MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Memaparkan catatan dengan label stew. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label stew. Papar semua catatan

Jumaat, 20 November 2009

STEW AYAM

Hari ni saya masak stew ayam . Resepi ni saya dapat Maria , my niece . Resepi stew yang ringkas dan mudah untuk di masak tapi sedap rasanya. Thanks ye Maria nanti kita tukar-tukar lagi resepi ye...
Stew ayam

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam-dipotong 12
6 biji bawang besar
1 labu bawang putih
8 biji ubi kentang
2 biji karot
2-3 cawan air
1 biji kiub ayam
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar serbuk BISTO
Garam n serbuk lada hitam secukup rasa

* Serbuk BISTO ini berwarna coklat macam serbuk brown sos rupanya tapi rasa lain sikit . Bisto hanya boleh dibeli di Cold Storage , kalau tak ada serbuk bisto tak sedap la stew ayam ini .

CARA MEMASAK :


Bersihkan ayam dan gaul dengan sediki garam kemudian goreng ayam sampai kekuningan .

Kupas semua bawang dan di mayang nipis-nipis , semua ubi kentang juga di kupas kulit dan dipotong kecil-kecil , kikis kulit carrot dan dipotong menyerong tebal-tebal.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , biarkan bawang ini masak dan menjadi kekuningan . Terus masukkan semua air dan ubi kentang serta carrot kemudian kacau , biarkan kuah mendidih dan sampai ubi kentang menjadi empuk .

Masukkan kiub ayam , lada hitam dan semua ayam yang telah di goreng tadi . Bancuh serbuk BISTO dengan sedikit air , kemudian tuang ke dalam stew tadi kacau semua bahan . Bancuh pula tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam stew serta kacau stew supaya semua bahan menjadi sekata . Kuah stew akan menjadi pekat dan rasa garam jika kurang masin tambah la garam lagi . Biar kuah mendidih selama 3-5 minit lagi dan boleh la ditutp api dapur.

Kuah stew yang tengah mendidih , saya masukkan dahulu ubi kentang dan carrot supaya menjadi empuk , last sekali baru la saya masukkan ayam . Kemudian saya akan kacau semua bahan supaya menjadi sama rata , saya biarkan stew ini mendidih untuk 5 minit lagi sebelum saya tutup api dapur.