Showing posts with label pato. Show all posts
Showing posts with label pato. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Gol Pato lawa

Baiklah untuk perlawanan pagi tadi Ac Milan vs Napoli..
Ac Milan 3-0 Napoli
Gol pertama (minit 48) merupakan penalti dan diambil oleh Ibrahimovic
Gol kedua dijaringkan (minit 77)oleh Boateng,assist daripada Pato..
Gol ketiga ni lawa gila (minit 79)!!! Pato bawa bola daripada bawah,dikawal oleh dua orang pemain pertahanan, pastu rilek je dia sepak bola tuh masuk dalam gol..
Boleh tengok video Pato jaringkan gol ini


Pemain yang diturunkan:-
 
Milan: Abbiati; Abate (Oddo 81), Nesta, Thiago Silva, Jankulovski (Emanuelson 72); Gattuso, Van Bommel, Flamini; Robinho (Boateng 63); Ibrahimovic, Pato

Napoli: De Sanctis; Campagnaro, Cannavaro, Aronica; Maggio (Sosa 79), Pazienza, Gargano (Yebda 85), Dossena; Mascara (Zuniga 65), Hamsik; Cavani

Pato..fly fly fly~

Monday, January 10, 2011

Ac Milan 4-4 Udinese

Ha amek kau seri 4-4 gitu...
Lapan2 gol ni aku tak tengok..sedih kan..
ni semua sebab Anugerah Juara Lagu..haishh..
Aku nak tengok Faizal Tahir je, mak aku nak tengok semua..
hahahahaha...

barisan pemain
Milan: Amelia; Abate, Bonera, Thiago Silva, Antonini; Gattuso, Seedorf (Cassano 69), Strasser; Robinho; Pato, Ibrahimovic

Udinese: Handanovic; Benatia, Zapata, asamoah, Inler, Pasquale, Barbe, Domizzi (Coda 73); Isla, Abdi

Minit ke 35 - Di Natale (udinese)Jaringkan Gol
MInit ke 45 - Pato (milan) Gol!
Minit ke 53 - Sanchez (udinese) Gol...
Minit ke 66 - Di Natale lagi sekali jaringkan Gol..
(masa ni aku tengok kejap, nak pengsan aku tengok Milan tertinggal)
Minit ke 77 - Gol sendiri dari Benatia Udinese memberikan Ac Milan 1 gol..
Minit ke 84 - Pato menyamakan kedudukan..
(aku tengok lagi sekali wahhhh tiba2 dah seri,gembira kejap)
Minit ke 89 - Denis udinese Gol...4-3 sudah..
(tiba2 aku bukak Udinese dah tambah Gol,masa tu rasa nak pengsan lagi)
Minit ke 93 - pak berahim Ibrahimovic telah menyelamatkan maruah Ac Milan
 (Tengok dalam Facebook Pak berahim jaringkan gol penamat)

Kesimpulannya, satu Gol pun aku tak dapa tengok..hampeh..tengok Highlight je ler...
Abbiati tak ada loh, tak best..

Kelab Serie A yang lain, 
Lazio,roma,Juventus yang menduduki tempat ke 3,4,5 semuanya Kalah..
Tempat kedua Napoli menang dengan Juventus 3-0..
Dan Inter juga turut tersenyum kerana menang tapi tak boleh senyum lebar sangat,
sebab tempat KeTUJUH punnn..

p/s: yang penting Faizal Tahir Best!!

Sunday, October 17, 2010

Ac Milan 3-1 Chievo (7 & 70 scored)


Pagi tadi pada pukul 12 tengah malam di Malaysia..
telah berlangsung perlawanan serie A antara Ac Milan melawan Chievo..
barisan pemainnya seperti berikut...

Ac Milan: Abbiati; Zambrotta, Nesta, Thiago Silva, Antonini; Gattuso, Pirlo, Seedorf; Ronaldinho; Pato, Ibrahimovic.

CHIEVO: Sorrentino; Frey, Andreolli, Cesar, Mantovani; Bentivoglio, Rigoni, Constant; Bogliacino; Pellissier, Granoche.


aku sempat tengok selepas gol pertama dari Pato...
(terlepas gol Pato yang pertama)..
Tapi nasib baik dapat tengok gol kedua Pato...
Gol ketiga pula dijaringkan dengan cantiknya oleh Robinho..
dia dengan penuh yakin berdepan dengan penjaga gol, berpusing sedikit, kemudian GOL!!..
dia kan berkeyakinan tinggi dan agak berlagak sedikit...hahaha
(nasib baik kau dah jadi Milanista)
Pak Berahim (Ibrahimovic) agak kurang bernasib baik dalam menjaringkan gol...
Tapi dia tetap the best..tak apa Pak Berahim, perlawanan seterusnya you're going to own them!
Abbiati pulak sentiasa Gempak!
Dia dengan tenangnya mempertahankan Tiang gol itu, menepis segala bola2 yang menghala laju...
(cuma terbolos satu pula)...

Tapi, haish pemain Chievo ni saja je tau asyik2 tendang kaki Thiago Silva...
korang ingat korang cederakan dia Milan tak ada pemain pertahanan lain lah
(Hey bonera ada tau)..

apa2 pun, perlawanan ini BEST!
MySpace

p/s: aku baru tahu, Pato dah kahwin rupanya....sedih sedih..
 MySpace