Showing posts with label BISKUT RAYA. Show all posts
Showing posts with label BISKUT RAYA. Show all posts

Sunday, March 15, 2009

BASIC MUESLI SLIDE





ari ini hus gi main ski, tak tau buat apa kat umah.. carl main laptop , adik dia pulak layan tv.. mama dia belik blog.. ari tu request secret resepi dari lemongrass muesli bars , dia pun dah post .. sekarang maybe good time untuk try secret resepi tu.. yatt ni memang suka makan breadfast bars ini..tapi before this beli kat kedai mahai.. sekarang dah reti buat sendiri.. terima kasih bebanyak ye LG

Basic Muesli slice

Bahan-bahannya;

2 cawan rolled oats2 cawan cornflakes, ramas sedikit (boleh guna coco pop, rice bubble, honey star atau campur kesemunya)
60 g campuran kekacang, dipotong kecil
40 g kismis (atau buah2 kering yang anda suka)
1/4 cawan coklat chip

150 g mentega
1 camca mentega kacang
1/2 cawan madu


Cara-caranya;



Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser aluminium dengan sedikit mentega juga (LG, dia guna kertas minyak jee). Panaskan oven pada suhu 180C.
Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam.
Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat sedikit.
Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti sejuk sehingga dingin. Boleh dipotong atau dipatahkan saja....

Tuesday, March 10, 2009

REMPEYEK COKLAT?

saja-saja tayang gambar ini, hubby bawa balik banyak coklat, biasalah yatt antu coklat, bak kata orang tua-tua macam lela dan majnun hehehhehe... takleh di pisahkan
ialah semua orang suka coklat kan... just nak bagitau korang yang macam rempeyek tu kan sesuai untuk cookies ari raya kan.. nanti insya Allah raya tahun ni idea for cookies nak buat macam tu sebab easy, pretty, delicious and so taste.


Sunday, November 4, 2007

TART NENAS GEBU





Oleh kerana tahun ni mak i buat biskut raya sedikit dan pulak tu dalam sikit2 tu , tak buat kuih tart.. maka balik dubai terpaksalah buat sendiri.. sebelum balik , i cepat2 salin resepi asli daripada mak tersayang. Thank yau mak sedap dan menjadi biskut anakndamu ni... pes time buat rasa takut2 , takut tak jadi....

setelah berhempas pulas... hasilnya sungguh mengembirakan.. sedap dan gebu segebunya...


inilah biskut raya tart ku... secret resepi ni taw.. kekawan... haa..*****5 STAR


TART NENAS GEBU


Bahan-bahannya;


Doh tart;


2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan butter (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telor
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar gula


Inti nenas;


4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis

Daun pandan


Cara-caranya;



Doh tart; Pukul bersama butter, susu, minyak sapi, garam hingga sebati. Masukan telur dan vanillin pukul lagi akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan lembut.


Jem Nenas: Parut nenas dan jangan dibuang airnya. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.


Panaskan oven terlebih dahulu. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar. Ulangi sehingga habis. Bakar pada 150 sehingga 15-17 minit sehingga masak.

Monday, October 8, 2007

BAKLAWA SIMPLE



dapat idea bila makan kuih arabian sweet....memang marvellouslah... boleh sempat buat lagi ni.. sesiapa ada peminat kacang tu mai-mai buat.... sedap tau.

BAKLAWA SIMPE

Bahan-bahan;

Doh A:

120g tepung gandum, diayak
60g shortening

Doh B:

120g tepung gandum, diayak
30g gula icing
30g shortening
60ml air

Bahan inti;

Kacang walnut (di bakar dulu dan di kisar kasar)
Kacang pistachio (di bakar dulu dan di kisar kasar)
gula halus

honey

Cara-caranya;

Untuk Doh: Doh A dan doh B disediakan berasingan tapi dengan cara yg sama. Satukan bahan2 untuk doh, gaulkan sehingga rata dan canaikan sehingga mendapat doh yg agak lembut. Tutup doh degan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan selama 30 minit. Bahagikan setiap doh kepada 15 bebola yg sama saiz. (15 biji doh A dan 15 biji doh B) . Ambil sebiji doh B, leperkan dan letak sebiji doh A ditengah2. Balut doh A dengan doh B untuk satukan doh A dan B. Buat seperti karipap pusing atau kuih tau sa piah.

Inti; Campuran semua kacang yang di kisar bersama gula. Kacang boleh di ganti dengan kacang lain seperti cahsew, gajus dan sebagainya.

Ambil doh tadi, letak inti . Sapukan setiap satu dengan telur, Panaskan oven kepada 180degC. Bakar selama 15 minit , buka oven.. letakkan madu di atas setiap kuih tersebut sehingga rata. Bakar lagi lebih kurang 10 atau sehingga masak.

Sunday, October 7, 2007

TAU SA PIAH


Kuih tradisi kaum cina... resepi dari Lydia.. thanks to Lydia...gembira bila tengok kuih menjadi

TAU SA PIAH

Bahan-bahan ( 15 biji )

Doh A:

120g tepung gandum, diayak
60g shortening
Doh B:

120g tepung gandum, diayak
30g gula icing
30g shortening
60ml air

Inti:

3/4 cawan kacang hijau yang tidak berkulit
(rendam selama 2-3 jam, dikukus bersama sedikit air dan dikisar halus)
3 sb minyak masak
1 sb bawang kecil yg telah dicincang
1/2 cawan gula halus (boleh ditambah atau dikurangkan)
1/2 sk garam
1 sk kulit oren yg telah dicincang

Lain:

1 biji telur (untuk sapu)
Biji bijan secukupnya (optional)

Cara-cara ;

Untuk Inti: Masukkan gula, garam dan kacang yg telah dikisar ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga sebati dan diketepikan. Manaskan minyak dalam kuali, goreng bawang kecil sehingga harum dan warna keperangan. Keluarkan bawang dan diketepikan. Masukkan kulit oren dan campuran kacang ke dalam kuali. Gorengkan kacang sambil kacau sehingga kacang itu jadi agak kering (boleh buat bebola).
Matikan api. Masukkan bawang kecil tadi dan gaulkan sehingga rata. Setelah inti dah sejuk, bahagikan inti kepada 15 bebola yg sama saiz.

Untuk Doh: Doh A dan doh B disediakan berasingan TAPI degan cara yg sama. Satukan bahan2 untuk doh, gaulkan sehingga rata dan canaikan sehingga mendapat doh yg agak lembut. Tutup doh dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan selama 30 minit. Bahagikan setiap doh kepada 15 bebola yg sama saiz. (15 biji doh A dan 15 biji doh B) . Ambil sebiji doh B, leperkan dan letak sebiji doh A ditengah2. Balut doh A dengan doh B untuk satukan doh A dan B. Canaikan doh tadi kepada saiz 15 x 3 cm (approx.), lepas itu gulungkan doh dari bahagian yg pendek. Ulang langkah ini sekali lagi.
Canaikan doh kepada bentuk bulat (10 cm diameter), letak sebiji inti kacang ditengah2 dan balutkan. Ulang langkah 5 - 7 sehingga habis. Sapukan setiap tau sa piah degan telur, taburkan sedikit biji bijan diatas.
Panaskan oven kepada 180degC. Bakar tau sa piah selama 20 minit atau sehingga warna kuning keemasan.

Thursday, October 4, 2007

MOZAIK COOKIES


Easy cookies ini ...

resepi di ambil dari Hani - Ringgo dari blog dia.. terpesona dengan kata-katanya dan gambar dia yang cantik tu.. maka dengan besar hatinya i pun trylah cookies ni.... kata hani dalam blog dia mudah dan sedap.. i dah try... ini hasilnya... senang sangat, mudah dan sedap.. ranggup... sedap2.. thanks kerana berkongsi resepi...

MOZAIK COOKIES

Bahan-bahan;

300 gm tepung gandum
200gm butter or margerin
50gm ~ 80gm gula castor (ikut suka klu nak manis letak banyak)

Cara-caranya;

Satukan tepung dan gula, kemudian bahagikan 2 bahagian , kemudian masukkan butter ( yang telah di cairkan di dalam microwave selama 2 minit) ke dalam kedua dua mangkuk. Satu biarkan plain dan satu lagi campuran serbuk kok ataupun matcha powder, mocha powder (terpulang ikut citarasa anda). bentukkan ikut suka hati. i buat bentuk mozaik. bentukkan silinder, balut dengan plastik wrap, simpan dalam peti sejuk 20 minit hingga 1 jam dahulu , baru potong, terus bakar 170C , selama 13 minit. boleh juga warna kan dengan warna warni jika u all suka. sedap dan ringkas.

Monday, October 1, 2007

BATANG BURUK



Batang oohh.. batang kenapa nama ko batang burukk.. hanya orang yang menciptanya saja yang tau sebabnya... walaupun rupa mu buruk tetapi tetap menjadi pujaan hati ku ..ohh wahai batang buruk...inilah kuih raya pertama i.. ini kira bukan biskut ..sebab tak perlu bakar.. kuih yang senang nak buat tambah-tambah orang macam i tak reti buat biskut raya.. kuang kuang kuang...

BATANG BURUK

Bahan-bahan;

2 cawan kacang hijau
1/2 cawan gula(kalau nak manis tambah lagi)
1/4 cawan tepung susu (optional- i letak skit)
secubit garam halus (optional- i letak skit)

kulit popia secukupnya
1 biji telur putih
minyak masak

Cara-caranya;

kacang hijau digoreng tanpa minyak hingga masak dengan api yang kecil. -buang kulit, (atau pun boleh cari kacang hijau yang telah di buang kulit ), kisar kacang bersama dengan garam, gula hingga halus berbentuk tepung, tapis bersama tepung susu agar dapat serbuk yang halus.

Kulit batang buruk; potong kulit popia kecil-kecil bersaiz lebih kurang 2cm x 4cm...kalau nak buat saiz lebih besar boleh aje!! Pukul telur sedikit. Gulungkan kulit popia, sapu telur di bahagian hujungnya supaya gulungan tidak terbuka. Buat hingga habis...goreng hingga kekuningan-kuningan.. -Toskan. (
i cuma mengunakan tepung jagung di bancuhkan dengan sedikit air untuk lekatkan kulit popia)

Lumurkan kulit popia , dan masukkan juga ke dalam bahagian yang berongga dengan tepung kacang hijau tadi, Simpan dalam bekas kedap udara atau boleh lah di ngap terus!

Friday, September 21, 2007

AGAR AGAR KERING


lagi resepi bonda kesayangan..
ada berani???...Ini pertama kuih untuk hari raya..
kalu kat sini nak buat jual pun boleh maklumlah cuaca tu panas sepanjang hai kecuali malamlah.... jemur seminggu dah jadi.. seronok nye hati i ini.. kan.. maklumlah tak pernah buat agar2 kering ini... tapi orang sini tak tau nak makan kuih nilah.. jadi i jelah yang i balun nanti.. i sudah dekat setahun tak jumpa hujan kat sini tau, .. oklah untuk yang bercuaca sejuk tu jangan kecewa sangat hati tu.. banyak lagi jenis2 kuih dan biskut raya untuk juadah di pagi raya nanti ( khas untuk noreen UK dan kawan yang duk jepun ke, swiss ke dan ireland ke dan sewaktu dengan nya tu)

AGAR AGAR KERING BONDA

Bahan-bahan;

Bahan A;

agar-agar kering
daun pandan
gula pasir
gula batu
air

Cecair warna yang di gemari

Cara-cara;

Masak ke semua bahan A sehingga sebati dan mendidih, letakkan perwarna. Sejukkan sebenar, masukkan di dalam loyang 4 segi supaya nanti senang hendak di potong bila sejuk nanti. Susun cebisan agar2 tadi di dalam dulang besar dan jemur sehingga kering. apabila jemur pastikan dulang di tutup dengan kain nipis, mengelak dari habuk dan sebagainya.

Thursday, June 28, 2007

MADELEINES



Tengok resepi ni kat MR pastu teringin nak mencuba, but takde pulak bekas acuan bercorak shell, frust... cari kat sini tak jumpa pun... tapi nak makan punya pasal... i pun buat dalam bekas yg ada kt umah ni... bekas biasa bulat... hentam jek lah labu... asal i boleh rasa... sedapnye... cicah dengan kopi o panas..... nyummmm

Madeleines by nonaharyati
Bahan-bahan ( 2 loyang );

7 tbsp (100gm) butter tanpa garam
5 biji telor yang besar
1/2 cup (115gm) + 3 tbsp gula
1 1/4 cup (140gm) tepung gandum, diayak
1 tsp baking powder
secubit garam
sedikit parutan dari kulit lemon

Cara-cara;

Dalam periuk yang kecil, cairkan butter tanpa garam diatas api yang kecil hingga menjadi keperang-perangan. Sejukkan seketika dan tapis butter dalam mangkuk yang lain. Pukul telor dan gula hingga gebu. Masukkan pula butter, gaul hingga sebati. Masukkan tepung yang telah diayak, baking powder dan garam. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula pada satu arah. Taburkan parutan kulit lemon & kaup balik lagi. Masukkan adunan ini kedalam paiping beg dengan 1/4" nozzle plain. Sejukkan didalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam atau semalaman. Bila sedia untuk membuatnya, panaskan oven pada suhu 190dC. Paipkan adunan kedalanm loyang madeleines hingga 3/4 penuh. Bakar selama 12min atau hingga perang. Sejukkan Madeleines dan simpan dalam bekas kedap udara.

Monday, May 28, 2007

BUAH ROTAN


Buah rotan by nonaharyati

Bahan-bahan ( Seisi keluarga );

3 cawan tepung pulut
1 biji telur
1 cawan air
3 sudu besar santan
1/2 cawan gula
Bijan secukupnya

Cara-cara ;

Masukkan tepung dan gula ke dalam mangkuk, buat lubang di tengah kemudian letak air, telur dan santan sekit demi sedikit dan kacau. Setelah dicampurkan semua, uli sehingga sebati dan lembut.





Ambil doh yang dah siap tadi , uli kecil-kecil kemudian letak bijan. Semasa menguli , ulisekali dengan bijan. Bijan akan melekat pada tepung.


Ulangi sehingga habis. Goreng sehingga kekuningan pada api yang sederhana panas.

p/s: Uli dengan tangan akan membuatkan bijan akan melekat dan apabila mengoreng , pastikan minyak banyak dan jgn terlalu kacau, kerana bijan akan keluar.