Pages

Showing posts with label Sabah 2017. Show all posts
Showing posts with label Sabah 2017. Show all posts

2 April 2018

#kaptenRizqkeSabah : Pulang Mari lah Pulang

Day 5 
4 Disember 2017.

Hari terakhir untuk family trip di Sabah.
Phew.
5 hari 4 malam.
Puas lah ke sana ke mari.
Pengalaman travel wif si kecik yang berusia 18 bulan (1 tahun setgh).
U know what, infant who is direct feeding; is less cranky while travelling.
Itu fakta yang saya dapat untuk anak saya - Rizq Iskandar.
Kita pun takde la nak susahkan orang utk berenti kt memana untuk top up air panas ka, nak buat susu ka, nak usung beg susu apa semua. 
Cukup masa - bagi kan ja.
Merengek ngantuk - bagi kan ja.

Rizq tido lama dalam van masa nak pergi Kudat tu.
Jauh tu kalo ikut kan perjalanannya. Tp sebab dia tido je - takde hal. Terbangun pun, bagi kan je nenen, tido balik. Hehe.
Alhamdulillah lah sangat rasanya.
Senang. Mudah.

Okay. Berbalik pada cerita Sabah.
Last day.
Flight kami petang. Dalam kul 5 lebih.
Sebab ingat boleh la jalan2 dulu ke apa sebelum tu.
Abgnyah n famili amik flight lain.
Dia balik dulu.

Kami ajak driver tu jejalan lagi.
Kalo ikutkan dia hanya pick up kiterang kat homestay and then hantar terus ke airport.
Tapi, dia kata takpe lah. Boleh la bawak pusing2 KK jap.






Menjelang tghari tu dak Rizq macam dah flat.
Dia dah moody.
Maybe sbb penat dah agaknya 5 hari di usung ke hulu ke hilir.
So, cakap dgn driver - takpe..kiterang nak pergi airport ja terus.
Masa tu baru kul 1 camtu.
Ada lebih kurang 4 jam lagi.
Kematu bontot dok kat airport tu.
Tapi dak Rizq takde la dia meragam ke apa. Okay je dia suruh kita pimpin dia kt situ. Atau dukung dia (masa ni dia tak bleh jln sendiri lagi).
Dah la before tu flight AA ada yg delay.
Kiterang pun macam delay gak. Tp takde la delay lama sgt.
And then, sbb kita premium hot seat, takde la rasa rungsing dgn orang lain yg tak sesabau nak  naik flight.
Thats why ai tell yu, if uols ada anak kecik, better lah amik hot seat premium yg dok depan skali tu. Takde merungsing. Makan pun dapat awal kalo kita dah booked sesiap makanan.

Sampai KL dalam kul 8 lebih.
Ding dong begitu begini sampai rumah kul 11 malam.
Fuh.
Cumanya, silap sket kiterang lah.
Ada anak kecik ni much better amik flight pagi.
In case delay ke apa anak masih cergas.
Pastu dia pun tak penat.

If travel lebih dari 3 hari - jangan lah nak plan apa2 utk  hari terakhir before balik. Anak dah penat. Balik je pepagi.
Kalau rasa tak puas nak jalan - habiskan sehari sebelum tu.

Hari last tak perlu dah. Peruntukan hanya untuk pergi airport dan balik.
Itu pengajaran untuk kami yg 1st time travel with infant ni.
Lepas ni tau dah lah.

Settle dah family trip tahun 2017.
Tahun 2018 tatau lagi ke mana sbb ada 2 orang anak saudara yang amik SPM.
Jadinya, kena tggu depa abis SPM la kot.
Tapi, takdak plan lagi nak kemana.
Rehat dulu lah kot since kiterang ada plan lain before cuti sekolah tu.
Moga moga menjadi lah :)

28 March 2018

#kaptenRizqkeSabah : Pulau Sapi dan Shopping Time

Seterusnya Day 4.
3 Disember 2017

Hari ni jadualnya ada lah ke Pulau.
Permulaan jadual kami adalah ke Pulau Manukan. Tapi, depa tukar jadi Pulau Sapi.
Aiols okay je memana sbb tak pernah pergi pulau kt Sabah ni lagi.
Sbb kami satu famili, dan juga ikut pakej, memang cepat dan mudah lah.
Kat jeti tu memang penuh.
Kalau tak amik pakej maybe kena beli tiket kat kaunter la kot.

Kiterang ni driver tu drop then dia suruh tunggu satu tempat.
Lps tu dia datang balik bagi life jacket and peralatan snorkeling.
Then boleh dah naik bot.
Settle.
Senang.
Kalau berdua ke atau tak ramai maybe kena tunggu lah kot.
Pastu jenuh juga kalau nak balik nanti kan.
Kena lah tunggu semua ada baru bleh balik.
Ke cemana? Yang ni takde info. Huhu.

Dak Rizq tertido dalam bot.
Naik speed boat kecik tu ja. Melantun lantun aih.
Risau memang risau. Tp kita bebuat berani ja. Tak lama pun, dalam 8minit camtu ja rasanya.


Sampai Pulau Sapi - buat lah xtvt sendiri. Dok lah berapa lama nak dok. Nanti nak balik, gitau je nak balik jeti. Carik balik bot under sykt kita (ke boleh je naik memana bot - tak pasti yang ini).
Sampai situ, carik lah port memasing dan mandi laut lah, apa lagi kan.
Susukan dak Rizq dulu then snorkel tgk ikan.
Jangan lupa bawa roti supaya bleh bagi ikan makan dan ikan dtg dekat2 :)
Dak Rizq tido ja masa ni.

Sedap dia tidoq dgn angin bayu laut ni.
Angin laut cina selatan yang terbentang luas :)
Dah bangun, bawak dia gi laut.
Taknak dia. Bad mood terus.
Tak merasa nak mandi laut pun (T___T)


Kiterang kat sini sampai kul 12 lebih.
Pastu naik bot balik ke jeti.
Kat sana driver da siap tunggu.
Balik hotel utk mandi solat then turun balik untuk lunch.
Kami lunch dkt area2 pasar Filipin tu ja sbb lps tu nak shopping.

Takde shopping apa pun.
Just beli ikan bilis and t-shirt.
Pastu mintak abg driver tu hantar kami balik hotel.
Sementara nak tggu tu, kiterang masuk lobi hotel Le Meridien.
Cantik hotel ni. Nanti nak stay sini lah next time. Haha.

Akak akak ipar yang banyak shopping.
Depa tu siap pergi balik waktu malam.
Katanya waktu malam dapat tawar harga murah.
Sekotak brooch yg ada sedozen dalam tu, waktu siang jual RM50 camtu, boleh dpt RM20 kot.
Ye ke??
Macam tak caya ja. Ye lah kot. Entah.
Aiols beli ja waktu siang tu. Takde kuasa lah nak pi kuar lagi memalam.
Malam tu kiterang tak kuar dinner pun.
Just kirim ja kat depa yang nak keluar.

Settle hari sebelum hari terakhir di KK.
Esuk nak balik dah :)

26 February 2018

#kaptenRizqkeSabah : Kundasang - Tip Of Borneo - Kota Kinabalu

Hari ketiga - 2 Disember 2017 (Sabtu).

Check out dari Kundasang.
Breakfast di Kundasang kafe dan teruskan perjalanan ke Kudat untuk ke Tip Of Borneo.
Jauh yang sangat jauh ya.
3 jam lebih perjalanan.
Itu pun ada berhenti henti.
Kalau pergi sendiri, memang tak terpegi ni.
Kalau dari Kundasang, turun semula ke arah nak balik KK, tapi nanti ada belok ke arah Kota Belud. Ambik jalan tu. Sunyi jalannnya. Tapi pemandangan sgt cantik. Masih nampak puncak gunung. Memang takde signboard pun tunjuk arah Kudat. 

Kita akan jumpa Tuaran - Kota Belud - Kota Marudu then baru lah Kudat.
Tapi, tak pergi pun pekan Kudat.
Just ke Tip Of Borneo tu ja.
Dulu, memang kami tak ke sini, so, memang nawaitu makRizq nak pegi kali ni. Masa carik pakej kat Matta Fair, memang takdak pun yg offer pergi Kudat ni. Hanya agent yg kami dapat ni ja ada Tip Of Borneo dalam itinerary dia.
Kalau ikut kan, kira kami da cover 1/4 Sabah dah tu. Haha.
Kalau pergi 5 hari 4 malam, boleh la pergi Kudat ni.
Kalau tak.. tak payah lah. Penat weh.


On d way, kami stop jap ambik gambar di Kota Belud.
Lawa pekan dia.
In fact, Kraftangan pun ada office di Kota Belud ni. Tapi entah kat mana tatau. Huhu.
Rasa macam penah pergi gak dulu. Sekali. Masa tu baru masuk kerja.


Singgah kejap beli jagung bakar. Sebelum area pekan Kota Marudu. Nanti kat satu roundabout akan nampak gambar jagung. Maknanya kawasan ni memang femes dgn jagung. Shld try. Don't worry mmg akan nampak macam was was, tp dia jagung ni dibakar skali dgn kulit. Peniaga2 situ tak pegang pun isi jagung tu.



Then diteruskan hingga ke Perkampungan Rungus. Rumah Panjang. Tiket masuk dah include dalam pakej. Boleh la tgk rumah panjang kaum Rungus. Tapi kami tak masuk pun. Nak cepat. Plus macam hujan dah masa ni. Just beli kraf manik kat situ. Murah sangat. RM2 pun dah dapat rantai tangan manik yg kemas buatannya. Sbb makcik2 yg buat.

Settle situ sambung lagi perjalanan ke Tip of Borneo. Masuk simpang situ, simpang sini, masih tak sampai. Signboard memang takdak ya melainkan dah dekat2 tu. Jadi, kalau pergi sendiri, berhati hati lah. Line internet pun kadang ada, kadang takde. 

Sampai je, terus pergi lunch. Ada kedai makan tepi laut. Tapi nya, menu tak banyak. Driver kami kata sbb jauh, susah dia nak dapat bekalan.


Dah makan2, baru pergi tgk hujung tanduk Sabah.
Masa ni cuaca mendung. Tapi berpeluh tiak juga dibuat nya.
View superb Subhanallah.
Duk situ dalam setengah jam then gerak pulang ke KK.
Singgah solat kat Kampung Matunggong. 
Dah selesai apa semua naik van semua dah, dah gerak dalam 15minit camtu lah, boleh plak sorang anak buah tertinggal sweater dia kat masjid tu. Ya Tuhaaan... tapi apa nak buat. Apaknya kata tu sweater beli kat Korea pulak tu.
Semua macam - ha.. nak buat cemna. Dah la jauh lagi perjalanan ni. Naseb lepas tu dak Rizq tido ja. Dah nak sampai KK baru dia bangun semula.

Smpai KK dalam jam 8. Mmg macam awal tp kat KK ni kul 6 dah maghrib. Jadi, serupa macam dah kul 9 lah.
Makan seafood.





Lps tu terus pergi homestay.
Kami stay di Marina Court.
Kalau famili memang elok lah stay sini. Fully furnished. Siap ada washing machine apa semua. Okay lah kan.
Lepas letak bag, kakak2 ipar pi shopping kat pasar Filipin. Kami dah tak larat dah. Tidoq lah lagi best.

Settle hari ke 3.
Esuknya kita ke pulau pula :D

17 January 2018

#kaptenRizqkeSabah : Kundasang

1 Disember 2017 (Jumaat).
Salam Maulidur Rasul. Dan salam Jumaat dari Kundasang.

Pagi yang indah.
Amik peluang berjalan2 sekitar homestay.
Serious best walai tokou ni.
Bleh consider pada sesapa nak berkunjung ke Kundasang.
Puncak Kinabalu is depan mata ai tell yu.




Dan Rizq tetiba gatal gatal mata! 
Mata hitam dia jadi kecik. Sbb mata putih dah berselaput tebal. Kaget jap mak dia. Ya Tuhann.. apa kena nih.
Abgnyah kata maybe kena hay fever.
Sebelah je kena. Cepat2 sapu dgn susu badan.
Lps tu nampak surut. Tp derang ni semua dah macam cemas.
So, pergi lah klinik.
Merasa lah Rizq ada rekod kat Klinik Kundasang. Haha.
Old skol sungguh lah klinik tu.
Siap doktor tu pun pakai baju putih doktor. Pastu dia yang amik ubat sendiri.
Doktor kata maybe alergi. Asal dia aktif, okay je doktor kata.
Yang lawak, doktor tanya lepas ni nak pegi mana. Ingat doktor tak bagi pegi tempat berhabuk ke apa. Rupanya doktor recommend pergi Rabbit Village. Haha.
Kiterang diagnose Rizq jadi gitu sbb alergi debunga. Kat homestay ada sepokok mangga yg tgh lebat berbunga. Dkt sgt dgn beranda homestay. Sama aras dengan Rizq berdiri. Tu yg dia tak tahan tu kot. Aiseh. Cemana nak pegi tempat yg ada musim bunga ni, kapten?? Hehehe.

Tema kiterang hijau pada hari kedua ni.



Lps gi klinik, kiterang pergi Desa Dairy Farm. Kat sini tiket masuk dah includes dalam pakej.
Dah elok dah area sini. Kalau dulu nak pergi pun melantun2 batu. Skrg dah turap elok dah.
Cuma lembu2 tu macam jauh dah. Tak berapa nampak.
Tapi, memacam makanan dah ada.
Sedapnya oreo cheesecake tu :P


Lps tu ke Poring.
Sebelum tu singgah makan dulu. Kat Poring tu gak lah.
Lunch style hidang kt depan entrance Poring tu.
Kat Poring pun kami tak bayar tiket masuk sbb dah termasuk dalam pakej.
Kami tak masuk dalam pun. Dulu dah pernah pegi. Lagipun hujan renyai2. 
Duduk kat building depan tu je.
Rizq pulak poo poo.
Oh, kat sini tak mesra baby ya. Takdak pun nursing room ka, baby room ka. Pepandai kau lah cemana nak uruskan. Cumanya toilet agak kering. So, takde lah rasa cam kotor.

Dari Poring kami balik semula ke area Kundasang. 
Singgah solat Zohor kat surau on the way tu.
Tak pergi pun Luanti. Sbb driver bawa kami ke tempat lain. Masa kami ke Sabah dulu pun kami tak pergi Luanti ni.
Driver bawa kami ke Kg Marakau. Kat sini pun ada feeding fish. Tapi, lebih menarik. Ikan lebih besar. Besar yg memang besar. Ikan tu lalu kut celah kaki kau pun rasa geli.
Bagi makan pun ada style nya.
Genggam makanan ikan, pastu bagi ikan sedut celah genggam tu.
AyahRizq taknak bagi sbb dia geli. Laaaa... tah pehapa tau.
Mak Rizq tak bagi lah ikan tu makan sbb babywearing Rizq. Tp syok lah tgk ikan besar2 tu.




Dari situ kami ke rabbit village.
Eh. Nak pergi sini jalan teruk gak. Macam nak pergi ladang lembu dulu tu. Eish. Ni kalau bawak kereta sendiri tak confident kot. Terberenti gak van kami masa nak naik bukit tu. Haishhh.
Kat sini masuk bayar sendiri. RM5/pax. Nanti dia bagi makanan sekali.
Tapi, rabbit pun dah kenyang. Taknak makan dah.
Rabbit memang byk. Rizq geli geli berani nak pegang. Hehe.


Settle - balik ke pekan Kundasang. Tu pun dah dkt kul 5. Dah nak maghrib kiranya tu.
Beli KFC untuk makan malam tu.
Kalau dulu kami makan KFC, rasa sedap sgt coleslaw, tapi kali ni coleslaw takdak. Huhuhu.
Oh. Kaknyah nak makan kepak ayam madu. Tapi dah habis. Kesiannnn... (T____T).

Settle hari kedua.

20 December 2017

#kaptenRizqkeSabah : KLIA - KKIA - Kundasang

30 November 2017 (Khamis)

Perancangan dari awal tahun akhirnya ter realisasi juga. Awal tahun hapa nya. Dari tahun 2015 kot. Tak jadi, jadi.. (T___T).

Beli tiket flight dalam bulan 6. Mula kami nak ambik MAS. Tp dek kerana bertangguh2, harga da jadi mahal. Amik la AA juga.
Flight kami pada awal nya jam 7.50 pagi. Tapi di awalkan jam 7.20pagi.
AA emel. Dan 2 hari sebelum AA call bagitahu lagi. Nampaknya AA dah semakin bagus service nya. Dia taknak kita salahkan dia agaknya kalau terlewat. Siap emel, siap call.

Seawal jam 3 pagi dah kejutkan dak Rizq.

Oh ya. This is our 1st time fly wif infant. So, agak teruja jugak lah. MakRizq tak tido tau. Takut tak terjaga pun iye juga. Haha.
So, kejutkan dak Rizq dalam jam 3pagi. Rizq memang sejenis tak crancky dikejutkan. So, mandikan dia, sesiap then kami gerak dalam jam 3.45 pagi.
Gerak 2 kereta. Rombongan kami 10 orang semuanya, termasuk sorang infant.
So, pagi tu gerak 2 kereta. Abgcik, kakcik and Fatin (anak derang, 2 lagi tak ikut). Anak sulung abgcik yang antar smpai Putrajaya Sentral. Kami plak terus parking kat Putrajaya Sentral.
Abgnyah n famili gerak dari Ipoh direct to stesen Salak Tinggi. Parking kat situ.

{info : Total bayaran untuk 5 hari di Putrajaya Sentral adalah RM30. Dia kira dalam RM6/day. Okay lah kan. Tiket ERL dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 - RM9.40 sehala}

Kami ambik erl paling awal. Dari Putrajaya Sentral jam 4.45pagi. Tiba KLIA2 dalam jam 5.10pagi camtu. Terus drop luggage and solat subuh. Orang ramai, tapi kaunter banyak buka. Kami dah buat web check in.

{tips : untuk baby pun boleh web check in. Memula baca tak boleh, tapi bila web check in, boleh ja}

Lps solat subuh baru masuk boarding. Tp ni silap sket. Patut lepas drop bag, terus je masuk boarding sbb beratur panjang la sangat kat imigresen tu. Dak Rizq dah tertido kat dalam carrier. Tapi dia terjaga balik sbb kena bukak carrier. Handbag sangkut kat bahu pulak. Tak boleh tanggal kalau tak bukak carrier. Handbeg kena scan. Aiseh. Naseb la anak ku itu bukan jenis crancky mengamok tak tentu pasal. Immigresen pun buat kerja dia gak. Handbeg memang kena scan.

{tips : drop luggage then terus boarding. Takde lah kelam kabut. Surau banyak kat dalam}.

Oleh kerana kami amik hot seat - zone 1 - dapat la masuk dulu. Hehe. Dulu dok dgr je orang announce suruh naik dulu. Skrg kami dah dapat benefit tu. Yey!. Haha.

{tips : kalau bawa infant, better much amik hot seat paling depan. Kalau mak yg bf baby, elok amik seat D/E/F. Pergi tu mak Rizq amik seat 1A, 1B. Mendapat lah bf sambil ngadap steward masa nak take off. Balik tu amik seat 1E, 1F - ha, baru selesa. Bawa infant mmg kena duk depan. Kalau tak... sempit amat seat AA tu}

Rizq okay memula tu. Steward tu suka lah sgt usik2 dia. Steward philipines. Tapi, sbb lama sgt nak take off, siap benti2 lagi flight tu tunggu turn terus dia cam crancky sket. Ngantuk pun iyer tu. Tapi, makRizq buat selamba je. DF kan je. Takpe lah. Kita pun pakai nursing blouse. Last2 dakRizq tido. Tak sempat nak makan.
{tips : terus pre-booked meal. Senang}


Sampai KKIA dalam jam 10 pagi. Kami saja gerak slow2 ja. Tak payah rush lah. Tukar kan diapers Rizq apa semua, baru keluar.
{tips : untuk travel tak tentu masa ni, much better pakaikan diapers yg selesa untuk baby. Rizq kalau jalan2, mmg pakai Applecrumbyandfish. Yang pants. Senang. Dan kalau tak yak yak, pakai lebih 6 jam pun still selesa, takde bontot merah ke apa}

Kat luar agen dah tunggu - sambil pegang nama makRizq (tak sempat nak ambik gambar dah sbb kami lah orang last keluar).
Terus bayar balance pada agent and terus pemandu pelancong bawa kami ke tempat seterusnya. Kali ni mmg makRizq terus ja amik agent. Siap dengan driver sekali. So, agent yang uruskan penginapan and itinerary. Tapi iti tu ada pilihan. Bleh ja adjust2 ikut keselesaan ahli rombongan :).

Driver kami namanya abg Edy. Ramah dan baik juga. Okay sgt lah agent ni. Recommended. Kalau ramai2, elok lah amik agent ngan driver terus. Senang.

Destinasi pertama - gi makan tgahari.
Then diteruskan ke Kundasang.
On d way, kami berenti kat Rumah Terbalik.
Apa yang menarik rumah terbalik ni?
Tak menarik pun.
Takyah pergi pun takpe lah.
Tapi, oleh kerana bayaran masuk dah termasuk dalam pakej, maka, moh la kita pergi tengok.

Jadik lah merasa sekali ja.
Masa ni dah start hujan renyai2..hujan panas.

Da settle kat rumah terbalik, singgah pulak jambatan Tamparuli. Makrizq tak turun sbb masa tu hujan. Licin pun. Tunggu dalam kereta. Abang2 pegi la lalu jambatan tu. 
Pastu kami singgah solat jamak kat masjid area pekan Tamparuli.

Seterusnya ke pekan Nabalu.
Wah. Dah banyak beza dah. Dulu masa kami pergi, ada sederet je kedai. Sekarang dah banyak. Rasanya, barang kat sini lagi murah berbanding KK / Pasar Filipin. So, siapa yang singgah kat sini, better beli lah souvenir dulu. 

Dan sampai lah ke pekan Kundasang. Dah cantik. Kami pergi tahun 2011, jalan pun tgh nak buat. Sekarang jalan pun dah elok. Luas. Masa kami datang ni tgh ada pasar tamu (pasar malam). Best la tgk orang jual jual.
Pastu makan sayap madu (kepak ayam) kat Kundasang Cafe.
Sedap giler weh kuah ayam tu.
Sesapa datang sini, sila lah rasa.
Tapi, jangan lambat. Petang dalam kul 5 camtu dah habis dah.
Masa kami pergi tahun 2011 tu rasa mcm takde.
Abg Edy driver pun kata, mmg kepak ayam ni paling tersedap.
Sayap ayam wak ali - kundasang cafe.


Settle kat pekan Kundasang terus driver bawa kami ke homestay - Walai Tokou.
Masa tu pun dah nak maghrib dah. Masa kami pergi ni, jam 6ptg da masuk maghrib dah.
Badan pun dah penat, makanya semua berebut nak berehat je.
Homestay ni ada 4 bilik, tapi kami ada 3 famili ja, so, guna 3 bilik lah. Ada 2 bilik air. Selesa lah nak tido.

Yang best nya - view superb oiii.
Tak perlu nak duk hotel mahai pun, pemandangan gunung depan mata. Haha.
Homestay ni dkt sgt dgn Kinabalu Pine Resort.

Settle hari pertama yang panjang.
Rizq pun Alhamdulillah okay. Cuma malam tu merengek sket masa tido. Mungkin lapar agaknya. Dia tak makan banyak. Just menyusu je. Tapi lena je tido. Esuk bangun pagi riang gembira je.
Tapi, tetiba ada sesuatu pulak terjadi kat Rizq.
Okay. Kita sambung next entry pulak apa ceritanya.

Haha. Konon suspen lah tu :P

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign