Tuesday, 26 November 2024

Sparato Pizza, Sri Gombak

Lama dok teringin nak makan homemade pizza. Hari ni lalu depan Sparato Pizza, alhamdulillah depa buka. 

Dekat Fasa 1, Sri Gombak berdepan deretan kedai² antaranya Bake Well. 
Alamat ada pada banner 👆🏻

Model tak berbayar :p 
SP ni beroperasi di rumah je. 
Ummi pun lupa nak tanya waktu operasi. Tapi selalunya belah petang baru buka. 

Ada no tel tu,  boleh call/text dulu untuk pastikan kedai buka ke tak. Sebelum ni kami pun tak save no tel depa. 

Smoked Beef Pizza, RM27, ada 6 slices. Ada pizza yang harga RM22.  Kiranya inilah range harganya. Lupa nak snapped gambar buku menu. Disertakan sekali dengan chili flakes. Waiting time tadi ±10 minit je. Bila dah bawa masuk kereta tu, perghhh semerbak bau pizza baru dibakar. 

Daging yang digunakan tu daging segar yang disalai dan dihiris², sedap bila digigit. 

Cheesy 😋

Alhamdulillah memang nak repeat. Tunggu hero² balik PB nanti. 
Benda sedap kena kongsi :) 


Monday, 25 November 2024

Pajeri Terung Hijau

Lama tak nampak terung hijau ni. Alang² dah jumpa tu belilah 3 biji. Terbaca dekat mana ntah, katanya kalau buat pajeri, lebih sedap jika guna terung hijau. Ummi tak tau pulak, selalu buat pajeri guna terung ungu. Tak kisahlah mana² pun, yang pasti Pajeri Terung memang kesukaan Ummi. 

Buat berkuah sikit sebab anak⁴ suka makan berkuah. Tak reti nak kering² macam Ummi. Sementelah lauk lain tak berkuah, ada kuah pajeri ni berseleralah depa makan. 

And betullah, pajeri terung hijau ni rasanya lebih sedap dari terung ungu. Teksturnya tak lembik macam terung ungu. Tapi Ummi ni apa² jenis terung pun Ummi suka ✌🏻


Kemas Pokok

Tajuk macam tak tepat tapi takpelah 😅

Kemas pasu² dan pokok² di laman rumah pagi tadi. Spider plant dan Sireh Puteri tu dah banyak sangat, semak pulak jadinya. Ummi buang mana yang dah layu atau kurang subur. 

Ni lagi... 

Sebelum ni ada macam² pokok sebelah sini, Ummi alih semua ke sebelah pagar 1 lagi. Letak sepasu pokok Sireh Puteri je sebelah sini, nampak kemas sikit. Penutup longkang tu pernah kena curi, masa awal kami duduk sini dulu. Then, Walid upah Cik Aiman pasang semula.  Dah alih pasu² sebelum ni harapnya takdelah yang berkenan dgn penutup longkang tu pulak 😇

Sebelah pagar lagi satu nak kena tunggu Walid available sebab ada few pokok dah besar dan berat pasunya yang Ummi nak buang/alih/potong. Semak sikitlah sebelah situ buat masa sekarang. Lagi satu Ummi dok tangguh nak kemas sebab masih ada pokok² telang yang berbunga. Pokok² tu pula melilit pokok² di sekelilingnya. Sayang pula nak potong pokok² telang tu kan... 



Sunday, 24 November 2024

Sikit Lagi 💪🏻

Abang dan Adik dah selesai UASA, Angah pending ujian Hifz sebab ditangguhkan ke awal Disember. 

Anak solehah ni masih ada beberapa hari lagi nak habis UASA. 
Semoga Kakak terus kental dan fokus 💪🏻
Semoga kekal sihat juga.

Mula dengan trial UPKK, ni masuk minggu ketiga exam. Back to back, kayuh selagi daya ye Kakak 🤗 

All the best

Ayaq Merah

Hari ni melawat Abang sebelum Zohor sebab ada orang nak datang service aircond sebelah petang. Kakak pun ikut kali ni sebab tuition dia cuti.

Seronok datang sebelah pagi ni sebab kantin lengang dan satu lagi chances nak jumpa kawan² Abang lebih tinggi. Kalau lepas Zohor ramai yang berehat/ tidur di dorm ataupun jumpa mak ayah masing². 


Tadi ada rezeki jumpa depa, tengah main bola. Lama tak belanja depa, Ummi suruh Abang order ayaq merah aka air sirap untuk depa. 

Ayaq merah ni special zaman Ummi kecik² dulu. Dihidang pun waktu kenduri atau bulan puasa je. Susahkan waktu tu, apa² yang special tunggu kenduri, bulan puasa atau raya. Tapi raya selalunya orang kampung Ummi pakat bancuh air oren (Sunquick). Beli Sunquick semata² utk jamu tetamu di hari raya ja. Tak pun Teh Susu, in which susu pekat tu hanya beli bila time raya ja. Kira luxury item, bukan utk kegunaan harian. 

Masing² kemain happy 😁 
Ummi perati je gelagat depa; ada yang pergi bersalam dgn Walid, ada yang datang ucap terima kasih dekat Ummi dan ada juga yang tanya nasi lemak 😆 

Ada rezeki nanti Ummi bawa ye. 

Seronok raikan depa, sambil² tu titip DOA agar Abang sentiasa disenangi dan dipermudahkan segala urusan selalu khususnya pelajaran dia. Result PASA ada yang dah dapat, kena pulun lagi ni Abang 💪🏻


Saturday, 23 November 2024

Hujan + Lapar = Bihun Goreng

Hajatnya nak keluar minum² lepas Asar. Tapi hujan la pulak. Sebab dah set nak minum², perut pun mintalah diisi. Makanya kenalah rajinkan diri masuk ke dapur 😌

Terhasillah bihun goreng. 
Sayur cuma ada kucai sikit. Potong cili merah bagi lebih berseri. 

Konon nak minum petang, dah pukul 6.30 kira dinner la terus :) 

Friday, 22 November 2024

Cooking Prep w Gegirls

Adik dah habis exam, Kakak ada 3 hari lagi. Sepanjang exam Ummi tak 'kacau' depa dengan household chores. Ni dah lapang, Ummi bagi tugasan semula. 

Kalih baju depa dah expert, lipat tak berapa kemas lagi tapi Kakak boleh diharap dah. 

Then Adik tolong siang pucuk paku. 

Kakak pula bersihkan ayam ikan dengan Walid. Ni first time Kakak basuh ayam ikan. Last week Abang Angah buat kerja ni so Ummi ingat bolehlah bagi permanent contract kat depa :p Minggu PB Abang Angah buat, minggu bukan PB Kakak/Adik dgn bantuan Walid 🤗

Ummi as usual, tukang masak. Job ni pun Ummi nak slowly delegate to anak⁴. Seronok tengok TikToker ct.jerai yang mana semua anaknya lelaki perempuan tak kekok di dapur. Dari siang ayam, masak, bancuh air hinggalah menghidang semua depa adik beradik yang buat. Even anaknya yang OKU pun pandai main peranan antaranya ambil pinggan cawan semua. Well trained 👍🏻

Hasilnya; Masak Lemak Pucuk Paku, Cencaru Goreng Bawang Kicap dan Ayam Masak ala Rendang. Kisar cili padi, bawang merah, bawang putih, halia dan tumis bersama serai yang diketuk. Tumis hingga betul² masak, tambah air jika perlu. Masukkan asam keping, daun limau purut dan santan pekat. Gaul sebati dan perasakan dgn garam, gula serta serbuk perasa. Masukkan ayam yang telah digoreng. Ummi guna isi ayam. Ayam ni gaul dengan garam kunyit dulu baru digoreng. Dah sebati semuanya, tutup api. Resepi asal letak kacang buncis dan daun kunyit, Ummi letak/ganti dgn bahan yang ada. Olah here and there

Selamat berhujung minggu.