MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Memaparkan catatan dengan label sweet n sour. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sweet n sour. Papar semua catatan

Rabu, 11 Mei 2011

Ikan gerut sos nenas


BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan gerut - 1 kilo
Sedikit tepung jagung - utk selaput ikan masa goreng
Sedikit daun sup/daun bawang /cili merah untuk hiasan
1-2 cawan nenas dipotong kecil
1 biji bawang besar -dipotong membulat nipis-nipis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :

4 biji cili kering- rendam dulu dalam air panas sehingga kembang
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai

BAHAN-BAHAN SOS:

3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos nampla-sos siam
1 sudu kecil asam jawa
1/2 cawan air untuk xtra kuah-boleh tambah ikut citarasa sendiri
1 sudu tepung jagung dibancuh dgn sedikit air- bagi kuah pekat

Bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut pada selera masing-masing.

CARA MEMASAK :
* Ikan gerut dibersihkan dan dikelar-kelar dan tos ikan sekejap atau keringkan ikan dengan tisu dapur kemudian selaputkan ikan dengan tepung goreng serbaguna . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga wangi . Masukkan bawang besar goreng sekejap bagi bawang layu dan kemudian masukkan buah nenas serta semua bahan sos terus kacau . Rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dengan air tadi secukupnya dan terus kacau kuah bagi pekat .

*Bila kuah dah masak terus la dituang ke atas ikan dan boleh la dihiaskan ikan dengan cili merah serta daun sup/bawang . Seeloknya resepi ini dimakan selepas baru dimasak baru la sedap ...

Rabu, 13 April 2011

Ikan kerapu kuah lada hitam

Menu makan tengahari ni..

BAHAN-BAHAN:

3 ekor ikan kerapu saiz kecil - dibersihkan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
Sedikit daun sup/daun bawang

BAHAN-BAHAN SOS:

4 sudu besar sos black pepper/lada hitam
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap manis dan minyak bijan
1/2 cawan air untuk xtra kuah-boleh tambah ikut citarasa sendiri
1 sudu tepung jagung dibancuh dgn sedikit air- bagi kuah pekat
Garam secukup rasa-bila perlu saja

CARA MEMASAK :
* Ikan kerapu dibersihkan dan dikelar-kelar dan tos ikan sekejap atau keringkan ikan dengan tisu dapur kemudian selaputkan ikan dengan tepung goreng serbaguna . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halia dan kacau hingga terbit bau wangi . Masukkan bawang besar goreng sekejap bagi bawang layu dan kemudian masukkan semua bahan sos terus kacau . Rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dengan air tadi secukupnya dan terus kacau kuah bagi pekat .

Kalau nak kuah lebih tambah la sedikit saja air dan taburkan daun sup atau daun bawang ke atas ikan untuk xtra citarasa dan bau . Bila kuah dah masak terus la di tuang ke atas ikan . Seeloknya resepi ini dimakan selepas atau baru di masak baru la sedap ...

Isnin, 15 November 2010

Ketam sweet sour

Selalunya bila beli ketam saya akan masak menu kari ketam bersama nenas atau masak lemak cili api so kali ni saya masak ketam sweet sour hmmm sedapnyaaaa..
Saya tambah sedikit santan pada kuah ketam masak masam manis bagi ada rasa lemak manis masam haa cukup semua rasa you...
yum yum sungguh enak...

BAHAN-BAHAN:
2 kg ketam
3 biji tomato masak ranum
4 batang serai - dititik
Sedikit air asam jawa-boleh tambah kalau suka kuah masam
1 cawan santan-tak tambah santan pn ok
Sedikit air - jika perlu saja

* Boleh ditambah nenas atau cili capsicum

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
4 biji cili kering-direndam dalam air panas sampai kembang

BAHAN-BAHAN SOS:
5 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan/nampla-boleh ditambah kalau kurang masin
Sedikit minyak bijan

CARA MEMASAK :
* Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua ketam tadi serta santan dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak . Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah la air . Boleh juga ditambah daun sup atau daun bawang untuk xtra citarasa dan bau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur..

* Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..

Ketam sweet sour yang baru masak..

Khamis, 22 April 2010

IKAN MASAM MANIS


Hari Sabtu atau Ahad pagi memang rutin saya ke pasar untuk beli barang-barang dapur. Kalau pegi awal pagi ikan baru sampai dan sangat la fresh keadaan pasar pun belum sesak dengan orang ramai so senang la sikit nak memilih barang-barang yang nak dibeli . So sopping kali ni saya beli ikan merah yang jenis kecil dan harganya lebih murah isinya sedap sama macam ikan merah yang besar . Ikan merah kecil ni saya suka masak goreng-goreng macam resepi masam manis atau tumis cili api kicap . Tapi itu selera saya kan , lain orang lain cara masak nya..



Ikan merah masam manis

Di rumah saya ni kalau masak menu sweet sour memang mesti lakunya . Anak sulung saya Aisyah cukup suka dan dia kalau nampak menu ikan sweet sour ni memang senyum lebar dan berselera saja makan nasi. Selalunya saya suka guna ikan bawal , siakap , kerapu atau ikan merah kecil ni untuk masak masam manis hmmm memmang sodap..

Saya memang bila masak tak ada guna sukatan tertentu semuanya ikut pada cita rasa sendiri macam orang cakap la masak pakai campak-campak je tapi saya tak la campak masa masak tu hehehe . Bila kita masak untuk insan tersayang mesti la dengan penuh passionkan ceewahh walaupun campak-campak tapi kita mesti pastikan hasil masakan kita tu sodap . Tapi kalau buat kek dan pastry saya ikut betul-betul sukatan yang diberi takut ak menjadi pula kek yang dimasak tu .

So resepi-resepi yang saya bagi dalam blog saya ni boleh diubah atau ditambah bahan ikut citarasa masing-masing ya...

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan merah ( anggaran berat 500-800 grm ) - dibersihkan
3 biji cili capsicum ( warna merah , hijau dan kuning)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
2 biji tomato
* boleh juga ditambah nenas dalam tin atau yang fresh.

BAHAN-BAHAN SOS:

4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar jus lemon/limau nipis
3 sudu besar kicap
Sedikit minyak bijan
Air secukupnya - kalau tak letak air pun ok ikut pada citarasa kita
Garam secukup rasa-bila perlu saja

CARA MEMASAK :
* Ikan bawal dibersihkan dan dikelar-kelar kemudian letakkan garam dan kunyit atau keringkan ikan dengan tisu dapur kemudian selaputkan ikan dengan tepung goreng serbaguna . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang,halia dan akcau hinggap terbit bau wangi . Masukkan cili capsicum dan kacau kemudian masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Kalau nak kuah lebih tambah la sedikit saja air . Boleh juga ditambah daun sup atau daun bawang untuk xtra citarasa dan bau . Bila kuah dah masak terus la di tuang ke atas ikan . Seeloknya resepi ini dimakan selepas atau baru di masak baru la sedap ...

Selasa, 25 Ogos 2009

SIAKAP SWEET N SOUR


siakap masam manis ( kurang pedas ni )


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan siakap - dibersihkan dan di kelar-kelar .
1 biji bawang besar - di mayang nipis-nipis
2 biji bawang putih - dititik
1 cm halia - mayang halus
sedikit daun sup dan daun bawang

BAHAN SOS :

2 biji cili api - boleh ditambah
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar nampla - sos ikan Thai
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar jus lemon atau jus limau nipis
Sedikit air - jika perlu

CARA-CARA MEMASAK ;

- Ikan yang sudah dibersihkan dan tos sekejap , kemudian lumur ikan dengan sekit garam dan lada hitam , gaul rata seluruh ikan dengan tepung jagung atau tepung gandum , sikit saja tepung macam bagi ikan ni pakai bedak . Goreng terendam ikan ( deep fried ) api sederhana besar sampai ikan garing , Angkat ikan dan letak dalam pinggan yang sesuai.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sampai layu kemudian terus masukkan sos tiram , sos nampla , kicap , cili sos dan jus lemon . Kacau dah rasa sos kalau ada rasa yang terkurang tambah la bahan tersebut lagi . Kalau nak lebih kuah masuk la sedikit air dan terus kacau akhir sekali masuk daun sup+ daun bawang yang di potong nipis-nipis , kacau sos ini dan tutup api dapur . Tuang sos ke atas ikan.

* berhati-hati dengan jus lemon atau jus limau nipis jangan terlebih nanti sos jadi masam ..

Khamis, 25 Jun 2009

DAGING MASAK MERAH ALA THAI


BAHAN DIREBUS BERSAMA :

500 grm daging
2 biji tomato
6 sudu sos tomato
1 cawan air

Rebus daging sampai empuk , kemudian potong nipis-nipis . Sos lebihan rebusan ini jangan dibuang sebab akan diguna balik nanti .

BAHAN-BAHAN TUMIS :

2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
5 helai daun limau purut
4 sudu sos tiram
1/2 cawan nampla/sos ikan siam

CARA MEMASAK :

1) Kupas semua bawang dan dimayang halus , bawang besar dipotong nipis-nipis. Panas kan sedikit minyak dan tumis semua bawang sampai layu kemudian masukkan semua daging dan kacau sebentar.

2) Masukkan sos ikan , sos tiram dan daun limau purut yang dikoyak-koyak .Terus kacau daging dan masuukan sos tomato dari lebihan rebusan tadi , kacau semua bahan sehingga daging masak.

*Selalunya daging masak merah yang kita makan dikedai sudah diletak pewarna supaya menjadi merah.

Rabu, 1 April 2009

IKAN BAWAL MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan Bawal - dibersihkan
2 biji cili capsicum ( warna merah dan kuning)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
2 biji tomato
* boleh juga ditambah nenas dalam tin atau yang fresh.

BAHAN-BAHAN SOS:

1 cawan air
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
* Ikan bawal dibersihkan dan dikelar-kelar kemudian ltakkan garam dan kunyit.Goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang merah/putih dan halia kacau sehingga naik bau kemudian masukkan bawang besar kacau lagi sampai bawang menjadi layu. Seterusnya masukkan sos cili , tomato , sos tiram , kicap , jus limau nipis dan kacau lagi.


Masukkan air , garam , gula dan cili capsicum dan kacau lagi. Rasa la kuah jika ada bahan yang kurang macam garam atau gula boleh ditambah lagi. Jika suka banyak kuah tambah sedikit lagi air dan jika kuah agak cair boleh masukkan bancuhan 1 sudu tepung jagung dicampur dengan sedikit air

Susun semua ikan bawal yang digoreng tadi ke dalam mangkuk atau piring yang sesuai dan terus tuangkan sos masam manis yang sudah masak ke atas ikan bawal . Hmm sedap ni , yummy.