Khamis, 1 Julai 2010

Kasih ibu itu suci

Salam.
Binasakan taghut.

Sebentar tadi saya pergi ke kedai yang berdekatan dengan rumah sewa, topup kredit saya sudah habis. Ikutkan hati, rasa malas nak topup kredit. Tapi entah kenapa sejak pagi ini banyak pula saya menerima sms dari peminat-peminat yang memerlukan respon segera. Jadi mahu atau tidak, terpaksalah saya keluarkan juga duit untuk topup'kan kredit handset ini.

Ketika keluar dari pintu rumah, kelihatan awan hitam di langit yang biru. Menandakan hujan akan turun. Saya nekad juga untuk keluar beli topup. Jika tidak peminat-peminat saya akan lari, maklumlah sms tak berbalas.

Ibu dan anak

Sewaktu perjalanan, hujan mulai renyai-renyai. Seiring dengan itu, halaju motosikal saya juga mula bertambah. Dalam asyik 'melayan' halaju motosikal sendiri, saya berselisih dengan sebuah motosikal. Ibu dan anak. Si ibu dalam lingkungan umur 30-an dan si anak pula dalam lingkungan 6-7 tahun. Mungkin si ibu itu ingin menghantar anaknya ke sekolah, ye la sudah tengahari. Si anak ber'sekolah petang' agaknya.

Dalam kerenyaian hujan itu, si ibu mengangkat kain tudungnya yang agak labuh lalu menekup kepala anaknya. Si anak pula menyambut kain tudung ibunya lalu memegang erat kain tudung itu. Angin pula seperti cuba ingin menguji si anak itu dengan tiupan yang kencang, maka si anak itu semakin erat memegang kain tudung ibunya. Mungkin tindakan si ibu itu tidak mahu anaknya itu terkena hujan, khuatir demam agaknya.

Saya percaya, saya dan pembaca-pembaca pun pernah alami perkara ini sewaktu kecil. Perkara yang berulang-ulang yang telah diaturkan oleh Allah, tetapi wataknya mungkin berbeza. Kalau 15 tahun yang lalu, watak si ibu itu adalah ibu saya dan watak si anak itu adalah saya.

Itulah kasihnya seorang ibu terhadap anaknya. Mungkin bagi kita pengorbanan si ibu tadi adalah biasa dan kecil. Si ibu itu tidaklah bermandikan darah untuk menyelamatkan anaknya, hanya bermandikan hujan sahaja. Tetapi nilaiannya begitu besar dan hanya Allah yang tahu.

Itulah antara jasa kecil ibu kepada kita sewaktu kecil.
Jika dihimpunkan jasa ibu yang kecil itu dalam tempoh 15 tahun, ia akan menjadi besar.
Dan jika dihimpunkan pula jasa ibu yang besar dalam tempoh 15 tahun, ia akan menjadi bertambah besar.
Dan jika dihimpunkan segala jasa ibu yang kecil atau besar sewaktu kita masih dalam kandungan, ketika dilahirkan, ketika disusukan, ketika baru belajar merangkak sehinggalah kita menjadi seperti sekarang...berapa agaknya nilaiannya?

Saya tersenyum melihat kejadian ini, sememangnya suatu perkara yang biasa. Tetapi bagi mereka yang memikirkannya, ia amat bermakna. Seperti Allah menyuruh hamba-hambaNya yang beriman melihat gunung, sesiapa yang beriman pasti akan nampak kehebatan ciptaan Allah itu dan bertambah imannya. Tetapi kepada yang bukan dari golongan itu, mereka akan merasakan itu adalah perkara biasa. Dan ada juga yang sesat dalam terang dengan mengatakan bahawa gunung itu adalah elemen-elemen semulajadi.

"For those who ask for the signs, Have you not shown for ur reading, look around you, look at the star, look at the sun, look at the water, this is the signs for people of knowledge"

Wallahualam

Ahad, 27 Jun 2010

Kisah wanita yang bernama Zulaikha

Salam.

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai kisah wanita bernama Zulaikha, dan sudah tentu ramai juga yang jelik dengan perangai wanita itu. Seorang wanita yang menggoda seorang jejaka tampan sehingga dapat memerangkap jejaka berkenaan untuk melakukan zina. Akhirnya sekali, jejaka tampan tersebut pula disumbat kedalam tahanan walaupun terbukti dia tidak bersalah. Ya, memang ramai ketahui kisah ini.

Tetapi, ramai kah yang tahu cerita selepas jejaka tampan itu keluar dari penjara dan bertemu semula dengan wanita yang Zulaikha?
Pada entri kali ini, kisah inilah yang ingin saya kongsikan bersama pembaca yang sudi menjenguk blog saya ini.

..........

Zulaikha berubah kepada tunduk kepada Allah

Akhirnya isteri kepada perdana menteri Mesir (Zulaikha) itu kembali kepada naluri kebenaran hakikinya, dia telah kembalikan dirinya ke jalan kebenaran dan mengakui kekhilafan dirinya itu. Beliau berazam untuk menyerahkan seluruh kehidupannya kepada yang Al-Haq, disitu beliau bertemu cinta sejati yang hakiki. Beliau juga berterima kasih kepada Yusuf AS kerana telah memberi pengajaran jiwa yang sangat berharga bagi hidup dan kehidupannya.

Munajat seorang wanita

Sungguhpun beliau telah bertemu pemilik hatinya yang sebenar tetapi beliau tidak dapat melupakan kisah cinta beliau terhadap Yusuf AS. Lumrah dan fitrah seorang manusia, memang sengaja Allah ciptakan kita sebegini rupa. Beliau sering berdoa dalam munajat-munajat beliau:

"Wahai Tuhanku, kini diriku tiada lagi harta, kedudukan dan kecantikan. Diriku sebatang kara, tua, hina, dina dan papa. Engkau telah uji diriku dengan rasa cinta kepada Yusuf. Ya Allah, aku tiada kuasa menahan cintaku kepada Yusuf. Maka sambungkanlah cintaku kepada Yusuf. Jika Engkau tidak berkenan, maka gantikanlah rasa cintaku kepada Yusuf ini kepada cinta kepada-MU. Agar segenap rasa cintaku hanya untuk-Mu. Ya Tuhanku..."

Para malaikat yang mendengar doa dan rintihan Zulaikha itu, terharu dan bersimpati kepadanya. Mereka juga memohon doa kepada Allah agar doa Zulaikha diterima Allah. Maka akhirnya Allah berkata kepada malaikat-Nya:
"Wahai para malaikat, telah tiba saanya menolong dirinya..."

Dipertemukan dengan Yusuf AS

Ditakdirkan Allah, Yusuf telah digerakkan hati oleh Allah untuk melalui suatu lorong. Ternyata dilorong itulah terletaknya rumah Zulaikha. Rumah yang menjadi kediamannya setelah meninggalkan istana Mesir. Zulaikha yang berada diluar rumah terlihat seorang lelaki berjalan menuju di lorong rumahnya. Ternyata lelaki itu adalah Yusuf, lelaki yang telah mencuri hatinya ketika dahulu. Cintanya berbunga kembali.

Lantas daripada itu, Zulaikha terus menegur Yusuf. Pada awalnya Yusuf tidak mengenali wanita tua yang menegurnya itu. Akhirnya wanita itu mengaku bahawa dia adalah wanita yang bernama Zulaikha. Wanita yang pernah menimbulkan fitnah terhadap dirinya. Ya, Zulaikha bukan saja berubah dari sudut rohani tetapi juga fizikal. Beliau sudah tua, kecantikan di waktu mudanya dulu juga telah lesap bersama usia muda yang meninggalkannya itu.

"Apakah engkau masih mencintai aku", tanya Yusuf AS.

"Ya, rasa cintaku tetap seperti dulu. Bahkan selalu bertambah sejalan dengan bertambahnya hari-hari yang aku lalui.", jawab Zulaikha.

"Apakah yang engkau mahukan inginkan disaat ini?", tanya Yusuf AS kembali.

"Aku mahukan 3 perkara. Yang pertama kecantikan-ku dahulu. Yang kedua harta dan yang terakhir jalinan pernikahan dengan engkau wahai Yusuf.", jawab Zulaikha.

Mendengar jawapan dari Zulaikha itu, Yusuf terus meninggalkan wanita itu keseorangan.

Lamaran dari Kerajaan langit dan bumi

Setelah itu, Allah utuskan Jibrail untuk menyampaikan suatu berita kepada Yusuf AS.

"Ketahuilah Yusuf, Sesungguhnya Allah sendiri telah melamarnya (Zulaikha) untukmu. Para malaikat menjadi saksi pertunanganmu, para bidadari juga akan menjadi penggembira pernikahanmu ini." berkata Jibrail.

"Wahai Jibrail, tidakkah engkau tahu bahawa Zulaikha itu sudah tua dan tidak lagi cantik seperti dulu?", tanya Yusuf.

"Ya Yusuf, bukankah Allah itu berkuasa atas segala sesuatu. 'Sesungguhnya Tuhanmu Maha Perlaksana terhadap apa yang Dia kehendaki' (Hud:107)", jawab Jibrail.

Dengan kekuasaan Allah yang Maha Besar, Zulaikha dianugerahkan kecantikan dan kejelitaan. Beliau tampak muda dan seperti gadis yang berusia belasan tahun, bahkan lebih cantik daripada zaman mudanya dulu. Allah juga telah mencurahkan rasa kasih dan cinta kepada Yusuf. Sungguh wahai sahabat-sahabat, Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Akhinya Zulaikha bersam Yusuf AS

Selepas pernikahan Yusuf dan Zulaikha, Yusuf sering menagih cinta dari Zulaikha. Tetapi keadaan menjadi terbalik. Allah Maha membolak-balikkan setiap hati manusia. Zulaikha pula yang menjual mahal, sepenuh masanya di habiskan untuk beribadat kepada Allah. Disaat Yusuf menginginkan Zulaikha, ketika itulah isterinya sedang kusyuk beribadat. Selepas habis ibadat tersebut, diteruskan pula dengan ibadat yang lain pula. Yusuf tidak dapat bertahan lagi, lalu berkata:

"Wahai Zulaikha, bukankah engkau dulu amat menyintai diriku? Engkau menggodaku sehinggakan bajuku telah koyak?", tanya Yusuf.

"Ya, dulu memang aku ghairah melihatmu sehinggakan aku telah mengoyakkan bajumu. Tetapi itu dulu, sekarang cintaku hanya untuk pecipta engkau dan aku, Allahurobbi. Hatiku hanyalah untuk Allah", jawab Zulaikha.

Yusuf begitu merayu-rayu kepada isterinya itu agar memenuhi permintaannya, namun Zulaikha menolak. Dia berdiri dan meninggalkan suaminya untuk melanjutkan ibadatnya. Yusuf mengejar Zulaikha dan berusaha menangkap tubuh isterinya itu sehingga baju Zulaikha terkoyak.

Melihat kejadian itu, Jibrail turun dan bertemu Yusuf AS.
"Wahai Yusuf baju dengan baju.Kepedihan Zulaikha terbalas dengan kepedihanmu. Maha Suci Allah. Tuhan pengubah situasi. Baju dengan baju", kata Jibrail.

Begitulah sebuah kisah cinta agung diantara seorang wanita, jejaka tampan dan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

..........

Allah Maha Besar dan berkuasa atas segala sesuatu. Allah telah menukarkan peribadi Zulaikha dari wanita yang serendah-rendah darjat kepada wanita setinggi-tinggi darjat. Saya harap perkongsian kali ini dapat memberi sedikit input kepada para pembaca yang sudi melayari blog saya ini. Kepada yang memiliki nama Zulaikha, janganlah terasa rendah diri dengan nama ini. Kerana Allah pernah melamar manusia yang memiliki nama tersebut, begitu nilaian taqwa hambaNya itu. Moga kita dapat mengambil ikhtibar dan ibrah dari kisah ini.

Ulama masuk UMCO? Part 3

"Assalamualaikum", Wan memberi salam.

"Wa'alaikum salam.", Jawab Mak Tam.

"Lambat hang balik malam ni? Ada apa kat masjid?", tanya Mak Tam.

"A'ah...lambat sikit malam ni. Tok Imam tu baca surah al-Baqarah la mak.", jawab Wan.

"Boleh pulak tok imam masjid kita baca surah tu no...hang habaq betul-betul, tak baik menipu mak.", tanya Mak Tam.

"Dok eh...lepas isyak tadi ada solat sunat gerhana. Lepas solat tu ada khutbah pula. Tu yang chek lambat sikit.
", jawab Wan.

"Ooo...hang cerita la kat mak sikit, solat sunat gerhana tu macam mana?", tanya Mak Tam.

"Solat sunat gerhana ni ada 2 rakaat saja. Tapi kan mak, dalam 1 rakaat tu ada 2 kali rukuk dan 2 kali bacaan al-Fatihah. Maknanya solat tu jadi 2 rakaat, 4 rukuk, 4 al-Fatihah, 4 sujud dan 1 salam.", jawab Wan.

"Ooo...macam tu ka. Mak pun dah tak ingat. Habis tu yang hang kata khutbah tu macam mana pula?", tanya Mak Tam.

"Yang khutbah tu...lepas saja habis solat, tok imam akan bagi khutbah,. Ala, macam mak solat sunat hari raya la. lebih kurang saja.", jawab Mak Tam.

"Ooo...lebih kurang sama la. Diselangi 2 khutbah. Macam tu?", tanya Mak Tam lagi.

"Ya! Jawapan anda betul...tahniah tahniah. Lepas ni kita ke soalan bernilai RM500000. Adakah anda bersedia?", Wan mencelah.

"Hang jangan dok buat loqlaq dengan mak. Mak ketuk dengan remote astro ni baru tau...", balas Mak Tam.

"Hehe...ok dah tak buat. Sayang betul orang dengan mak. Mak ni kalau marah atau garang atau ganas, nampak comey pulak.", usik Wan.

"Ish hang ni...comey apanya, dah tua-tua ni.", balas Mak Tam.

"Betul mak, orang tak tipu. Orang suka tengok muka mak kalau mak tengah marah...", balas Wan.

"Ooo...patut pun hang suka buat mak marah. Pandai betul hang ambik hati mak.", balas Mak Tam.

"Besa la, mak kan orang yang paling Wan sayang kat dunia ni. Tiada yang kedua. Mak, orang nak tanya ni, boleh tak?", tanya Wan.

"Ha, apa dia?", tanya Mak Tam.

"Apa berita yang best kat TV3 suku tadi? Orang tak sempat tengok.", tanya Wan.

"Hang nak berita politik atau berita pasal world cup?", tanya Mak Tam balik.

"Pergh! Mak macam tau je orang minat apa...world cup takpa, orang boleh tengok higlight. Pasal politik la.", balas Wan.

"Mak ni kan orang yang melahirkan hang, mesti la mak tau favaourite anak mak ni. Yang pasal politik, ulama masuk UMNO. DS Najib kata:

'Kita tidak mahu Umno dilihat sebagai parti ekstrem. Islam sebenarnya bukan agama yang ekstrem. Jadi kita akan memperjuangkan Islam yang diterima oleh semua pihak dan umat yang terbaik adalah umat yang sederhana mengikut panduan Islam.'

...yang tu saja kenyataan dia yang mak ingat.", balas Mak Tam.

"HAHAHA!!!"

"Ish! Awat yang hang gelak pulak ni? Bila masa mak buat lawak?", tanya Mak Tam kebingungan.

"Xda la, Wan tergelak sebab ulama-ulama yang nak masuk UMNO tu kata depa masuk UMNO bukan untuk politik tapi untuk berdakwah. Berdakwah apa kejadahnya macam tu? Awal-awal lagi Najib dah bagi warning...hahaha. ekstrem maksud Najib tu, maknanya pakai tudung, tutup aurat, larang judi, tolak APCO, tak minum arak, anti rasuah dan lain-lain. Ha, yang tu la ekstrem bagi UMNO. Sekarang ni, PAS la yang ekstrem dalam penilaian UMNO.", jawab Wan.

"Betul cakap hang tu...mak setuju." balas Mak Tam.

"Lagi satu mak...daripada kenyataan Najib tadi tu, dah nampak yang peranan ulama-ulama tu tak ke mana pun. Awal-awal lagi Najib dah tunjukkan kuasa dia, segala yang berlaku dalam UMNO biar dapat kelulusan dari dia dulu. Bengong betul! Patutnya dapat kelulusan dari Allah melalui Al-Quran dan Sunnah. Mak nampak lagi tak temberang UMNO ni macam mana?", soal Wan.

"Erm..nampak-nampak. Hang rasa, betul ka yang masuk UMNO tu ulama?", tanya Mak Tam.

"Ala mak...senang saja nak tau ulama atau tak. Suruh depa berdebat dengan ahli Dewan Ulama PAS sendiri pasal sekecil-kecil perkara sehinggalah intima dengan jemaah dan membentuk daulah islamiah. Time tu kita tengok, yang mana ulama dan yang mana ulama dalam semak.", balas Wan.

"Betul tu. Tapi mak rasa, tak payah la berdebat dengan ahli Dewan Ulama PAS. Debat dengan anak mak sorang ni pun dah cukup. Hebat juga anak mak ni...", balas Mak Tam sambil mengusap belakang anaknya itu.

"Ish mak ni...segan orang camni.", balas Wan.

"Aik? Bila masa anak mak ni jadi segan pulak? Bukan selalunya anak mak ni jenis 3 suku ka?", seloroh Mak Tam.

"Hehe..kadang-kadang ni, orang pun ada perasaan segan jugak.", balas Wan sambil tersipu-sipu.

"Sudah...tak payah nak lebih-lebih. Dah pukul 10 malam, hang pi ambik Hana kat tempat mengaji sat.", pinta Mak Tam.

"Ok...kunci motor LC 135cc kat mana?"

...