Showing posts with label Orang Kecil (Remaja). Show all posts
Showing posts with label Orang Kecil (Remaja). Show all posts
Wednesday, March 09, 2016
Wednesday, November 18, 2015
Saturday, October 03, 2015
Kembali ke sekolah
Kembali ke sekolah
Sabtu 3 Okt 2015
Berkongsi pentas dengan Prof Dr Hj Ismail Abustan, USM dan Shamsul Anuar, Mimos GM (sama-sama SIS Batch8084) serta ramai lagi (Zul Azit, Mat Isa, Aziz Musa, Haizam, Che Azhar, Dato Rahman, Syed Salim, Daud, dan Hosn), kembali ke sekolah untuk pecutan terakhir dan motivasi pelajar SPM
Labels:
Ipoh Bandar ke 2 ku,
Orang Kecil (Remaja)
Sunday, August 30, 2015
Hujan yang menyindir!
Hujan yang menyindir!
Di era mid to end 80s, hujan lebat bagaikan sahabat karibku.
Kalau di atas tarmac jalan kering biasanya aku tertinggal di belakang terutama
kepada si full throttle yang jarum spedo motosikal masing-masing melebihi 200
kmj.
Tetapi di dalam hujan lebat entah dimana aku dirasuk sentiasa di
hadapan.
Hujan yang sentiasa ku tunggu dulu sudah menyindir ku sekarang.
Throttle sudah takut untuk dipulas.
Rintikannya
sahaja kini boleh membaringkan aku sehari dua.
Bunga Telur @ Telur Rebus Kenduri Kahwin
Bunga Telur @ Telur Rebus Kenduri Kahwin
Dua hari ini sudah sudah beberapa biji Telur Rebus
Kenduri Kahwin yang dibawa pulang ke rumah. Itupun ada rumah kenduri kini
meggantikan Telur Rebus dengan Gula-gula.
Teringat masa kecil dahulu, emak akan mengumpulkan
telur-telur yang diperolehi. Biasanya keesokan atau ketulatan hari, emak akan
masak menu Telur Sambal. Jadilah semata lagi lauk untuk kami sekeluarga.
Teringat masa kecil, bapa setiap kali beli bungkus Pasembur
atau Mee Rebus, mesti diordernya tanpa Telur Rebus. Sekurang-kurang sudah jimat
beberapa sen.
Teringat masa mid to end 80s era bujang di Jalan Bangsar,
menu harian makan malam ialah Nasi Goreng. Lauk tambahan Telur Goreng Mata
adalah indicator pocket! Kalau tambah Telur Mata, makna pocket masih tebal.
kalau Nasi Goreng biasa faham-faham le! Walaupun Makcik Gemuk Gerai sebelah
Balai Riong itu dengan senang hati kami "makan tulis dulu", indicator
ini tetap diamalkan.
Riuhlah masa nak bayar bila Makcik Gemuk akan bersuara
kuat - "Ina tolong kira meja depan, abang yang cermin mata tak ada telur,
abang yang pakai jaket tu ada telor".
Tersipu-sipu anak dara Makcik Gemuk ini!
Labels:
Keluarga,
Kenangan,
Makan-makan,
Orang Kecil (Remaja)
Friday, August 28, 2015
Sarjan Hassan Boyfriend Sebelah Rumah!
Sarjan Hassan Boyfriend Sebelah Rumah!
Setiapkali filem Sarjan Hassan ditayangkan, emak akan
mengingatkan tentang hasrat saya ketika kecil dahulu yang merengek minta
ditukarkan nama kepada Hassan.
Ketika itu, 1974 saya baru berumur 7 tahun dan pertama
kali menyaksikan filem Sarjan Hassan ini di rumah kami d Berek Askar Selino
Lane, Jalan Kamunting Lama. Masih teringat lagi filem ini ditayangkan pada hari
Jumaat malam Sabtu. Keesokan paginya awal-awal lagi saya sudah buat hal meminta
agar mama saya ditukar.
Adakah kerana saya bersemangat patriotic kerika itu? Lebih-lebih
suasana sekeliling saya ketika itu adalah ketenteraan.
Filem Sarjan Hassan (1958) jauh lebih awal dari series
film Rambo iaitu First Blood (1982), Rambo: First Blood Part II (1985), Rambo
III (1988), dan Rambo (2008).
Tetapi mengapa Sarjan Hassan tiada sequels nya? Penerbit
tiada idea? Atau tiada skrip?
Atau Sarjan Hassan hanya tahu melawan Jepun? Sarjan Hassan
tidak tahu melawan pihak lain seperti mereka yang merampas tanah di kpg beliau?
Atau tidak mampu melawan ahli politik yang korup?
Atau LPF tidak akan meluluskn kisah Sarjan Hassan yang
mengamuk mempertahankan kebenaran di Chow Kit? Atau di Low Yat umpamanya?
Dulu pernah juga berharap Dato Rahim Razali menghasilkan
sequels Sarjan Hassan ala Filem Pemburu (Ahmad Yatim) di tahun 1982. Kini hanya
tinggal harapan shj sementelah comeback Dato Rahim merundumkan dirinya sendiri.
Sebagai contoh penampilannya dlm siri TV Bercakap dgn Jin Tamar Jalis begitu
mengecewakan saya.
Drama Mak Cun lagi meloyakan saya! Maaf Dato.
Jgnlah selepas ini pula ada filem Suamiku Sarjan Hassan
atau Sarjan Hassan Boyfriend Sebelah Rumah!
Labels:
Anda prihatin?,
Filem,
Keluarga,
Orang Kecil (Remaja)
Sunday, August 23, 2015
Roti Sandwich cicah Kuah Gulai
Sudah lama tak berkudapan petang Roti Sandwich cicah Kuah Gulai
Kecik-kecik dulu Mak bubuh gula sedikit dlm kuah gulai tu.
Labels:
Keluarga,
Kenangan,
Makan-makan,
Orang Kecil (Remaja)
Mat Som, A Latiff Mohidin & A. Ghafar Ibrahim
Mat Som, A Latiff Mohidin & A. Ghafar Ibrahim
Antara sajak yang aku hayati semasa zaman gelandangan aku
di KL mid 80s dahulu ialah Songsang, A.
Latiff Mohidin (1997) dan Tak Tun, A, Ghafar Ibrahim (1978). Tidak ketinggalan juga
beberapa sajak Pyanhabib.
Malah sajak-sajak sebegini mula memenuhi buku catatan aku
semasa Form IV dan V (1984 & 1984) walaupun aku dalam Science Stream.
Adakah aku tersilap memilih bidang pengajian? Tiada erti
kesal pada aku. Malah tiada langsung keinginan aku untuk kembali ke masa dahulu
sama sekali.
Wednesday, August 12, 2015
Buku vs Media Social
Buku vs Media Social
Gaji RM 380.00 sebulan,
peruntukan sebuah buku sebulan
Semasa mula bekerja di kilang
tayar di Taiping pada tahun 1989, gaji saya hanya RM 340.00 sebulan dan selepas
tiga bulan dinaikkan menjadi RM 380.00.
Selepas enam bulan bekerja, saya
berpindah dari rumah emak saya dan menyewa bersama rakan berkongsi sewa rumah
RM 100.00 seorang.
Dengan gaji sebanyak itu saya
masih dapat memperuntukan sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan terutama
novel. Pilihan saya ketika itu ialah novel-novel keluaran Creative Enterprise yang
terkenal dengan majalah Gila-Gila mereka.
Creative Enterprise merupakan
penerbit novel yang aktif sekitar 80an dan 90an. Antara yang aktf berkarya
ketika itu di bawah terbitan Cretive Enterprise ialah Abdul Talib Hassan, Abdul
Rahim Awang, A. Samad Ismail dan beberapa penulis lagi. Malah saya ada juga
karya Malungun, Misyar (Meor Syariman Hassan), Adi Al-Hadi, Elias Hj. Idris dan
banyak lagi.
(Ramai yang menyangka Ramlee
Awang Murshid sebagai Raja Novel Penyiasatan, tetapi saya rasa Abdul Talib
Hassan dan Abdul Rahim Awang adalah pelopornya).
Terbaru Ujang akan membuat
come-back dalam penerbitan Gila-Gila bersama-sama rakan-rakannya dahulu. Adakah
penulis-penulis ini akan membuat comeback juga? Mampukah mereka bersaing dengan
media masa dan media social yang ada sekarang ini?
Sunday, February 01, 2015
Structured macam “ayah yang ku benci”!
Structured macam “ayah yang ku benci”!
Ada 8 posting bertajuk “Ayah yang ku benci” dalam blog
OKOB aku.
Ya, itu kisah benar antara bapak dengan aku, anak
lelakinya. Bapak sekarang terlantar di atas katil semenjak hampir 3 tahun yang
lepas. Syukur emak masih sihat untuk menjaga bapak sambil dibantu oleh seorang
pakcik dan tok saudara aku.
Bapak memang “structured” dan aku mewarisi sifat (harta
atau saka?) “structured” ini. Terima kasih kepada seorang Prof (dalam bidang Psikologi)
yang mengelar aku dan memperkenalkan istilah “structured” ini kepada aku sekitar
tahun 2006/2007.
Pernah aku berpeluang berkongsi kisah bapak ini dengan
pihak pengurusan tertinggi AMDB. Malah selepas itu aku telah dijemput beberapa
kali untuk berkongsi kisah bapak ini dengan pekerja-pekerja mereka semasa
jamuan makan malam sempena Hari Bapa anjuran AMDB ini.
Berberapa hari lepas ini aku terjumpa semula elemen-elemen
“structured” pada anak-anak orang lain. Mulanya hanya terpandang susunan
kasut-kasut milik kaki anak-anak kecil pra-sekolah. Ada di antaranya bertanda
dengan nama masing-masing. Serta-merta mengingatkan aku kepada bapak.
Perasaan ingin tahu terus menular. Di antara hampir 30
orang anak-anak kecil ini rupa-rupanya terdapat seorang yang memiliki ayah yang
“structured”.
Aku membelek kotak pensil dan kotak pensil warnanya. Semuanya
bertanda dengan nama anak kecil ini. Kecuali pengasah pensil ! Terus aku
menandanya. Mungkin ayahnya terlepas pandang.
Tiba-tiba aku teringat tiada ternampak namanya di antara
kasut-kasut yang tersusun di atas rak.
Rupa-rupanya kasut milik anak kecil ini mempunya tanda
nama khas yang bersulam.
Bapak tidaklah sampai menyediakan tanda nama yang
bersulam untuk aku. Tetapi memang aku ada menyediakan tanda bersulam ini untuk
anak lelaki aku! Malah hampir kesemua 200 caps motorsport (rasanya lebih) koleksi
aku ada sulaman nama anak aku. Turut tersulam nama ini pada kemeja motorsport
anak aku kertika itu.
Leka membelek sifat “structured” pada anak kecil ini,
isteri aku memberitahu – ibu dia yang buat semua itu. Ibunya anggota Penjara
Pulau Pinang.
Sama seperti bapak, seorang askar, sifat “structured” ini
adalah elemen disiplin )biasanya anggota beruniform) malah bergabung degan
element safety (OSH), housekeeping (5S) dan yang berkaitan seperti mana menjadi
teras pekerjaan aku sekarang ini.
Terima kasih bapak.
Link kepada posting asal – Ayah yang ku benci di sini.
Nota kecil – Cuma bapak lagi “super stuctured”, aku tidak
menjumpai mana-mana tanda nama pada anak kecil ini untuk baju, seluar dan sapu
tangannya. Bapak memastikan semuanya itu ada tanda nama aku! Malah lagi hebat di
mana pembaris milik aku diikat benang ke beg sekolah !
Wednesday, September 17, 2014
Getah Posman
Getah Posman
Hujung tahun 70an, getah
bulat besar ini sememangnya ditunggu-tunggu aku setiap kali melintasnya Pakcik
Rani, posman berbasikal di kampung aku ini.
Kadang-kadang (sebenarnya
kebiasannya) tiada surat pun yang diterima. Aku tanpa malu-segan akan menghulurkan
tangan kepada Pakcik Rani.
Walaupun tanpa sepatah suara,
Pakcik Rani tahu apa yang aku inginkan. Biasanya dia tidak menghampakan dengan
memberikan aku seutas getah bulat besar ini.
Ketika remaja, aku pernah
menjelajah pekan Taiping mencari kedai yang menjual getah bulat besar. Hampa
bila dimaklumkan tiada yang menjualnya.
Hari ini aku menerima sebeban
surat yang diikat dengan getah bulat besar ini.
Inilah alat permainan aku
semasa kecil sehingga belasan tahun. Pakcik Rani (arwah) bagaikan “Santa claus”
pada aku dengan basikal ada begnya, cuma dia tidak berjambang sahaja.
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Wednesday, August 27, 2014
Kenangan sesat di Tangkak bersama arwah MYB (1988)
Kenangan sesat di Tangkak bersama arwah MYB (1988)
Ini adalah motor company Suzuki GS550 new old stock (motor pameran) yang agak lama saya guna semasa di Roda-Roda. Dulu saya pakai "abang" sekarang pakai "adik" The Sojer GT250C aja.
Jutaan terima kasih Wadisham Wahab yg posting gambar ini. Koleksi RR saya hilang semasa pindah rumah.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Labels:
Kenangan,
Motorsports,
Orang Kecil (Remaja)
Saturday, January 25, 2014
Aku nombor 3?
Aku nombor 3?
Minggu lepas aku dan anak jantan aku seorang itu sengaja balik
dari Ipoh ke Taping melalui jalan lama (Sg. Siput, Kuala Kangsar & Pdg
Rengas). Tiba-tiba aku menerima satu panggilan telefon.
“Siapa ni”, tanya aku.
‘Ala Hassan! Satu sekolah rendah Long Jaafar dulu. Tak kan
tak ingat? Sharifuddin nombor satu, aku
nombor dua dan kau nombor tiga!”.
Oh! Aku memang ingat Hassan ini. Sama sekolah rendah aku
semasa tahun 1978 dan 1979 (Darjah 5 dan Darjah 6). Kami sama-sama tinggal di
Kampung Pinang, Kamunting. Aku pernah berjumpa dengannya di sebuah gerai kecil belakang
The Ship di Damansara Utama sekitar pertengahan 80an semasa aku “bergelandangan”
ketika itu.
Tapi aku tak ingatpun aku nombor tiga. Apa yang pasti nombor
satu bukan milik aku!
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Friday, May 10, 2013
Kuih Kapit @ Sepit
Kuih Kapit @ Sepit
Semalam setibanya di rumah aku di Kamunting dari Sintok ada
satu tupperware yang di dalamnya ada Kuih Kapit atau Kuih Sepit ini di atas
meja ruang dapur rumah. Tak pasti dari mana orang rumah aku seorang itu
mendapatkannya. Apa yang pasti bukan dia yang buat!
Kuih ini sekarang mudah dibeli di kedai. Ada 3-segi, ada
4-segi dan ada bergulung. Ada yang panggil Kuih Kapit, ada yang panggil Kuih
Sepit dan ada yang panggil Love Letter (Surat Cinta?)
Khabarnya dipanggil Love Letter disebabkan di dalam kuih ini
pasangan dahulu-kala menyelitkan surat cinta kepada pasangan masing-masing.
Mungkin ada kebenarannya kerana bagi aku di era awal 80an
dulu kuih ini dibeli bukan bertujuan untuk dimakan! Kami kanak-kanak ketika itu
membelinya kerana di dalam lipatan kuih ini ada kertas berlipat dan bernombor
di dalamnya! Kalau bernasih-baik nombor itu merujuk kepada duit (syiling) yang
akan dimenangi. Itulah judi tikam yang menjadi permainan kami ketika itu.
Kedai runcit Cina di Jalan Wat Siam ketika itu memang
terkenal dan popular di kalangan kanak-kanak untuk mencuba nasib.
Tiba-tiba aku merindui ais-krim tikam pula! Ada sesiapa tahu
di mana boleh dicari ais-krim ala Wheel-of-fortune (roda impian) ini?
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Labels:
Makan-makan,
Orang Kecil (Remaja),
Taiping Bandarku
Tuesday, July 24, 2012
Suara, suara, suara (Pyanhabib 1975)
Suara, suara, suara (Pyanhabib 1975)
Inilah kali pertama aku mengenali Pyanhabib dengan sajaknya yang pertama aku baca pada tahun 1979. Ketika itu aku masih di Darjah 6 dan bermulalah koleksi Pyanhabib dalam simpanan aku.
Buku rampaian berisi keratan akhbar koleksi Pyanhabib ini aku simpan sehinggalah aku kehilangannya sekitar tahun 1985 atau 1986. Malah di antara tahun itu aku pernah mengutus surat kepada Pyanhabib (beralamatkan Utusan Malaysia) memohon untuk mengikutinya mendeklamasikan sajak. Aku tidak pasti samada surat tersebut sampai ke tangan Pyanhabib atau tidak.
Kini setelah sekian lama, sajak Suara dan lain-lain menjadi koleksi aku semula.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Tuesday, June 26, 2012
Lencana sekolah 1974 - 1979
Lencana sekolah 1974 - 1979
Ada sesiapa yang boleh membantu saya mendapatkan gambar lencana sekolah (lencana asal) untuk dua buah sekolah rendah berikut iaitu;
(i) Sekolah Rendah Jalan Shaw 2, Kuala Lumpur (rasanya kini telah bertukar nama ke Sekolah Rendah Jalan Hang Tuah) dan,
(ii) Sekolah Rendah Si Rusa, Port Dickson.
Terima kasih.
lummanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Wednesday, April 04, 2012
Takziah kepada keluarga Allahyarham Yusoff Bakar @ MYB Roda-Roda
Takziah kepada keluarga Allahyarham Yusoff Bakar @ MYB Roda-Roda
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Baru sebentar tadi saya dihubungi oleh beberapa rakan memaklumkan mantan majikan saya di Bayu Enterprise, pengeluar majalah motosikal Roda-Roda telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.45 petang hari ini.
Pada saya beliau bukan sahaja sebagai seorang majikan tetapi juga seorang bapa dan abang yang bertanggungjawab membimbing saya ke alam permotoran 2 roda ini.
Dalam alam permotoran 2 roda ini terutama pada pertengahan 80an, MYB dikenali sebagai Penghulu di kalangan penunggang-penunggang superbike ketika itu. Dari kumpulan kecil di kalangan sesama staff Nestle, kumpulan ini berkembang dengan pengelibatan Motorcyclist Association of Federal Territory & Selangor, Group Daya Bumi, Group Tabung (Tabung Haji) dan sebagainya,
Lahirnya majalah Roda-Roda pada keluaran sulongnya pada November 1986 dan berkekalan sehingga hari ini dengan bermatlamatkan untuk mendidik penunggang motosikal di Malaysia adalah jasa MYB yang akan dikenang selama-lamanya.
Takziah saya kepada ahli keluarga MYB dan juga kakitangan Bayu Enterprise.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Labels:
Motorsports,
Orang Kecil (Remaja),
Penghargaan
Subscribe to:
Posts (Atom)