Showing posts with label candreva. Show all posts
Showing posts with label candreva. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Menang besar.Ac Milan 4-0 Parma

Baiklah, perlawanan ini dimulakan dengan lagu Ac Milan, sebab buat di San Siro,kan

Ingat The Crow je boleh letak lagu Manchester United??, mwahah

Impian Inter untuk melihat Ac Milan jatuh, punah...
Maklumlah sejak Inter melonjak naik dan hanya beza 4 mata sahaja,
mereka sudah bongkak...wutevar...

Milan: Abbiati; Oddo, Nesta, Thiago Silva, Antonini; Gattuso (Flamini 62), Van Bommel, Merkel; Seedorf (Robinho 58); Ibrahimovic (Pato 68), Cassano

Parma: Mirante; Gobbi, Lucarelli, Paci, Zaccardo; Valiani, Dzemaili (Galloppa 85), Candreva; Giovinco (Angelo 69); Amauri, Crespo (Bojinov 69)

Masa pertama, sudah menunjukkan pertahanan Parma yang begitu lemah..
Terutamanya Goalkeeper, akibatnya Seedorf berjaya mengambil kesempatan itu untuk menjaringkan gol,
walaupun lagi sikit je bola tu nak terkeluar,nasib baik gol wahai Seedorf,baru nak maki..
(mwahah tak suka Seedorf tapi dia main Ok hari ini)
Perlawanan ini tanpa Pirlo kerana dia cedera dan berehat selama 6 minggu..
Oleh itu, apabila Milan ambil corner atau free kick, kelihatan pertahanan Parma begitu tenang,
mereka memang tak heran sungguh...cis..
Minit ke-17, Cassano pula menjaringkan gol...
Pergh,gempak, siap main one two dengan Gattuso
(dalam perlawanan ni, memang Cassano stylo habis)
Selepas dia jaringkan gol,dia tersenyum je sampai habis,tak pernah aku tengok dia girang macam nih..
walaupun ketinggalan 2-0, Parma tetap semangat untuk jaringkan gol..
Aku suka tengok Antonio Candreva(ala2 justin timberlake) nih..
Candreva,parma no.7
Separuh masa kedua pula,
Robinho masuk menggantikan Seedorf..
(Betapa girangnya aku seedorf keluar mwahaha).
Aku rasa Cassano dan Ibrahimovic juga girang melihat RObinho..
3 minit selepas RObinho masuk, terus dia jaringkan gol!..
assist daripada Cassano,apabila Ibrahimovic tak sampai nak sepak, Robinho meluru menyepak bola tu..
dan GOL!..
Seterusnya, Gol paling gempak dan rasa heaven tengok..
Cassano, Ibrahimovic, sampai ke RObinho dan GOL!!!!!!!!
(Ibrahimovic yang lembik masa separuh pertama tuh terus cergas)
Mereka dengan gembiranya melompat2, siap buat aksi RObinho lap kasut Cassano lagi
(comel kan,eheee)
Kemudian Ibrahimovic pun dikeluarkan digantikan dengan Pato...
Ibrahimovic kelihatan sangat penat, asyik kena gasak dengan pemain Parma..
Sampaikan Cassano pun tak nak dekat dengan Ibrahimovic,siap turun bawah lagi, haha..
entah berapa kali Ibrahimovic ni jatuh, sampai pening aku tengok..

Oklah, panjang dah aku bebel...mengantuk nih..
Seedorf, Cassano, Robinho, Robinho, thanx for your goals!..
Cassano the best!
 Macam adik-beradik kan, mwahahah
style rambut sama pulak tuh, Abate dan Merkel..
tak sangka aku, Ac Milan ada dua orang street fighter..
 ok dah habis mengarut....yawn~

p/s:all pictures are not mine, too tired to do credit
p/s: harap-harap juventus menang lawan Inter.