Showing posts with label Satu company. Show all posts
Showing posts with label Satu company. Show all posts

Tuesday, March 23, 2010

Songkok Hitam vs Songkok Putih






Songkok Hitam vs Songkok Putih

Pagi tadi sebaik sahaja sampai kawasan pejabat, aku ke Medan Penjaja atau lebih dikenali dengan Hijau Kuning oleh pelajar. Ada juga pelajar yang mengelarnya 'Lego' sebab rekabentuknya macam kiub Lego!

Semasa beratur hendak membayar makanan yang diambil, aku terasa bahu ditepuk. Aku menoleh dan terlihat 'Cina Satu Company' geng se-company aku ini tersengih panjang.

"Lu ah! Bila sudah take over Aji punya tempat lagi susah mau jumpa!"

Bila terdengar perkataan Aji itu, aku tersenyum mengingatkan cerita "Aji Talak Potong Saka". Itulah paling akhir aku berjumpa dengannya.

"Lu sekalang sibuk main golf ka?"

"Mana ada maa..., batang golf pun aku talak pernah pegang!", seperti biasa lidah akupun sudah tergeliat.

"Itu hari Prophet punya parade pasai lu tak ada?". Tiba-tiba aku teringat cerita geng se-company ini cari Songkok Hitam dua tahun lepas.

Dia tersengih lagi sambil duduk di kerusi di hadapan gerai Nasi Lemak Ayam Goreng 1 Malaysia itu.

"Ini tahun tak ada order suruh masuk parade! Gua ingat pasai takut Non Muslim sebut Alah! Tapi ada olang beritahu gua, itu Petlonas punya Kolej memang sebab ada Non Muslim ikut parade sekali. Itu olang cakap lu juga jadi Judge!"

"Kalau Non Muslim ikut parade kena sebut Allah juga ka?", saja aku buat-buat tanya.

"Itu gua tak tahu tapi gua mau celita sama lu, gua punya apak, gua punya amak dan gua punya latuk dari dulu selalu sebut Alah, Alah juga. Dia olang cakap sama gua itu Alah Melayu punya tuhan. Itu Tok Pekong gua punya tuhan. Sebut saja maa... apasai talak boleh?".

Aku tersenyum sinis sambil menyuap Nasi Lemak Ayam Goreng 1 Malaysia. Cina satu company geng se-company aku membebel lagi. Sekali-sekala terdengar ayat-ayat "One Malaysia" dari mulutnya. Aku saja-saja buat tak dengar!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Gambar di atas tak ada kena-mengena dengan posting ini. Saja nak tunjuk Songkok Hitam tempah khas untuk kepala aku bersaiz 23 3/4" dan Kopiah Putih 'Transformer' (kata anak jantan aku seorang itu) saiz 23 1/2" untuk aku dan 22 1/2" untuk anak jantan aku seorang itu. Memang satu sekepala aku anak-beranak.

Thursday, March 04, 2010

Butang baju melayu abang mana Pah…?


Butang baju melayu abang mana Pah…?

Betulkah abang nak berulang?", tanya orang rumah seorang aku itu.

“Kenapa ayah tak pakai ketayap puteh transformer ayah beli semalam?”, tanya anak jantan seorang aku itu.

"Ayah bukankah Geng Songkok Puteh?", tanyanya lagi.

Perbualan ini berlangsung jam 4 pagi hari Selasa lepas di rumah aku di Kamunting. Aku bangun diam-diam jam 3.30 pagi tapi isteri dan anak juga sama-sama terbangun.

Aku dijadualkan menjadi Hakim di Perarakan Sambutan Maulid Nabi di UUM yang berlangsung di waktu pagi dan petangnya pula ada satu mesyuarat perlu dihadiri. Selepas mesyuarat aku bercadang untuk kembali semula ke Kamunting. Bukannya jauh hanya 205 km! Bagi seseorang yang tak merokok seperti aku – sebatang rokok pun tak habis untuk perjalanan sejauh itu!

Entah mengapa di tahun ini aku mula selesa berulang-alik Kamunting ke Sintok. Keluar rumah awal pagi dan lewat petangnya sekitar Magrib sudah berada di rumah. Pengalaman berulang-alik kerja setiap hari Kamunting ke Kulim Hi Tech pada 2004-2006 dan setahunnya dari Kamunting ke Ipoh menyebabkan aku sudah menjadi betah untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Terdetik juga di hati untuk berulang-alik dengan “kuda besi” yang sudah tentu tidak kena toll dan mungkin lebih cepat.

Oh ya, berbalik kepada perarakan. Cuma 2 sepanduk yang tidak bercetak. Lainnya semua menggunakan kemudahan komputer. Menarik juga dengan pengelibatan pelajar antarabangsa dan pelajar tempatan yang bukan beragama Islam.

Perarakan bersambung dengan Forum Perdana 2 tokoh pendakwah.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Fakta kurang menarik - satu kontigen tiada sepanduk dan satu kontigen lewat hanya menyertai di tengah jalan perarakan.

*Tajuk posting tidak ada kena-mengena dengan isi posting kali ini mahupun secara sengaja ataupun tidak disengajakan!