Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Friday, July 10, 2009

TERUBUK SUMMER



kalu ikan fav. yatt dah ada kat sini... mmm... tak payah rindu kat pasar malam lagi dah.. hehhe... jangan jelius ok kekawan.. ikan terubuk ini dah pandai pakai baju sejuk dan berenang sehingga ke finland... wakakkwakkakakaa.. layanlah asam tumis yatt ini.. nyaman see..

ASAM TUMIS TERUBUK

ikan terubuk
cili blend
bawang merah bawang putih
halia
biji sawi
bunga lawang
bunga cengkih
kulit kayu manis
buah pelaga
jintan manis
jintan putih
serai
air asam jawa
bunga kantan
daun kesum
tomato
garam
gula

Thursday, June 25, 2009

SERUNDING IKAN SARDIN




call mak kat kampung .. cete dia kat sini banyak sangat isi ikan sardin fresh kat pasar ikan. mak kata buatlah serunding ikan , sedap tu. Yatt pun belilah 1 kg isi ikan sardin , semalam projek buat serunding ikan... penat tangan duk mengucai ikan ni sampai kering ... kebas satu tangan yatt di buat ye tapi hasilnya perrhh sedap tak ingat,... nanti nak buat banyak-banyak..

SERUNDING IKAN SARDIN

ikan fresh sardin
santan
serai
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
asam keping
cili kering
garam
gula

Wednesday, June 17, 2009

IKAN MASIN GORENG ASAM



pembuka selera, betul tak kawan-kawan?
to my dear friend ain this the resepi
ikan masin talang potong kecil dan goreng
bawang merah di hiris halus
halia di hiris halus
air asam jawa (1/2 cwn)
cili kering di goreng
panaskan minyak dalam kuali, gorengkan bawang merah dan halia, lepas semua dah kekuningan masukkan air asam , gaul-gaul sampai mendidih masukkan ikan masin , biarakan sebendar than angkat. hiaskan dgn cili kering.
sesuai uuntuk menu bulan puasa ni boleh simpan lama2 ni.

Thursday, April 2, 2009

BAWAL SWEET N SOUR





resepi dari sifu jun, yatt panggil dia sifu sebab dia orang yang pertama ajar yatt buat blog... tengkiu sifu jun, macam biasa bila jumpa ikan bawal kat finland ni yatt jadi jakun sekejap..alhamdullilah dapat jugak merasa ikan species lain kat finland ini... tapi ikut luck kekadang je ada

BAWAL SWEET N SOUR

Bahan-bahan;

1 ekor ikan bawal
sedikit cili kering yang telah di blend
100gm celery-cincang
100gm bawang besar-cincang
100gm tomato-cincang
1 carot
3 bawang putih-cincang
1 in halia-cincang
2 cawan air
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
air tepung jagung
garam
timun untuk hiasan

Cara-caranya;

ikan bawal digaul ngan garam n tepung jagung sket, pastu goreng hingga masak. angkat.tumis bawang, bawang putih n halia. masukkan cili, tomato n celery. masukkan air n didihkan. masukkan semua sos, kacau. masukkan air tepung jagung, masak kejap n tuang atas ikan tadi. hidangkan.

Thursday, February 12, 2009

IKAN MASAK TAUCU



IKAN MASAK TAUCU

Bahan-bahan;

Ikan (di goreng dahulu)
taucu
tomato di belah 4
bawang putih di mayang halus
bawang merah di mayang halus
bawang merah lagi di belah 4
halia di mayang halus
lada hitam
air asam jawa
cili padi
sos ikan

Cara-caranya;

Dengan sedikit minyak tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan, masukkan taucu, kacau sebentar dan masukkan pula semangkuk air perahan asam jawa, biarkan mendidih, masukkan sos ikan, garam , ikan, bawang yang di belah 4, tomato , cili padi dan ikan yang telah di goreng. Biarkan setika , angkat, siap untuk di hidang.

Thursday, January 22, 2009

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS



ini resepi nor tahun lepas dia yang bagi...yatt buat lagi tapi kali ini yatt goreng dulu ikan bilis ... lauk untuk membuka selera makan.

SAMBAI TEMPOYAK IKAN BILIS

Bahan-bahannya;

1 cawan ikan bilis di goreng terlebih dahulu
4 sudu besar tempoyak
3 biji cili merah di blend
3 biji cili api merah di blend
belacan
garam
gula

Cara-caranya;

Masukkan sedikit minyak sahaja tumis cili besar, cili api, belacan sehingga masak, masukkan ikan bilis, masak seketika, masukkan tempoyak garam dan gula, terus angkat. siap, boleh prepare banyak2 boleh di simpan lama2 di dalam peti ais

Wednesday, January 14, 2009

PEKASAM UTARA


PEKASAM!!! PEKASAM!!! sapa nak pekasam...haa... ni khas untuk cik adik jiya... yang mengidam nak makan pekasam..yatt kene buat sebab dia kan baru kehilangan seseorang... heheh (seseorg ke?)...... resepi ni turun temurun kira-kira ni secret recepi taw...

ikan ini bukan yatt buat, tapi original dari tuk kat kampung yang memang sedap... ramai yang buat tempahan bak kata orang tak menang tangan..import2 mari pekasam!!!!!!! ikan tu mengail sendiri.. yatt tolong goreng ikan pekasam ini dan tolong makankan ikan pekasam ini haaaaa............

PEKASAM UTARA

Bahan-bahan ( 5-6 ikan )

6 ekor ikan puyu (ikan sepat, ikan talapia pun boleh digunakan tapi iakn puyu memang sedap!)
1 cawan garam kasar (halus pun boleh digunakan)
1 cawan beras yang telah digoreng tanpa minyak

Sedikit gula

Cara-cara ;

Bersihkan ikan-ikan puyu, kemudian lumurkan seluruh ikan itu dengan garam biar lebih sikit takpe, masukan ikan tersebut di dalam bekas yang boleh ditutup.Biarkan sampai esok.
Blend beras yang digoreng sehingga halus. Keluarkan ikan dari bekas, selepas tu basuh ikan dan sejat. Taburkan sedikit gula jek taw dan lumurkan beras pada ikan tersebut. Biarkan semalaman didalam bekas tertutup.
Setelah itu masukan dalam peti ais untuk tahan lebih lama(jgn simpan di tempat yg beku simpan di bahagian bawah tempat isi sayuran/buahan)
Kemudian bolehlah di goreng ikan tersebut sehingga garing. Gorengkan sedikit cili kering dan bawang merah dan taburkan diatasnya. Siap utk disantap bersama.

Tuesday, January 13, 2009

SALMON CURRY


any one need salmon curry????... sedap oooo sebab salmon ni isi dia lemak-lamak gitukan.. masak lak kari oiiii... uuhhssss... habis ikan orang putih ku kampungkan.... haaa...

SALMON CURRY

Bahan-bahan;

Bahan A;

salmon
santan
asam keping

Bahan B ( bancuhkan sekali);

rempah kari ikan
bawang besar di blend
Air

Bahan C;

bawang merah di mayang
bawang putih di mayang

Bahan tumis;

buah pelaga
kulit kayu manis
bunga cenkih
daun kari
bay leave

Cara-cara;

Letakkan minyak di dalam periuk , goreng bahan tumis sehingga wangi, masukkan bahan C, goreng sehingga kekuningan dan masukkan bahan B, gaul sehingga sebati. Setelah nak minyak (rempah garing) masukkan sedikit air masak , kacau , masukkan pulasantan bersama salmon tadi. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa. Siap untuk di santap.

Sunday, January 4, 2009

SMOKE SALMON WITH BREAD


Resepi oleh hus member- din. Khas untuk peminat salmon. Sarapan pagi yang mudah..

SMOKE SALMON WITH BREAD

Bahan-bahan;

roti (beli kat kedai -roti francis)
smoke salmon
butter
black paper kasar

Cara-caranya;

sapukan butter di atas roti yang telah di potong seperti di dalam gambar, kemudian letakkan smoke salmon yang telah di hiris halus, akhir sekali letakkan black paper yang kasar di atasnya, untuk citarasa lain u all boleh letak telur salmon di atas nya..

Sunday, December 21, 2008

SALMON MASAK 3 RASA


lagi postto!

Monday, December 15, 2008

KARI IKAN SARDIN


Friday, December 12, 2008

IKAN GELAMA MASAM!!!




Wahh Jangan jelious no kekawan... yatt kat sini pun boleh makan ikan gelama masam iskkksss

sedap tak terkata lepas goreng perah dengan jus lemon atasnya makan dengan nasi putih hangat-hangat uuhhhsss 3 pinggan tambah pun tak perasan lagi
wahh wahhh hebat betul penangan ikan gelama masam ini yang di import dari perlis, Malaysia dari bonda tersayang... thanks...

pada kekawan lap air liuq hampa tu no...

Thursday, December 11, 2008

IKAN SALMON BAKAR


Kalu kat dubai atau malaysia nak beli ikan salmon kene pikir 2 kali sebab saiz kecil pastu mahal..kat sini mm... takde choice lain cuma ikan salmon..ikan salmon sini murah sangat macam tak percaya... seekor besar giler besar-besar peha dlm 5-10 euro mcm tu.... fresh lak tu baru kuar dari isi perut laut...uuush..

Yatt ada story kelakar punya pasal ikan salmon ni... hus yatt tanya kat driver dia orang local finland "kat sini ada ikan lain tak dari ikan salmon" driver tu cakap ada.. smoke salmon, shushi salmon, baked salmon, lemon salmon .... bla2..

hahahhahahha.. hus i ketawa ... pastu dia kata bukan, maksud dia ada ikan jenis lain selain dari salmon.. driver tu ckp maybe takde kot..yang dia tahu salmon jek....hahhahahha pastu2 dua2 ketawa... so begitulah ceritanya.. lepas ni yatt akan makan ikan mahal sini sepuas puasnya..sampai muka jadi ikan salmon kikikikiki....

IKAN SALMON BAKAR

Bahan-bahan;

ikan salmon

lemon
bawang besar putih di belah kasar
serbuk steak dalam botol
gula
garam
black paper

Cara-caranya;

Lumurkan perahan air lemon , serbuk steak, gula, garam dan black paper pada seluruh bahagian ikan salmon kemudian letakkan di atas pemanggang ikan taburkan bawang besar di atasnya.. bakar sehingga masak. Siap

Wednesday, November 26, 2008

SAMBAL IKAN BILIS


Semenjak sehari dua ni duduk sini semua tak kene sebab bekalan beg besar (bagasi makanan dari malaysia) hilang di curi orang.. angin satu badan segala macam ada dalam tu barang baking, ubatan, rempah ratus, pokok seludup (hhehehhe), ikan masin , sotong kering , susu, pastu yang sedih tu mak i siap buatkan i kerisik pulak tu..aduhh pedih dan sedihh teramat sangat...hai maklum air tangan mak kan...ala segala macam ada dalam beg tu.. hilang di airport..helsinki... angin2..satu badan...

Sambal ikan bilis mudah.

Bahan-bahan;

ikan bilis yang telah di goreng
cili kering yang telah di blend
gula
asam keping
garam
minyak

Cara-cara;

masukkan minyak di dalam periuk , masukkan cili kering dan masak sehingga naik minyak masukkan asam keping , gula dan garam .(masak dalam periuk agar tak mercik). akhir sekali masukkan ikan bilis gaul hingga rata. Siap.

Saturday, May 3, 2008

ASAM REBUS TEMPOYAK -IKAN



Sedappppppppppp!!!!!!! resepi cik yatt copy dr blog pakcik mat kulai.. tengkiu no..

ASAM REBUS TEMPOYAK-IKAN

Bahan-Bahannya :-)

5 ekor ikan kembong, siang, kelar2, cuci bersih dan toskan
2 helai daun kunyit, dirabak2
1 keping asam gelugor
800 ml air (atau ikut keperluan)
Garam secukup rasa
1 camca besar tempoyak

6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
15 biji cili padi merah*
1 inci kunyit hidup*
(*ditumbuk lumat)

Cara membuatnya :-)

Masukkan bahan tumbuk lumat, tempoyak dan asam gelugor ke dalam periuk, kacau rata. Tuang air dan jerang atas api hingga mendidih. Masukkan ikan dan tambah garam secukup rasa.
Bila mendidih, masukkan daun kunyit, masak hingga ikan masak. Rasa dan jika OK, boleh matikan api dan hidangkan.....senang dan sedappp!!!!

Sunday, April 6, 2008

IKAN MASAK CUKA



Sedap.. hehhe lauk kenduri.. ini famous kat utara... Yat saja buh sayur banyak sebab nak bg cantik kalu betul2 punya lauk kenduri takde apa... cili api , bawang dan halia..sedap mkan lepas 2 hari masak.

IKAN MASAK CUKA

Bahan-bahanya;

ikan kembung
bawang merah di hiris
bawang butih di hiris
halia di hiris
biji sawi
cili api lepas sebiji biji
carrot di potong seperti dalam gambar
timun di potong seperti dlm gambar
kacang panjang di potong seperti dlm gambar
cuka
garam
gula
* ada gak bawang putih n bawang merah kecil dilepas sebiji2

Cara-caranya;

Goreng ikan kembung yang telah di letak garam kunyit, goreng hingga garing pastu angkat. Panaskan minyak, masukkan biji sawi, bawang merah, bawang putih dan halia, goreng hingga naik bau masukkan cuka, gula dan garam , kemudian sedikit air, tunggu sehingga mendiidh masukkan sayur2. Masak sebenar, masukkan ikan terbalik terbaliknya. Kemudian angkat.

Thursday, March 13, 2008

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK


Nanti nak masak lagi ..kali ni nak letak tempoyah..tempoyak tu ada dalam peti ais tapi lupa nak letak hari tu.. apa-apa hal sedop gak rasanyer.. habis.. rugi beli 1 jerkk. jantung pisang tu.yat sorang jek makan habiss... resepi ini copy dari blog uncle mat kulai.. terima kasih no..

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK

Bahan-Bahannya :-)

1 biji jantung pisang nipah
10 - 15 ekor udang sederhana besar (yat letak ikan bilis jek)
2 batang serai, dititik
1 camca besar tempoyak (optional)(yat lupa nak letak)
5 biji limau kasturi, perah jusnya (yat ganti dengan asam keping)
1 cawan pati santan

1 genggam cili padi (boleh kurangkan)*
2 inci kunyit hidup*1 camca teh garam*
(*ditumbuk hingga lumat)
Sedikit air

Cara membuatnya :-)

Kupas jantung pisang sampai jumpa bahagian cerah dan lembut. Belah 6 dan celur 3 minit, toskan. Bersihkan udang, lumur garam dan biar 10 minit, cuci kembali dan toskan.
Dalam belanga, masukkan udang, bahan2 tumbuk, tempoyak dan sedikit air (anggaran 3/4 cawan) gaul rata dan masukkan jantung, didihkan. Tuang pati santan dan masak hingga jantung pisang lembut.
Rasa dan jika kurang masin tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan masak sekejap. Boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat..

Wednesday, February 13, 2008

FISH BALL SOUP SIMPLE


sesuai untuk kanak-kanak berusia 18 bulan... mak pun tumpang kaki makan sedap.

FISH BALL SOUP SIMPLE

Bahan-bahan;

fish ball
sayur campur
telur
serbuk ayam

bahan diblend;

bawang merah
bawang putih
halia

Cara-caranya;

Tumiskan bahan yang diblend dengan sedikit olive oil, setelah wangi, masukkan air sehengga setengah periuk, kemudian masukkan sayur campur, rebus sehingga lembut. Masukkan telur dan fish ball, serta garam. Siap.

Wednesday, February 6, 2008

IKAN MASAK SOS


post photo dulu yek..

Tuesday, December 4, 2007

THAI CHILLI STEAMED FISH




WAaLAHh... waalahhh...kenyang perut suka hati...hhaaaaa..hhaaaahaa...

THAI CHILLI STEAMED FISH

Bahan-bahan;

ikan
garam
jus lemon
serbuk lada hitam
daun bawang di potong panjang
carrot di mayang halus
daun sup di mayang halus
bawang putih di mayang halus
tomato di belah 4
cili padi di potong dua
serai di titik
daun selasih
asam jawa
kiub ayam
sos tiram
sos ikan
garam

bahan utk di kisar;

bawang merah
jintan manis
halia
belacan
cili padi

Cara-caranya;

Ikan; Lumurkan ikan dengan garam, gula, jus lemon dan serbuk lada hitam. Peram selama 20-30 minit. Kemudian kukus ikan selama 15-20 minit. Angkat.

Bahan kuah; Tumis bahan yang di kisar dan bersama bawang putih dengan sedikit minyak. Kemudian, setelah garing, masukkan air dalam satu mangkuk, kiub ayam, sos ikan , sos tiram dan serai. Kacau sehingga sebati. Setelah kuah mendidih masukkan tomato, cili padi, daun sup dan carrot. Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun selasih, angkat. Tuang kuah di atas ikan yang telah siap di kukus tadi. Hidang.