Wednesday, 7 February 2018

Nak tolong ke tak? Tolong je lah...


Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat... Depan kereta Umi ada MyVi sebijik. Bila trafik light hijau, terus lah tekan minyak. Tiba-tiba MyVi tu stop. And Umi nampak ada sorang gadis ni terduduk atas jalanraya. Rupanya MyVi tu terlanggar motor budak pompuan tu, which is Umi pun tak perasan bila masa dia ada kat situ huhu... Agaknya driver MyVi tu pun tak perasan juga sebab tu terlanggar motor tu. 

Driver MyVi tu dah alihkan motor & kereta dia tapi girl tu masih tak bangun. Agaknya sakit kot, sebab tu susah nak berdiri. Yang pakat berenti nak menolong pun semuanya lelaki. Umi ni asalnya berbelah bagi nak turun bantu ke tidak sebab anak2 semua dalam kereta. Risau juga keselamatan depa. Mana tau tiba2 ada kereta tersondol dari belakang ke, orang larikan kereta ke macam2 juga lah Umi fikir. Tapi bila dah ada kereta berenti belakang kereta Umi barulah Umi keluar. Itupun Umi suruh Abang lock kereta and turn on hazard lights. 

Umi pun tak sampai hati nak biarkan adik tu sebenarnya. Yelah depan mata kita... Lagipun dia pompuan, mesti tak selesa dipapah oleh orang lelaki kan... Bukan cedera teruk pun, cuma sakit sebab jatuh. Tak nampak luka apapun just nak bangun tu takes time sikit sebab jatuh terduduk. 

By the time umi nak angkat, adik tu pun dah berdiri tapi Umi pimpinlah dia juga. W/pun dia cakap OK tapi Umi support lah juga, bagi dia rasa selamat & selesa sebab pompuan juga yang pimpin dia. Bila dia dah duduk kat tembok tu cepat2 Umi alihkan kereta dan gerak ke destinasi. 

Kecik je pertolongan Umi tu tapi Umi rasa seronok sangat. Hari ni hari dia, mana tahu next time hari kita pula... Moga anak2 Umi pun belajar sesuatu dengan kejadian semalam. 

Amalkan DOA ni, semoga kita sentiasa dilindungi dari segala musibah/kesulitan. Insha Allah.

Tuesday, 6 February 2018

Dusun Eco Resort, Bentong



Inilah venue team building Walid dengan officemates dia hari tu. Dulu Umi teringin juga nak ke sini but bila Walid cakap tempat ni dah lama, facilities quite worn out so tak pergi pun takpelah πŸ˜‰Maklumkanlah dah 20 years beroperasi. Lamakan... 

Tapi in term of environment tu Umi tengok cantik juga kawasannya. Penuh kehijauan, sejuk mata memandang. Apatah lagi ada dusun buah-buahan. Memang best ni. 





Welcome back to hostel life!
Bedsheet, pillow case sila pasang sendiri ye. Satu dorm tu share 4 orang. No aircond but ada ceiling fan. Oklah sebab malam2 sejuk kat sini. 


Yang best sangat menurut Walid was the food provided by the resort. Mostly lauk kampung. Yang masak pun makcik-makcik. Sedap lah kan walaupun after makan minum kena basuh sendiri cawan & pinggan ahaks! 

Team building depa ni ada 2 categories; indoor & outdoor activities. Yang outdoor tu include berakit-rakit ke hulu, berkayuh-kayuh ke tepian 😁 rakit kena build from scratch, trainer bagi instruction then setiap team tu kena buatlah sendiri rakitnya. Lagi satu activity yang mencabar, night jungle tracking (solo). Walid cakap seram juga sebab kiri kanan hutan. Teringat pulak Umi kecik2 dulu pi balik mengaji Quran pun sorang2 juga. On je torch light terus lari balik rumah haha...

Inilah trainer yang pihak HR engaged untuk conduct event ni. Dengarnya company ni dalam process nak develop their own training camp/site dekat area batang kali. Hebat πŸ‘πŸ‘πŸ‘




Sunday, 4 February 2018

Tetamu dari Pulau Indah...


Nampak je Umi di muka pintu, terus Walid bagitau "Taro nak mai..." Spontan je Umi jawab "jumpa kat sri gombak je la" Walid dah faham sangat dengan fi'il Umi yang satu ni. Umi tak suka orang terjah rumah haha... Bagilah notis at least sejam dua dah OK dah. Jangan lagi 5 minit nak sampai baru nak 'roger'. Ai is cannot πŸ˜…

Tapi kata je malas nak terima tetamu nak terjah petang2 tu tapi tangan tetap ambik penyapu sapu daun2 kering di porch, susun2 sofa/kusyen semua... Bilik solat pun umi  kemas siap2. Dah nampak lapang elok baru suruh Walid ajak je member tu mai rumah, instead of jumpa kat ameena bee. Member pun jauh datang dari pulau indah ke selayang. Nak singgah di rumah kami, takkan kita nak tolak. Kot nak tumpang solat ke, tumpang mandikan anak ke selesa sikit... Tadi tu acah je πŸ˜‰

Bagai diduga, sampai je tetamu tu terus bagitau nak tumpang solat. Dah pukul 6 lebih, asar pun belum depa ni. Mujur Umi dah sediakan semuanya.


Gambar sekadar hiasan je 😁 
Umi goreng keropok bawang & buat air je. Walid beli sate & roti john. Licin alhamdulillah. 

Seronok sebenarnya layan tetamu ni. Dapat bertukar-tukar cerita, bertanya khabar...pahala pun dapat alhamdulillah. Rezeki pun bertambah insha Allah.


Thursday, 1 February 2018

Selamat Pengantin Baru Izuddin & Aina πŸ’


Kenduri 04/18


Izuddin ni anak ex-boss Umi. Masa Umi mula kerja dengan abah dia dulu, umurnya baru sekitar 10-11 tahun. Bila sekolah menengah dia masuk asrama, sekali sekala jumpa dah tinggi segak hensem dah dia. Then dia further study di mesir, buat medic.  Lagi jarang nampak. Belum habis study, terpaksa tangguh sebab Arab spring. Finally sambung dekat local U and dah graduate pun alhamdulillah. Sekarang ni tunggu posting. 


Sempena hari bahagianya kami semua dijemput meraikan pengantin. Macam biasalah bila ex-boss buat kenduri, jadi macam reunion lah majlisnya. Seronok jumpa kawan2 ofis dulu. Tempat pun luas selesa... Seronok nak berborak. Yang tak sempat berborak pun dengan tuan rumah je, depa sibuk melayan tetamu πŸ˜ƒ


Selamat menempuh alam rumahtangga buat pasangan mempelai. Moga beroleh berkat. Aamiin. 

Monday, 29 January 2018

Rezeki jangan ditolak...


Sebelum ke program team building minggu lepas Walid bagitau depa plan nak makan durian. Umi pun apalagi pesanlah jangan lupa bawa balik πŸ˜† tapi bila Walid call jumaat tu katanya tak tahulah jadi ke tidak nak makan durian tu. Walid kan tak suka durian, jadi ke tidak takde hal pun. Umi yang frust haha...

Tapi itulah kalau dah tertulis rezeki kita, pusing kot mana pun dapat juga, alhamdulillah. 

Rupanya dalam tempat event tu, Dusun Eco Resort tu sendiri ada pokok durian. Boss Walid borong semua untuk anak2 buah dia. Adalah baki 4 bijik depa suruh Walid bawa balik sebab semua dah tak nak. Kenyang la tu 😁 

Sebijik dah selamat masuk perut 😝

My most favorite ulas, kucing tidur 😘



'Makan besar' lah hantu-hantu durian kat rumah ni πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Durian kampung memang sedap... Ulas besar2, isi pun tebal. 

Pulut durian Kedah style
Tak cukup makan gitu je, Umi buat pulut durian; pulut + santan + durian ngap! Tak sangka pula anak2 pun suka especially Angah. Bertambah-tambah dia makan. 

Lagi 2 biji Umi buat kuah durian. Walid bawa ke ofis semalam. Umi buat pulut kukus and Walid beli roti cicah dengan kuah durian tu. 


Alhamdulillah for the rezeki. 

Monday, 22 January 2018

Apa jadi bila kedai dobi sebelah kedai mamak?


Minggu lepas ye yang cuaca sejuk ala2 kat Cameron Highlands tu? Umi sidai baju berhari-hari tak juga kering2... Dengan cuaca lembab dan kadang tu hujan memang tak keringlah baju. Sudahnya kita angkut bawa ke dobi, masuk dalam dryer terus kering. 

Umi bukannya tau guna machines ni. Harapkan Walid je la :) 

Nak dijadikan cerita pula, mesin basuh pulak tiba-tiba rosak. Drummer tak function. Telefon supplier mujur juga masih dalam warranty. Depa datang ambik drummer tu, konon 3-4 hari datang semula bawak spare part baru. Tunggu punya tunggu seminggu jugaklah baru spare part tu ada. Dalam seminggu tu 3-4 kali jugalah kami ke dobi. Bab baju kotor berlonggok ni memang buat Umi sakit kepala. Nak tak nak kena basuh juga. 

Drummer dah dicabut ni...

Sebelah dobi tu pulak ada kedai mamak. Masuk je kain baju dalam machine, jom la kita mamak-ing (lepak kedai mamak 😁). Nak tak nak order jugaklah teh tarik onne 😝 


Kalau setakat air je boleh lagi terima. Ini package dengan makan sekali...padahal baru je lepas dinner πŸ˜…
Inilah akibatnya bila dobi dan kedai mamak sebelah menyebelah huhu... yang tak bestnya duit kita asyik keluar je. Depa pulak asyik masyuk je haha... Manakan tidak, dari dok melangut tunggu baju tu kering, baiklah ke kedai sebelah tu. Dapat juga tengok tv hikhik...

Alhamdulillah hari ni technician Beko dah ganti pun drummer tu. Hopefully tak rosak lagi.  


Saturday, 20 January 2018

Kenduri 03/18 ~ Atok bomba sambut menantu πŸ˜€


Alhamdulillah nampaknya jemputan kenduri tak putus-putus datang... Setiap minggu bulan ni ada2 je jemputan kenduri. Bulan dua, bulan tiga pun dah ada undangan. Ini yang untung bila tinggal di kejiranan orang-orang pencen haha... Sukahati Umi dapat gantung kuali hari2 minggu. 


Hari ni Timb Pengerusi surau, pesara bomba buat kenduri kahwin anaknya. Abang2 bomba datang naik kereta bomba lagi. Sukalah budak2 ni dapat posing tepi kereta bomba. Bukan selalu dapat peluang gini. 

Asal senyum je mesti mata tutup :D

Budak2 ni bukan nak makan nasi kenduri pun. Ada ice cream cone, itulah yang depa angkut. Sorang dua cone pulak tu. Bila Umi tegur, Angah siap komplen "angah baru makan dua" 😊 cukuplah tu nak, ada orang tak makan pun lagi :p

Sedap betul lauk pauknya. Habis ke laut diet Umi. Eh, diet tu apa ye 😜


Kuih kuih, dessert macam-macam sampai tak termakan. Ada pulut ikan masin, teringin juga tapi bila dah pekena nasik terus kenyang. Makan bingka ubi kayu je sebagai dessert. Alhamdulillah kenyang. 

Terima kasih daun keladi ye Atok Bomba (as the kids fondly call him)...

Door gift yang manis, set sudu & garfu; 


Moga pengantin baru saling lengkap melengkapi seperti sudu & garfu yang sentiasa bergandingan πŸ’