MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Memaparkan catatan dengan label family gathering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family gathering. Papar semua catatan

Selasa, 8 Februari 2011

Birthday Adlina n Jayjay

Happy Birthday Adlina dan Jayjay
Party birthday Adlina dengan Jayjay dibuat sekali so memang lagi meriah dan best . Jom tengok gambar-gambar yang saya ambil pada party malam Sabtu yang lepas.
Balloons ni gift dari Adel and Maria ,thank you..
Birthday kek Jayjay ni mama dia beli dari Secret Recipe memang sedap la sementara saya pula bake carrot cake home made special for my sweet Adlina . Carrot cake dengan filling dan topping cream cheese memang sedap sebab banyak cheese yang saya guna dan ditambah dengan sedikit lemon jus hmm yummy..

Adlina dan Jayjay tiup sama-sama tiup candles . Adlina turn 7 years old dan Jayjay is 10 years old .


Adlina potong cake..


Turn Jayjay pula potong birthday kek dia..

Happr birthday to Adlina and Jayjay..

Isnin, 7 Februari 2011

Family dinner ~ menu

Saya masukkan gambar menu makanan masa dinner family pada malam Sabtu yang lepas . Family gathering kami kali best sangat dan semua makanan memang sedap syukur alhamdulillah atas rezeki yang dapat kami kongsi bersama...

Aisyah nak makan lagi second round la tu hehe


Birthday cakes..yummy


Saya buat cupcakes..


Grill udang dan sosej yang dah tinggal yang hitam-hitam je yang lain semua dah selesai dimakan syukur alhamdulillah semuanya sedap..


Ayam bbq hmm sedap syukur alhamdulillah


Salad sedap..

Lagi satu salad dengan dressing jenis lain semuanya sedap..


Garlic bread by kak Ija yum yum..


My niece Maria masak Lasagna yang sangat sedap hmm yummy..


Ni pula apple crumble dan puding roti coklat terover gelap hehehe yang saya masak..


Main dish mee kuah utara cooked by my sister kak Naimah hmm memang sedap bila di makan dengan sambalnya .

Syukur alhamdulillah...dinner malam Sabtu yang lepas best sangat..

Rabu, 3 November 2010

Happy birthday sayang

Sabtu lepas saya buat birthday party untuk Adam dan untuk saya juga la . Birthday Adam pada 6/10 dan birthday saya 29/10 so saya buat majlis makan ni pada hujung bulan lepas . Majlis kali ni simple je tapi meriah sebab seperti biasa saya hanya ajak adik-beradik dan kenalan rapat je..kiranya macam family gathering la juga meriah gitu happening dan best sebab saya dapat kumpul dengan family kakak-kakak saya...
Kali ni saya tak masak sendiri birthday cake tapi kakak saya kak Amy dah siap tempah durian cheese cake dari Secret Recipe untuk Adam . Sedap betul kek ni memang berbaloi la dengan harganya so thank you kak Amy , love u muah muah kiss and hugs..

Ni la rupa durian cheese special untuk Adam , rupa cake ni simple je tapi yum yum sangat la sedap . Kombinasi yang hmmmmm memang pelik macam mana ya cream cheese dicampur dengan durian tapi bila rasa baru tau macam mana sedapnyerr kek ni hmmm yummy !!

Anak lelaki tunggal saya Adam yang dah makin pandai dan spoting bergambar dan happy sangat hero kecil saya ni masa birthday party dia hair Sabtu yang lepas..


Kami sekeluarga..

Adam tunggu abah nyalakan lilin...

Birthday Adam

Sambung lagi n3 ni dengan gambar-gambar masa birthday Adam..
Masa kami nyanyikan lagu birthday Adam senyap je pandai dia lepas tu bila kami semua dah habis nyanyi je dan tepuk tangan , Adam terus tiup lilin kat kek birthday dia . Saya tak payah ajar pun hehehe mungkin sebab Adam dah selalu tengok sebelum ni masa birthday kakak , cousin dia dulu clever boy anak mama ni. Lepas dah potong kek Adam cepat-cepat nak makan kek birthday dia ni selalunya Adam tak berapa suka kek tapi maybe dia tahu yang kek ni special dia punya so Adam pun excited nak rasa..


Menu yang simple-simple je saya masak untuk majlis birthday Adam kali ni , saya masak kari laksa , spaghetti black pepper, sago gula melaka , keropok lekor dan sedikit chicken ball /sosej dan cake birthday..syukur alhamdulillah..



Lepas dah semua kawan-kawan dan jiran saya balik , saya dan family lepak dan releks tengok cd konsert tadika Adlina pulak sambil cerita itu dan ini la . Bila berkumpul macam ni la best macam-macam yang nak di kabarkan selain kami buat plan untuk gathering yang akan datang . Cuti sekolah pun tak lama lagi kalau gi holiday sama-sama pun best juga..

Ahad, 5 September 2010

BIRTHDAY KAKAK SAYA

Semalam 4 September birthday kakak saya so saya buatkan sebiji kek carrot untuk sambut birthday Kak Amy . Happy birthday to my beloved sister , we loved u so much and u are soo special in many ways . Bertuahnya Nannie dapat kakak yang sangat understanding , loving , caring dengan adik-adik...we loved u Kak Amy...
Kak Amy dengan anak-anak sedara dan cucu tersayang..

Special birthday cake for a very special sister..

Jom-jom kita makan kek carrot ni..

SABTU YANG BEST..

Happynya bila dapat berkumpul dengan famili
Gendang gendut tali kecapi , kenyang perut senang hati
Semalam saya buat majlis buka puasa kat rumah saya ni dan kami adik beradik dengan famili masing-masing berkumpul . Best sangat bila dapat sama-sama berbuka puasa sambil catch-up cerita masing-masing . Menu yang saya masak semuanya simple saja dan memang favorite kami .Saya buat kek carrot untuk sambut birthday Kak Amy sekali..
Masa ni famili saya baru sampai so releks la tengok tv sambil bersembang dulu , macam-macam cerita . Anak sedara saya pun ramai yang dah mula cuti dan baru balik dari asrama..


Juadah yang saya sediakan untuk berbuka semalam semuanya menu simple tapi semuanya favorite kami dan Kak Ija ada bawa shepherd pie dengan roti arab yang sangat sedap hmmm yummy..

Lagi menu berbuka semalam ada kari ayam , shephard pie , sambal sotong dgn telur dadar dan popia sardin . Syukur alhamdulillah semuanya habis...lepas raya saya nak buat lagi open house..

Kami bertiga Kak Ija , Kak Amy dan saya le...

Jumaat, 20 Ogos 2010

BERBUKA PUASA BERSAMA FAMILI


..Riangnya hati bila dapat berkumpul bersama famili..
Saya dan kakak-kakak selalu berjumpa serta berkumpul bersama boleh di katakan sebulan atau 2 bulan sekali kami mesti buat family gathering . Bila dah jumpa tu memang macam-macam cerita dan perkara la nak di buat sama . Kami memang close sangat dan pada saya kakak-kakak saya adalah individu yang sangat penting dalam hidup saya ni . Mereka sentiasa berada bersama saya pada waktu happy , senang atau masa saya susah serta sedih . Tambahan lagi saya ni memang adik bongsu yang manja dengan kakak-kakak dan abang hehehe .
Kenangan lama kehidupan kami sekeluarga bersama arwah mak serta arwah abah dulu sentiasa saya ingat walaupun kini dah tinggal kenangan tapi kenangan yang terindah dalam hidup saya ni .Mak dan abah mendidik dan membesarkan kami semua dengan penuh kasih sayang dan kami hidup dalam keadaan penuh kesederhanaan . Anak-anak saya pun memang close dengan sepupu mereka kalau jumpa tu memang susah nak berpisah hehehe...
So semalam turn family gathering di rumah Kak Ija pula dan saya ada bawa beberapa masakan yang saya dah amsak dirumah dulu . Kak Amy pun bawa juga pot luck dari rumah . Family gathering kami semalam best sangat insyallah sebelum raya kami akan berkumpul lagi...
Hidangan yang simple tapi sedap-sedap semuanya..

Masa ni baru nak berbuka tengok la tu hubby saya senyum saja hehe


Syukur alhamdulillah sedapnya..


Anak-anak saya dengan cousin mereka Azril sambung makan bubur lambuk dan kek pisang pula . Lepas tu sambung main lagi..

Selasa, 10 Ogos 2010

MUSIM BUAH DI KAMPUNG..


Seronoknya dapat balik kampung kali ni sebab musim buah...

Tahun ni buah-buahan di kebun mertua saya lebat berbuah memang best sangat selalunya hanya pokok buah rambutan saja berbuah lebat tapi kali ni pokok dokong dan manggis pun berbuah lebat cuma pokok durian je yang tak mau berbuah tak pa la nak buat macam mana...

Hari minggu yang lepas kami balik kampung dan banyak sungguh hasil punggahan yang kami bawa balik ke KL . Anak-anak saya la yang paling seronok serta puas hati sangat dapat makan macam-macam jenis buah...

Bila sampai di kampung anak-anak saya tak mau masuk rumah semuanya nak lepak dan main kat laman rumah dulu dan Aisyah apa lagi makan buah rambutan la...

Aisyah dah biasa sangat dengan suasana kat kampung ni sebab tiap-tiap kali musim buah kami memang kerap balik . Memang sebulan sekali kami balik sebab kampung suami dekat dalam sejam setengah perjalanan dari rumah kami ni...


Aisyah posing kat pokok buah dukung yang rendah tapi berbuah banyak juga .

Kami ronda-ronda kat belakang rumah tengok pokok buah-buahan yang lebat berbuah dan geramnya saya tengok buah rambutan yang merah masak ranum serta buah dokong yang berbuah lebat .

Sambil meninjau kawasan kebun belakang rumah sempat juga kami petik buah dan makan best betul. Anak-anak saya memang hairan tengok pokok buah dokong sebab sebab berbuah di batang pokok dan bukan di hujung ranting macam buah-buahan lain dan tahun ni kiranya tahun pertama pokok dokong dan langsat berbuah lebat....


Buah kat dahan-dahan rendah tu saya petik dan terus makan fresh serta manis sangat buahnya .Pengalaman macam ni memang hanya di kampung saja anak-anak saya boleh dapat alhamdulillah syukur la . Best dapat balik kampung sebab suasana nyaman dan tenang serta sejuk sekali-sekala nak juga keluar dari bandar baru la best kan...


Besok pagi-pagi lagi saya dan suami ke belakang rumah sebab nak kutip buah-buahan untuk di makan dan yang nak bawa balik ke KL . Bestnya , akhirnya saya dapat masuk ke dalam kebun mertua ni selama ni saya tak pernah sampai jauh ke dalam dusun ni . Rupa-rupanya banyak pokok buah-buahan sebelum ni saya tak pernah masuk sebab masa tu pokok masih kecil dan tak de benda yang nak di cari .

Suami saya tengah sibuk kumpul dan petik buah langsat dan pokoknya tak tinggi sangat sebab pokok ni masih muda la kiranya kalau yang dah tua ada yang tinggi melayut memang kena panjat tinggi la juga kalau nak petik buahnya . Buah langsat ni manis sangat memang sedap la..


Ni pula suami saya tengah posing petik buah dukung(duku + langsat) pokok ni pun muda lagi baru first time berbuah lebat . Best sangat macam petik buah anggur pula hehehe..

Lama la juga kami kat kebun kutip macam-macam buah-buahan tapi berbaloi la sebab banyak sangat hasilnya memang best sangat...


Tengok tu buah dukung yang lebat berbuah ni ishhh geram saya tengok kalau tinggi macam ni memang suami saya kena panjat naik tangga la nak petik buahnya tapi tak la tinggi sangat suami saya guna tangga yang rendah tu . Mana yang buah kat dahan yang rendah tu saya yang kutip.


Dekat kebun abah ni ada 7 batang pokok rambutan yang ni memang tengah berbuah lebat suami saya tebang sedahan dan kutip buahnya nanti tumbuh la balik nak kait sikit-sikit memang penat la .


Nampak buah kelapa yang dah belubang haa ni baru betul bila orang cakap "dah di tebuk tupai" kuat betul la gigi tupai tu boleh di korek buah kelapa ni . Kat tanah berterabur buah kelapa yang dah berlubang kena korek dengan tupai..


Ini pulak pokok terung peluru selalunya mak masak gulai daging salai letak terung peluru ni yumm sedap..

ADAM HAPPY DI KAMPUNG


Hero kecil saya ni paling happy balik kampung dan dia memang tak mau duduk dalam rumah je. Bila bangun dari tidur pagi-pagi buta lagi Adam dah ajak saya keluar kalau saya tak bagi dia menangis hehe . Saya memang happy sangat tengok gelagat hero kecil saya ni ye la anak-anak la penghibur hati saya ni...
Bila kakak-kakaknya sibuk tolong saya kutip itu ini dia pun sama nak tolong dan saya biar je dia nak main apa pun . Apa yang kakak Adlina buat semua Adam ikut yang paling dia suka main lari kat laman rumah Wan dan tok dia ni...

Hero kecil saya ni..


Adam tolong susun terung telunjuk yang saya kutip happy la tu..


Ini la rupa terung telunjuk kalau di masak gulai dengan daging sedap ni atau di masak tumis dengan cili api ishhh memang sodap sangat nanti saya masukkan resepinya dalam n3 akan datang..

Ni la pokok terung telunjuk..

BESTNYA BALIK KAMPUNG


Sambung lagi cerita saya di kampung , pagi-pagi saya dan suami serta anak-anak dah pegi kebun keliling rumah . Agenda awal pagi ni ialah nak kutip pucuk ubi lepas tu suami saya tolong tebang pokok ubi kayu yang dah tua ni sebab mak nak tanam pokok-pokok ubi yang baru . Pokok ubi ni senang nak hidup cucuk je batang pokok ubi yang tua dalam tanah lepas tu tunggu je la dan pokok ubi ni akan tumbuh subur . Kali ni tak ada ubi kayu sebab semuanya pokok ubi yang dah tua kena so tunggu hujung tahun baru ada pokok ubi yang baru tumbuh..

Suami saya tengah bekerja keras tebang semua pokok ubi lepas tu saya kutip pucuknya . Balik rumah saya masak gulai lemak pucuk ubi hmmm sedapnya . Banyak saya bawa pucuk ubi dari kampung dan ada yang direbus saja kemudian dimakan dengan sambal gesek yum yum..


Jom kutip pucuk ubi best ni..


Aisyah tolong kutip cili api kampung yang kaw-kaw pedas ni . Banyak sangat pokok cili api keliling rumah mertua saya ni . Ada yang mak mertua tanam dan ada yang tumbuh sendiri memang best...

Pokok kari pun saya ambil , sambil tolong kutip herba ni anak-anak saya pun dapat macam -macam info dan ilmu tentang macam-macam jenis tumbuhan kiranya belajar di luar kelas la.....