Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Kalia Buncis

Assalamualaikum,pernah makan atau dengar kalia?rasa-rasanya dah tak ramai yang buat kalia ni,dulu masa zaman kanak-kanak riang chik mi kalau time kenduri salah satu menu yang dihidangkan adalah sayur kalia,sebabnya dedulu kalau time kenduri selalunya gotong royong so bahagian inner parts ayam tu dicampurkan dengan buncis dijadikan satu juadah.sekarang ni kenduri semua guna khidmat caterer dah tak semeriah dulu,chik mi pun jarang-jarang jumpa kalia kat rumah kenduri.Dah lama teringin nak makan kalia ,so chik mi guna perkhidmatan pakcik google untuk cari .Terjumapa resepi kat sini,tapi menggunakan kobis bila belek- belek resepinya rasa macam boleh guna so chik mi tukarkan ke buncis.
 
Chik mi gunakan hati lembu,teringatkan dalam petisejuk ada sedikit hati dengan kacang buncis
Kalia Buncis
Source:http://resepi.mesra.net
Source:@qasehmu-abadi,blogspot,com
Bahan-Bahan:
1 biji kubis saiz kecil~chik mi guna kacanag buncis
5 sudu besar minyak masak
100 gm hati & hempedal ayam~chik mi guna hari lembu
5 ulas bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus) 2 cm halia (dikisar halus)
1 sudu kecil serbuk kari daging~chik mi guna 3 sudu
½ cawan pati santan
½ sudu kecil serbuk kunyit~chik mi guna 1 sudu
Garam secukup rasa
Cara:
 KBuncis dipotong & dibersihkan sebelum ditoskan airnya. Hati dipotong kecil-kecil kemudian dibersihkan. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia & kacau hingga bawang layu. Masukkan serbuk kari daging, sedikit air, hati l. Kacau hingga rempah pecah minyak. Masukkan pati santan & garam. Biarkan hingga mendidih & masukkan buncis. Kacau hingga rata & angkat.

Monday, February 21, 2011

Lemak Labu Berjintan

Labu oh labu sana sini labu,haritu nampak Shiela masak lemak labu ni terurus teringat lamanya tak masak masak lemak labu,dah kecur dari ofic lagi beh tahan balik rumah terus potong dan rebus labu dah dah beli semalam,walaupun ikan dah defrost tapi demi lemak labu kusimpan jua hehehehe,sebenarnya takut nak makan labu ni takut angin puting beliung yang datang tu yang letak rempah bagai tu nak lawan angin puting beliung.
kita kasi closeup sikit cik labu ni dengan cik buncis pun nak enterframe jugak:))
nanti kita update resepinya ye:) tungguuu

Monday, November 22, 2010

Bendi Rebus Bersambal

Salam,menu hari sabtu dah ramai yang mencubakan,since dalam petiais ade sebungkus bendi sebelum menjadi menopous dan menjadi habuan cik tong maka chik mi pun dengan bersemangat wajanya (ntah apa la ayat ku ni).Idea asal dari gert chik mi ambil dari umah knor,Terima kasih semua chik mi CnP kat sini ye
BLANCHED OKRA with SPICY SAMBAL by Gert

Ingredients:
10 okras – cut the ends off

Sambal – blended into paste
4 red chilies
2 shallots
2 cloves garlic
1 ripe tomato – cut into chunks
2 tbsp dried shrimps – soak for 15 minutes
Sugar and salt to taste.

1. Blanch okra in boiling water for 1 minute, drain well and set it aside.
2. Heat up frying pan with 2 tbsp of oil. Stir fry blended ingredients until fragrant and dry. Add in sugar and salt to taste. Continue to stir-fry until you see oil started to appears. Dish out and serve with the blanch okras.

Sunday, October 24, 2010

Update:Sawi Dengan Sos Lada Hitam Bercendawan


Chik mi update resepi yang tertunggak ni ye.
Daging cincang ~chik mi guna dgg biase blend dgn Fp
Sawi ~ boleh juga guna siew pak choi
2 ulas bawang putih
Sos lada hitam~chik mi guna yang homemade nnti chik mi update kemudian,kalau nak guna yg readymade pun ok.
1 st sos tiram
3 biji cendawan butang~jika guna yang kering rendam sekejap ~dihiris nipis
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
sedikit air

caranya
Panaskan air masukkan sedikit garam,kemudian masukkan sawi,jgn terlalu lama nnti lembik,kemudian toskan sawi tersebut,lalukan bawah air paip utk mendapatkan sawi yang berwarna hijau,susun dalam pinggan ketepikan.
Tumis bawang putih bersama sedikit minyak,bila dah wangi,masukkan daging cincang biar daging masak sehingga bertukar warna,masukkan sos lada hitam dengan sos tiram serta sedikit air,bila dah masak masukkan cendawang tadi,biarkan mendidih sebentar,perasakan garam,sekiranya menggunakan sos readymade awas jgn masukkan garam dulu ye sebab dah masin.kemudian bolehlah dituang diatas sawi tadi.







Wednesday, October 20, 2010

Sawi Bersos Lada Hitam Dengan Cendawan

Salam,lamanya tak bersiaran,macam-macam perkara terjadi semenjak dua menjak ni,sampaikan rasa macam nak berhenti kerja je..Ya Allah kau tabahkanlah hatiku ini.Bila chik mi tension segala fokus hilang dan mood jugak merudum.Sayur ni chik mi masak minggu lepas lagi tapi malas nak update blog so terperuk je dalam folder tu.resepinya chik mi update nanti ye,tak de idea nak buat karangan








 

Monday, July 26, 2010

Lontong

Salam ,dah lama tak N3 masakan kat sini,biasalah tuan rumah ni kan senggal sikit(ni pinjam ayat ijah ler ni),rindu ngan ijah semoga semuanya selesai n kembali berblogging ye ijah.Dah lamaaaaaa tak makan lontong,ntah nak buat pun malas,kalau kat sini susah sikit nak dapat lontong,kalau KL senangkan nak makan beli je sebungkus,chik jarang makan lontong sebabnya chik mi tak makan sayur pucuk(selepas terima email yg tempat buatnya tu kotor)tiap kali nak makan mesti teringat gambar tu,geli geleman dibuatnya.bila bagi pilihan kat big boss nak makan nasi impit ngan kuah kacang ke ngan kuah lodeh?dia cakap eh kuah lodeh bukan masuk sayur tu ke?chik mi jawap tak yah ler letak.Resepi lontong ni dah lama dalam simpanan chik mi,dari ofcmate Kak Bye(chik mi paggei mak bye) yang dapat dari Kak Mas keturunan bawean,chik mi suka kalau lontongnya ade berempah sikit tak ler macam masak lemak biase tu.kalau sil chik mi buat lagiii ade macam2,ade serunding kelapa ler stail Spore,mmg pun sil asal dari sana ,so chik dah terbiasa dengan juadah2 org2 seberang tambak ni.

                                                  
Sayurnya dah pinish tinggal sepihan baru ingat nak ambil gambar.psttt nasi impitnya pun homemade tau ikut resepi Yatie (chik mi tak makan nasik impit yg ready made tu)sebenarnya org akan cakap chik mi cerewet,heheheh sebabnya bila akak chik mi didiagnose penyakit yg ditakuti oleh semua wanita,so bermacam2 benda yg chik mi ommitkan,so kalau nak makan mmg kena buat sendiri.Panjangnya bebelan chik mi arini.Resepi nnti chik mi uploade ye tak bawak kitab pulak:>

Tuesday, June 29, 2010

Buncis Masak Dhal & Telur

Salam,chik mi rendam kacang dhal ni nak buat benda lain,tapi terpaksa tukar ke plan B sebabnya roti parathanya dah habis.Plannya nak buat kuah roti canai nak cicah ngan roti paratha tu,nasib baik bila tengok kat peti sejuk tu ade kacang buncis so chik mi rebus kacang dhal tu dengan rempah tarbus.Teringat dedulu kalau mak buat kuah ni memang tak suke tp sekarang ni dah beralih angin benda yg tak suka tu dah boleh diterima dik tekak ni.Alhamdulillah anak-anak suka pulak ,tambah budak tecik yg banyak songeh tu kalau buat lauk ni asyik meratah je la.
Resepinya nnti chik mi letak ye

Wednesday, April 7, 2010

Pucuk Paku Masak Lemak

Menu kegemaran my hubby lagi,Alhamdulillah anak2 pun suke ngan sayur ni,saje je nak ajar anak2 makan sayur kampung nanti kalau dah besar senang sikit,ingat lagi masa lepas kahwin bila my hubby minya masakkan sayur lemak ni chik mi cakap tak gheti kui kui kui,sebabnya family chik mi selalunya kalau pucuk paku ni dibuat kerabu ngan taugeh n kerang je,pastu chik mi call makcik hubby tanya macamana nak masak sayur ni.Malu ler jugak tapi dah nak jadi isteri mithalikan.kehkehkeh


















Saje je chik mi tak letak cili api sebabnya nanti sabrina nak meratah pedas ler pulak,so chik mi buat sambal belacan asing dan gorengkan ikan pekasam,pecah dietku itu,hihihi

Monday, February 8, 2010

Nenas Masak Lemak

Tengok kiah masak ni,teringat ler pulak dedulu mak chik kalau dah tak tahu nak masak apa,masak nenas ni ler,boleh pecah diet wooo kena pulak nenas yg masam2 manis pastu goreng ikan masin ka,ikan pekasam ka perghhhhhhh boleh lajak 2-3 pinggan i tell u.Tengok lalingku makan tak hingat donia tu musti sedap tu kan kan kan,kita masuk bakul angkat ler sendiri.


Jom kite tengok resepinya.
Nenas ~ dihiris nipis @dicincang
Cili merah*
Bawang merah*
Udang Kering ~ direndam*
Garam
Sedikit gula
Pati ikan bilis @ secukup rasa
Sedikit santan
Sedikit air

*bahan bertanda ditumbuk kasar @ guna blend kering jangan masukkan air

cara-cara
Tumis sedikit minyak,kemudian masukkan bahan kisar biar garing sikit,masukkan nenas,biar air nenas tu keluar,kemudian masukkan sedikit air agar berkuah sikit.masukkan santan ,perasakan garam dan gula.Gula jgn banyak ye sebabnya masakkan ni lebih sedap jika masam2 sikit.

Friday, February 5, 2010

Gulai Ikan Semilang

Dah lama rasenya tak masak kari,aritu nampak kat umah kiah masak kari semilang ni ,erm dah terase lamaaa tak makan ,last sekali makan kat kedai makan tapi tak leh nak telan sbbnya dia cuci tak bersih baunya mak ai punye ler musyuk pastu mmg tak g dah ler kedai tu.Family chik mi kalau maasak kari ikan semilang dan sewaktu dengannya mesti letak daun kesum dengan bunga kantan sbbnya nak ilangkan baunye tu.Tapi kali ni kureng la pulak sbb ade after taste ler ikan tu ade bau sikit walaupun dah basuh berkali2 dengan perahan lemon lagi.Ke tekakku ini dah masuk ke zaman peralihan???????.


Sayur simple mimple goreng buncis dengan telor,Sabrina asyik duk ghatah sayor je.





Thursday, February 4, 2010

Ayam Ungkep

Korang jangan nak mengendeng ye,menu ni udah pinish baru sempat nak posing,kesnya tuan sekarang ni terkena angin M ngan bizi jugak sikit.Ayam ungkep ni pestaim buat ngan makan,resepi ambik dari umah Ina mama 3D yg glamer tu,kite kasik up sikit.Ina ade makne tu kekekekekek.Ina akak cNp kat sini ye senang nak rujuk nnti,kut2 anak dare ku nak masak senang nak carik kan kan kan.


~Ayam Ungkep~ by Hana
Bahan-bahan
  • 500g ayam - dipotong kecil
  • *3-4 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 sudu makan ketumbar
  • *1 sudu makan jintan putih
  • *1-2cm kunyit hidup
  • *1cm halia
  • *5-6 bijik cili padi - jika ingin ungkep pedas
  • 2 batang serai - ketuk. kali nih blend@tumbuk jerk skali
  • sedikit air asam jawa@ sekeping asam keping
  • garam
  • air
Cara-cara
  • tumbuk@blend bahan yg bertanda *.
  • panaskan minyak. tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga pecah minyak.
  • masukkan ayam. tambahkan air sedikit. tutup piyuk@koli. masak hingga ayam masak.
  • masukkan air asam jawa@asam keping dan juga garam. jika suka leh letak serbuk perisa.
  • bila dh agak kering tutup api. hidangkan ngan nasi putih panas.


Mase g pasar malam laling ku mmg tak boleh tengok pucuk paku mesti suruh beli,bila tanye nak masak apa,goreng je lah,so chik goreng ala2 kangkung goreng belacan tu ar sonang kije mokcik.

Sunday, November 22, 2009

Gulai Nangka wif Udang


Dihari yang mendung ni jom kita makan gulai nangka,dah lama tak buat gulai nangka ni,masa p market pagi tadi teringin la pulak nak makan gulai nangka so chik mi pun beli ler 3 potong.Tapi yg tak bestnya nangkanya keras walaupun dah rebus 2 kali.Selalunya family chik mi kalau gulai nangka mesti nak gandingkan dengan udang,sesetengah orang ade juga gulaikan dengan tulang rusuk daging,apa2 pun jom kita makan gulai nangka dengan ikan pekasam goreng pastu ade pulak sambal belacan.waduhhhhhh makan bertambah u ilang diet2 semua(tak pernah berdiet pun) hihihihi


Tuesday, October 13, 2009

Kailan Ikan Masin

Salam ,balik tadi sempat buat kailan ikan masin buat juadah berbuka ari ni,pastu goreng skit terubuk masin (tak berapa masin sangat pun) yg ni chik mi beli kat Tanjung Dawai ari tu.,tp tak sempat nak tembak2(zila pinjam sat ayat hihihi).




Wednesday, August 12, 2009

Kurma Daging Wif Air Asam Tomato

Salam,menu ari isnin ari tu baru sempat nak N3,kurma daging terpekat la pulak .Family chik mi kalau buat kurma daging ni mesti nak ade air asam aka sambal belacan tomato,selalunya kalau kenduri sebelah mainland mesti ade benda ni(Wawa betoi dak ni).

Sambal belacan tomato ni senang aje buat sambal belacan cam biase pastu masukkan tomato yg dipotong dadu pastu masukkan sesudu kecil kerisik,walalllaaaaaa sedapnya.Masuk bakul angkat sendiri ni.

Nampak sayur ni kat umah mama hawa tapi tak cukup bahan so chik taruk blackpepper aje.

Tuesday, June 30, 2009

Lemak Labu Berjintan

Salam ,menu tengah ari semalam so jgn nak mengendeng yer muahhaahaha dah bagi warning awai2,plan nak cedok dari dapur MYR tapi semalam tak leh nak masuk so apalagi ku godek2 la sendiri,alhamdulillah cik hby pun sukee
Bahan-bahan:
Labu - direbus sehingga empuk
*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*udang kering
* ikan bilis
*1/2 sk jintan manis
*1/2 sk lada hitam
sehiris halia - ditumbuk sedikit
santan
garam
serbuk perasa - jika suka
* semua bahan2 ditumbuk

cara
Masukkan bahan yg ditumbuk kedalam periuk ,masukkan sedikit air pastu renih sehingga mendidih,masukkan labu yg telah direbus tadi,kemudian masukkan air sama paras dgn labu tadi(Chik mi mengguna santan frozen so airnya tak boleh banyak sgt) kemudian masukkan santan tadi masak dengan api perlahan sehingga santan cair,hendaklah selalu dikacau supaya tak pecah minyak,perasakan dengan garam tunggu sehingga mendidih ,boleh la ditutupkan apinya.
taraaaa siap

Lemak labu ni kalau makan dengan ikan pekasam & sambal belacan perghhhh sedapnya mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan.hihihihih

Tuesday, June 16, 2009

Jagung Rebus


Rebus malam tadi sbb mengences tengok kat umah Ijan, nak mengendeng lebih tak boleh sbb mak yungkan kena makan untuk berdua.hihihi sori ye Ijan.Jagung ni beli masa pergi Cameran Highland ari tu.

Wednesday, May 27, 2009

Pajeri Nenas


Salah satu lauk kegemaran Chik mi,suka yg pekat2 gitu pastu gu pulak dgn ikan masin tp nasinya kena suam2 kuku gitu wallaaaaaaaa cedapnyer.Dah lama tak buat ni ntah mengapa tetiba bila tengok ade nenas buat lebihan rojak ari terus terase nak makan,Ari tu nampak kat umah Pn Mama

Monday, March 30, 2009

Tauhu Kukus n Sup Sayur


Menu ari sabtu ari tu.Chik Mi masak menda yang paling simple sebab Sabrina kena demam panas so asyik nak berkepit ngan ibu ajer.....

Masak sup sayur ni sbb plan nak bagi dia makan nasi..Bila cakap ade nasik sup so dia makan ler 2-3 mulut kalau idak mmg x mboh makan langsung asyik minum air putih ajer,sian sungguh tengok die