Showing posts with label kumpulan puisi mistik dan kerohanian. Show all posts
Showing posts with label kumpulan puisi mistik dan kerohanian. Show all posts
18 October 2008
CINTA POHON TAMAR
CINTA POHON TAMAR
H.Johar Buang
Jahabersa
RM 14.90
merupakan antologi sajak sufi yang diselenggarakan oleh Johar Buang, diterbitkan oleh Jahabersa 2004. Menghimpunkan sajak-sajak dari tujuh penyair nusantara seperti Bambang Edy Widjanarko, Dody Iskandar, Hasyuda Abadi, Huttaqi, Ume Ismail, Kuswinarto dan Haji Johar.
05 April 2008
ASYIK - AS-SUHAIMI
KUMPULAN PUISI MISTIK dan KEROHANIAN: ASYIK As-SUHAIMI
As-Suhaimi
DBP
RM 27.00
sinopsis
Asyik merupakan suatu pencapaian As-Suhaimi yang sangat tinggi dalam penciptaan karya mistik dan kerohanian. Ia suatu ciptaan yang murni dalam menelusuri mutiara gilang-gemilang dalam lautan ilmu tauhid dan tasawuf, yang memancarkan nilai-nilai kebenaran dan keindahan Tuhan Yang Maha Esa. Sebagai sebuah karya mistik, ia ibarat sebuah cermin pencerahan yang cuba meleraikan krisis-krisis nilai tentang keimanan, percintaan, kerohanian dan pemikiran antara mausia sejagat, yang mengajak manusia memahami dirinya sendiri dalam mencari nilai-nilai kebenaran. Keindahan metafizik yang menjadi titik tolak dalam penghasilan Asyik dikendalikan dengan cermat melalui rangkaian jalinan bahasa yang amat tersaring dan terencana. Semoga keindahan metafizik dalam karya ini dapat dihayati oleh para pencinta dan peminat karya-karya mistik dan kerohanian."
29 March 2008
PERAHU MELAYU DI LAUTAN KHULZUM
PERAHU MELAYU DI LAUTAN KHULZUM
Haji Johar Buang
Jahabersa
RM 29.90 , 179 hal (HC)
Sinopsis:
Semenjak dua puluh satu tahun kebelakangan ini (1984-2005), Johar Buang tetap menonjolkan minatnya sebagai penyair yang memberikan tumpuan khusus kepada pengkaryaan puisi-puisi sufistik. Sejumlah besar puisi-puisi sufistiknya terdapat dalam kumpulan-kumpulan Dinding-dinding Kaca, Tujuhpuluhribu Hijab,Sahara,Cinta Pohon Tamar dan Cahaya Di Negeri Ini, telah memikat hati para audiens dan pengamat sastera sufi.Karya-karyanya pernah jua menerima pelbagai sorotan dan pandangan seperti di majalah Dewan Sastera,Berita Minggu dan di pertemuan majlis sastera nusantara. Justeru itu penampilannya sebagai penyair sufi tersohor cukup dikenali di rautau nusantara ini serta pernah menerima pelbagai anugerah sastera di dalam dan di luar negara. Kumpulan puisi Perahu Melayu Di Lautan Khulzum ini menghimpunkan sebahagian besar puisi-puisi terbaiknya yang mencerminkan kesedaran kerohanian yang amat mendalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)