Sabtu, 3 April 2010

Amanat Syeikh Abdullah Yusuf Azam


Salam Perjuangan,

Teringin sekali aku untuk berkongsi bersama semua mengenai amanat dari mujahid yang telah syahid dijalan-Nya iaitu Syeikh Abdullah Yusuf Azam.

Kenali beliau...

Abdullah Yusuf Azzam lahir pada tahun 1941 di Desa Asba’ah Al-Hartiyeh, Propinsi Jiniin, Tanah Suci Palestin yang diduduki Israel.

Sheikh Abdullah Azzam bukanlah orang biasa. Dia mewakili satu bangsa, satu Ummat. Tubuh Ummat ada di dalam dirinya. Setelah kematiannya, para muslimah sejauh ini gagal melahirkan seorang laki-laki yang mampu menggantikan Beliau. Seorang mujahid yang menjualkan dirinya untuk meninggikan Islam di negara-negara bergolak seperti di Chechnya dan Afganistan.

Amanat dari as-Syeikh...


1. Kita akan kekal dalam jalan ini sampai bila-bila.

2. Kita berdoa agar Allah membimbing kita di jalan ini.

3. Tiada pemikiran yang dapat mampu mengubah keyakinan ini.

4. Peperangan terlalu besar tetapi ada yang lebih besar dari pemikiran kita ini iaitu redho dan syurga Rabbul Alamin.

5. Hidup Ini terlalu murah jika dibandingkan dengan redho Ilahi.

6. Cita-cita kita adalah kemenangan Islam dibumi ini dan petanda kemenangan begitu meyakinkan kita.

7. Orang-orang yang mengharapkan Daulah Islam yang turun dari langit, tanpa usahaha & pergerakan, tidak mengerahkan tenaga untuknya, baik dengan berjalan kaki atau berkenderaan, tanpa merasa kehilangan kehormatan atau kesedihan yang terdetik dihati. Maka sesungguhnya, mereka tidak mengetahui sunnnah agama ini. Mereka tidak faham dengan tabiat perjuangan ini.

8. Jalan ini memang memeritkan. Ingatlah! setiap kali musibah menekan kita, semakin banyak bencana yang terjadi kepada kita...Sungguh! kemenangan Islam itu semakin hampir.

9. Jalan ini penuh dengan serpihan daging, darah dan dipenuhi cubaan dan dugaan. Sesiapa sahaja yang berada dijalan ini maka bersiap sedialah menghadapi musibah dari pelbagai arah.

10. Tetapi, jika engkau meyakini jalan ini dan jalan ini jelas dimatamu. Pasti engkau dapat menempuhinya. Walaupun ketika bersendirian, maka berkatalah engkau, "Dan jika zaman ini membuatku sendiri, akan aku hadapi seluruh bahaya sendiri!"

11. Jumlah orang mulia itu terlalu sedikit, jika kalian beralasan sedikitnya ahli. Maka aku akan katakan, "Bahwa orang mulia itu sedikit dan orang yang teguh itu adalah sedikit dan tidak teguh jalan ini kecuali orang-orang yang Allah bukakan syurga baginya."

12. Sepakatilah janji keran jalan ini sangat panjang, sedangkan bekalan hanyalah sedikit, tugasnya pula sangat berat dan amanah ini begitu tinggi nilainya. Sedangkan tabiat jalan ini terlalu payah.

13. Akan tetapi pahala yang dinantikan terlalu besar.

14. Syurga yang dijanjikan juga terlalu indah. Yang dibawahnya mengalir sungai, yang didalamnya terdapat bidadari-bidadari juga segala-gala nikmat didalamnya. Maka berbahagialah engkau ketika itu.

Sedikit ulasan...

Syeikh Abdullah begitu hebat ilmu perangnya. Jihadnya tinggi mengampai awan biru. Semua ini berlaku apabila dalamannya atau spiritualnya begitu YAKIN akan jalan yang dipilihnya ini.
Amanat inilah yang menjadi 'lagu perjuangan' kepada aku tatkala merasakan jalan ini terlalu payah dan begitu terasa tekanan yang menimpa. Sungguh, roh semangat as-Syahid begitu mengalir bila mendengar amanat beliau ini.

Moga dikau aman berada 'disisi'-Nya...AMIN

Khamis, 1 April 2010

Kafir Quraisy riuh bersorak ketika Rasulullah berdakwah di kota Mekah. Kini peristiwa ini terjadi lagi.

Salam Perjuangan,

Teringat aku tentang sirah junjungan mulia Rasulullah s.a.w.
Beliaulah murobbi paling agung dalam sejarah manusia.
Membawa manusia kearah jalan yang lurus,
mengajak manusia menundukkan diri kepada Allah,
membawa manusia bertemu dengan cinta kepada Tuhan mereka.

Rintangan dan cabaran ketika beliau menyampaikan risalah Islam tiada tolok bandingnya.
Di cerca, di maki, di hina. Menjadi perkara biasa. Terutamanya ketika beliau berdakwah di kota Mekah. Macam-macam dilakukan oleh kafir Quraisy dalam menentang gerakkan dakwah Rasulullah ini.

Kadang-kadang mereka riuh bersorak ketika Rasulullah sedang menyampaikan pidato dan membaca ayat-ayat Allah dihadapan khalayak umum. Tujuan mereka adalah untuk menenggelamkan suara Rasulullah dari didengari oleh orang ramai.

Sengaja Allah caturkan sirah-sirah Rasulullah ini untuk dijadikan pedoman dan rujukan kepada kita untuk menghadapi cabaran-cabaran ketika hidup bersama makhluk yang bernama manusia ini. Sirah-sirah ini bukan untuk dibukukan dan dihafal, tetapi untuk di'aplikasi'kan untuk hari-hari kita mendatang.

Hari ini, episod-episod sorak menyorak ini sekali lagi dicaturkan oleh Allah seperti mana yang telah dialami oleh Rasulullah dahulu. Kali ini berlaku di parlimen Malaysia...
tontonlah video yang telah aku link'kan kat bawah ini.
Kita tengok, siapa sebenarnya kafir Quraisy zaman sekarang. Sama-sama saksikan!



Aku nak ulas sikit je...

Hahaha...camtu la Allah nak ceritakan tentangan-tentangan yang kita akan hadapi bila berada daam bahtera perjuangan ini. Bapak taghut Malaysia memang telah dicatur Allah untuk memegang watak sebagai Quraisy dizaman Rasulullah...

TERANG, NYATA lagi BERSULUH

Dari Pongsu Seribu mengegarkan kampus!

Salam perjuangan,

Teringat aku ketika berada di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), Pongsu Seribu, Kepala Batas. Kenangan bersama sahabat-sahabat di KMPP terlalu indah.

Pahit - manis bersama...
Kenyang - lapar bersama...
Tidu - lena bersama...
buka puasa - Qiamullai bersama...
sepak - terajang bersama...

Bila dah hampir 3 tahun lebih tinggalkan depa ni, terasa rindu pula. Masing-masing berpecah ke kampus berlainan. Ada di UUM, UM, UKM,UPM, UiTM, UTM, UTEM,USM. (dah x ingat lagi...)


Ketika di hari-hari terakhir di Pongsu Seribu...kat surau KMPP


Bergambar di minggu-minggu terakhir...


Ni ketika Minggu Orentasi Pelajar Baru, kami jadi fasilitator kat sana. Yang pakai baju merah bertopi keledar tu sahabat baik, sekarang dah jadi Presiden PMIUPM...tak sangka aku.


Bersama dengan seorang lagi sahabat baik, Khairul.


Sepagi di kafe pelajar perempuan, tapi time tu pelajar perempuan ni mana bangun tido lagi. membuta je kerja budak-budak perempuan ni...hehehe


Berdiri dari kiri Khairul (UTM), Azim (UTM), Hafiz (UUM), Solehin (USM), Razak (UPM), xxx, Tihi (UPSI). Duduk dari kiri Zabidi(UTM), Zulhakimi (UUM)


Kat Masjid Negeri Pulau Pinang.

Gambar-gambar kenangan serba sedikit ketika aku di Pongsu Seribu.
Semua mereka telah berteraburan di serata kampus di Malaysia.
Walaupun jauh terpisah diantara satu sama lain, tetapi hati dan thabat hati tetap sama. Mendokong agama Allah walau dimana jua.

Moga kalian terus istiqamah menegakkan kemakrufan dan menentang kemungkaran di lapangan masing-masing.

ALLAHUAKHBAR!

PERKASA: Cium jangan tak cium

Salam Perjuangan,

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno yang bermatlamat untuk memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam dilihat sebagai bukti kegagalan penubuhan Umno selama 64 tahun.

Selama 64 tahun perjuangan UMNO untuk memperjuangkan bangsa Melayu akhirnya me'layu' jua. PERKASA ditubuhkan kerana UMNO sudah tidak mampu lagi memperjuangkan Melayu.

Di tengah-tengah UMNO memperjuangkan 1 MALAYSIA, depa juga telah terasa tergugat akan kedudukan depa di mata orang Melayu, sebab tu la depa 'cipta'kan PERKASA yang didalamnya juga didokong orang depa jugak!
Politik murahan la...adik-adik yang awal 20-an pun boleh baca taktik hangpa ni.


*cium keris tu, jangan tak cium...pastu keris tu simpan untuk bekalan akhirat hangpa semua...

Rabu, 31 Mac 2010

Allah sedang menguji hambaNya

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.."
(albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"..dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(albaqarah:286)

… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
"
(alinsyirah:5&6)

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?

"..janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman.."
(alimran:139)

"..adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji. Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.."
(alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Surah Al-Imran ayat 200)

Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.."
(Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)

Allah akan menguji hamba-hambaNya dari segenap sudut. Walaupun puncanya bukan datang dari kita sendiri.

Ya Allah, berikan aku kekuatan. La hawla la wala quwwata illa billah.

Wahai jiwaku,
merendahlah pada Allah yang memberi ujian sebagai tanda cintaNya.
Merendahlah dengan penuh pengharapan akan ampunan dan takutkan azabNya.

Selasa, 30 Mac 2010

Mursyidul Am dan Timbalannya dikekalkan

Salam Perjuangan,

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.
Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari perjuangan.



"Ramai yang layak, tetapi kita anggap beliau yang lebih layak dari orang lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tiada persaraan dalam perjuangan."

"Kita tidak mahu tok guru kita bersara dari perjuangan," katanya pada sidang media memaklumkan keputusan tersebut di parlimen hari ini.

"Keuzuran beliau boleh dibantu ahli-ahli yang lain kerana keputusan majlis syura bukan individualistik tetapi dibuat secara kolektif," tambahnya lagi.

Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak meminta jawatan.

"Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam Islam diajar tidak meminta jawatan, tidak berebut jawatan dan Islam mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik," jelasnya lagi.

Aku nak ulas sikit...

Alhamdulillah. Satu keputusan yang begitu meyakinkan lagi perjalanan bahtera ini. Kadang-kadang aku terfikir jugak,
camna la kalau 2 orang Tok Guru ni sudah tak ada dalam PAS?
Mungkin ramai yang tidak boleh terima kenyataan, terutamanya aku. Adatnya, memang setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Juga menjadi adat, setiap yang pergi pasti ada penganti. Tapi yang pergi tu tetap pergi dengan karakteristiknya yang tersendiri.



Moga Allah panjangkan umur Tok Guru dan Prof Harun Din agar dapat melengkapkan 5 tahun taklifannya beliau menjadi Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am.

Ahad, 28 Mac 2010

Idola-ku: Arwahyarham Ust Fadzil dalam kenangan

Salam Perjuangan,


Sekali lagi aku dikurniakan kudrat dari Yang Maha Besar untuk menaip didalam blog permatangbendang ini. Kali ni, aku tak mau nak kutuk-kutuk lagi geng-geng taghut Malaysia tu lagi. Tapi tak bermakna aku dah bertaubat dari berperang dengan mangkuk ayun tersebut...LAWAN TETAP LAWAN!

Penulisan kali ini just untuk mengimbau kembali kehidupan seorang idola-ku yang sudah hampir 8 tahun meninggalkan kita, Arwahyarham Ustaz Fadzil Noor.

Nama beliau Fadzil@Ali bin Mohd Noor, dilahirkan pada 13 Mac 1937 (ustaz, kita sama bulan lahir la...ada chemistry tuh!)
Berasal dari Kampung Seberang Pumpung, Aloq Staq, Kedah. Mak dgn Ayah Ust Fadzil meninggal sejak Ust Fadzil kecik lagi.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga seterusnya melanjutkan pengajian menengah di Maktab Mahmud Alor Star. Kemudian beliau bekerja sebagai guru dan pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah.
Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar dalam Ijazah Muda Syariah. Selepas tamat pengajian, beliau bertugas sebagai guru di Maktab Mahmud dan sebagai pensyarah di universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Ustaz Fadzil mempunyai bakat kepimpinan dan pemidato yang pintar. Atas kelebihan inilah beliau banyak memimpin persatuan-persatuan Islam samada ketika di Mesir dan Malaysia seperti PMRAM, ABIM, PERKIM dan PAS!
Beliau intima' dengan PAS ketika keluar dari ABIM, tetapi jika di ikutkan secara tidak rasmi, beliau telah bersama PAS sejak tahun 1959 lagi ketika menuntut di Maktab Mahmud.

Ustaz Fadzil boleh dikatakan orang kanan kepada Tuan Guru Yusof Rawa, Mursyidul Am pertama PAS. Beliau sentiasa dibelakang Tuan Guru Yusof Rawa (TGYR) sejak tahun 1978 lagi.

Tuan Guru Yusof Rawa.................Ustaz Fadzil
Naib Yg Dipertua Pertama.............Naib Yang Dipertua Kedua.
Timbalan Yg Dipertua.................Naib Yang Dipertua Pertama
Mursyidul AM.........................Yang Dipertua (Presiden PAS)

Ustaz Fadzil menjadi orang yang paling kehadapan membantu Tuan Guru Yusof Rawa sepanjang perjuangan mereka bersama-sama dengan PAS.
Terutamanya ketika merintis konsep kepimpinan ulama' dan mengukuhkan asas-asas harakah islamiyyah dalam PAS.

Ustaz Fadzil ialah individu utama yang memperjuangkan isu Memali, beliau begitu yakin akan kematian Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk kampung Memali adalah syahid.
Ketika didalam parlimen, beliau begitu tegas dan mencantas hujah-hujah UMNO si bapak taghut mengenai isu kesyahidan Ustaz Ibrahim Libya. Beliau berkata:
"Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya. Yang Berhormat yang tidak percaya, silalah gali kubur mereka dan lihatlah badan mereka samada sudah hancur atau masih segar"

Ustaz Fadzil begitu komited untuk me'rekrut' ahli-ahli PAS, sehingga beliau telah mengeluarkan kenyataan:
1.) Ahli PAS mesti menubuhkan cawangan PAS di setiap kampung, di setiap taman dan di setiap lorong.
2.) Didalam sesebuah keluarga, mestilah mempunyai seorang ahli PAS.


Ustaz Fadzil kaki demo yang HEBAT!
Ustaz Fadzil bukan juga hebat di Parlimen, juga seorang yang hebat di jalanan. Beliau lah yang menjayakan Perhimpunan 100,000 Rakyat pada 5 Nov 2000. Beliau telah mengarahkan semua ahli PAS turun berdemonstrasi.
Beliau juga telah turun sekali didalam himpunan tersebut bersama rakyat, tindakannya itu membuatkan pimpinan-pimpinan PAS, KEADILAN, DAP, PRM turut turun bersama. Beliau berjalan kaki sejauh 5 kilometer ketika peristiwa itu.
Tindakan beliau telah menyuntik semangat kepada rakyat bertapa manisnya perjuangan ini.

Setelah itu, beliau memanjat tembok pemisah lebuhraya dan berucap dengan dikelilingi 100,000 rakyat. Ucapan beliau begitu bersemangat dan menyemarakkan lagi darah-darah perjuangan dihati rakyat.
Sebulan sebelum Ustaz Fadzil meninggal, beliau menghadiri perhimpunan aman menentang pencerobohan Amerika di Iraq. Ketika itulah beliau terkena gas pemedih mata dengan teruk sekali. Sejak itulah kesihatannya terganggu dan merosot sehinggalah beliau memerlukan pembedahan dan seterusnya bertemu
dengan Allah.

Ustaz Fadzil berani merempuh sejarah!
Ustaz fadzil juga telah mencetus tradisi didalam PAS dengan menempatkan calon muslimat ketika Pilihan Raya berlangsung. Penampilan muslimat dari pelbagai latar belakang telah melonjakkan imej PAS.
Beliau juga peneraju utaman tahaluf siyasi didalam dunia politik Islam. Tanpa menafikan Anwar Ibrahim sebagai pemangkin kejayaan Barisan Rakyat baru-baru ini, ustaz Fadzil Noor adalah insan yang pertama memungkinkannya.



Ustaz Fadzil meninggalkan kita...
Tanggal 23 Jun 2002, jam 10.30 pagi. Telah pergi seorang pejuang yang bernama Fadzil@Ali bin Mohd Noor. Beliau menghembus nafas terakhirnya setelah 2 minggu kome di HUKM.
Pemergian beliau mencatatkan sejarah apabila hampir setengah juta orang yang melawatnya jenazah beliau sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya hampir 20km. Jenazah beliau dikebumikan di Muasasah Darul Ulum yang diasaskan beliau dikampungnya sendiri.

Kata orang kampung beliau,
"Ust Fadzil orang yang baik hati, dia jumpa kita kat mana pun angkat tangan, tak pernah sombong. Ust Fadzil minta kalau dia meninggal tanam kat sini (muasasah), dulu Pokok Sena ini orang tak mai, tempat jin bertendang, tapi Ust Fadzil beli tanah berpuluh ekar, buat muasasah, buat tempat ceramah."

Ketika Ustaz Fadzil meninggal, aku masih berumur 14 tahun. Time tu aku tak berapa mengenali dunia politik, tapi aku begitu minat dengan beliau. Aku masih ingat lagi ketika pagi tu (kalau tak silap, pagi sabtu kut), abah aku begitu tergesa-gesa membuka TV. Kata abah aku ada berita mengejutkan.

Rupa-rupanya berita pemergian Arwah Ustaz Fadzil, riak muka abah aku suram sekali, tak banyak cakap. Mak aku pun begitu juga. Sekarang, barulah aku tahu kenapa abah dengan mak aku suram ketika itu. Mereka terlalu sayangkan Ustaz Fadzil. Aku juga sayangkan Ustaz Fadzil, tapi setelah 5 tahun pemergian beliau.

Maafkan aku ustaz, begitu lambat aku mengenalimu.