Pages

Showing posts with label groupon. Show all posts
Showing posts with label groupon. Show all posts

29 November 2013

Edisi Groupon : Hi-Tea

Lama giler tak ber Groupon ni rasanya.
Sbb tu hari ada barang tak smpai lah. Pastu aku tak pergi lah. Smpai expired voucher tu (T___T).
Jadi, lps tu, aku akan beli apa yg aku mmg rasa perlu je. Takmo yg rasa nak suka2 je. Membaziaqqqq....

Tapi, oleh krn bulan depan (Dec) ada double celebration, harus kena carik gak la voucher.
Nak carik dinner kat hotel lah kononnya. Anniversary katanyeee. Walau takde la nak candle light dinner bagai, makan kat hotel pun jadi lah.. (tu pun guna voucher - cheapskate. Muahahaha)

Carik punya carik. Jumpa satu yg bes.
Tapi kena lunch plak. On dat day aku ada jemputan kenduri. Jadi tak boleh lah lunch.
Jadi, carik lagi.


Yey! Jumpa. Tu pun deal yg dah hampir2 tamat waktu nak beli nya. Mujur sempat beli. 
Bes nih uols. Sapa2 nak celebrate anniversary boleh beli ni. Cam aku ni, harap nak beli kalau takde voucher ni mmg takkan la. Mahal kot. Hi-tea pun tahap ratus2 dah. Ni dgn voucher ni dpt makan, dapat masuk observation deck (lama dah aku teringin nak naik) and dapat masuk blue coral n animal zone (ni tak bes pun kot). Okey lah tu kan. Lagipun, kalau nak tahu, aku tak pernah naik pun KL Tower nih. Eh. Bukan saja naik, gi area tu pun tak pernah. Kata je dok KL nak 10thn ha.... (-_-)


Check it out!


Sapa nak beli sempat lagi ni. Deal end tgh mlm ni.


Ni baru betul2 hi-tea kan sbb tpt nya high :P


p/s : Maybank2u problem hari ni sbb da website dia tukar interface kot. Berdebo dibuatnya sbb lama aku tunggu nak buat payment. Last2 keluar lain macam je. Terus aku cancel. Bayar guna CC (lps ni harus tuntut balik dari myDH. Blanja la... kata befday.... ngeeee )

23 April 2013

Edisi Groupon : Plush Back Rest Cushion

Assalamualaikum.

Hai.
Lama pula tak masuk 'kebun stoberi' ne. Huhu.

Entah.
Ada pelbagai menda yg perlu dipikirkan.
Dan.
Perlu diputuskan.
Sesuatu yang boleh dikatakan 'besar' jugak lah.

Takpe.
Lupakan.
Bukan kita seorang je ada masalah. Seme orang, selagi bernama manusia, ada masalah dan perlu buat keputusan.

So,
ari ni tgk 'iklan' Groupon kat emel.
Tetiba cam tertarik dgn menda ni.


Dan aku rasa, aku mmg akan perlukan menda ini nanti. Sbb namanya pun rest cushion kan. Sesuai la masa utk nak 'rest rest' nanti. Huhu.

Jadi, terus beli.
Sebenarnya dah lama tak beli deal.
Pastu plak ada 2,3 deal yg ter hangus tak di claim. 
Membuat aku makin sebu nak ber deal lagi.

Tapi. Kalo deal kat Groupon mmg jarang aku ter hangus.
Jadi, yg ni dr Groupon.
Tak dpt bean bag, yg ni pun bolehhh.... Hohoho.

14 March 2013

Levain Boulangerie Patisserie

Apakah mendanya itu?
Entah la.
Anak buah aku duk ajak g sini ja.
Kedai makan.
Kat area ofis aku gak ni.
Yang aku pun tak tahu kewujudannya.

Tgk kat web dia ni - Levain
Mmg la cam sedap2 ja.



Ada kek, pasta, macaron jenis2 makanan omputih ni lah kiranya.
Buleh la kalo nak minum petang camtu kan.
Anak buah aku kata kawan dia g makan situ.
Cam cantik je tpt dia katanya.

Huhu.
Cantik tu, mmg cantik.
Meh kita carik jap kat web ini, kalo oke, jom kita pegi.
Hau hau hau... :>

p/s : nak claim voucher groupon ni - aiskrim kat Lezzetto - hampir terlupa smpai nak expired dah. Ha, yg ni mmg ada sijil Halal. Buleh check kat Direktori Halal jugak.
Hai... terliur liur tgk eskrem nih. Kena g redeem ptg kang gak nih napaknya. Huhu.

22 November 2012

Edisi Penimbang Merah Saya

Yang aku order masa dpt RM10 diskaun tu.
Dah dpt.
Mmg comey. MyDH kata cam ipad. Sbb bila tolakkan yg scale penunjuk (petak atas tu) dia cam kecik comey je.
Tp cam rosak. Takde bateri kot. Nati lah p tukar bateri. Retu dah timbang. Dah turun sket. 47kg. Nati turun kan smpai 45kg. Bawah lagi takmo la.. cukup2 la dulu, aku dah keding. Hihi.

17 November 2012

Edisi Melilit Tudung

Kredit ; Groupon's FB
Cute kan. Simple je. Nati buleh terai.
Tp awas, silap flip nati jadi kang pakai selimut atas kepala.
Kuikuikui...

16 November 2012

Edisi Photobook : Due tahun 2013 lah!

Kuikuikui.
Mengong.
Ini ada kaitan dgn entry tersilap design photobook ni.
Hua hua hua.

Tp ada kaitan juga dgn tabiat suka membeli photobook.
Oleh kerana dah byk sgt membeli, aku da tak igt mana aku dah redeem mana belum.
Mengong.

Rupanya, yg aku design 1st tu mmg betul saiz photobook tu.
Phew.. mujo aku tak buang lagi design tu.
Sbbnya aku da re-design balik, aku dah redeem siap, skali time nak masuk code tu dia reject. Try - reject - try - reject. Berkali kali pula. Trus aku emel ke Pixajoy (yer, ini photobook kedua aku dgn Pixajoy, sbb aku suka kualiti gmbr dia).
Sambil2 tu, aku tgk semula aku punya order. Ada 2 order. Aku dah rasa, code yg aku masukkan tu aku dah redeem. Muahaha. Yer, aku pasti. Aku dah redeem buat gmbr masa kat Krabi. Awal2 lagi aku dah redeem yakni sebelum ke Redang! Miahahaha. Dah tu cemana?

Service Pixajoy amat memuaskan. Tak lama lps aku emel derang balas emel aku tu. Laju. Dan spti yg aku jangka..mmg code tu dah di redeem. Haha. Mengong btul.

Aku pun balas, bagitau aku confused sbb ada order 2 photobook tu hari. (cover malu lah. Haha).
Tp Su Yin (org Pixajoy) ni rajin pula. Minta plak code aku yg lagi satu, dia nak check (skali dia gunakan.. ha.. ayok.. hihihiw)
Aku pun bagi, dan dia reply kata yg tu due dia 23-2-2013. Yer, tahun 2013 yer. Haha. Yg aku duk kalut pasaipa. Buleh letak segala gambar lagi. Tp yg ni limited sket. Dlm 30page camtu je. Yg hok aku order 1st tu, dpt 40page. Nak buat 30page pun buleh, tp dpt album besar saiz A4.
Tapi, tak pe lah. Dah siap pun aku design gmbr kat Redang. Nati hantar je lah.

Lps tu nati utk anniversary ke Vietnam ke Langkawi ke apa seme tu, beli lagi satu. Kuikuikui.
Napak cam ada iklan photobook baru tu. Hihi.

Tengok.. mmg tak serik serik..

3 October 2012

Edisi Photobook : Addict!

Aku rasa aku ni addict dgn photobook lah.
Entah ek. Rasa cam nak beli je photobook ni walo tatau nak buh gmbr apa.
Padahal tu hari dah beria berjanji ikrar dgn diri sendiri tak mahu lagi tambah photobook.
Tapi rasa ter mahu jugak  nak beli.

Oh. Aku ada satu photobook yg masih belum di redeem.

Entah bila due dia. Thn dpn kot.
Tp nak buat awal2 juga, buleh redeem awal2. Senang sket.

Itu aku nak buh gmbr kat Redang tu ari.
Yer, dah tahap melampau bila pegi satu tpt, satu photobook.
Retu sapa yg dtg rumah aku masa HW tu ari, dpt la tgk hasil-konon-cam-kretip buat photobook tu. Huhu. Seme photobook tu dari sykt berlainan.
Cuma yg aku dah beli dan masih belum redeem ni aku ulang beli dari Pixajoy.

Pixajoy ni kualiti kertas n kaler gmbr dia mmg mantap.
Tp tu lah. Dia nyer design tak byk. Kalo rajin, buleh la edit sesiap dgn design, lps tu baru tempek dlm photobook tu. Tp aku rasa dgn keadaan skrg ni, aku tak serajin itu.



Dan skang ni tgk kat Groupon ada lagi promo.

Nak beli taknak..nak beli taknak....




Konon ingat nak buh gmbr2 masa masuk rumah baru tu hari.
Dari awal rumah kosong takde apa, smpai dah masuk barang.


Tapi, gambar housewarming tak banyak.
Tetiba rasa rugi tak amik gmbr HW guna kamera bebtul. Tp mana la sempat kan. Takkan nak hired official PG cam majlis kawen kottt... *eh, why not kan kalo kita nak jadikan kenangan masuk rumah pertama. Sure gmbr mmg cecantik kalo ada official PG*


Nak beli taknak eh?
Ada 4 hari lagi buleh pikiaq.

27 September 2012

Edisi Groupon : Mana Satu Idaman Qolbu

Lama kot dah aku tak beli apa2 kat groupon.
Eh, ye ke lama?
Haha.

Groupon ada bagi voucher free 10inggit kan? Rugi tu tak amek. Dia offer kejap je. Smpai 29hb.
Jadi, tetiba cam rasa nak beli, nak beli gak. Retu time raya dia offer. Tak sempat ku rembat.
RM10 yer, rugi lak kalo tak rembat.
So, survey2 la apa nak beli. Tknak yg memahal pun.
Taknak yg bercuti cuti seme tu. Takde dah gi cuti cuti skang ni.
Duduk umah dendiam temanya skang ni.
Photobook pun dah malas dah. Ada sebijik lagi belum design pun. Itu nak buh gmbr2 kat Redang tu ari.

Jadi, nak beli barang.
Setelah ditimbang tara, 2 barang ni aku tgh pikir2 nak amik mana satu.

Satu yg ini.
kredit : Groupon
Ada kegunaan ke?
Dulu masa kat Krabi murah je. RM15 pun dapat. Tp pikir bila masa nak guna lagi. Jadi, idak la membeli pun nyer.
Lps tu bila gi Redang tu ari, dah cam menyesal tak beli.
Heh!
Lps tu pikir, skang ni kan salu turun mandi kolam, so senang la taruk kunci ke phone ke kamera ke (eh, motip nak bawak kamera turun swimming pool. Cam jakun ja). Jadi cam senang plak letak dlm tu. Tapi, dlm plastik biasa pun buleh. Hurm.
Tp bes, dpt 3 size. Rega RM68, tolak RM10 tinggal RM58 jer

Kedua yg ni.
kredit : Groupon
Hihiw. Dah lama nk beli nih.
Tp tak terbeli. Nak timbang berat uolss.. nak letak dpn pintu bilik air.
Pas mandi pepagi, timbang.. pas makan timbang, pas berak timbang. Eh!

Bes gak kan.
Murah pun murah. RM39, tolak seploh hinggit, jadi RM29 saja.
Ada kaler lawa2 lak tu. Nak match ngan wardrobe n bilik aku amik pink or merah tu kan.
Tp bateri tu mudah ke nak carik?

Tapi, aku rasa aku nak beli penimbang ni lah.
Bes sket. Hihiw.

Jom beli weh...dapat RM10 pree tu..jom...jom...

*rasanya aku dah takde idea nak tulis blog.  Apakah faktor yang menyebabkan ku rasa begini tetiba??

1 August 2012

Edisi Photobook : From Pixajoy (again)

Kuikuikui...
Lagi lagi photobook.
Kuikuikui... *gelak cam Feimou

Petang2 dalam sesibuk tu *ntah, ptg tu sebuk nau, persediaan interview, memo itu ini, satu unit bz smpai bos pun ada kat luar. Haha*
dpt emel dari cik Awin.

assalamualaikum kak...


nk tumpang tanya, photobook pixajoy ok x? akak prnh redeem dari pixajoy?



Aku kata oke pixajoy tu. Among the best lah photobooknya.
Pastu dia balas

oo...kat grupon ni ada promo RM55

Aku cam eh..eh... cena leh tak perasan nih.  *bz katanya kan, tk smpat nak jenguk2 apa promo bes kat Groupon ini hari. Laju2 tgk Groupon.
Eh betul lah. Biasa RM78, tp ni RM55.
Murah sbb biasanya 40pages, tp yg ni 30pages only.


Pikir pikir.

Aku mmg nak letak gmbr kat Redang kan.
Tak la byk sgt gmbr, tp ada la.
Just nice kut 30pages je.

Yey!! Beli je lah. Toksah duk pikir sgt. Tu ari ada promo dari Pixajoy itself. Sama cam rega aku beli dr Groupon tu ari. 40pages lah. Tak sempat nak grab sbb 4 ari ja.
Mujo ada lagi ni. Kuikuikui...
Korang nak beli leh gi - Groupon.

Ada lagi masa nih. 5 hari lagi.
Cepat...cepat...


Ada entry berkenaan photobook aku tak publish lagi. Nati eh...

11 July 2012

Edisi Photobook : Pixajoy

Last week. Before nak cuti ke Redang tu. Jumaat.
Smpai satu parcel.
Pulak tu org Skynet tu sendiri call aku. Sebab dah lps waktu ofis. Derang takut aku dah balik. Kan Jumaat tu, ujan lebat ptg tu. Jem. Dia tak smpat nak smpai waktu ofis.
Sokay la. Aku pun masih ada di ofis.

Tp aku tatau plak parcel amende.
Ada la Pixajoy emel kata da deliver aku nyer photobook. Emelnya 5hb. Jumaat tu 6hb.
Takkan awal sgt tiba kan.

Tapi. Betul la. Photobook dari Pixajoy. Cepat btul ya.
Aku redeem 29 Jun. Dlm masa 1 week da smpai.
Tak perlu pun nak tggu 14 hari ke apa.



Bukan cam sykt canvas yg aku citer tu ari.
Kalo nak tau, sampai skang ni tak tiba2 lagi photo canvas dia.
Pagi tadi, dlm pening2 weng weng tu aku emel lagi (sbb aku bajet, parcel ada atas meja aku dah, skali takde. Ha, mendapat la kan).

Pjg lebar aku komen. Padan muka. Aku cc kan skali pada MilkADeal.
Buat hal.

Dan dan dia emel balik kata suruh bersabar. Sbb kena tggu 14 hari dari tarikh gmbr aku yg aku hantar lps di edit tu (21 Jun). 14 hari la sangat kan. 14 hari dari tarikh 21 Jun is 4 Julai. Lps tu masa 2 Julai dia emel kata  nak sent out tomorrow (3 Julai lah). So, itu yg aku tggu punya tunggu tu. Takde juga. So, dah 1 week kan. Amik la kau kan. Lps tu dan dan la kata dah sent out. Ini emel dia.

As we stated process time will take 14 working days from date 21 June not including delivery lead time. By the way your canvas have been sent out and your courier no 238 00003 434 4 (skynet). Please be patience as it will reach your doorstep within 2 days according courier service.

Dia igt aku ni baru sekali dua amik menda2 camni kut. Siap suh aku 'please be patience'. Elo. Elo. Kalo smpai dekat nak sebulan, apa tak bersabarnya. Aku rasa yg remeh cam photobook tu pun tak jadi camni. Da dpt sesiap duit, ko buat lambat2 kan. Apa kes? Aku amik 2 unit plak tu.  Sykt lain pun state 14 hari juga, tp tidak la berlanjutan. Kalo ikutkan dari date aku redeem tu - 11 Jun tu, dia leh senyap smpai la aku emel semula on 20 Jun. Lps tu kata nak hantar. Tp lepas tu dia call suh edit. Aku edit. Then senyap. Emel semula. 

Bila aku tracking nombor tu, dia sent out 10 Julai. Semalam hoke... apa yg ko kata 3 Julai tu ari? Seminggu utk kata 'tomorrow' tu.

Haih. Nak buat photobook pun tak seteruk ini tau. Dah... mmg serik la. Sori mori aku nak buat dr sykt tu dah. 

Tapi...photobook dari Pixajoy ni mmg memuaskan hati. Aku rasa dalam banyak2 photobook aku amik, Pixajoy yg paling bes kualitinya. Gmbr cantik lah. 

Takpe, nati aku leh compare gmbr2 dari sykt photobook aku amik. Sbb tu amik sykt berbeza beza. Nak tgk mana paling bes.

28 June 2012

Edisi Groupon : Mani-Pedi

Lama tak bercerita pasal Groupon kan.
Duk sebuk hal mansion @ KSU je kan. 
Ahah. Pasni aku standkan mansion aku as KSU ja ya.
Itu mmg nama sebenar mansion (singkatannya saja lah).

Melihat deal ini


Serasa cam nak beli plak.
Semenjak menjak buat mani pedi kat Krabi dulu, rasa cam bes je buat mendalah ni.
Belai2 jari jemari yg tak berapa nak mulus.
Ada hand n foot massage juga.

Tapi.
Cam ada seriau sket lah. Kut terjadi cam potong rambut tu ari.
Tapi.

Ini Groupon kan.
Salah satu comp deal yg boleh dipercayai.

Hurm.
Pikir dulu lah.
Tak bley boros2 sgt skang ni.
Byk lagi yg penting.
Tapi 38hinggit je kan. 
Ngehngehngeh!

p/s : TTC Corner, jom beli.. leh kita pampered kan diri sesama. Girl's day out maybe. Hihihiwww... (",)

Sesapa mau ber manicure pedicure, sila lah ke link Groupon ini - Classic Mani-Pedi.
Ayuh, memanjakan diri kita. Lama ni, smpai 6 Oct leh redeem :)

5 June 2012

Nak, TakNak, Nak, Taknak : Pbook Lagi

Aku dengan mendalah ni mmg 'kalah' lah.
Giler murah lak deal kali ni.
Cena nihhh..?? Cenaaa??





Alaaaa...... mmg geram. Tp usah turut rasa lah sgt.
Nak buh gmbr apa. Mmg ada tempat nak g bulan Julai ni. In fact mmg dah pre-booked with deposit pun. Tapi, tak buleh nak cakap apa2. Rasa cam ada yg kena burnt RM100 neh... adoi *tepuk dahi*

Bes kan album ni. Bleh tgk deal Groupon sanun.

31 May 2012

Tiket Ke Melaka Wonderland

Hi, (gedik lak tulis 'hai' sbg 'hi'. Hoho)

Saya ada 2 tiket ke Melaka Wonderland. Yang saya beli di Groupon bulan 4 ari tu. [ rujukan entry : Groupon Deal (Again) : Melaka Wonderland ] Lps tu saya macam malas nak pegi pulak. Sbb rasa penat. Kalo tak saya cadang nak gi Melaka on 16 Jun. Tp cam penat dah. Every weekend tak dpt nak rest. Sejak bulan Mei lagi. Penat dah nak jalan2. 
Sbb lps ni akan ada promosi kerja kahwin di ofis - start 21 Jun - 2 mggu - tak rest lah. Lps tu nak bergedik lagi ke tpt lain. Dan lps tu dah puasa. Asik berjalan saja kerjanya. Bila nak rest? 


Ada tak sesapa berkenan? Saya nak let go je. Harga voucher RM18 (satu tiket). Saya beli 2 tiket. Yang berharga RM36. Tp kira cincai saya bagi 2 tu RM35 sudah. Ini utk adult. Kalo nak bawak anak2 kena beli lah tiket di sana.

Tiket ni valid smpai 13 Julai 2012.

Kalo nak tgk rate sebenar leh masuk link Melaka Wonderland ni.
*Nak untung gi weekend sbb masuk RM30/adult.

So, kalo ada sesapa nak, do emel me yer - cikstoberi@gmail.com. Kalo bebtul nak, saya akan emel je voucher tu selepas bank-in/transfer duit. Print je voucher tu then masa nak pegi tunjuk je. Begitu.

If takde yg nak, mmg kena pegi gak la. Pegi balik hari sudah la. Penat. 
Ke nak overnite. Eh?? (T____T)

14 May 2012

Photobook : Terjebak Lagi


Haha. Pepagi dok bebising nak amik ke tak.
Tup tup, da tghari trus.. ah, amik je lah.
Mahal tu sebenarnya.
Aku tak penah lagi amik photobook yg rega lebih RM70.
Tp sbb aku ada credit RM12 dalam mycredit Groupon, maka tolak yg tu je lah.
Ini aku dpt masa dia suh antar gmbr apa tah kat FB Groupon tu. Enjoy moment ke apa tah tu.

Jadi bayar RM66 cuma. Hihi. Suka.Suka.

Jadi, bleh la start men-design photobook baru dari Pixajoy ni yer. Gmbr Krabi tak banyak sgt. Tp boleh la penuhkan 40 pages tu. Apa adahal. (T____T)
Aku mmg saja nak terai dari memacam sykt. Nak tgk, sykt mana bes, lepas tu baru leh repeat order walopun takde groupon. (tp better tggu, ada je kat groupon tu).

Ada sesapa nak beli sila klik je -  Groupon Photobook Pixajoy

# software design dia adalah sama dgn Photobook Malaysia yg aku penah beli tu hari.

7 May 2012

Mirror Jewellery Cabinet




Cam bes.
Sng nk letak aksesori seme. Rantai, jam, brooch ke apa je.
Tp jgn letak rantai emas la. Kang sng orang bawak lari ngan cermin2 dia skali. Hoho.

Jimat space.
Aku mmg sker cermin jenis panjang camni. Yg bleh napak seme. Skang pun aku mmg guna cermin camni. Tp idak la ada siap tpt aksesori ni.

Mahal lagi. Tp kalo da byk org buat nati, sure murah dah rega dia.
Kalo nak tgk, bleh tgk kat Groupon. Deal utk hari ibu.
Tatau ada lagi ke tak deal tu.
Hari tu aku nak beli deal manicure pedicure. Salu mani-pedi ni sure kat Bangsar, skali ni kat Pavilion je. Dkt banget ngan ofis. Murah lak tu. Lps tu duk KIV, skali bila tgk balik dah sold out. Uhuuuu... sedihnya.
Tkpe lahh, buat mani-pedi kat Krabi jew lahhh...... *buat nada mengada-ngada cam mintak kena lempang*

12 April 2012

11 April - Cerita 1 : Flaming Steamboat

Kan aku kata byk cerita pada 11hb April. So, kita masuk cerita 1 dulu lah.
Aku beli dari Groupon voucher makan-makan kat Flaming Steamboat Buffet nih. Masa tu ter klik 'buy' sbb aku tingin nak makan ketam. Nak makan kat Bagan Lalang rasa cam leceh2 je. So, amik stimbot pun okey lah. Untuk voucher Groupon kali ni, terhad di cawangan Setapak sahaja. Tp oke la sbb itu paling dkt dgn umah. Aku amik time kul 5pm tu. Awal kan makan? Haaa.... siap tak lunch hoke semata-mata nak makan byk byk. Sbb aku ni tak reti makan bufet2, sure makan sket je. Tp kali ni dari awal smpai akhir asik kunyah2. My dear lak surrender. Aku boleh makan sbb aku amik segala cengkerang tu je. Mana la nak ada isi banyak.

Oke. This is my first time trial. And for me - mmg aku puas hati. Sbb :

# ketam - walo pun kecik, tp ketam dia isi penuh. Sedap. Puas aku makan. Tp agak2 la kan, igt org lain sama walo pun konsep bufet. Kejadah amik ketam smpai org lain tak dpt. Aku amik 2 eko je. Tu pun sbb portion my dear. Dia taknak. Ketam pun takde la kecut je cam tpt aku makan steamboat sblm ni. Makanan lain pun my dear kata 'fresh'

# tpt selesa - meja agak terhad. Jadi tak la ramai sgt org. Tp aku rasa kalo ari minggu mesti ramai gak sbb dia ada bukak meja tambahan.

# choice of menu - pun byk. Best lah. Tp aku pilih yg ini je. Mmg aku 'see-food lover'. Ihihiks.
Sebelum (with instagram)
Selepas (w/o instagram)
(annoying kan gmbr sebelum - selepas ni?. Hihik. Sekali sekala takpe kot kan? (",)

# main masak-masak pun guna dapur elektrik. So, takde la rasa membahang. Bes! (tp kat belah luar aku tatau samada dapur elektrik ke tak). Sbb aku duk dlm. Tpt air-cond. Dan paling penting dkt ngan tpt bufet tu.

# nasik goreng, mee goreng pun sedap jugak.

# kuah tomyam dia sedap. Tak cair.

# cam biasa eskrem pun ada.

So, itu saja lah. Buleh repeat. Tak perlu nak ke Maeps tu lagi dah.  Tu kalo ramai2 buleh consider la. Sbb tpt cam luas. Tapi kalo utk kami berdua, di sini pun oke. Tp rega sini mahal sket la.
Sbb aku beli thru Groupon, aku dpt rega utk 2 org - RM39, tp sbb dtg Public Holiday kena tambah RM8.40 (sorang RM4.20). Kalo tak reganya adalah RM26.90++ seorang

Keterangan lanjut : Klik je laman web dia ni : Flaming Steamboat. Dia ada byk cawangan gak. Tp make sure booking dulu yer. 

Oh. Lupa nak tepek muka aku yg asik makan nih.
Huhu. Saja tepek gmbr yg gegar, blur. Gmbr tak blur adalah gomok setaman.

Jadi, Thank You Groupon!

#Masa ni la orang duk sebuk2 dgn tsunami, dan aku pulak time tu sedang men-tsunami kan segala cengkerang2 tu ke dalam piuk steamboat. Huhu. Sbb tu langsung tak rasa gegaran ke apa. 

24 March 2012

Fuh....! Akhirnya Redeem Juga

Memula mmg igt nak burnt dah. Lantakkan situ. Mmg malas giler nak design.
Tp bila tgk kat FB derang ni
Derang extend sampai 26 Mac. Tp still rasa tak rajin nak buat.

Cumanya bila ada masa terluang duk stanby petugas HKK ni, godek2 kejap.
Bila tgk kat FB derang, ramai yg bagi -ve comment. Mula rasa cam ish, tak bes la plak.

Tp buat gak. Sedikit demi sedikit.

Kali ni mmg takde ayat2 berbunga lah. Mmg tak kuasa.

Pun rasa, cam server problem la apa la. Dah nak last day katanya kan.
Malas. Kang penat2 buat, server problem. Lagi la terhapa.

Tp buat gak, smpai la abis 40pages. Tekan gambar 'cart' tu. Cuak bila kena byr lak. Mula la serabut pikir nak emel segala. Tp katanya dah biasa redeem voucher, harus la memujuk diri, jgn panik, sbb kang sure dia ada mintak no. voucher. Teruskan klik continue seme, dan akhirnya....
Alhamdulillah.

Dan server pun takde masalah. Proses upload ke server Photobook pun berjalan lancar. Lega sesangat rasanya.

Cuma bayar RM12 utk delivery charges. Tkpe lah. Byr je. Kang marah lak dek laki aku ni pi menjajau ke Kota Kemuning bagai kan. Satu hal plak. Better la dia hantar je. So, tggu je. 

Dulu pun masa aku order kat Ecazstudio tu pun camtu gak. Ramai yg bagi feedback negative. Tp bebuat cool je. Malas nak bebising. Hantar je, lps tu tak lama pastu dpt lah. Takde apa pun. 

So, skang tggu je lah. Nak tgk teaser?
Hehe. Mengada je kan.

Itu adalah cover dpn belakang.
Gmbr kali ni campur2. Tak mcm dulu khaskan utk cuti cuti cinta.

Upcoming, redeem sebuah lagi photobook. Syarikat lain, tp voucher Groupon gak. Yg tu khas utk Cuti Cuti Cinta Hongkong. Yey! *giler lama dah... baru nak buat album*

Bila nak buat album baru rasa amik gmbr kemain banyak, tp cam rasa takde gmbr yg bleh dimasukkan dlm photobook. Huhu.

3 February 2012

Yang Sweet, Yang Cute

Wah. Bulan 2 ni byk tul deal kat Groupon yg  sweet sweet  ja.
Bikin aku mau order ja..
Tp bak kata adik aku sorang tu. CikAnita tu kan, katanya 'kak, beli yg penting ja'. Baekkk..
Hik hik hik.

Aku sonok oh tgk, sbb nyer sng btul aku nak buat suprise utk coming beday org tu kan.
Mana yg date dia bukan semata2 utk 14hb (Vday) tu mmg la aku dok usha ja. Nak yg lambat2 ja, bkn nak buat utk Vday tu.

Yg ni cam bes.

[Up to 57% Off] Heart Shaped Balloon Bouquet with Chocolates. 15 Balloons (RM66) / 33 Balloons (RM99) / 33 Balloons with Delivery (RM130). Limited Groupons




Geram giler. Tp bila pikir satu hal la kan... tp bes gak kalo aku beli nih. Esuk je leh trus p.shoot sbb katanya belon ni bleh tahan 18jam. Hahah.

Lps tu ni tgk yg ni pun bes gak.

[44% Off] Roses and Gerberas Bouquet with Heart-shaped Chocolates OR Miniature Couple Teddy Bears for RM45 instead of RM80



Cute.   


Bes la kan kalo tetiba smpai 14hb nih.
Eh?? Mana bleh 14hb. Haha.
Sapa yg asben romantik2 tu harus la dpt tu kan.

Tp apa2 pun mmg cute. Sapa nak beli seme2 yg cute cute, sweet sweet ni, leh terjah Groupon deal ni - Groupon

28 December 2011

Wrap Up 2011 : Deals

Tahun ni pandai berjinak-jinak ngan deal plak.
Mujur aku cuma ter jebak dgn 3 je sykt deal.
Takmo aku pandang yg lain2 lagi. Kang lagi entah hapa2. Antara deal yg aku beli tahun ni.

Groupon
(1) Fotobook - 8.5” X 11” Personalised Hardcover Fotobook (Ecazstudio) - redeemed
(2) Fotobook - Personalised Photo Albums from Photobook Malaysia - belum redeem
(3) Fotobook - 11” x 8.5” Personalised Hardcover Photo Book with Durable Lay-Flat Pages 
(Time Ventures ) - belum redeem
(4) Cherating - 2D1N Stay for 2 people at 4-star Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating for 2 people + Buffet Breakfast - burnt dah sbb tak sempat masa.
(5) Buffet Dinner - [50% + 10% Off] 5-star Hotel Dinner Buffet OR Weekend High-Tea at Taman Sari Brasserie, Hotel Istana -  redeemed
(6) Gateaway deal - 4D3N Stay at xxxx + Daily Buffet Breakfast for 2 people - utk tahun 2012

MilkADeal
(1) Red Velvet Cup Cake - RM25 instead of RM50 for Sheznie’s Scrumptious Selection of Cupcakes, Pies, Brownies and many more. 16 choices available. FREE DELIVERY within KL & PJ [50% OFF] - redeemed
(3) Spa-  RM39 instead of RM373 for Facial Lifting + Sauna + Body Massage + Body Scrub + Foot Spa at The Royal Malaysian Traditional Spa, 2 Locations [90% OFF] - redeemed
(4) Design rumah -RM99 instead of RM1800 for On-site Professional Consultation + Furniture Layout Floor Plan using Autocad Space Planning + Quotation of Proposed Cost & Site Visit in Klang Valley (includes Klang/Putrajaya/Bangi) by Desigva Design, Damansara Perdana [95% OFF]  - burnt. Giler rugi...!

MyDeal

(1) Tiket wayang - Up to 43% OFF a Pair TGV Movie Tickets (except 3D and twin seats) @ TGV Cinemas for only RM16 instead of RM28! - redeemed
(2) Cake - 55% OFF Heaven Premium Ice Cream Cake @ LAQY (M) Sdn Bhd for only RM58.45 instead of RM129.90! - belum redeem
(3) Karaoke -Up to 54% OFF 3-Hour Karaoke Session + 4 Drinks + 1 Tidbits for 2 pax @ Red Box Karaoke for only RM48 nett instead of up to RM10 - belum redeem
(4) Photo Canvas -56% OFF 1 Personalised Photo Canvas (12" x 18") @ O Design for only RM79 instead of RM178! (size upgrades available) - redeemed


Bagus gak buat camni. Bleh tau mana yg blum redeem, mana yg dah redeemed. 
Tp mostly aku beli mmg yg below 100. Cuma kalo gateway deal tu lebih sket. Tu pun aku pastikan tak lebih 3 rat. Takut gak oh terlibat ngan online purchase ni.

Dan azam aku berkaitan menda ni, aku harap tahun 2012 aku beli yg betul2 aku rasa bleh pegi. Tak mahu rugi lagi akibat burnt dan tak redeem. Sakit ati je kang kalo teringat. So, skang ni kalo aku nak beli, aku nak pegi trus, atau pun aku redeem laju-laju. Takut kang ada lagi yg tak te redeem.

23 December 2011

Buffet Lagi

Mari ber buffet lagi. Haha.
Sudah terpikat lalalala dgn deal yg ni.

Memula igt nak beli then nak gi ngan adik2 seunit sempena nak makan2 sblm derang tamat kontrak. Tup2 tgk redeem nya start bln 1. By dat time, derang pun da tamat kontrak.


Jadi, beli je lah. Utk beday my dear sok bln 2. Haha. Aci??
Ke kalo tekak tingin nak gi awal, call je lah.
Kalo 2,3 bln lps aku giler deal photobook, skang duk giler nak try deal bufet2 ni plak.

Rega bleh tahan kan, so grab la.. bes kalo, bleh ulang, tak bes, tak perlu nak bising2, dpt half je pun kan.

Oh. Sapa nak gi bufet hotel Istana pun cam yg aku beli retu pun ada lagi.
Tp kat Mydeal.

Seyes bes bufet ni. Aku cam nak repeat, tp cam melampau la plak. Haha

Oke lah.
Ada majlis farewell jap lagi ni.
Sempena tamat kontrak adik2 kat Dept aku ni.
Utk unit aku je ada 5 org. Sedih giler kot ni nxt week. 30hb tu derang last.
3 thn da derang kat sini... owh.. sobssss :(

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign