Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts
Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts

Wednesday, October 15, 2008

Pilihan Terbaik Resepi Biskut Raya 2008


Nota :

Resepi di bawah ini adalah resepi terbaik yg pernah saya cuba. Next year, takyah susah-susah nak test, guna jer resepi ni. Snow Almond saya guna white choc. Next year nak try Colatta. Leh try letak flavor strawberry/orange lak instead of coffee.

London Almond pulak mmg best sangat. Biskutnya masih crispy walaupun selepas letak coating choc. Masih guna white choc, sebab white choc tu banyak. Pastu saya letak thousand-thousand. Warna-warni gitu !

Paling best tentulah :

NEIMAN-MARCUS COOKIES

Bahan:
2 cawan mentega
4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
2 cawan gula
5 cawan oats, dikisar
24 oz chocolate chips
2 cawan gula perang
1 sudu teh garam
18 oz coklat bar, diparut
4 biji telur
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh esen vanilla
3 cawan kekacang, dicincang
(kekacang ikut pilihan anda, walnuts, hazelnuts, badam dll)

Cara
1. Oats dikisar sehingga menjadi halus.
2. Pukul mentega bersama gula dan gula perang. Masukkan telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung, oats, garam, baking powder dan baking soda dan gaul adunan sehingga ia sebati.
4. Masukkan pula chocolate chip, parutan coklat dan kekecang. Gaul sehingga adunan sebati.
5. Bulatkan adunan dan atur diatas loyang pembakar 2 inci diantara adunan biskut.
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 190’C.

dapat banyak - 6 botol :) Tapi seminggu Raya dah habis, sebab semua orang suka. Nota : Oat, pakai oat kasar, baru sedap.

+++++++

SNOW ALMOND

Bahan A/
110 gm mentega
1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi
1/2 bj kuning telur

Bahan B/
110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/
serbuk roti putih [breadcrumb]
coklat masakan

Cara-cara:-
1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih.

Resepi ni sangat senang buat. Gelek-gelek, pastu gunting-gunting. Biarkan dia kecil-kecil sebab nanti nak dicoat dengan choc dan serbuk roti, jadi besar. Untuk cairkan choc, takyah guna double boiler segala. Saya masukkan dalam Microwave dalam 30 secs. Nampak macam tak cair, tp keluarkan juga dan kacau, nanti dia jadi cair. Boleh guna. Cuma jangan cairkan sekali banyak, buat sikit-sikit.

+++++++++

LONDON ALMOND MAGNOLIA

250gm butter
150gm gula aising
450gm tpg gandum
1 biji kuning telur
2 sdt emplex
badam berkulit (bakar)
badam cincang (bakar)
2 cawan cornflakes, kisar halus

topping:-
coklat masakan
spry

cara:-
mix butter ngan gula kasi sebati..
masuk kan telur..kacau2 jap
campur tepung ngan emplex..uli jap..
ambil tepung sket..masukkan badam berkulit ..wat kasik lonjong2..
pastu bakar 180'C..dlm 10 min atau sampai masak ler..
sejukkan..pastu tarok topping..n tabur badam cincang

resepi neh simple tapi mmg sedap bcoz biskut tu tak lemau..
sesetengah almond london neh dier lemau bile tarok choc..
lagi satu tujuan boh emplex tu utk elak biskut masuk angin masak kita dok tarok choc tu..pastu nk keraskan choc..biskut terbiar lamer kat luar ..kan..so kalu boh emplex neh tak de le biskut jadik lemau

*tepung tu pon taruk sket2..jgn tuang sume skali..sambil tu uli ler..kalu rase dh cukup lembut tak yah boh abes..adunan neh tak leh keras sgt..nnt mase nk boh badam tu ..dier cam tak leh nk kepal2 jadik lonjong tuh..

++++++++

BISKUT ARAB

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
250 gm minyak sapi
250 gm gula kastor

Cara-cara:
1. Tepung gandum di goreng dahulu. Sejukkan kemudian diayak.
2. Campurkan tepung gandum dengan minyak sapi dan gula kastor.
3. Gaul rata hingga boleh diuli.
4. Bulat-bulatkan dan masukkan dalam paper cup.
5. Bakar selama lebih kurang 10-15 min.

Thursday, September 25, 2008

Maruku - Dari Forum CARI

1 paket tepung kacang kuda > sangrai (goreng tanpa minyak sebentar)
1 paket tepung pulut > sangrai (goreng tanpa minyak sebentar)
sedikit lemuju
sedikit jintan manis
sedikit udang kering
serbuk rempah kari secukupnya
garam
1 biji telur
air secukupnya
sedikit majerin

Cara Membuat:
1.Udang kering,lemuju,jintan manis di blender hingga halus.kedua-dua tepung di sangrai terlebih dulu
2.Di dalam satu bekas satukan tepung pulut dan tepung kacang kuda dan majerin..gaul hingga bercampur.
3.Kemudian boleh masukkan bahan yg di blender,telur,rempah,garam secukup rasa.
4.Masukkan air sedikit² da uli hingga menjadi doh..
5.Masukkan ke dalam acuan maruku dan goreng hingga masak.

Saturday, June 21, 2008

Popia Horlicks

1 pack besar popia
1/2 cwn horlicks
1/2 cwn gula halus - kisar
1 cwn nestum - kisar halus
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat

Cara:
1. Gulung popia gunakan lidi satay
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
3. Buat hingga habis peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.
9. Gaul hingga rata.

Tips
1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.

2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.

3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap udara. Jika digoreng dengan cili, pastikan cili digoreng sampai benar-benar kering supaya tidak kelihatan basah.

Saturday, November 20, 2004

My Raya Menu and Recipes





Air Bandung Ice Cream Soda
xxx
Nasi Impit (cap Nona, malas nak cari daun dan mengayam ketupat)
Lemang dari Gemenceh burnt cooked by my bro-in-law
xxx
Rendang Campur
Rendang Ayam Pencen
Rendang Itik (diberi oleh Mak Mertua Ida)
Ayam Kampung Masak Dengan Maman (diberi oleh Mak Mertua Ida juga)
Daging Masak Kurma
xxx
Sayur Lodeh
Kuah Kacang
xxx
Kek Kukus Buah-buahan
Kek Chocolate Chips
Kek Mentega
Agar-agar Gula Melaka
Kuih Raya - tart nenas, london almond - white & dark choc, sugee, sultanas peranchis, cornflakes, biskut kelapa : dibuat oleh yours truthly & anak-anak.
Kuih Raya - wafer almond, choc delight, ice cream, rosalinda - diberi oleh my sis in-law, the tokeh Kuih Raya Haza Cookies
segala macam jenis kacang-kacang & muruku (dibawa balik oleh my brother)
Dodol (diberi oleh Mak Geger)
+++++++++++++++++++++++++++++++++

Resepi

Rendang Campur

3 kg daging
1 kg limpa (rebus dan potong nipis)
1/2 kg hati
1 kg paru (rebus dan potong)
2 cawan cili kisar (atau ikut suka pedas - kurang/lebihkan)
3 kg santan (beli pasar)
2 biji kelapa, buat kerisek
10 batang serai, ketuk
garam, gula
daun kunyit dan daun cekur, hiris halus

Bahan untuk dikisar:
30 biji bawang merah
15 biji bawang putih
1 ketul besar lengkuas
2 sudu besar lada hitam
1/2 cawan cili padi
beberapa ketul kunyit (kena letak banyak kunyit, kalau tidak rendang hitam nanti)

Cara:
1. Potong dan basuh bersihkan semua daging, limpa, hati dan paru. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali kerisek ke dalam kuali besar
3. Masak hingga kering dan masukkan kerisek. Masukkan daun kunyit dan daun cekur yg telah dihiris halus
4. Rasa masin dan manisnya. Siap untuk dihidangkan.

++++++++++++++++++++++++++

Rendang Ayam Pencen

4 ekor ayam
2 cawan cili kisar
2 kg santan
2 liter air
1 biji kelapa, buat kerisek
6 batang serai, diketuk
garam, gula
daun kunyit, daun limau purut dihiris halus

Bahan utk dikisar :
15 biji bawang merah
8 biji bawang putih
1 ketul lengkuas
2 ketul kunyit


Cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, daun limau purut dan kerisek.
2. Masak hingga kering. Kena letak air yang banyak sebab ayam pencen tu keras. Pastikan ayam empuk, kalau tidak, tambah lagi air.
3. Bila rendang sudah kering, masukkan kerisek dan daun-daun kunyit dan limau purut. Letak garam dan gula. Adjust rasa. Kalau ok, tutup api.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Kuah Kacang

1/2 kg kacang tanah, goreng, buang kulit dan tumbuk/kisar. Jangan kisar hingga halus, cukup sekadar pecah-pecah.
1/2 cawan cili kisar atau kurang (jangan sampai pedas, kuah kacang tak sedap jika pedas)
Asam jawa dibuat air asam
garam, gula
belimbing buluh jika suka
minyak untuk menumis
air 2 liter

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
6 biji bawang putih
2 sudu besar jintan manis
4 batang serai
1 ketul lengkuas

Cara:
1. Guna periuk besar. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Masak hingga naik bau, masukkan cili kisar.
2. Bila cili telah elok masak, masukkan kacang tanah, air asam jawa dan air. Kecilkan api.
3. Biarkan medidih perlahan. Proses memasak kuah kacang ni mengambil masa lebih 3 jam. Api kena kecil sentiasa supaya kacang kembang betul.
4. Bila sudah pekat, masukkan garam, gula dan belimbing buluh. Biarkan mendidih sebentar, baru tutup api.

++++++++++++++++++++++++++

Selamat Mencuba