Masih tak habis cerita berkaitan umrah rupanya. Hihi.
Entry ni kita cuma sharing tips yang dirasakan berguna masa kat Tanah suci. Dari pengalaman saya sendiri. Mungkin boleh jadikan panduan esp jemaah wanita :)
Panjang kot entry ni sbb di sekali harung kan. Nak settle kan cecepat supaya boleh buat entry lain dah. Hehe.
Hari ni - 6 Mei 2015, genap sebulan dah dari tarikh kami ke berangkat ke Makkah. Masa buat 1st entry tu hari, ada yg ingat kami belum pergi. Alhamdulillah, kami dah selamat pergi dan balik pun :)
Okay, meh kita sharing is caring ya.
Cari date umrah yang sesuai
Masa kursus, ustaz Daud kata sebelum nak daftar utk pergi umrah, kita carik lah tarikh sesuai utk kita. Ini utk orang perempuan lah. Maknanya jgn pilih date yg kita dijangka period. Tapi, itu applicable kalau kita pergi berdua dgn asben atau ahli lain
monopos takde period dah. Kalau pergi reramai, mana mau nyer kan.
Cam saya tu hari, mmg saya carik date selepas period. Tapi sebelum nak period tu buat juga solat hajat. Sbb kalau terlewat mmg naya sbb kami ke Mekah dulu. Dan Alhamdulillah, Allah itu Maha Pemurah. Ustaz Daud Che Ngah ada bagi petua untuk tahan period. Dia memang tak suggest pun makan ubat tahan period bagai ni (mmg tak elok pun kan, lagi2 plak saya yg ada history cyst ni). Nanti saya buat satu entry khas lah berkaitan nih (eh, ada lagi entry. Hiwhiw).
Perlu tak ambil vaksin tambahan?
Vaksin wajib (ACYW-135) tu mmg lah kena ambik. Takde ni, takde lah visa. Selain dari tu ada lagi 2 vaksin option.
Satu vaksin pneumonia, satu lagi vaksin influenza. Kami suami isteri ambik yang influenza tu je. Mak ambik vaksin pneumonia dan influenza. Utk warga emas mmg sangat sangat digalakkan ambik vaksin tambahan ni. Dan utk kita yg memuda ni pun, elok ambik influenza tu. Dengan izin Allah, mmg kami tak batuk dan selsema masa kat sana (masa balik ada batuk sket, suami mmg totally sihat. Alhamdulillah). Cuma kat Madinah, mak selsema sket. Itu pun sbb aircond dalam bilik sejuk nau. Utk vaksin tambahan ni tanya je kat doktor masa cucuk vaksin wajib tu.
Apa pakaian nak bawa ni?
Ha, bab ni saya pun buntu. Selalu kalau nak gi travel, dah tau apa nak bawak. Kali ni, 2,3 hari before berangkat pun, beg tak kemas lagi. Buntu wey nak bawak apa.
Kalau tgk list yg agensi bagi mmg lah panjang berderet. Tak perlu ikut sangat pun. Cam saya tu hari siap beli seluar ada cekak kat bawah tu. Mmg tak pakai pun. Pastu cam tudung bawal/shawl tu takyah bawak lah. Senang pakai tudung sarung tu je. Settle. Kat sana mana masa nak bershawl bagai. Tapi, kalau nak pakai pun takde masalah. Pastu nak mudah, bawa jubah. Senang. Takyah la banyak sgt, kang sampai sana kita beli lagi. Lagi mudah. Haha.
Ubat-ubatan
Nah sebeban ubat kami bawa. Kata orang prevention better than cure.
Tapi, mostly tak guna pun ubat ubatan tu. Takpe lah kan. Biar ada, dari takde. Oh Yoko Yoko tu penting. Bagi orang tak selalu exercise cam saya ni lah. Banyak berjalan, jadi macam sakit betis la apa la. Sapu je yoko yoko tu.
Cuma lupa bawa losyen. Tu penting tu sebenarnya sbb kulit jadi kering dan cam alergi plak bila kat sana. Mungkin sbb air sana air dari air laut. Ramai juga ahli rombongan yg jadi kulit cam gatal. Kalau tak bawa pun takpe. Beli olive oil kat sana, sapu kan je.
Bertolak ke Mekah dahulu, dan pakai ihram dari Malaysia
Sebenarnya mula tu memang rasa agak 'hectic' kalau ke Mekah dulu. Mmg pikir moga2 dapat ke Madinah dulu. Ye lah, nak kena siap ihram semua kan dari rumah. Tapi, sebenarnya kalau ke Mekah dulu lah paling rasa senang. Sbb kita dah selesai umrah semua. Lega dah. Kami ke Makkah dulu. Jadi, mmg kena bersiap dari rumah biar pun seawal pagi kita dah keluar rumah.
Caranya adalah - dari rumah siap pakai ihram. Perempuan senang. Jubah pun dah cukup. Baju kurung pun takde hal. Asal menutup aurat. Lps berniat atas flight kang, sarung je telekung. Kalau rasa tudung dah cukup labuh, cover semua, tak payah bertelekung dah (telekung saja, kain tak payah. Kita dah berstokin semua dah. Kat sana mmg pakai telekung tanpa kain pun).
Untuk lelaki, suami saya pakai kain ihram (bahagian bawah) sesiap dari rumah. Lepas tu pakai lah jubah. Sbb nak pakai kain ni agak leceh sket ya. Kalau yg bahagian atas tu tak pe lagi. So, pakai tu dulu, kejap lagi kat airport, dah lps solat Zohor atau masa nak naik flight boleh pakai ihram bahagian atas plak. Simple kan. Takyah la pakai tshirt ngan kain ihram tu. Bukan la tak buleh, cuma tak berapa nak hensem. Hihi. Kain ihram tu bebaik. Jangan terlucut plak. Tapi, sebelum berniat buleh lagi pakai seluar kecik.
Untuk menjaga wuduk sepanjang di tanah suci (Makkah, Madinah), kami gunakan botol spray. Tapi, kita ada kelonggaran semasa tawaf - tidak batal wudhu sekiranya ter sentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat (Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke 21)..
Tapi, jangan lah sewenangnya pula kita ambil kesempatan tu. Seronok pula tawaf berpegangan tangan dengan suami tanpa lapik sesuka hati. Katanya "ter"sentuh kan. Jadi, seboleh2 kita jaga lah wudhu.
Mudah kalau ada botol spray tu. Kami beli kt tempat kursus. Satu tu RM5. Kat Daiso/DIY pun ada botol tu. Tapi kalau beli kat Andalusia tu dia siap ada sticker cara2 nak ambil wudhu guna spray tu. Senang lah sket kan.
Tapi, harus diingatkan wudhu guna spray ni hanya boleh guna kalau terbatal wudhu sbb kentut je. Tak boleh kalau nak renew wudhu sbb buang air (kecil/besar). Itu kena ambil wudhu betul2 ya.
Kat Masjidil Haram, tandas agak jauh dari tempat solat. Tempatnya macam ke bawah terowong. Toilet nya banyak. Dan sentiasa di cuci. Bersih. Don't worry.
Tempat ambil wudhu pun ada ditulis notis dalam Bahasa Melayu (lupa plak nak ambik gambar).
Kat Madinah dekat je. Itu pun ke dalam terowong ke bawah juga. Pun bersih.
Tempat solat wanita sgt limited masa construction ni. Jadi, 2 jam awal is much better. Takpe lah, tak terasa lama pun menunggu kalau kat sana. Ni kat masjidil haram lah. Kalau Madinah tu lewat sket pun takpe.
Kalau solat Jumaat, mmg sebelum pukul 10pagi dah kena pergi. Kalau tak, merasa lah solat bawah kolong atau luar dataran.
Perlu pakai kasut ke sandal?
Pakai sandal adalah terbaik kat sana. Takyah nak bawa kasut bertutup ka, sport shoes ka. Sbb kita selalu singgah utk solat. Samada semasa ziarah atau pun dalam perjalanan ke Makkah/Madinah. Nak ambik wudhu mudah. Nak simpan dalam uncang pun tak besar. Saya bawa kasut sport. Rasa cam renyah lah hai. Ada satu sandal. Senang. Tapi, hilang plak kat Madinah. Huhu.
Stokin
Utk mudah nak ambil wudhu juga, elok bawa stokin wudhu. Sbb kita pergi ziarah/dalam perjalanan lantas nak terus solat sunat kan. Jadi, kalau pakai stokin wudhu ni takde la susah2 nak buka stokin. Kat kedai BATA pun ada stokin ni, kat Tesco pun ada. Orang jual online pun banyak.
Stokin kasut / stokin biji biji
Tak tahu apa nama sebetul nya. Kasut kah. Stokin kah. Ada yang panggil stokin tawaf. Andalusia jual sepasang RM10. Tapi, saya dah beli lama kat Daiso. RM5 sepasang. Corak stoberi. So, selamba saja tawaf pakai tu. Kena pakai ya stokin biji biji ni sbb kalau pakai stokin saja utk tawaf and saie, nanti licin. Sana seme pun lantai marmar. Satu pun cukup dah. Tapi, kalau nak buat umrah selalu, dan target hehari nak umrah, bawa lah dua (kalau tak tahu buleh gugel cemna bentuk rupanya).
Face mask/nosk/niqab utk tutup hidung
Di Masjidil Haram tgh massive renovation (ada orang kata siapnya tahun 2020). Dalam masjib pun berhabuk. Jadi, mmg kena cover hidung utk pernafasan. Esp utk warga emas dan ada masalah pernafasan. Utk orang perempuan, dalam ihram tak boleh tutup muka. Boleh pakai nosk. Nosk ni dia masuk dalam hidung (gugel cemna bentuk nya). Kedai2 jual barang umrah/haji mmg ada jual. Mak guna yang ni.
Saya pula tak selesa nak guna nosk dan face mask. Jadi, di luar ihram saya berniqab (dalam ihram tak cover, tu yang kena dam tu sbb ada tertutup muka. Huhu).
Berniqab ni lebih selesa. Sangat. Dan ini lah masanya utk kita cuba berpurdah. Saya beli online, jenis ikat belakang, 2 layer dan cantik terletak. Beli online sblm pergi [Link :
Thahirah Hijab Shop]. Ada sorang makcik tu cakap, kalau pakai purdah ni mmg elok, sbb ada anaknya pergi sebelum ni pun, tak batuk sbb pakai purdah. So, ini adalah option terbaik kalau anda semua tak selesa guna face mask macam saya.
Paling elok sedekah pada orang2 yg kerja dalam masjid tu. Yang minta sedekah tepi jalan tu elakkan lah. Tak tahu pun depa datang dari mana. Cara mereka juga kasar. Siap pegang bahu kita. Utk lepaskan diri dari mereka ni, kita buat tak tahu ja.
Wakaf Al Quran
Ada Al Quran yang standard. Boleh beli sendiri dan letak di masjid (tapi takut yang tiruan punya). Macam kat Madinah depan masjid depa jual dan harganya sangat murah. Bila ada polis datang bertempiaran depa lari. Kalau yg diluluskan buat apa lari kan.
Jadi, nak mudah, bagi saja duit pada mutawif. Biar dia uruskan.
Botol air isi air zam zam
Masa kat sana, kami bawa 2 botol Eco Bottle Tupperware. Yang 750ml punya.
Jadi, bawa pergi masjid, buleh letak air zam zam. Kat Mekah/Madinah buleh je nak ambik air zam zam kat tong air dalam masjid tu utk bawa balik ke hotel. Tp jangan lah bawak botol besau nau plak kan. Ada je lah orang negara lain buat, tapi tak senonoh ah. Jadi, botol air ni mmg berguna. Nak bawak gi ziarah pun senang.
Kat mana nak beli sim card?
Ha... ini memang penting. Jangan kata ah tak payah la. Yang utama sbb nak call suami lah. Tanya awak kat mana? awak kat mana? Haha. Takde lah.. kadang dah merata pintu kita pergi kan. Pastu dah tatau kat mana. Pastu penting nak w.app ngan family. Pastu errr... tak la penting sgt kan.. nak update instagram tu :D
Sebelum naik flight, ada je petugas Andalusia ni jual. tapi katanya takde internet. Line phone je. Taknak ah. Sapa nak line je. Orang nak internet kan. Haha.
Sim card boleh beli masa turun flight. Sementara kita duk tunggu nak masuk imigresen tu. Ada cleaner jual. Dia akan setting sekali. But, aku idak la bagi cikepal6 aku untuk di godekkan. Lagipun itu guna mikro simkad kan. Susah. Aku bawak galaxy aku yg lama tu ja (tab tak bawak. Tinggal kat rumah). Jadi, yg itu lah no sana. Yang cikepal6 aku guna wifi sajork.
Kami beli brand "zain". Kalau tak silap 25riyal. Dalam nya ada berapa entah. Call zain to zain free katanya. Mean, asben guna zain jugak. Jadi, saya call dia free lah. Pastu internet berapa GB entah.
Sempat top up sekali je. Kat Mekah. Beli je kat receptionist hotel yang kami duduk. Tapi, nak top up ni pun cam pelik2. So, suruh je orang tu top up terus.
Kat lobby hotel ada wifi. Jadi, jimat internet. Haha.
Bekas tapau yang ada compartment
Saya bawak 3 biji. Beli kat chowkit sajork. Hihi. Eh, bagus tau bekas cemni. Esp kalau kita bawa mak atau anak kecik. Depa ni kadang tak larat nak turun makan, so kita tapau kan je. Tu ari kami tinggalkan je kat Mekah. Heharap org bersihkan bilik tak buang lah.
Boleh bawa telefon tak dalam masjid?
Boleh je. Kalau kat Masjidil Haram, takde masalah. Tapi, jangan lah bawa monopod bagai kan. Macam tak sesuai plak.
Kalau kat Masjid Nabawi, ada orang kata tak boleh. Tapi, saya bawa je masuk. Tapi tak letak dalam beg yg dia periksa tu. Letak dalam uncang kasut atau pun dalam poket jubah.
Utk ambik gambar plak, mmg saya guna phone ja. Mostly dari cikEpal6. Itu pun dah cukup lah. Mmg mulanya nak bawak cikNik, tapi masa tu kabel charge tertinggal kat ofis. Maka, tak bawak lah. Dan mmg elok tak bawak sbb tak guna langsung. Even bawak kamera digital kecik tu pun tak guna. Semua orang ambik gambar guna phone je. Nak bawak kamera dalam masjid lagi lah tak boleh. Better guna phone. Balik masjid, on wifi kat lobby hantar gambar thru w.app kat grup family, grup office. Atau masuk IG. Haha. Weh. Matlamat tak menghalalkan cara tu. Hiihi.
Kat Mekah, dalam bilik dia siap letak plug extension yang tak perlu guna international adapter. Okay lah kan. Tapi, kat Madinah tiada ya. Maka, international adapter adalah perlu. Mmg lah ada je jual kat bawah2 hotel tu. Tapi, kami mmg dah ada dan mmg bawa acapkali travel.
Perlu bawa hanger tak?
Perlu. Kat Mekah takde hanger (mungkin sbb ai duk hotel marhaein - duk hotel Hilton ada lah kot). Kami bawa hanger dalam 5 sorang. Nanti kat Madinah ada hanger orang tinggalkan utk wakaf. Kami pun tinggalkan hanger kat Madinah. Kalau tahu kat Madinah dah ada hanger, kami tinggal kat Makkah je hanger tu. Takpe lah.
Dobi atau basuh baju kat sana?
Kat Makkah dobi adalah little bit mahal. Jubah sahaja dah 15riyal sehelai. Dia tak ikut kilo cam kita. Dia ikut panjang pendek baju. Kalau jubah dah 15 riyal, baik tambah 15riyal dah buleh dapat satu lagi jubah baru kat bawah hotel tu. Hiwhiw. Jadi, kat Makkah, kami basuh baju. Bawa sabun serbuk. Dan berus sabut (tp kami lupa nak bawa berus jadi sental2 camtu je lah). Kat Mekah bilik air dia ada cahaya luar. Jadi, baju cepat kering. Kat Madinah takde. Cuma, kat Madinah ada housekeeping hotel buat dobi. Murah lah sket. Satu baju 4riyal. Tak kisah baju apa. Jadi, hantar dobi je lah kat Madinah. Lagipun nak balik dah. Mana yang tak basuh tu, usung je lah bawak balik. Sampai KL terus hantar dobi. Weols kalau balik travel memana pun, mmg trus hantar baju ke dobi. Dah siap siap masuk dlm plastik semua baju kotor tu dari sana. Balik trus hantar.
Dettol anti bacterial wet wipes
Ini mmg 'must have item' saya ke mana saja pun. Bukan je utk travel. Kat sana lagi lah penting. Kadang kat masjid ada orang sedekah kurma, ambik lah. Pastu tangan mesti melekit. Satu hal nak basuh pulak kan. Jadi, kita spray air (kan ada botol spray wudhu tu), lap dengan wet wipes, lap ngan tisu, dah rasa bersih dah :)
Ups. Ini untuk wanita ya. Pantyliner ni penting amat. Esp dalam ihram. Kita nak sentiasa bersih kan. Carik yang unscented sbb dalam ihram dan bila dah berniat umrah, tak boleh berwangi wangian. Nak berwangi, sebelum niat boleh. Bawak je lah stok dalam beg tu. Dalam flight pun lama kan. Jadi, mmg kena standby bebanyak pantiliner nih.
Tanda kat beg/nama kat beg
Dulu orang suka tulis nama sebesar2 alam kat beg kan. Macam masa gi haji dulu. Ayah tulis kemain besau penuh satu beg. Hihi.
Now, kami takmo la buat camtu. Cam sayang je kat beg cecantik Andalusia bagi tu kan. So, kami tulis nama atas kain. Carik la kain perca yg warna cerah tu, tulis la nama guna marker, then ikat. Settle.
Lepas tu jangan lupa bawa masking tape. Masking tape ni tujuan dia tulis nama dan no flight kat beg. Sbb nya masa nak balik, ada lagi grup lain yang balik sekali. Dah la beg sama kan. Jadi, kena la buh tape nama kita dan no flight kita. Kang kita naik flight MAS, beg kita naik Saudi Airlines. Ha, naya. Sudahnya kena gi ambik kat pejabat Andalusia pulak kang.
Kami tak bawa masking tape ni. Terpaksa beli plak kat Madinah. 4riyal satu.
Kat sana peniaga agak 'harsh'. Dia akan deal sampai jadi. So, kalau taknak, jgn nampak macam berminat. Depa pandai cakap melayu. Senang. Kat Madinah lagi harsh. Kalau buleh kita perempuan jangan lah keluar sendirian. Ada nampak orang perempuan, muda lak tu pergi shopping sendiri. Entah. Ingat lagi, masa pergi haji dulu, ada yang berpesan jangan berani keluar sendirian. Tapi, mmg rasa agak tak selesa lah dengan peniaga kat sana. Pergi dengan suami pun rasa gentar. Sbb tu rasa selamat sket bila pakai purdah :)
Kerusi untuk solat
Kadang mak kita nak solat duduk kan. Don't worry. Kat dalam masjid mmg byk kerusi disediakan. Sebelum solat tu buleh lah ambik kerusi tu. Nak balik nanti letak lah balik kat tempat dia. Nak pergi Raudhah (makam Nabi) pun boleh bawa kerusi ni. Senang mak kita nak duduk kat tempat stop stop sebelum masuk Raudhah tu.
Wheelchair
Mak tak guna wheelchair sepenuhnya. Boleh jalan lagi kalau nak pergi masjid/ziarah. Kami cuma bawa untuk tawaf dan saie. Wheelchair mmg ada je Andalusia sediakan. Ambil saja lah di pejabat dia. Tak perlu sewa, tulis nama apa. Ambik saja. Tapi, amanah lah. Lepas dah guna pulangkan balik. Dan jaga lah macam kita jaga harta kita sendiri kan.
Ini lah antara tips yang dapat di share.
Kalau ada yang teringat lagi, saya akan update kemudian.
Anything, buleh tanya ja.
Pada yang nak pergi umrah tu, moga kawan2 semua mendapat umrah yang Maqbullah dan semua urusan dipermudahkan :)