2 Gol dari Pato, 1 Gol dari Cassano...
Dan disebabkan aku bengang aku tak tengok..
Maka, video di bawah, bawah lagi ni, walaupun tak ada kena mengena langsung..
Sekurang-kurangnya aku rasa woooooo....
Tak pelah aku tak tengok, yang penting AC Milan Menang...
Kekal tempat pertama yoooooo
"Yeah"
"Apsal awak tak datang. Saya dah sediakan kerusi untuk awak duduk sebelah saya"
"Oh, i'm sorry Pippo"
Berbalik pada tajuk.. (Panjang introduction ye)
Ditujukan khas buat lelaki yang pandai main bola sepak..
Korang boleh buat ke trick nih...
Nampak tak? Tak nampak tengok ler kasi besar..
Gempaklah Messi...aku kagum..
Ti amore Messi..
Tapi saya lebih Ti amore Pato eh Pippo...mwahaha..
p/s: Pictures all from AcMilan.com
p/s: I'll Be Back~ hahahahahaha. Semalam kawasan rumah aku sesak woo gara-gara AF..
Baiklah untuk perlawanan pagi tadi Ac Milan vs Napoli..
Ac Milan 3-0 Napoli
Gol pertama (minit 48) merupakan penalti dan diambil oleh Ibrahimovic
Gol kedua dijaringkan (minit 77)oleh Boateng,assist daripada Pato..
Gol ketiga ni lawa gila (minit 79)!!! Pato bawa bola daripada bawah,dikawal oleh dua orang pemain pertahanan, pastu rilek je dia sepak bola tuh masuk dalam gol..
Boleh tengok video Pato jaringkan gol ini
Malas nak cerita kat sini..
Sebab penat...geram...semua ada...
Aku memang cepat lemah semangat, tapi sehari je lah..
Esok-esok aku elok balik...
Jangan cepat putus asa ye kawan2...
Sedih memang lah sedih...
Lagi sedih bila orang lain tak faham...
Daripada nak memahamkan orang lain...
Baik memahamkan diri sendiri dulu...
Dengan memahami diri sendiri, kadang-kadang boleh memahami orang lain dengan lebih baik..
mwahahah aku pun tak tahu nak cakap apa sebenarnya...
Yelah yelah Ac Milan kalah, tak apa ah kali ni target Serie A..
Dah lama tak menang Serie A...
Minggu ni Ac Milan vs Chievo...yooooo
Cassano dan Pak Berahim (Ibrahimovic) Buona Fortuna!
Baiklah, perlawanan ini dimulakan dengan lagu Ac Milan, sebab buat di San Siro,kan
Ingat The Crow je boleh letak lagu Manchester United??, mwahah
Impian Inter untuk melihat Ac Milan jatuh, punah...
Maklumlah sejak Inter melonjak naik dan hanya beza 4 mata sahaja,
mereka sudah bongkak...wutevar...
Masa pertama, sudah menunjukkan pertahanan Parma yang begitu lemah..
Terutamanya Goalkeeper, akibatnya Seedorf berjaya mengambil kesempatan itu untuk menjaringkan gol,
walaupun lagi sikit je bola tu nak terkeluar,nasib baik gol wahai Seedorf,baru nak maki..
(mwahah tak suka Seedorf tapi dia main Ok hari ini)
Perlawanan ini tanpa Pirlo kerana dia cedera dan berehat selama 6 minggu..
Oleh itu, apabila Milan ambil corner atau free kick, kelihatan pertahanan Parma begitu tenang,
mereka memang tak heran sungguh...cis..
Minit ke-17, Cassano pula menjaringkan gol...
Pergh,gempak, siap main one two dengan Gattuso
(dalam perlawanan ni, memang Cassano stylo habis)
Selepas dia jaringkan gol,dia tersenyum je sampai habis,tak pernah aku tengok dia girang macam nih..
walaupun ketinggalan 2-0, Parma tetap semangat untuk jaringkan gol..
Aku suka tengok Antonio Candreva(ala2 justin timberlake) nih..
Candreva,parma no.7
Separuh masa kedua pula,
Robinho masuk menggantikan Seedorf..
(Betapa girangnya aku seedorf keluar mwahaha).
Aku rasa Cassano dan Ibrahimovic juga girang melihat RObinho..
3 minit selepas RObinho masuk, terus dia jaringkan gol!.. assist daripada Cassano,apabila Ibrahimovic tak sampai nak sepak, Robinho meluru menyepak bola tu..
dan GOL!..
Seterusnya, Gol paling gempak dan rasa heaven tengok..
Cassano, Ibrahimovic, sampai ke RObinho dan GOL!!!!!!!!
(Ibrahimovic yang lembik masa separuh pertama tuh terus cergas)
Mereka dengan gembiranya melompat2, siap buat aksi RObinho lap kasut Cassano lagi
(comel kan,eheee)
Kemudian Ibrahimovic pun dikeluarkan digantikan dengan Pato...
Ibrahimovic kelihatan sangat penat, asyik kena gasak dengan pemain Parma..
Sampaikan Cassano pun tak nak dekat dengan Ibrahimovic,siap turun bawah lagi, haha..
entah berapa kali Ibrahimovic ni jatuh, sampai pening aku tengok..
Oklah, panjang dah aku bebel...mengantuk nih.. Seedorf, Cassano, Robinho, Robinho, thanx for your goals!..
Cassano the best!
Macam adik-beradik kan, mwahahah style rambut sama pulak tuh, Abate dan Merkel..
tak sangka aku, Ac Milan ada dua orang street fighter..
ok dah habis mengarut....yawn~
p/s:all pictures are not mine, too tired to do credit p/s: harap-harap juventus menang lawan Inter.
YEahhh, Milan masih lagi menduduki takhta nombor 1 Serie A..
Abbiati juga sudah kembali...
aku sangat suka! mwahahaha...
tiada bola yang bolos...
Dijaringkan oleh Ibrahimovic pada minit ke 93,
Tapi dijaringkan sendiri oleh Cesena pada awal minit ke 45..
Harap-harap Nesta tiada ada apa2 sebab semalam dia terpaksa keluar padang awal...
Dan digantikan oleh Sokratis pada minit ke 23...
Nesta, be strong! credit to acmilan.com
Apa-apa pun yang penting kekalahan Inter dan Lazio menyebabkan kedudukan Roma dan Napoli,
semakin kukuh, iaitu Napoli di tempat kedua beza 4 mata dengan Ac Milan..
Dan Roma di tempat ketiga beza dua mata daripada Napoli..
aku punyalah tunggu perlawanan Ac Milan ni sebab ingatkan pukul 2,
rupa-rupanya pukul 3:40, gilo apa...terus aku tidur..
Malam tadi ada perlawanan bola sepak Serie A (liga Itali),
dan aku boleh terlupa pulakkk...
Apa2 pun Ac Milan 1-0 Cagliari
wuhuuuuuuuu....
Gol yang satu itu datangnya dari Strasser (siapa mamat stress ni aku pun tak kenal,midfielder, umur 21)
dan yang membantu Strasser ini dalam menjaringkan gol ialah...
ANTONIO CASSANO...
wuhuuuuu...walaupun ini baru perlawanan kedua bersama Ac Milan,
dia sudah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan..
(perlawanan pertama ketika perlawanan persahabatan kat Dubai)
hi cassano (credit acmilan facebook)
ini ketika perlawanan di Dubai vs kelab al-ahli, nombor jersi dia 99!
ok, memandangkan semua orang post pasal Malaysia menang Piala Suzuki,
aku pun malas nak post eheeeee...
Tapi aku nak cerita pasal Bola gak lah...
Oh ye sebelum tu, disebabkan Khairul Fahmifamous sampai masuk trend Twitter worldwide kauuuu..
Orang Mongolia pon google Khairul Fahmi okey, wawawa
Maka, dengan awek2 dia sekali famous kannnnn...
Tapi kat dalam blog ini tak ada kisah pasal awek dia si jejariruncing itu okey...
Awek Inzaghi ada dalam blog nih, wawawawaw
Baiklah Berbalik pada topik asal..
Ac Milan Tak nak bagi ROnaldinho secara percuma,
makanya si Galliani cakap kalau nak Ronaldinho bagi 8 juta Euro dulu.. No free free!..
Maka kelab yang nak free tu kenalah pergi carik sponsor okey..
(Ditujukan khas untuk kelab brazil Gremio yang nak free tuh)
Pasti Beribu2 orang akan datang menyambutnya.. Press Conference dia pun 2,000 lebih orang yang datang...
OKey, aku nak cerita bola nih..
hahahaha Sila LAri Lariiiiiii...
(aku tau My Girl readers tak suka baca bola sepak kat blog aku ni hahaha)
BUdak baru yang bakal tiba di San Siro ini ialah ANtonio Cassano..kenal kann...
alaa Dulu pernah main kat Real Madrid kejap tuu..
Dia nih famous asalnya masa dia main kat As Roma...
aku pun tertawan tengok cara dia main, especially bila De Rossi hantarke Totti, Totti gelecek menyerang bagi cross ke Cassano,
Cassano berlari passing ke Montella dan Gol!!
TAPI itu zaman berabad dah berlalu pun...
Dia ni ada Attitude problem..sangat kritikal..
sebab dia bergaduh dengan orang Besar Besarr punya...
eheeee seperti Jurulatih Roma, paling teruk gaduh Besarr dengan Capello..
dan yang paling kelakar, gaduh2 pun dengan Capello nih,
Cassano masuk Real Madrid, Capello pun jadi jurulatih Madrid...
pastu siap cakap 'kami gaduh2 macam anak beranak', tak boleh blaaaaa...
Jadi, sekarang ni dia kat Sampdoria loan daripada Real Madrid..
Panas baran dia ni (ala2 Rooney), semakin berkurangan..
Mungkin sebab dah matang, sudah ada cinta di hati..
Walaupun tak handsome panas baran pulak tuh,
pastu pakai earring dengan punggung tonggek dah macam Gay aku tengok...(opps laser mulut mengutuk)
Dan sekarang ini Ronaldinho mahu keluar dari Ac Milan..
Jadi, Cassano kira menggantikan Ronaldinho lah...
Yang paling best dalam Kontrak dengan Ac Milan siap ada syarat nih..
'Code of Ethics'...
kalau dia tak berdisiplin dan cuba cari gaduh, memang akan tamat terus kontrak dia..
hohohoooooo....
Nasib baiklah kau main Gempak, perangai teruk pun ramai nak ambil dia..
Tak sabar nak tahu dia dapat jersi nombor berapa...
Berani lah dia kalau cuba nak carik gaduh dengan ini
Dia Bukak Silat terus okeyy (gennaro gattuso)credit
ps/: Inilah rupanya kalau perempuan minat bola, bukan setakat corak permainan dia amek tau, dengan gosip2 sekali dia amek tau..mwahahahah..lelaki tau ke bini Kaka' siapa. Tak kan... cuma tahu bini Beckham je kan.
p/s: letak gambar banyak2 khas untuk tatapan My Girl Readers, tapi dia tak handsome, sorry ye hahahaha
Disebabkan kepenatan hari sabtu tuh,
aku missed tengok perlawanan Ac Milan vs As Roma ni...
Tapi nasib baiklah aku tak tengok...
sebab Ac Milan tak menambahkan 3 mata..
Sebaliknya As Roma berjaya menambahkan 3 mata..
dengan bantuan Marco Borriello yang merupakan pemain Milan yang di loan kan ke Roma..
Disebabkan itu, peminat Ac Milan di San Siro tidak begitu gembira dengannya..
Aku tak tahulah apa akan jadi bila dia kena balik ke Milan nanti..
Perbezaan mata di antara Milan dan tempat kedua Napoli pun sudah tidak jauh..
hanya beza 3 mata sahaja...
Manakala Inter Milan pula sibuk dengan perlawanan Club World Cup..
dan Inter Berjaya mengalahkan Mazembe dengan keputusan 3-0...
Sekarang aku nak paparkan Funny Quotes, yang aku ambil dari web Football Italia..
Mereka buat lawak dengan kata2 Si Pemain bola/Jurulatih kelab/President... *FI=football italia
Ibrahimovic:“Materazzi speaks a little too much about me, as does Moratti. You see that I am still very important for them. I instead never speak about them. You see that they are not important for me.”
FI: Zlatan Ibrahimovic thought the message was clear when he defriended them on Facebook
(eh eh pak berahim ada FB ke mwahaha)
Mihajlovic: “Udinese are a good team. They have players who can massacre you if you give them space.”
FI: Sinisa Mihajlovic accidentally watched 300 rather than his research DVD
Inzaghi:“Jose Mourinho calls me every three or four days to check on my condition.”
FI: Pippo Inzaghifeels like the Special One now
(Okey,yang ni aku tak puas hati, kenapa Mourinho ni kacau my Pippo, ohhhh sangat menyibuk)
3-0...
bagi perlawanan serie A yang baru sahaja habis sebentar tadi..
aku sempat tengok pun beberapa minit..
tapi merasalah tengok gol pak berahimIbrahimovic..
Minit ke 8 Lagi, Putera Ac MilanPrince Boateng sudah berjaya memboloskan gawang gol Bologna...
Mestilah dengan bantuan daripada pembesar pak berahimIbrahimovic ni..
Kemudian minit ke 34, giliran Robinho pula..
dibantu oleh putera Ac Milan Prince Boateng ini
(love this combination robinho,boateng,pak berahim)
Kemudian pada masa kedua, Maharaja Pirlopula yang membantu pembesar pak berahim...
Berjayalah si pak berahim Ibrahimovic ni menjaringkan gol....
wuhuuuu...
Tapi gawang Ac Milan agak rapuh apabila tiba2... Abbiati teringin nak jadi Pemain Pertahanan apabila dia mula menggelecek bola,
siap tackle pemain Bologna lagi...
Nasib baik tidak dikenakan apa2 tindakan...
Tidak lama selepas itu, Bologna diberi peluang untuk membuat sepakan penalti.. adeiiii...
Tetapi,Abbiati always the best mwahahahah..
Dia berjaya mempertahankan gawang Ac Milan itu..
p/s: kepala dipenuhi dengan benda berselirat berserabut, nak memikirkan sesuatu untuk ditulis pun payah. Oleh itu, kisah liga bola sepak itali sentiasa membantuku di saat aku kebuntuan.. mwahahahah
p/s lagi : sejak akhir2 ni rasa takut pula duduk rumah. gara2 keadaan kawasan rumah yang tidak berapa selamat. for the 1st time in my life i called my mom saying im scared living alone.. mwahahaa dulu berlagak lagi
baru berlangsung tiga perlawanan.. Inter Milan kena belasah dengan kelab yang berkedudukan di tempat ke 2..
Inter Milan 1-3 Lazio
Perlawanan yang lain pula ialah,
ROma dan Chievo terikat 2-2...
Bagaimana dengan Ac Milan pula?
Eheee mestilah Menang...
3-0 okeyyyy..
Gol pertama berjaya dijaringkan oleh Putera Ac Milan ini iaitu Prince Boateng!!!
dengan bantuan daripada pembesar pak berahim Ibrahimovic
Kemudian pengawal Istana RObinho pula menyumbatkan bola itu...
Seterusnya aksi hero terhebat Milan pada perlawanan itu..
Iaitu Pembesar pak berahimIbrahimovic dengan gol nya yang lawa itu..
gaya control dulu bola sebelum memberi tendangan padu... 'wah wah wah waaaahhh Putera Boateng sangat bangga dengan kamu'
Seperti kebanyakan daripada kamu mungkin tahu,
Bahawa Pakweku (Pippo Inzaghi) sudah tercedera di kakinya,
Oleh itu dia tidak dapat bermain selama 6 bulan...
Makanya, sekarang ni mestilah dia sedang duduk di rumah bersenang-lenang..
(okey, aku tipu, mungkin dia sedang berparti)...
Tapi, aku sangatlah terharu..
sebab dia bukak aku punya blog...
walaupun tak selalu (dah injured baru nak bukak aku nye blog)..
Tak caya? laaa betullah nih...
Lihat lahhhhhh...tu ha, dari Itali Tengok blog aku nih..
Siapa lagi dari Itali yang nak tengok blog aku ni melainkan Inzaghi sorang je..
lalalalalaaaaaaa
Motif sebenarnya aku nak bagitahu,
Kedudukan Ac Milan dalam Serie A tak tergugat dek Lazio kerana mereka pun seri..
Lazio 1-1 catania..
Juventus pun seri 1-1 FIorentina..
Walaupun Inter Milan menang besar 5-2, tapi masih berada di kedudukan ke-5,
beza 7 Mata..
Agak2 Ac Milan boleh menang Serie A tak?..hehehe.. bye bye Inter..
Aku dengar si Mourinho tu kena belasah dengan Barcelona..
Yelah, Xavi my hero ada...siap jaringkan gol lagi.. Real Madrid kena banyak gila Kad Kuning ( lebih kurang 7).. Tu lah, ko Mourinho nak sangat player ko dapat kad merah.. ha amek ko, si Ramos dapat kad merah.. Next ac milan match, Brescia!...
perlawanan Ac Milan vs Sampdoria pun tak ada disiarkan secara live di Astro..
Nak tengok kat Internet melalu laman web yang diberikan oleh Zairie pun tak boleh.. (click menonton bola secara langsung)
sebab, kelajuan internet yang tidak memberangsangkan..
Jadi, hanya boleh tengok berita di internet je lah..
Agak hangin sebab seri...
kerana memberi peluang untuk pasukan lain memotong mata..
Setakat ini Ac Milan masih berada di Tangga PERTAMA dalam Serie A...
(gap between 2nd place, lazio, 4 points)
Robinho Berjaya menjaringkan gol pada minit ke 43...
tetapi masuk separuh masa kedua... Pazzini (Sampdoria) berjaya melepaskan bom ke dalam tiang gol Ac Milan..
Menyebabkan keputusan menjadi seri...
Seri sehinggalah ke akhir perlawanan..
Askar2 yang diturunkan oleh kedua2 pasukan :......
sebab apa menang?
sebab Aku Tengok mwahahahahhaa...
barulah Milanista ada semangat nak main bola... walaupun menang dengan gol penalti
pak berahim Ibrahimovic berjaya mendapatkan penalti.. walaupun yang jatuh dulu 2 orang defender Inter.kelakar okey..
dan berjaya menjaringkan penalti dengan mantap.. sayang pak berahim
Untuk permulaan permainan ini, Ac Milan terus menyerang dan menyerang..
Materazzi dengan rambut punk itu berusaha bertahan bersama2 dengan pemain pertahanan lain..
Permainan kali ini agak agresif sampaikan Ac Milan mendapat 5 kad kuning.. mamat street fighter Abate mendapat 2 kad kuning,
menyebabkan dia say arrivedercigiuseppe meazza (ini stadium okey)... Mood Seedorf bermain dengan menghantar bola tidak tepat, shot ke laut sudah datang..
tak boleh nak buat apa kalau dia dah main macam tuh..
hanya berdoa dia keluar cepat..
dan Boateng pula masuk menggantikan Seedorf..
Darah aku memang seriau setiap kali Sneijder datang menyerang..
nasib baik ada Abbiati..
Untuk masa kedua ini, Inter banyak menyerang..
tapi, Abbiati adaaaa...
perlawanan ini tamat dengan masa tambahan 4 minit..lama okey.. Nesta pun dah terguling tak larat..
Pemain AcMilan yang lain semua bagi sokongan kat dia suruh bertahan..
siap peluk cium lagi...erkkkkkkkk Gattuso kat tepi dah jadi cheerleader suruh bertahan..
Yang penting
ROSSONERI MENANG!!!
Ac Milan masih mengekalkan kedudukan di tempat pertama..
Diikuti dengan Lazio..
(Lazio turut menang melawan Napoli. Kedua2 perlawanan ini juga menentukan siapa di tempat 2 dan 3)
Manakala Juventus kini di tempat keempat sama mata dengan Inter.
Fuh, perlawanan untuk hari Esok..(bagi waktu Eropah)
aku jarang buat review perlawanan bola nih..
biasanya selepas perlawanan, baru aku ulas..
sebabnya, sebab aku kurang yakin dorang akan menang..
hahahahahha...
terkejut gak lah bila Mr Fariq suruh review pasal perlawanan bola nih..
biasanya orang lain suruh buat pasal drama korea ke, bahasa jepun ke..
Okey,
Perlawanan terakhir dengan Inter Milan ialah ketika Serie A musim lepas. dan Ac Milan kalah 2-0
Kini Ac Milan berada di tangga pertama, Inter pula di tangga ke-4 dengan beza 3 mata. Perlawanan ini amat penting untuk menjaga kedudukan Ac Milan supaya kukuh berada di atas kerana jarak dengan Lazio hanyalah 1 mata.
Pato, Inzaghi, Oddo mengalami kecederaan dan tidak akan turun untuk Ac Milan. Pirlo pun berkemungkinan tidak turun.
Muntari, mcdonaldMotta, D.Suazo, Maicon, W.samuel juga turut tercedera dan tidak bermain untuk Inter.
Berkemungkinan besar Ac Milan akan menggunakan serangan daripada Pak Berahim Ibrahimovic, Ronaldinho, Seedorf.
Inter pula Mungkin akan menurunkan Pandev, Sneijder, Eto, Milito untuk menyerang. (habislah macam ni campur dengan stankovic lagi. Cesar dah ada balik.)
pak berahim Ibrahimovic siap berlagak lagi tak takut dengan peminat Inter...(click baca) (yelah, dulu kan dia pemain Inter)
Aku tau dia cuak gak tuh, silap2 kena baling mercun/botol kang...
okey, ini sahaja review untuk perlawanan Ac Milan vs Inter Milan ini..
Aku buat seringkas yang mungkin..
FORZA ROSSONERI
p/s: Ac Milan vs Inter Milan 15/11/2010 pukul 330 di channel 816
Walaupun kau duduk berjauhan denganku..
Walaupun kau sentiasa dikelilingi dengan Ratu Cantik..
Walaupun kau bersarapan Spageti, aku bersarapan nasi lemak..
Walaupun kau tua 14 tahun dariku..
Namun.....
I always loving you..and now it's been 8 years.....
Kerana kau, aku tahu Ukraine dan Romania tu negara Eropah...
Kerana kau, aku beli buku 'Mari belajar bahasa Itali'...
dan sekarang kau sudah menjaringkan 70 Gol...
Adakah kaki kau akan berhenti menyumbatkan gol begitu sahaja?..
Okey, penat pulak aku nak pikir ayat jiwang2..
haha...lalalallalaaaa....
My babyPippo Inzaghi mengalami kecederaan yang teruk pada kakinya..
Menyebabkan dia terpaksa berehat selama 6 Bulan..
Dalam bahasa Kasarnya 'Season ni hanya boleh tengok bola je lah'...
Sama ada dia akan bermain semula atau pun tak.....tak tahulah..
Doktor menyatakan dia boleh bermain semula selepas 6 bulan tu..
Tapi umur dia kan dah nak masuk 38...
Pippo, no matter what your decision is... i accept it... but it will be more exhilarating if u just marry me... i'm finished my school already... lalallalalalaaaaa....
kat laman web Ac Milan ada suruh tulis kata2 semangat apa2 je lah untuk Inzaghi..
Aku nak suruh dia masuk meminang lah, boleh?...
Tulah jangan asyik cakap 'dia dah tua, pergi bersara lah'...
Ha, sekali dia turun padang, amek sekali dua bijik GOL okeyyy..
Ala, ini mesti cerita Bola lagi...
hahahahah maaflah, aku betul2 tak ada mood ni sebab laptop aku kat 'kedai' lagi..
Jadi, tengah ada semangat bola nih, cepat2 aku taip...
Malam Tadi perlawananReal Madrid vs Ac Milan
(tengok tak?aku TERtidur lagi hahah)
Keputusannya ialah seri 2-2..
nasib baik aku tak tengok sebab gerenti mulut aku akan mencarut2 pasal si Mourinho itu..
aku baca review perlawanan ni pun dah sakit hati..huhuhu..
Tak apalah, Yang penting aku suka sebab SUPERPIPPO masuk masa kedua je (tukar dengan ronaldinho),
terus dia berjaya jaringkan DUA gol!!!!thats why i love u pippo mwahahahah
oklah, Ac Milan masih lagi tempat kedua bawah Real Madrid bagi kumpulan G
tersengguk2 jugalah aku tengok perlawanan ni..
tapi tak sampai habis pun..
Bila dah 2-0 aku rasa dah yakin dengan Milan boleh menang..
AKu pun masuk Tidur lahh..
Pada awal permainan, tiba2 berlaku Perlanggaran antara Antonini dengan Maggio..
dan ANtonini, kulihat seperti kecederaannya parah, kerana melibatkan kepala dan leher dia..
sampaikan dorang nak angkat dia pun mengambil masa yang lama kerana perlu berhati2..
(Ohhhh, kesian my Antonini)..
Kemudia, Oddo dimasukkan bagi menggantikan ANtonini..
Aku tak tahulah mungkin pemain Milan berasa marah, secara tiba2 bersemangat..
terus menyerang gila2 punya...
lepas tu, Oddo bagi cross gila lawa beb (pak berahim, oddo, robinho)
dan Robinho berjaya menjaringkan GOL!!!!!
Kemudian Pada separuh masa kedua..
Masa ni aku dah memang mengantuk tahap cipan..
apa yang aku nampak masa tu Mamat jersi 17,
bagi cross cun punya kat Pak Berahim..
dan Pak Berahim GOL!!!!!!!AKhirnya!!!!...
serius masa tu aku tak tahu siapa yang nombor 17 tuh..
Puas lah aku dok belek dengan mata separuh nak lelap nih..
Tengok dalam internet rupanya Massimo Oddo, the handsome guy.. (sebenarnya aku tak perasan pun bila masa mamat ni balik Milan dah)
(Mamat ni lah yang tolong membotakkan kepala pemain2 Italy masa WC 2006)
Kadang2 tengok perlawanan bola ni, ada juga yang lawaknya..
Pak Berahim ni boleh main curi2 gaduh dengan sorang pemain Napoli nih..
korang tau tak kalau budak2 kecik gaduh macam mana...
'ko cuit aku, aku cuit ko balik'
ha, amek dengan tolak kepalanya, tolak badannya..
yang kelakarnya curi2 tolak, di belakang Pengadil..
sebijik macam budak kecik..adeii..
pak berahim pak berahim..
sebab aku tak tengok..
bukan apa..aku memang dah set dalam otak nih..
pukul 240 bangun..
Tapi nak buat macam mana dah terlajak tidur..
konon2 nak baring2...
alih2 tertidur betul2 dengan nyenyaknya...
Dalam pada aku sedang tidur itu...
Tiang gol Ac Milan telah diceroboh oleh Real Madrid.. DUA gol pulak tuh... (dijaringkan oleh Ronaldo dan Ozil)
Aku tahu Thiago SIlva cedera sebab chievo lah nih..
tapi tak tahulah pula Abbiati ni boleh pulak ikut sekali cedera,
entah bila masa dia cedera..
Maka jawabnya dia digantikan oleh si AMelia ini (dia lelaki okey)..
susahlah jawabnya tak ada Abbiati...
Allegri nih asyik tukar2 pemain je...
dia masih lagi dalam experiment mood....
tak ada pemain handal pun susah...
terlebih pemain handal sampai tak tahu mana satu nak pilih, punnn susah...
sekarang ni Ac Milan berada di tempat kedua dalam kumpulan G Champions League