Sabtu, 1 Mei 2010

Buat aktivis dakwah yang aku sayangi

Salam Perjuangan,

Buat semua aktivis dakwah yang saya sayangi sekalian, ingatlah kalian perjalanan yang kalian pilih ini terlalu susah dan panjang. Kalian akan menempuh hidup didunia ini dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Kalian tidak akan sama sekali merasa senang tatkala kalian mula terjebak dengan jalan ini.

Sungguh! kesusahan, kepayahan, keperitan akan menanti kalian dihadapan. Rentetan-rentetan perjalanan ini telah Allah tunjukkan kepada kita dengan sejarah-sejarah lampau sejak zaman Rasulullah sehinggalah abad ini.

Kalau kalian merasakan hidup ini begitu teruk, payah dan penuh dengan onak dan duri tatkala membawa risalah dakwah. Maka memang benarlah bahtera yang kalian pilih itu.

Intima'lah dengan ia...
Istiqamah'lah bersamanya...
Matilah di jalannya...


Buat aktivis dakwah yang aku sayangi...

Selasa, 27 April 2010

ANAK MUDA patuh dan cekal!

Salam Perjuangan,

Muslim?

Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud kita beriman kepada Allah, tuhan yang esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.
Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.

Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas.

Ia bererti anda bukan hanya beriman dengan Islam, bahkan menyiapkan diri sebagai pejuang yang mendukung perjuangan menegakkan ugama Islam di dunia dan kehidupan ini. Menjadi seorang pejuang Islam bukanlah sekadar hanya menjadi seorang muslim biasa. Ia menuntut usaha besar menuju puncak tertinggi. Ia penuh kesukaran dan ia pastinya milik para pejuang yang bersedia menempuh kesukaran dengan jayanya.

Menjadi seorang pejuang bermaksud bersedia patuh kepada peraturan sebagai seorang tentera. Ia menuntut disiplin pada tahap tertinggi. Ia menuntut pejuang Islam untuk menguasai banyak perkara dan menggerakkannya dengan penuh disiplin. Pastinya, ia bukan dekat jaraknya, pendek masanya dan mudah caranya.

Pejuang anak muda!

Sebelum mencecah umur suku abad, pejuang yang dilatih dan ditarbiyah sebenarnya sudah melalui dan menguasai disiplin seorang pejuang. Apabila dia muncul di medan, sayugianya dia tidak kekok untuk berkenalan dengan selok belok dan ranjau di perjalanan dakwah. Itulah sebaik – baik persediaan untuk anak – anak muda yang berjuang.

Anak muda pejuang adalah lebih berpeluang untuk lebih berjaya. Umur muda tiada galang ganti dengan umur tua.

Beristiqamah dan berdisiplin juga adalah tanggung jawab dan amanah. Keretakan padanya, selain membawa padah pada diri sendiri juga akan menggoncang keutuhan jamaah dan perjuangan. Setiap kita mestilah berusaha mengelak daripada menjadi beban kepada jamaah. Semakin kita berada diatas, semakin besarlah kesan daripada perlakuan dan tindakan kita.

Para anak muda sayugia sekali diingatkan dengan fenomena ini agar mereka lebih bersedia untuk menangani ujian yang lebih getir dalam perjuangan. Jika tidak, mereka akan berhadapan kerugianyang tiada galang gantinya. Mereka terlucut gelaran ’al mujahidun’ yang diimpikan setiap muslim yang mencintai al rasul dan perjuangannya



Dalam kata lain:

Disiplin adalah patuh. Istiqamah adalah cekal.

Ayuh, patuh dan cekal berjuang!

Isnin, 26 April 2010

Muhasabah

Salam perjuangan,

Muhasabah

Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya.

Sekadar selingan...



Sedangkan kucing pun sanggup bermuhasabah diri, inikan kita yang sering bergelumang dengan dosa...apa la nak jadi dengan kita ni?

Insan yang cemerlang datang dari akal yang panjang, hati yang bersih dan jiwa yang mantap ye!

Renung-renungkan dan selamat beramal...