Showing posts with label Orang Kampung. Show all posts
Showing posts with label Orang Kampung. Show all posts

Wednesday, March 30, 2016

Tanggang kelik kapong punggah pucuk kayu































Tanggang kelik kapong punggah pucuk kayu

Asalnya nak balik Tukuro (Batu Kurau) pagi tadi nak cari Kundas @ Kundeh @ Cucur Kembung cicah Kuah Kacang. HjZamz Ahmad Zakaria Altabligh dan Nasri Abidin lah yang menghasut dalam FB. Tak senang hati semasa heret kasut sesi panggang lemak di Taman Tasek Kamunting awal pagi tadi.

Pukul 8 pagi dengan t-shirt lecun peluh terus start motor kelik Tukuro. Cadang lepas perkena Cucur Kembung, nak tarah kepala sama. Kalau anak Tukuro sendiri tak tolong orang Tukuro, saja la!

Rupanya Kedai Gunting Rambut India Mari sebelah Kedai buah kak Pah ini pukul 9 am baru buka.

Sewaktu lalu hendak pergi beli Cucur Kembung di sebelah kedai basikal tepi tapak Pekan Selasa, terdengar orang menjerit memanggil nama aku dari gerai Roti Canai tepi jalan.

“Man', mu gi na tu?”

Alamak Pak Long aku! Ingat nak kelik Tukuro senyap-senyap saja.

‘Mari minum teh dulu!”, tak terdaya aku mengelaknya. Kejab lagi kena kuthbahlah alamatnya.

“Mu gi na ni? Basah baju macam balik noreh!”.

“Saya nak beli Cucur Kembung Pak Long.”

“Kemuting tak ada ka? Pak Long rasa kedai Rahmat tepi sekolah cina tu pun ada.”

“Saja balik kapong, Pak Long.”

“Oooo balik kapong nak tengok Cucur Kembung bukan nak tengok adik-beradik!”

Aduh!!! Kuthbah sudah bermula.

“Kedai Cucur Kembung Kedai Hijau sebelum Market tepi jalan Pekan Selasa depan Kedai Gigi tu katup hari Rabu. Kedai Cucur Kembung Hj. Din di Kedai Makan Market Baru pun katup hari Rabu. Dema menega sakan semalam. Semalam kan Pekan Selasa.”

(Katup = Tutup)

“Mu minum teh dulu. Lepah ni ikut Pak Long masuk kapong. Aku nak ambil pucuk kayu nak kirim kat mak mu. Kalau bini mu dan' masak, ambik la sama!”

Macam perli saja Pak Long bila sebut bab bini ni!

“Pak Long nak panjat pokok ke? Saya tak boleh lama ni!”

“Pucuk Sertang, Pucuk Salang, Pucuk Ubi tu paras kepala mu ja! Pisang Berangan dan Emas pun berlambak, pokok sakit habis patah batang. Bawa kelik sama Jantung Pisang.

"Buah Belimbing beremut kat dahan. Tapi Telur Itik tak ada. Telur Ayam Kapong bersepah atas batas bendang, itupun berebut dengan Kera. Biawak tak makan telur dah la ni.

“Kalau tak ada Telur Itik nak buat juga masak lemak, Mak mu besa ganti ngan Ikan Keli. Kat Market tu ada jual. Nak sedap lagi, suruh Mak mu salai dengan api kayu dulu. Buat kuah pedih sikit.”

(Pedih = Pedas)

“Bini mu tahu masak dak?”

Aduhhh!!! Pedih lagi, nasib baik orang rumah tak ikut.

“Dia pernah buat Pak Long.”

“Tapi Pak Long, saya bawa motor je tu!”

“Pasai apa tak boleh. Motormu ada karier tu! Pak Long bagi pinjam jala.”

Aku mengekori EX5 Pak Long menyusuri jalan kecil Lorong Changkat Lobak. Jauh pula rasanya dari Jalan Besar ke rumah arwah Tok Bendang aku ini. Sedangkan sebelum ini aku biasa berjalan kaki sahaja menunggu bas di jalan besar.

Emak kepada emak aku, bergelar Tok Bendang sebab rumah di tengah bendang. Manakala emak kepada bapak aku bergelar Tok Bukit sebab rumah di kaki bukit.

Aku berhenti seketika di jambatan besi. Di sungai kecil inilah arwah Tok Bendang aku pada setiap hari Jumaat akan mengutip Siput Sedut untuk dibuat Masak Lemak bercampur Keladi. Kata arwah, Siput berkumpul di sungai hari Jumaat nak pergi sembahyang Jumaat!

Heran aku! Rumah arwah Tok Bendang aku dekat sahaja dengan sungai ini. Kelibat Pak Long pun sudah tak nampak. Tiba-tiba aku sudah sampai simpang tiga menuju rumah orangtua YB Dr Amin. Mana pergi rumah arwah Tok Bendang aku ini?

Aku patah balik. Berdekatan dengan sungai tadi, terdengar nama aku dilaung dari celah-celah pokok kayu. Rupa-rupanya aku sudah terlajak. Rasanya sudah bertahun aku tak balik sini.

“Gena mu Man! Rumah Tok mu sendiri pun tak ingat!”.

Tersayu aku. Terasa benar Tanggang kelik kapong. Bezanya Tanggang naik kapal, aku naik motor. Motor RC 110 fully restoration lagi.

Pak Long sudah siap dengan berbungkus plastic. Pucuk Sertang diasingkan. Nanti semua pahit katanya kalau bercampur dengan pucuk lain.

Aku? Pucuk Sertang pun tak tahu beza dengan Pucuk Salang. Pucuk Ubi aku kenal! Pak Long nak cabut Keladi, tapi aku menolak! Nak bubuh kat mana lagi! Lain le aku bawa Gold Wing!

Aku pula sibuk ambik gambar Ayam Piru sedang buat project kahwin-kahwin.

“Dema tu tak payah mas kahwin, wang hantaran. Setakat keriau dan angguk saja, kira jadilah.”

Patutlah semasa nak masuk laman rumah tadi, Ayam Piru jantan ini nampak galak sahaja. Lupa nak Tanya Pak Long, “dema” tu tak bergaduh ka pasai wang hantaran tak ada?

Selepas sendat motor aku patah balik ke Pekan gunting rambut.

Nasib baik yang gunting rambut (mesin) ni tak guna telinga dan bahu, dia guna tangan sahaja. Sebab sibuk betul dengan telefon. Elok saja bila nak bercukur, dia tak bertelefon dah!

Jenguk kejab kedai buah sebelah kedai gunting ini. Kedai Kak Pah ini sinonim dengan Pekan Batu Kurau, sudah jadi trade mark. Anak Kak Pah sahaja yang ada. Nampak Petai mata besar-besar, terus ambik 6 papan. Dari RM 1.00 sepapan dapat tawar 6 papan jadi RM 5.00. Anak Kak Pah bagi lagi satu papan free.

Tanya buah Setar – RM 30.00 sekilo! Terus tak jadi!

Pusing Pekan terjumpa kembar RC ini. Kedai sebut harga RM 800.00. Menarik juga. Jumpa pula Street Cub ada side box. Comel pula!

Berakhirlah siri Tanggang kelik kapong. Esok nak kelik lagi, nak cari juga Cucur Kembung.u papan free. Tanya buah Setar – RM 30.00 sekilo! Terus tak jadi! 

Pusing Pekan terjumpa kembar RC ini. Kedai sebut harga RM 800.00. Menarik juga. Jumpa pula Street Cub ada side box. Comel pula!

Berakhirlah siri Tanggang kelik kapong. Esok nak kelik lagi, nak cari juga Cucur Kembung.

Monday, February 08, 2016

Kenduri kahwin anak Abang Mat Yurau di Batu Kurau.













Kenduri kahwin anak Abang Mat Yurau di Batu Kurau. 

Di sebalik kehilangan pengelihatan, Abang Mat (baru dikenali sama-sama berumrah Dis 2015 lalu) mampu mengecam saya hanya menggenggam tangan dan memegang bahu.

Abang Mat betul-betul menjamu hadirin dengan pelbagai juadah. Penghujung turut dihiburkan nasyid dari kumpulan nasyid didatangkan khas dari Puchong yang juga dianggotai Abang Mat.

Kerabu perut pucuk paku rasa nak tapau bawa balik. Roti canai, rojak dan laksa hanya mampu tengok kekenyangan!

Friday, November 27, 2015

"Ala kawan mu niru Maklong !!!"



Tiba-tiba teringatkan Maklong Huduh Tukuro.

Kalau dia tengok gambar Rossi bertenggek atas motor ni mesti Maklong Huduh cakap -

"Ala kawan mu niru Maklong !!!"

Posting asal di sini 

Tuesday, June 19, 2012

Tukuroku ghebat (akan hebat)


Tukuroku ghebat (akan hebat)

‘Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak pada 14 Jun 2012 telah melancarkan pelan pembangunan Pekan Ijok.

Terbaru pada 17 Jun 2012, YAB Tan Seri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan RM2.5 juta peruntukan untuk menaik taraf padang astaka ke sebuah stadium baru.

Ghebat Tukuroku – buat masa ini akan hebat! Moga-moga hebat betul dan bukan kerana PRU sudah berbau!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Monday, January 09, 2012

Sungai Sempeneh



Sungai Sempeneh

Masih lagi dalam project house keeping tahun baru, aku terjumpa gambar-gambar Sungai Sempeneh di Batu Kurau. Sudah tak ingat bila kali terakhir aku mandi sungai dan langsung tak ingat bila kali terakhir aku mandi di Sungai Sempeneh ini.

Sabtu lepas rancangan ke Karai terpaksa dibatalkan kerana anak jantan aku seorang itu ada gotong-royong mengecat sekolah. Tak pasti lagi hendak ke mana Sabtu ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, January 03, 2012

Karai – Jambatan Besi



Karai – Jambatan Besi

Sesiapa yang pertama-kali menaiki bas loncat (dahulu Bas Reliance- Ipoh Kuala Kangsar Green Bus) dari Kuala Kangsar ke Ipoh pasti tertanya-tanya mengapa bas ini membelok ke kiri ke satu simpang menghala ke Enggor sebaik sahaja melepasi Jambatan Iskandar.

Laluan bas ini semakin sempit hinggalah sampai ke pekan kecil Karai yang kemudiannya bas ini membuat u-turn kembali ke jalan utama menghala ke Ipoh.

Bagi mereka yang biasa ke Karai pasti mengetahui di sinilah terletak jambatan besi keretapi yang dikenali Jambatan Victoria.

Semasa kecil, aku pernah dibawa oleh orang tua aku ke Karai mengujungi rumah datuk aku sebelah ibu di sebuah kampong bernama Jamuan yang terletak di penghujung jambatan besi ini. Pengalaman berjalan kaki atau menaiki basikal di laluan sisi jambatan besi ini begitu mengujakan aku yang ketika itu berusia sekitar 5 atau 6 tahun. Selepas datuk meninggal (semasa aku darjah 1 rasanya), kami mula terputus hubungan dengan sanak-saudara di sana.

Tadi sewaktu mengemas-kini folder-folder lama dalam hard-disk, aku terjumpa kembali gambar-gambar yang aku ambil sekitar awal tahun 2005. Kini sudah ada jambatan baru menggantikan jambatan besi ini.

Cuti hujung minggu ini terasa dipanggil-panggil untuk mengunjungi semula jambatan besi ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/










Jambatan Victoria

Jambatan keretapi ini disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor, Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap serta dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer, Divisional Engineer dan C.RHanson.

Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.

Sumber: http://www.mpkkpk.gov.my/victoria