Showing posts with label BABY FOOD. Show all posts
Showing posts with label BABY FOOD. Show all posts

Thursday, April 30, 2009

SPAGETTI UNTUK BABY

baby food. khas untuk bayi yang berusia 7 bulan ke atas.


spagetty
broccoli
isi ikan
ikan bilis
sweet tomato


rebus semua ye sehingga lembut dan mesin.

Monday, January 26, 2009

CARROT AND POTATO




khas untuk baby from 4 month until 1 years. senang mudah dan one more thing this food buatkan kulit anak kita cantik, mata yang cantik dan sehat . baby pasti suka.

CARROT AND POTATO

Bahan-bahan;

1 biji carrot
2 biji potato

Cara-caranya;

buang kulit potato dan kikis kulit carrot, rebus sehingga 30-40 minit. kemudian panas-panas tu blend potato dan carrot dengan sedikit air rebusan sehingga semuanyer menjadi halus (creamy). jika baby tak mau makan dengan sudu, letak dalam botol dengan menggunakan silicon puting saiz M. kalu tak mau juga, tambahkan sedikit formula susu di dalam botol mengikut sukatan susu yang di syorkan.

Wednesday, February 13, 2008

FISH BALL SOUP SIMPLE


sesuai untuk kanak-kanak berusia 18 bulan... mak pun tumpang kaki makan sedap.

FISH BALL SOUP SIMPLE

Bahan-bahan;

fish ball
sayur campur
telur
serbuk ayam

bahan diblend;

bawang merah
bawang putih
halia

Cara-caranya;

Tumiskan bahan yang diblend dengan sedikit olive oil, setelah wangi, masukkan air sehengga setengah periuk, kemudian masukkan sayur campur, rebus sehingga lembut. Masukkan telur dan fish ball, serta garam. Siap.

Wednesday, November 7, 2007

AISKRIM ROTI


before

after

Kalu semalam qall breakfast cucuq roti, ari ini dia sarapan aiskrim roti... amboi mkn banyak ari ini dia.. hentamnyek lah.. breakfast aiskrim roti pagi2 ni...
AISKRIM ROTI

Bahan-bahan;

roti
aiskrim (yg siap2 dah beli)
tepung jagung
coklat cip
Cara-caranya;

Ambil 2 keping roti (yg selalu org buat sandwish tu) gelekkannya bagi leper dengan cawan ataupun pengelek. Kemudian letakkan sekeping roti di bawah dan sudukan 1 sudu aiskrim dan taburan coklat chip di atasnya, selepas itu tutupkannya dengan sekeping roti lagi yang telah di sapu dengan bancuhan tepung jagung di hujungnya, terapkannya pada bentuk bulat dan terus masukkan ke dalam peti ais selama 2-3 jam. Kemudian boleh di kuarkan dan di goreng dengan minyak yang penuh, angkat dan lap dengan tisu kedap minyak. Than snap. jadilah mcm gambar di atas. heheh

Tuesday, November 6, 2007

CUCUR ROTI


Sesuai untuk kanak -kanak yang berusia 14 bulan ke atas... yang dah tumbuh gigi lebih kurang dalam 10 batang... heheh.. masak breakfast untuk si qall. Tetapi orang tua tua, mak mak dara , anak dara.. pak pak dara hehhe pun boleh makan jugak.. hentam jek labuuu...

CUCUR ROTI

Bahan-bahan;

roti
tepung gandum
udang kering yang di kisar halus
bawang di mayang halus
daun bawang di mayang halus
serbuk kunyit
garam

Hiasan;

tomato
salad

Cara-caranya;

Koyakkan kepingan roti kemudian letakkan sedikit air panas, hancukan, kemudian masukkan udang kering, bawang, daun bawang, serbuk kunyit, tepung dan sedikit garam, gaul sehingga sebati. Letakkan sedikit minyak panas ke dalam adunan tersebut dalam 1 sudu besar gaul cepat2. Gorengkan sesudu demi sesudu cucur roti tu di dalam minyak yang panas. Hiaskan cucur roti dengan hirisan tomato dan salad pada lidi yang bersih (buat macam sate) i guna chop stick yang kecil (tak berbahaya pada kanak-kanak). Siap di makn panas-panas.