Sunday, April 3, 2011

Lesung Batu @ mortar


Jumaat lepas, time waktu rehat saya dan kawan pergi ke Munawwarah, Taman Tun untuk cari pakaian untuk kegunaan umrah. Saya tak pernah lagi pergi ke Munawwarah.....ini pertama kali. Agak kagum dengan kerana Munawarah bukan hanya memiliki satu butik untuk tudung tetapi beberapa butik lain. Satu kedai khas untuk pakaian, tudung dan peralatan untuk kegunaan jemaah haji dan umrah, satu butik untuk tudung dan pakaian wanita dan yang terbaru adalah kedai untuk hiasan dalaman dan peralatan dapur. Rasanya ada hampir 5 lot kedai dimiliki oleh munawwarah. Mungkin ada lagi sebab ini saja yang saya masuk.....letih nak pergi tengok semua. jika anda berminat untuk mengetahui mengenai munawwarah boleh lawati blog ini.




Masa kawan ajak, saya kata saya teman aje tapi akhirnya 2 pasang tudung dan mortar nie saya beli. Saya suka tudung munawwarah.....bila pakai rasa masuk je dengan muka.....wahhhh bab nak menghabiskan duit semua rasa lawakan....sehelai RM90...dalam tak nak beli tu terbang jugak RM180. Lesung batu nie saya beli kat kedai baru munwwarah.....berkenan sungguh dengan lesung nie. Harganya adalah RM50....saya tak tahulah mahal ke murah. Dah berkenan ambil ajelah....dahlah tu berat gila....siap mencempung bawak masuk dalam kereta.



Masa kat rumah sewa dulu saya tak ada lesung batu dan jaranglah buat sambal belacan....rumah baru nie teringin nak ada satu. Kalau duduk kat apartment, bila jiran kat atas atau bawah apartment kita menumbuk sambal memang tension. Masa kat rumah sewa dulu, apartment bawah saya didiami oleh budak2 bujang kerja kilang, jam 5 pagi dia dah bangun dan buat bekal.....gedegung2 bunyi lesung batu....masa tu rasa tension gila sebab mengejutkan tidur. orang sekarang tak pandai nak guna lesung batu.....mak saya pantang bila menumbuk tapi tak meletakkan kain atau kertas tebal kat bawah lesung. Mulut dia akan bising bila kami terlupa.....so jika anda duduk kat apartment bila nak menumbuk guna lesung batu letaklah kain tebal dibawah lesung anda supaya bunyi bising tak ganggu jiran. Bukan susah sangat, tak rugi jika kita jaga ketenteraman orang lain.

1 comment:

noradzlina.kamdani said...

betul..klu nk menumbuk bwg ke sambal belacan ke , lapik la la batu lesung tu...xde la bunyi kletang kletung...