Showing posts with label Easy-Peasy. Show all posts
Showing posts with label Easy-Peasy. Show all posts

Thursday, August 05, 2010

Triffles

Easy-peasy punya pudding !

Bahan : (saya buat 2 dish)

2 gulung swiss roll

1 tin buah-buahan campuran (fruit cocktail)

1 kotak agar-agar Nona (ikut suka perasa apa) + 2 cawan air

1 tin susu cair Ideal + 1 tin air (guna tin susu Ideal) + 5 sudu besar tepung custard + 4 sudu gula (ikut suka - suka manis, letak lebih, tak suka, kurangkan)

Cara :


Potong swiss roll dan atur dalam mangkuk. Tapiskan buah dalam tin, buah di simpan dan airnya di renjiskan pada kek.

Masukkan susu, tepung kastad yg dicampur dengan 1 tin air dalam periuk, jerang dan kacau sentiasa hingga masak.

Tuangkan pada kek.

Didihkan 2 cawan air, mendidih, masukkan agar-agar. Kacau rata dan tutup api. Tuangkan pada kek dan taburkan fruit cocktail

Siap ! Sedap dimakan selepas disejukkan semalaman.

Tuesday, April 17, 2007

Cucur Bawang

Lama sungguh Jom Masak-Masak tidak berupdate. Kamera rosak, saya tak mahu nak update resipi tanpa gambar.

Ni resepi Cucur Bawang. Biasa lah Cucur Bawang, kan ? Tapi ni resepi style saya yg lebih sedap tau ! hehe

Bahan :

Tepung Gandum
Kacang Dhal
Bawang
Ikan Bilis
Daun bawang, daun sup
Air
Minyak Untuk Mengoreng
( Semuanya secukupnya yer. )

Cara :
1. Rendam kacang dhal sebentar
2. Blend kacang dhal, Masukkan dalam mangkuk adunan. Saya pakai periuk jer :)
3. Masukkan bawang dan blend, sebentar sahaja. (kira hancur sikit, cukup). Kalau rajin, hiris bawang besar ni.
4. Campurkan semua bahan - tepung gandum, dhal sudah diblend, bawang besar, daun bawang, daun sup dan ikan bilis.
5. Masukkan air dan adunkan sehingga jadi batter yg boleh digoreng. Kalau nakkan cucur yg lembut (garing luar, lembut dalam) biarkan adunan cair sedikit.
6. Biar sebentar, dia akan naik sedikit (ada buih-buih). Kalau terus goreng nnt keras pula sebab tak letak baking powder/soda.
7. Panaskan minyak dan goreng.
8. Hidangkan panas dengan sos cili.

Ni dhal Malawi. Lebih sedap dibandingkan dengan dhal biasa. Kalau suka dhal letak banyak, tak berapa suka, letak sikit, tak suka, jangan letak.

Bahannya : Kacang Dhal, Tepung gandum, bawang besar, ikan bilis dan
minyak untuk mengoreng

Last sekali baru dimasukkan daun bawang dan daun sup.

Adunan dah siap, biarkan sebentar, barulah di goreng. Gambar dah siap goreng, lupa nak snap :)

Thursday, October 05, 2006

Creme Caramel for Iftar

dan juga .. cucur udang.

Resepi saya, seperti juga saya - mudah dan senang. Saya tidak suka resepi yang susah dan rumit untuk dibuat. Maklumlah, sebagai fulltime homemaker - banyak benda yang perlu saya urus - nak masak, kemas rumah, sapu rumah, mop lantai, cuci toilet, layan bawang putih, bawang merah, layan hikmah .. oh, listnyer banyak sangat.

Hari ni saya buat Creme Caramel dan Cucur Udang untuk berbuka. Juga masak Mee Goreng, buat Sambal Udang dan Daging Goreng Merah ala Siam.

++++++

Creme Caramel

Bahan :
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
1 tin air
6 biji telur
2 sudu besar gula (adunan puding)
4 sudu besar gula (gula hangus)
2 sudu besar tepung custard



Photobucket - Video and Image Hosting


Cara :

1. Panaskan kukusan. Air mesti mencukupi untuk mengukus 1 jam.

2. Masukkan gula pasir (4 sudu) kedalam loyang puding.(boleh gula tin kek) Letak atas api kecil dan biarkan gula cair. Kacau sedikit hingga bewarna sedikit coklat. Walaupun namanya gula hangus, tolong jangan hanguskan gula itu. Nanti pahit. Tutup api dan biarkan gula beku.


Photobucket - Video and Image Hosting


3. Dalam mangkuk adunan, pecahkan semua telur dan masukkan 2 sudu gula. Kacau dengan garfu. Jangan sampai berbuih, cukup sekadar bergaul rata dengan gula.

4. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.

5. Masukkan pula susu cair.

6. Tepung custard dilarutkan kedalam 1 tin air.

7. Masukkan kedalam adunan susu dan telur tadi. Kacau rata.

8. Masukkan ke dalam loyang dan kukus.



Photobucket - Video and Image Hosting
Kalau tak letak lesung tuh, dia taknak tutup rapat. Kain tu utk serap air.


9. Puding akan masak dalam jangka waktu 1 jam. Biarkan api sederhana besar.

10. Dah masak, sejukkan dulu, simpan dalam fridge barulah dihidang.

11. Guna kreativiti anda untuk menghias.

+++++++

Cucur Udang

Bahan :

Tepung Gandum
Udang kecil
Susu pekat manis + air sejuk
Taugeh
Daun kunyit, hiris halus
1 sudu kecil cili blend
1/4 sudu kecil kunyit serbuk
Minyak untuk mengoreng

Cara :
1. Campurkan susu dan air dan cili blend, serbuk kunyit dan daun kunyit. Masukkan udang.



Photobucket - Video and Image Hosting


2. Masuk tepung, adun rata.



Photobucket - Video and Image Hosting


3. Masukkan taugeh. Dan gaul rata.



Photobucket - Video and Image Hosting


3. Simpan sekurang-kurangnya 1 jam, sehingga tepung naik. (Jangan letak bahan penaik, biarkan tepung kembang sendiri)

4. Panaskan minyak dan goreng.

5. Hidangkan dengan sos cili (lihat resepi nasi ayam utk sos cili saya)

Wednesday, October 05, 2005

Spaghetti Senang

1 bungkus spaghetti (carik yg isntant punyer, takyah rebus lama-lama)
1 sudu besar butter
500 gram daging cincang (boleh pakai mince meat RamLy tuh)
7 biji tomato merah (yg besar), potong kecil-kecil
1 botol (500 gm pasta sauce)
5 biji bawang besar Holland (yg kaler putih), dipotong kecil-kecil
5 biji bawang putih , dicincang
sebiji capsicum, potong kiub
1 tin cendawan, hiris (button mushroom)
air ikut kepekatan yang anda suka (gravy ni patut pekat)
sedikit olive oil untuk menumis (takde, minyak biasa pun boleh)
sedikit basil, sedikit oregano (takde pun takpe)
sedikit garam
keju parmesan parut

Sediakan gravynya:
1. Panaskan olive oil. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Kacau hingga wangi.
2. Masukkan mince meat dan buah tomato. Kacau sekejap
3. Masukkan air dan sos pasta. Masak hingga daging lembut.
4. Dah mendidih, masukkan cendawan dan capsicum.
5. Masukkan garam.
6. Gravy siap !

Spaghetti.
1. Didihkan air.
2. Masukkan spaghetti dan masak hingga spaghetti 'al dente'. Just masak, gitu.
3. Gaulkan dengan butter.

Menghidang
1. Letak spaghetti dalam pinggan-pinggan berasingan. (Jangan hidang style Melayu ye) Kalau 5 orang makan, 5 pinggan lah.
2. Curah gravy atas spaghetti dan tabur keju.
3. Hias dengan english parsley.

Thursday, August 11, 2005

Nasi Goreng Kampung

(Untuk 2 orang)
Bahan :
2 mangkuk sup nasi putih (mangkuk nasi cina)
3 biji bawang putih
8 biji cili padi (nak pedas lagi, tambah), blend dengan bawang putih
1 bawang besar, hiris
1/2 cawan ikan bilis, goreng hingga separuh garing
2 batang kacang panjang (hiris halus-halus, hiris bulat ye)
2 biji telur
sedikit garam dan gula
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak.
2. Bila minyak dah panas, tumiskan campuran bawang putih dan cili padi. Kacau hingga naik minyak. Masukkan bawang besar hiris dan kacau. Masukkan garam dan gula. Kacau sebentar.
3. Masukkan nasi, hirisan kacang panjang dan ikan bilis.
4, Kacau hingga nasi masak. Nak tahu samada sudah masak atau tidak, biji-biji nasi akan melompat-lompat sikit.
5. Pecahkan telur kat tepi kuali.(tepi dalam kuali tu ye) Seletkan telur tepi kuali tu, dah kacaukan ke nasi goreng.
6. Kacau lagi hingga rata.
7. Siap untuk makan !

Friday, July 08, 2005

Tin's Easy-Peasy Pudding

Semasa cuti Raya Cina lepas, TokRimau dan keluarga datang ke Kem. Tin ( Tok's wife) buat pudding ni untuk semua di Kem. Tersangatlah senangnya !

Bahan :
2 packet puding mangga (yg comel-comel)
1 tin susu cair Ideal
1 tin fruit cocktail
1 tin peaches

Cara :
1. Buka semua pudding dan masukkan dalam bekas.
2. Buka susu, fruit cocktail dan peaches, masukkan dalam bekas pudding tadi.
3. Sejukkan semuanya dalam fridge.

Hari tu, kami berBBQ dan makan pudding ni sebagai dessert. Kucai makan paling banyak !


Tuesday, May 10, 2005

Nasi Goreng Tuna

Image hosted by TinyPic.com



Bahan :
2 pinggan nasi
1 tin tuna flakes in oil
2 sudu besar cili blend
3 biji bawang putih
1 biji tomato, hiris-hiris
2 biji telur
sedikit garam
minyak untuk menumis

Cara :
1. Masukkan tuna dalam tapis dan toskan minyaknya
2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak untuk menumis
3. Masukkan bawang putih. Kacau hingga wangi
4. Masukkan cili dan kacau lagi hingga naik minyak
5. Masukkan tuna. Kacau lagi hingga tuna dah bercampur dengan cili
6. Masukkan sedikit garam dan buah tomato yang telah dihiris.
7. Masukkan nasi dan kacau rata hingga nasi masak
8. Ketepikan nasi dan masukkan telur
9. Seletkan telur pada tepi kuali supaya telur masak.
10. Kacau rata semuanya.
11. Siapkan untuk dimakan. Hidangkan dengan kicap cili api, yummy !

Wednesday, October 13, 2004

Lopes Mudah

Bahan kuih :
2 cawan pulut (basuh dan rendam semalaman)
2 cawan santan
sedikit garam
daun pandan dikisar dan perah airnya sebanyak 1/4 cawan
kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam
tutup plastik dari botol nescafe saiz paling kecil
sehelai plastik

Air Gula
1/2 buku gula melaka
2 sudu besar gula pasir
sehelai daun pandan diikat
Cara:
Masukkan semua dalam periuk dan masak hingga mendidih dan gula hancur.


Cara:
1. Dalam periuk elektrik, masukkan semua bahan kuih dan 'on'kan periuk.
Kacau sesekali.
2. Bila pulut dah masak, ambil tutup nesafe, alas dengan plastik (senang nak keluarkan kuih, tak melekat) dan masukkan sesudu pulut atau sehingga bekas tu penuh. Tekankan pulut hingga padat. Dah padat, keluarkan, terbalikkan dan tekan semula. (Mesti tekan both sides supaya pulut tu padat.) Keluarkan dan golekkan dalam kelapa parut.
3. Hidangkan dengan air gula.

*** Ini adalah hidangan lopes mudah. Kalau lopes tradisional agak rumit, kena bungkus dalam daaun pisang dan rebus. Banyak kerja dan leceh ! :)))

Kuih Badak Keledek dan Kuih Keria

500 gm keledek putih
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi

Serunding Badak :
1 cawan kelapa parut putih
2 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 batang serai
sedikit lengkuas
2 sudu besar udang kering
sehelai daun kunyit
1 sudu kecil minyak masak
sedikit garam, sedikit gula

Sira Keria
3 sudu besar gula pasir
Sedikit air

Cara buat kuihnya
1. Rebus keledek hingga empuk dan lembut
2. Tumbuk keledek hingga hancur, uli dengan kedua tepung. Jangan letak air jika mahukan kuih yang lembut.
3. Bahagikan kepada dua bahagian
4. Untuk keria, gelek hingga jadi sosej yang besar. Potong-potong sehingga sebesar kuih yang anda mahu. Buatkan kuih seperti bentuk doughnut. Bila siap boleh goreng dan sirakan.
5. Untuk badak, potong juga supaya anda mendapat kuih yang sama saiznya. Tekan atas tapak tangan, masukkan serunding, tutup dan bentukkannya. Letakkan seekor udang hidup kecil jika mahu. Goreng kuih.

Cara buat serunding
1. Kisar halus semua bahan kecuali minyak, kepala parut dan daun kunyit.
2. Dalam kuali, masukkan semua bahan kecuali daun kunyit.
3. Masak hingga kering dan berminyak dan masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
4. Masak sebentar lagi.

Sira Keria
2. Dalam kuali, masukkan air dan gula. Masak hingga gula berhablur. Masukkan kuih yang telah digoreng, kacau rata perlahan-lahan.

Monday, September 06, 2004

Comando Chips

Bahan

1/2 peket fries
1/2 cawan cili kering yang dikisar
4 biji bawang putih, cincang
1 labu bawang besar, cincang
1 cawan ikan bilis yang telah dibersih
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng, jika suka
Minyak untuk menumis
Minyak untuk goreng fries
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula pasir

Cara:

1. Goreng fries hingga kuning, keluar dan tapiskan.
2. Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan dalam 2 sudu besar
3. Goreng ikan bilis hingga masak (jangan garing). Keluarkan.
4. Tambah sedikit lagi minyak jika perlu. Tumis bawang putih dan cili.
Bila dah garing masukkan bawang besar, garam dan gula. Biar gula lebih sedikit. Sedap kalau manis sikit.
5. Bila semua dah rata, masukkan ikan bilis dan fries
6. Sudah boleh makan !

Pencok Mangga Muda


Bahan :

2 biji mangga muda
1 biji bawang besar
cili padi (ikut suka banyak mana)
2 sudu besar sos cili siam
1 sudu kicap sotong atau sedikit garam
2 sudu besar udang kering (basuh, goreng tanpa minyak dan kisar)
1 biji limau kasturi
1 helai daun limau purut yang muda

Cara:
1. Cincang mangga muda (strips)
2. Hiris halus bawang, cili padi dan daun limau purut
3. Dalam mangkuk, campurkan semua bahan dan gaul rata dengan garfu
4. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan.

** Ada orang guna sambal belacan. Saya tak suka sambal belacan jadi saya gantikan dengan sos cili siam tu. Selamat Mencuba !

Wednesday, September 01, 2004

Sarapan


American Breakfast

Bahan:
2 batang sausage
2 biji telur
2 keping roti
2 sudu besar baked beans
1 helai lettuce
Chili sauce, ketchup

Cara:
1. Rebus sausage hingga masak
2. Pukul sikit telur. Panaskan butter dalam kuali. Dah panas, tuang telur. Kacau telur dengan garfu. Ni utk buat scrambled egg. (Kalau tak nak scrambled eggs, boleh goreng sunny side up pun sedap)
3. Bakar roti dalam toaster. Siap, sapukan sedikit butter.
4. Bila siap semua, ambil pinggan dan susun semua lawa-lawa.
5. Lettuce tak makan pun takpe. Itu untuk ambik hati Mama. She'll think that u eat your vege. Kalau nak bodek lebih, slice sebiji tomato sekali.

*** Ni resepi anak sulong saya, Ridzwan Amir Rosli. Kalau dia yang siapkan breakfast untuk adik-adik, mereka kena makan ni la. Bukan utk breakfast saje. Lunch dan dinner juga !

French Toast Hafiz's style

Bahan :
2 keping roti gardenia
1 biji telur, dipukul sedikit
sedikit jam
sedikit butter
raisins if u like

Cara:
1. Potong roti jadi segitiga
2. Sapu butter dan jam. Letak sedikit raisins. Sandwichkan roti tu
3. Panaskan kwali tosei dan letak sedikit margarine
4. Celupkan sandwich tadi dalam telur dan bakar atas kwali tosei
5. Balikkan bila satu side dah kuning
6. Masuk dalam pinggan dan makan

*** Resepi Ridzwan Hafidz Rosli. Paling senang buat.