Showing posts with label Puteri Harbour. Show all posts
Showing posts with label Puteri Harbour. Show all posts

Wednesday, 18 December 2024

Ke Stadium Sultan Ibrahim ⚽


Dari Rossco Cafe kami ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Walidlah beria² nak bawa Ummi & gegirls ke sini, sebab beliau dah pernah sampai. Ummi pula dok teringat Angah, dia yang minat sangat nak ke sini 😁 

Dah rasa dah aura tu... 

Awal² tadi macam tak excited sangat, bila depan mata goosebumps hangpa

Memang lawa stadium ni 👍🏻

Ni bangunan pejabat pengurusan/pentadbiran kata Walid. 

Majestic
Tumpang bangga dengan JDT khususnya TMJ yang berjaya membawa kejayaan besar dalam pasukan, menjadikan JDT sebuah kelab yang ternama dan disegani. 

Ada pakej utk Stadium Tour (berbayar) tapi kami tak ambil. Sekadar pusing² dekat luar stadium dan kedai merchandise store JDT je ...

Jom masuk! 

Wall of Fame 

Kemain senyum ye, dapat jersi JDT sorang selai.

Ada few cafes juga dalam stadium ni tapi rasanya tengahari baru buka. Kami sampai sebelum pukul 12. 

Antara kafe yang ada di sini. Pekerjanya tengah lap cermin. Tengok dekat pintu, pukul 12 baru depa beroperasi. 

Alhamdulillah, satu pengalaman yang manis untuk kami. Ada rezeki nak datang lagi, bawa Abang Angah sekali. 

Malam kami sampai tu, SSI ni bercahaya. Ada game JDT vs KL City. Angah, peminat KL City siap tanya "Ummi pegi tengok tak?" Haha... Mana sempat nak, sampai pun dah Maghrib. 

Tapi kalau ada rezeki, Ummi nak juga tonton game JDT di SSI 😄


Tuesday, 17 December 2024

Rossco Cafe, Iskandar Puteri


Ikutkan kenyang lagi sebab baru lepas breakfast kan, tapi alang² dekat je dengan hotel (dlm 1.5km) je kami singgah di Rossco Cafe dulu sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Petang sebelum tu dah recce tempat ni jadi tidaklah tercari². 

Katanya kafe ni terkenal dengan hidangan lauk kampung yang pelbagai. Tak sabar Ummi nak melangkah masuk ke dalam kedai. Saja nak tengok² je sebab masih kenyang. Walid pula beria nak singgah sebab nak makan kacang pool. 

Baru pukul 10.30 pg ye, lauk dah beratur :D 
Pelanggan belum ramai, banyak lagi meja kosong. 

Senangkan dah siap harganya... 

Hat ni makan dengan nasi panas² pun confirm licin sepinggan 😆

Ulam dan pelbagai jenis sambal/pencicah. Ingat nak jamu mata je, tapi tewas juga bila nampak ni 👇🏻

Sup Gearbox tu dok lambai², kesian pulak ahahaha... 

Tu dia mai dah 😋

Kuah sup sangatttt sedap, rasa segar je hirup kuahnya. Cuma, gearbox tu kalau rebus lama sikit lagiiiii sedap. Yang ni agak keras dan liat lagi dagingnya. Tapi licin juga, dikerjakan oleh Kakak dan Walid :D 

Yang ditunggu² akhirnya tiba... 
Kacang pool ni highly recommended 👍🏻
Berkongsi pulak makan, bertambah² sedapnya. Nak order lebih tak habis pulak karang sebab masing² masih kenyang. 

Kafe luas ye... Ni ruang makan bahagian dalam. Suka tingkap nako tu, nampak klasik kan...

Kami pilih duduk di luar sebab lebih santai, sambil layan busking

Power suara dia 👍🏻
Perform pulak lagu 80-90-an memang kenalah dgn jiwa kan ... Mesra orangnya, tegur² kami tanya dari mana dsbnya. Ummi request dia nyanyi lagu 'Layu di Hujung Mekar' pun dia layan :D 

Memang best la kafe ni. Kalau ada rezeki datang area sini, pasti akan singgah إن شاء الله 

Kafe ni stand alone building di satu kawasan lapang. Parking banyak 👍🏻 

Rossco Cafe 
Persiaran Laksamana, Kota Iskandar, 
79100 Iskandar Puteri, 
Johor Darul Ta'zim
Waktu Operasi: 
Seawal 7 pg kecuali Ahad (7.30 pg). 
Sabtu tutup. 
Buka hingga jam 5-6 ptg (ikut hari). 

Sunday, 15 December 2024

Pool @ Fraser Place

Since Walid kerja, Ummi dan gegirls hanya lepak di hotel saja. Antara perkara yang kami buat semestinya mandi pool :D 

Pool dekat Tingkat 18. 

Mula tu rasa gayat juga Ummi pun, sebab lantainya mengunjur keluar. Dah 'tak muda' ni macam² fikir ... Padahal pernah je mandi dekat infinity pool, rooftop pool 😇

Yang hijau kat belakang tu adult pool. Macam berenang dalam aquarium besar gitewww :D Yang melengkong keluar ni balkoni. 

Makin lama makin selesa, beranilah nak ambil gambar tepi koridor... Condo sebelah² ni ada pool masing² tapi kelebihan FP ni pool-nya di tingkat 18, view lebih cantik. 

Puteri Harbour ni memang dibina dan direka mengelilingi tasik agaknya kan. Element macam ni biasanya pilihan dan kegemaran expats. Bila tengok House Hunters @ HGTV tu memang mostly cari rumah nak view cantik, nak dekat dgn tasik... Sebenarnya boat tour pun ada dekat marina Puteri Harbour tu, tapi kami tak sempat cuba. 

Kid's pool 

Since hari kerja, ini kolam kami yang punya ahak! Ada la juga 1 family Korea depa mandi dalam kid's pool ni, and satu lagi seorang ibu dan 2 org anak kecil, mandi adult pool dgn kami. It turned out that this lady rupanya isteri kepada salah sorang teammates Walid juga 😁





Thursday, 12 December 2024

Breakfast @ Fraser Place

Sambungan entry  Fraser Place... 
Banyak gambar, kena split entry 😅

Kafe hotel sebelah lobi je.

Halal certificates 👍🏻

Hari pertama Ummi dengan gegirls je breakfast di sini. Walid ke tempat kerja seawal jam 7.45 pagi. 

Kami duduk tepi tangkap, boleh nampak tasik....

Nampak burung dari kejauhan... 

Hotel ni ramai expats, esp dari Korea yang stay. Awal² pagi boleh nampaklah mak² dgn anak²  breakfast di sini. Lepas sarapan, they send their kids to school via bus/van yang datang ambil. Time kami turun, dah almost 9 so tak ramai dah geng depa. Cafe besar, no issues kalau ramai² pun. Food selection pelbagai & food station pun banyak. 

Bila pemandangan cantik, makanan sedap² memang enjoy lah kan... 

Pasta Bolognese untuk Adik

Ummi ambil mee goreng. Potato masala tu sedap! Teh Tarik pun terbaik 👍🏻 

Ada nasi lemak, takkanlah tak rasa kan?
Ambil juga cheese slices nak regu dengan spaghetti Adik 👆🏻

Kakak pandai dan rajin mencuba food yang ada. Dia buat sendiri pancakes ni, based on observation. Ummi pula suka pilih yang dah terhidang dan biasa makan je. Hari kedua dia makan mi sup, yang kena celup sendiri segala bahannya tu. 

Ummi pula cuba chapati. Sedap, kenyang walaupun makan sekeping je. 

Bihun goreng tu kosong je, tapi sedap. 

Sate pun ada. 
Yoghurt tu sedap. Served exclusively during breakfast je katanya. 

Fresh juice station.

Hat ni paling laku ye! 
Walaupun suka makan peria tapi tak berani nak cuba jusnya. Takut tak lepas telan 🫣

Semalam Teh Tarik, hari ni coffee latte. Bukan yang fresh brew tapi yang dah siap bancuh. Sedap, kegilaan Walid dan kawan² sekerjanya kalau breakfast dekat sini haha ... Ummi pun suka, rasa dia mild je. Kalau kopi pekat², sakit kepala. 

Alhamdulillah semua sedap². Syukur atas nikmat Allah bagi.