Kami pun berhenti memandangkan masing-masing perut dah lapar.

Harga makan? Sangat2 murah! Aku makan beriyani, segelas kopi o ais air baru THB50.00 bersamaan RM5.00 dah la murah sedap pulak tuh. Lepas perut kenyang, kami singgah di sebuah masjid, nak masuk ke sana kami melalui kawasan kebun getah.

Kedatangan kami di sambut baik oleh jemaah masjid di sana, mereka ni merantau jauh menuntut ilmu agama. Tengok la, dalam keadaan yang amat susah mereka lebih tekun menuntut ilmu...







Bila la nak sampai??? Sebab aku tak nampak pun signboard PHUKET. Aku dan geng-geng konvoi lain terus dan terus bawak motor sampai la kat satu kawasan ni, dah rupa macam pintu sempadan antarabangsa. Aaaa sudahhh.... Takkan sampai Myanmar kot? Ini tak mungkin, ini tak mungkin...!

Kawasan yang aku maksudkan tu ialah sebuah bangunan "Phuket Checkpoint" atau "Tha Chat Chai Checkpoint" yang dibuka pada Februari 2008. Jadi checkpoint ni sebagai langkah untuk mencegah barangan seperti dadah dan senjata yang dibawa masuk atau keluar secara haram.

Akhirnya nampak signboard PHUKET.... Alhamdulillah kami dah sampai dengan selamat.... Syukur lega... Segala penat lelah semua hilang...



Kami tiba di Phuket pun dah menghampiri waktu Maghrib. Saat matahari terbenam di Ufuk barat, burung-burung berkicau pulang petang...

Allahuakbar.... Allahuakbar.... Terdengar laungan azan berkumandang di Pulau Phuket, subhanallah... Azan di Bumi Thailand.

Malam tu kami solat jamak di sebuah masjid yang terbesar di Phuket, yang terletak di Cherng Talay. Masjid ni sangat cantik dan ramai jemaah yang hadir.




Akhirnya selepas 17jam kami selamat tiba di Phuket kira-kira jam 6.30 petang. Penat, berpeluh-peluh (sebab pakai jaket) panas, berbau, letih, hangat semua ada. Jam 10 malam baru masuk hotel, letak kepala terus lena. Esok nak kena bangun awal!!! Jom terokai Phuket!!!

Dokumen yang diperlukan :
1. Passport
2. Salinan Geran Motorsikal/kenderaan
3. Surat Kebenaran Pemilik (Jika Menggunakan Kenderaan Milik Orang Lain)
4. Temporary Import Document dapatkan semasa anda di Sempadan (Thailand)


Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...