Ini percubaan pertama so tidak begitu kemas sangat buatan tangan saya. Dot-dot dia pun tak begitu cantik. Saya buat dalam dua saiz, satu guna cawan lompang dan satu lagi guna acuan tart. Acuan lompang jadi cantik....saya guna inti blueberry. Saya kurang minat sangat dengan filling nie so lepas nie saya cadang nak cuba buat inti kelapa. Resepi saya guna resepi dari lyne@myresepi. Anda boleh ke sini.
Himpunan resepi yang telah dicuba dan dicatatkan untuk ingatan dikemudian hari.
Thursday, April 28, 2011
Apam Dot-Dot
Ini percubaan pertama so tidak begitu kemas sangat buatan tangan saya. Dot-dot dia pun tak begitu cantik. Saya buat dalam dua saiz, satu guna cawan lompang dan satu lagi guna acuan tart. Acuan lompang jadi cantik....saya guna inti blueberry. Saya kurang minat sangat dengan filling nie so lepas nie saya cadang nak cuba buat inti kelapa. Resepi saya guna resepi dari lyne@myresepi. Anda boleh ke sini.
Shopping lampu dan kipas
Adik saya berkenan yang ini. Simple......sesuailah dengan rumah kampung. takan rumah kampung nak pakai lampu hiasan macam rumah banglo pulakkan. Nanti jadi lembu pakai gaun pulakkan.....ada ke peribahasa tu.
Saya hanya beli 3 biji kipas KDK 4 blades. 3 kipas tu dah penuh bonet dan tempat duduk belakang kereta saya. Lampu......esok saya datang semula. Lepas saja keluar dari kedai tu saya singgah ke Ipoh Station. Restoran yang berkonsepkan latar belakang filem-filem lama dan P Ramlee. Pinggan mangkuk dia pun design lama-lama.
Wednesday, April 27, 2011
Tension sungguh
Saya betul-betul lapar, saya keluar dari Toyota Service Centre Subang Jaya jam 2.45 petang nak saya bawak kereta menghala ke Kelana Jaya. Jalan jam lah pulak sebab ada lori rosak. saya dah mengigil lapar.....akhirnya singgah ke tasik kelana jaya. Saya pesan nasi ayam kukus. Ingatkan bolehlah makan segera tapi dia nak goreng ayam dulu sebab ayam dah habis.....aduhhhhh saya tahan perut.....laparnya dah tak tahan. Jam 3.30 baru saya dapat makan. Tension betullah hari nie.
Saya dapat duit refund
Bubur Kacang Hijau durian
Sementara tunggu kereta siap, saya masukkan entry masakan yang biasa nie. Bubur kacang hijau bersama durian, saya buat semalam. Bubur kacang hijau hanya menjadi kegemaran saya sorang saja......kalau balik kat kampung tak payahlah nak mengada-gada buat bubur nie nanti saya sorang yang kena habiskan. Bubur kacang hijau tak dapat sambutan. Jangan kata adik-adik saya, adik-adik ipar pun tak minat siap dengan anak-anak saudarapun tak minat....entah apa spesis yang tak makan bubur kacang hijau nie. Agaknya semua dah jemu bebenor dengan bubur nie....masa kecik-kecik dulu, kat tadika tiap-tiap hari dihidangkan dengan bubur kacang, bila besar sikit duduk asrama....asyik bubur kacang. Sebab tu mereka semua dah fobia dengan bubur kacang agaknya.
Tak payah resepilah ye....sempoi sangat nie. Rebus kacang hijau (bubuh sudu besi kat dalam periuk supaya kacang cepat empuk) sampai empuk pastu masukkan gula merah, pandan, santan, durian. Biarkan ia sebati dan betul-betul masak. Pastu masukkan lah sedikit garam dan tambah gula jika masih kurang manis.
Tuesday, April 26, 2011
Bebola Durian
Oleh kerana isi durian tak sedap untuk dimakan begitu saja maka saya kenalah fikirkan resepi untuk menghabiskan 1 biji durian yang seberat 2 kilo tu. Malam nie saya buat bebola durian dan bubur kacang hijau durian. Masih ada banyak lagi baki durian.....so esok fikir buat yang lain pulak. Jom tengok resepinya....ehhhh kejap saya belum ulas resepi nie....sedap ke tidak kan. Sedaaaap.....donat yang berperisa durian. Habislah 3 cucuk tu.....memang malam nie malam menternak kalori betullah. Baki yang lain tu saya frozenkan.....resepi nie boleh dapat 15 cucuk.
Roti hangit
Saya keluarkan kembali nota resepi kelas roti yang pernah saya ikuti dulu. Kali nie saya buat roti dengan mengunakan kaedah sponge dough. Memang jadi elok....tiada masalah dari proses menguli dan membentuk. Saya buat roti inti kelapa. Inti kelapa saya nampak agak gelab sikit sebab saya banyak masukkan gula merah.
Selepas 4 minit dalam oven, bahagian atas dah mula keperangan. Saya ikut resepi.....resepi kata bakar dengan suhu 200 C selama 12 minit. So saya setkan oven saya pada 200C dengan masa 12 minit. Saya masih belum 'serasi' dengan oven nie lagi. Masih baru.....wp dah beli lama.
Selepas 12 minit.....roti saya hangit. Rupanya suhu oven saya kena diturunkan kepada 150C supaya ia boleh masak dengan sempurna. Satu experimen untuk menserasikan diri dengan oven Fagor nie.
Sunday, April 24, 2011
Jemput-Jemput Roti Bersosej
Sambil menonton Grand Finale Junior Masterchef Australia (s1), sempat lagi saya down load 2 gambar nie. Walaupun dah lama mengetahui bahawa Isabella adalah pemenang Junior Masterchef tapi saya tak pernah lepaskan peluang untuk mengikuti setiap episod pada setiap minggu. Seronok tengok tukang masak muda yang berumur 9 - 12 tahun ini memasak dan menghias hidangan dan hasil masakan tersebut menjangkau usia mereka.
Hari nie saya sepagi di Ikea untuk pilih beberapa perabut lagi....hmmmmm bonus masuk hari Isnin tapi shopping awal-awal lagi. Memang dah lama tunggu bonus untuk lengkapkan beberapa perabut yang masih berkurangan dalam rumah nie. Kalau cuti hujung minggu selalunya saya akan ke Ikea seawal jam 9 pagi untuk bersarapan dan jam 9.30 pagi baru masuk dan survey setiap perabut. Kalau anda datang dalam jam 12.....kereta dah beratur panjang nak masuk ke kawasan The Curve dan Ikea....parking kat Ikea dah penuh masa nie....saya memang takan masuklah kawasan nie kalau dah pukul 12. Itu untungnya duduk dekat-dekat dengan Ikea sebab boleh datang bersarapan pada harga yang murah dan sedap. Setiap kali datang....2 keping popia dan 1 keping tart telur sudah semestinya.
Semasa saya berada di asrama dalam bulan 3 yang lepas, my roomate bercerita tentang jemput-jemput roti....dia siap bagi resepi lagi. Tapi bila saya buat....saya tak ikut resepi tu sebaliknya ikut apa yang ada dalam peti ais. Kalau beli roti memang susah nak dihabiskan dan selalunya roti tersebut tersimpanlah dalam peti ais selama berminggu sebelum dibuang. Tengok roti masih ada setengah bungkus....ayam ada kat tempat beku so malas nak tunggu untuk defrost....nampak sebatang sosej....so terciptalah jemput-jemput roti bersosej nie. Oleh kerana ia lain dari resepi yang biasa anda buat....jangan pelik pulak sebab dalam memasak nie kenalah sentiasa 'thinking outside the box' ...larilah sikit dari kebiasaan....kita buat dia bukan dia buat kita...betul tak.
Sedapppppppnya jemput-jemput roti nie....bukan sebab saya yang masak ye tapi memang bestlah jemput-jemput dibuat dengan roti. Terlupa terus pada kalori bila berdepan dengan kesedapan jemput-jemput nie sehingga habis sepinggan. Saya omit susu dalam bancuhan sebab bagi saya cukuplah dengan kalori yang dah banyak tu tak perlulah tambah lagi. Jemput-jemput nie sedap sebab saya mengunakan sosej berperasa cendawan.
- Potong-potong roti kemudian masukkan air dan biarkan ia kembang.
- pecahkan telur dan pukul sedikit sebelum dimasukkan kedalam roti
- Apabila roti sudah benar-benar kembang. Dengan mengunakan jari anda, ramas sedikit biar hancur
- Masukkan sosej, kobis, daun bawang, cili merah, bawang kedalam roti
- Masukkan tepung dan gaul rata
- Masukkan sedikit garam. Jangan banyak sebab sosej sudah masin.
- Bancuh seperti jemput-jemput dan anda boleh tambah air atau tepung jika anda rasa ia kurang
- Panaskan minyak dalam kuali dan kemudian goreng jemput-jemput sehingga masak.
- Angkat dan toskan dengan tuala masakan supaya minyak berlebihan diserap
- Hidangkan bersama sos kegemaran anda
Saturday, April 23, 2011
aksesori didapur
Minggu lepas saya nak buat karipap....bila keluarkan mesin pasta saya tengok tak ada tempat nak pasang. So petang jumaat pergi ikea dan cari meja nie.....kat show room dia nampak nice aje meja nie kalau letak kat ruamh dapur yang sempit. Saya berkenan yang lain tapi tak sesuai untuk dapur sempit....lagipun meja nie boleh dipanjangkan kalau nak guna besar. kalau tak guna boleh lipat ia semula.
Meja berkepak nie saya buka supaya ia lebih panjang dan banyak ruang sebab saya nak uli roti. Kalau ada warna hitam lebih cantik.....kerusi tu patutnya warna hijau sebab saya cuba nak guna kombinasi hitam, putih dan hijau didapur. Kerusi warna hijau tak ada.....yang ada hanya warna merah je. Huhhhhh susah gak nak pasang meja dan kerusi nie. Semalaman saya dok tenung kertas arahan dan akhirnya dapat jugak pasang. Sebab tulah saya terpaksa buat sosej gulung sebab lapar sangat.....baru tersedar yang tak makan malam lagi.
Roti gulung sosej
Roti Gulung Sosej
Bahan-bahannya:-
2 batang sosej
2 keping roti gardenia
1 sudu makan tepung + sedikit air- bancuh pekat
2 @ 3 sudu makan breadcrumb
1 biji telur-pukul sebentar
2 keping cheese slice - optional (sy tak masukkan sbb tak ada)
Minyak untuk mengoreng
Cara-caranya:-
1. Ratakan roti gardenia dengan pengelek.
2. letakkan 1 keping cheese slice diatas roti
3. letakkan sosej diatas cheese
4. Gulung padat dan letakkan sedikit bancuhan tepung pekat dihujung roti
5. Pastikan kedua hujung roti melekat dengan baik
6. Masukkan gulungan roti kedalam telur dan angkat
7. Masukkan terus kedalam breadcrump dan ketepikan. Buat untuk roti yang seterusnya sehingga habis.
8. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
9. Angkat dan letakkan diatas kertas tisu masakan untuk membolehkan lebihan minyak diserap.
Sunday, April 17, 2011
Kuih Peneram
Saya buat kuih peneram guna resepi rosmazamri@myresepi. Tok Tam tak guna tepung beras yang dijual di kedai tapi dia tumbuk sendiri beras untuk buat tepung beras dan beras yang dia guna adalah beras yang keperangan (beras yang dalam kategori kurang berkualiti/beras hancur dan selalunya kilang beras akan jual murah beras nie dan Tok Tam selalu ambil beras nie dari kilang beras). Ok inilah kuih peneram yang saya buat.....tahap kemanisan dia dah elok....sedap tapi dari segi tekstur....memang tak menjadi. Kuih peneram nie memang ranggup....sekadar ranggup sahaja dan bila makan ia terasa seperti ahhhhhh.....susah nak digambarkan cuma ia bukanlah resepi kuih peneram yang saya cari. Kuih peneram yang sebenarnya adalah gebu dan lembut bila makan ia seperti kapas sebab ruang dalamnya kosong. Kuih peneram yang dijual dipasar malam tu juga bukan tekstur kuih peneram yang sebenarnya sebab tu saya jarang beli. Jika anda pernah makan kuih peneram yang dibuat oleh orang-orang tua dahulu.....anda faham maksud saya dan apa yang saya hendak sampaikan.
Kuih Peneram
Resepi dari sini
Bahan-bahannya (saya buat 1/4 daripada bahan dibawah):-
- 1kg tepung beras + 2 1/2 cwn tepung gandum
- 1 kg gula merah
- 2 1/2 cwn air
Cara-caranya:-
- Masak gula merah dengan air hingga larut
- Tapis air gula dan masukkan kedlm tepung yg telah diayak. ( air gula yg masih panas )
kacau dengan senduk hingga sebati ( boleh cek adunan kalau angkat senduk, adunan jatuh bertali tu kira ok la, pastu adunan tu ada gelembong2 udara di permukaan )
- perap 3-4 jam pastu boleh terap dan goreng
Nota:-
- Saya buat atas piring, ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan atas dain pisang yang disapu minyak (saya guna piring pastu saya ambil plastik sbb daun pisang tak ada) dan leperkan. Ambil chopstik buat lubang ditengahnya.
- Untuk percubaan kali kedua saya tidak akan masukkan air gula merah yang panas kedalam adunan sebab ia hanya membuatkan kuih ranggup tetapi ia akan 'memasak' tepung dan menyebabkan ia jadi padat dan kering.
- Dari segi kemanisan, resepi diatas sudah sempurna. Manisnya sedang-sedang dan amat sedap.
Saturday, April 16, 2011
Roti Jala Berinti Kentang
Dalam tunggu pekerja tu siap menampal tile kat bilik air saya sempat buat inti karipap. Cadangnya nak buat karipap hari nie tapi tahap kemalasan tu tinggi.....so petang tadi baru tukar rancangan terus buat bancuhan tepung roti jala. Roti jala berinti kentang nie saya pernah makan masa duduk kat asrama. Sedap....saya suka makan macam nie. Oklah nie resepinya ye, untuk bancuhan roti jala saya guna resepi lynn@myresepi.
Roti Jala
Resepi diambil dari sini
Bahan-bahannya:
- 450g tepung gandum
- 1 camt garam
- 1/2 camt serbuk kunyit
- 450 ml susu segar
- 3 biji telur (di pukul sedikit )
- 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
- 2 camb mentega cair
- minyak untuk melenser
- acuan roti jala
(saya buat separuh dari adunan diatas)
Cara-caranya:
- Masukkan tepung gandum didalam bekas. Buat lubang di tengah tepung dan pecahkan telur, masukkan garam, mentega cair, serbuk kunyit.
- Masukkan air dan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Jika hendak adunan tidak berketul, masukkan bancuhan dalam blender dan blender sekejap.
- Biarkan bancuhan selama 15-20 minit
- Panaskan pan dan masukkan bancuhan kedalam acuan roti jala.
- Guna acuan dan buat kulit roti jala. Biarkan ia seketika sehingga masak.
- Angkat dan ambil 1 sudu makan inti dan letakkan atas roti jala
- Gulung seperti kuih dadar.
Inti Kentang
Bahan-bahan:-
- 250gm kentang -di potong dadu
- 100gm bawang besar- potong dadu
- 1/2 cwn isi ayam - dipotong halus
- 1/4 cwn minyak
- 1 sb rempah kari
- 3 ulas bawang putih
- sedikit garam
- 1/2 sb gula
- 1 asam keping
Cara membuatnya:-
- Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak dan kemudian masukkan kentang, isi ayam, bawang besar, asam keping dan air. Masak sehingga kentang empuk. Tambah air jika kentang belum empuk.
- perasakan dengan garam dan gula (ikut selera anda)
- Bila kentang sudah empuk, angkat dan sejukkan.
Wednesday, April 13, 2011
Nasi Dagang Kelantan
Resepi dari http://www.myresipi.com/top/detail/2380
Bahan-bahannya:-
- ½ kg beras nasi dagang
- 1 genggam beras pulut
- 3 ulas bwg merah-dihiris nipis
- 2 ulas bwg putih-dihiris nipis
- 1.5 inci halia- dihiris nipis
- 1btg serai - dihiris nipis (saya tak masukkan)
- ¾ cawan pati santan
- 1/2 tsp garam (saya tambah yang nie)
- 2sdk halba (fenugreek)
Cara-caranya:-
- Rendam beras nasi dagang dan beras pulut semalaman.
- Kukus beras nasi dagang selama 40 minit sehingga masak/lembut.
- Selepas 40 minit kukusan, angkat bekas pengukus. Keluarkan nasi dagang dan masukkan kedalam mangkuk besar.
- Masukkan santan yang dah dicampur dengan garam, bahan-bahan yang dihiris nipis dan biji halba. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan semula dalam bekas kukusan dan kemudian kukus semula dalam 10-15 minit. Apabila sudah masak, angkat.
(Ada orang masukkan sedikit gula dalam santan, so jika anda suka anda boleh tambah)
Gulai Ikan Tongkol Kurma
Resepi dari Majalah Rasa, Oktober 2009
Bahan-bahannya:-
- 1 kg ikan tongkol (dipotong)
- 500ml air
- 250ml santan pekat
- 5 biji bawang merah *
- 3 ulas bawang putih *
- 5 cm halia *
- 2 cm lengkuas (ini saya tambah)*
- 4 sudu makan cili giling
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan serbuk rempah kurma
- 4 keping asam gelugor
- 3 sudu teh garam kasar (saya guna 2 sudu teh sahaja)
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
Cara memasak:-
1. Rebus ikan tongkol dan masukkan asam gelugor dan garam. Setelah masak, toskan dan simpan airnya. ketepikan.
2. Bahan yang bertanda (*) hendaklah dikisar halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau
4. Kemudian masukkan cili giling, serbuk kari dan serbuk rempah kurma. Kacau sebati sehingga pecah minyak.
5. Seterusnya masukkan air rebusan dan ikan tongkol tadi. Biarkan mendidih.
6. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula. Pastikan api perlahan.
7. Angkat dan hidangkan bersama nasi dagang dan acar sayuran.
Nota:-
- Untuk nasi dagang 1/2 kilo, ikan tongkol sekurang nya haruslah 2 ekor baru cukup.
Acar Sayuran
Bahan-bahannya:-
- 30gm udang kering-ditumbuk
- 1 batang lobak merah
- 1 biji timun
- 1/2 biji nenas ( seorang chef beri tip- guna nenas dalam tin, lebih sedap)
- 4 bii bawang merah
- 2 biji cili merah
- 2 biji cili hijau
- garam, gula dan cuka secukupnya
Cara memasak:-
1. Hiris nipis lobak, timun, nenas, cili merah dan cili hijau. Satukan dalam mangkuk dan kacau rata.
2. Kemudian masukkan udang kering dan gaul sebati
3. Akhir sekali masukkan garam, gula dan cuka secukupnya.
Award
- Bukan isteri kepada sesiapa
- Bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang, lima hari seminggu.
- Minat menonton filem-filem/drama berkisar penyiasatan seperti CSI dll kerana dunia kerjaya saya juga berkaitan dengan penyiasatan.
- Memasak adalah hobi utama. Ikuti kelas, cuba resepi baru dan tak pernah lepaskan peluang tengok juniormasterchef, masterchef us, DC cupcakes dll. Seronok tengok makanan.
- Gym adalah aktiviti wajib masa lapang. Tiga kali seminggu.....kalau tak pergi gym, badan rasa tak selesa.
- Anak sulung, cucu sulung dan kakak yang garang.
- Saya seorang yang tegas, serius dan susah senyum. Itulah pandangan pertama orang terhadap saya. Tapi jika anda kenali saya dengan lebih rapat....i'm difference.
3. Award 15 recently discovered blogs :
Yang nie paling susah sebab semua blog yang saya BW dah ada award nie. takan nak bagi sekali lagi kan.
Monday, April 11, 2011
Donat Kentang
Jika anda perasan 2 entry masakan saya yang lepas....anda akan dapati entry saya nampak tak kemas.....turutan nombor berada di atas manakala tulisan berada dibawah.....berterabur. Dalam draf, ia elok je tapi bila saya post entry tersebut.....masalah ini berlaku. Puas saya adjust tapi gagal.....nampaknya blog saya dah ada problem. Oklah nie resepi donat kentang jika anda ingin mencubanya pulak.
Donat kentang
Recipe from Majalah Sedap
Foto and publish by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
300 gram tepung gandum protein tinggi (saya guna tepung gandum biasa)
200 gram kentang kukus, lecek halus
25 gram gula pasir
1 sudu the yis segera
1 biji telur
25 gram air sejuk
1 sudu makan marjerin
2 sudu makan susu pekat (saya tambah)
½ sudu the garam
2 sudu makan gula aising untuk taburan (saya guna gula yang dimesin halus)
Cara-caranya:-
1. Campurkan tepung gandum, kentang, gula pasir, susu pekat dan yis segera. Kacau rata
2. Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil uli hingga tidak melekat ditangan anda
3. Masukkan majerin dan garam. Uli sehingga elastik. Biarkan selama 15 minit.
4. Kempiskan adunan. Canai dan tekap dengan acuan donat.
5. letakkan diatas bekas yang telah ditabur dengan tepung
6. Biarkan selama 30 minit
7. Goreng sehingga kekuningan
8. Angkat dan letakkan atas tisu masakan.
9. Taburkan dengan gula aising dan hidangkan.
Saturday, April 9, 2011
Omelet sosej cendawan
2 biji telur
1 ketul sosej ayamas premium mushroom chicken
1 keping cheese slice-dihiris halus
1/2 ketul bawang holland
Sedikit minyak
Cara-caranya:-
- pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul
- Potong sosej dan bawang dalam bentuk kuib kecil, ketepikan
- Panaskan minyak dalam kuali leper
- Masukkan sosej dan bawang, goreng sehingga kekuningan. angkat
- Masukkan telur yang dipukul tadi dan masukkan sosej dan bawang, kacau secara cepat supaya sosej dan bawang baercampur dengan telur. Pastikan ia tidak menjadi telur hancur.
- Taburkan cheese diatasnya dan lipat dua telur
- Angkat dan hidangkan bersama sos dan mayonis
Friday, April 8, 2011
Sudahkah anda hantar borang BE?
Banyak jugaklah cukai kena dibayar tahun nie.....lepas di tolak dengan zakat maka banyaklah bayaran balik (refund) yang saya akan terima nanti. Duit refund itu juga akan di bank in kedalam akaun kita sebab dalam e-filling ada ruangan no akaun bank. Kawan saya yang hantar borang BE dalam bulan Feb lepas (nie contoh warganegara yg baik) dah pun terima duit refund dia pada minggu lepas. itupun dia tak sedar sebab duit tu masuk dalam akaun bank dan hanya sedar bila terima surat dari LHDN mengatakan bahawa wang refund dah dimasukkan dalam akaun bank beliau. Saya menasihati anda (hanya yang layak dicukai sahaja ye) supaya hantarlah borang BE anda secepat mungkin sebelum line 'sesak' bila saat-saat terakhir.
Pengalaman sayalah ye......dulukannnnn (tutup muka....malu....nie cerita dulu-dululah.....masa tak de kesedaran sivik) saya tak declare income saya tau. Pastukan dalam tahun 2009, saya kena audit cukai (padan muka ingat bila dah lama terlepaslahkan) dan kenalah istiharkan semua pendapatan saya dari tahun 1999 sehingga 2003 (tahun 2004, baru datang kesedaran sivik hehehehe)......so kenalah bayar cukai sebanyak ribu-ribu ringgit bersama dengan denda2nya sekali....berpeluh beb.....mujurlah saya dibenarkan buat bayaran ansuran selama 12 bulan. Jadi nasihat saya pada anda "janganlah sampai terjadi seperti saya ye.......berpeluh nak bayar tau". Jangan ingat kita akan terlepas.....ini baru audit cukai belum lagi kena dengan "penyiasat cukai".