NASKAH CINTA BUAT NUSAIBAH
Riduan Mohamad Nor
Jundi Resources
RM20.00, 221 hal
Semuanya tentang sosok besar HAMAS itu sangat mengagumkan, seolah-olah dia kesatria tersohor selepas Sheikh Ahmad Yasin dan Dr Abdul Aziz Rantisi. Saya tidak berkesempatan dalam kunjungan kali pertama dahulu kerana segalanya cemas dan tergopoh-gapah. Jet Israel mengintai-ngintai dicelah langit biru, hauskan darah dan laparkan kematian.
Siapa lelaki dengan wajah yang karismatik, bergurat jernih yang menjadi sebutan dunia itu? Tokoh ini dengan nama sebenarnya Ismail Abdul Salam Ahmad Haniyyeh Abu al-‘Abd, adalah anak kelahiran Palestin. Dia lahir pada tahun 1962, 14 tahun selepas peristiwa Nakbah, di perkhemahan tepi pantai suaka politik Palestin. Walau bagaimanapun kedua-dua orang tuanya berasal dari Bandar Asqalan. Dia membesar dalam kepayahan kaum pengungsi dan inilah jawapannya mengapa Ismail begitu akrab dengan masyarakat jembal. “Insya-Allah kita akan solat berjemaah suatu hari nanti di Masjidil Aqsa,” tukas Syeikh Ismail Haniyyeh kepada saya dan kata-kata itu meraung-raung di gegendang telinga ini buat selamanya…Umat Islam akan memeluk mimpi itu jika kita semua bersungguh-sungguh. Mulakan sekarang bagi yang belum bermula dan tingkatkan usaha bagi yang sedang bergerak. Insya-Allah Palestin akan merdeka!
No comments:
Post a Comment