Perjalanan amal kemasyarakatan Taiping, Terong, Bagan
Serai, Kamunting dan Ulu Sepetang
Alhamdulillah seharian hari ini Komuniti Amal Taiping
(KaT) dijemput bersama-sama dalam dua aktiviti amal kemasyarakatan. Seawal pagi
sebuah NGO di Taiping mengajak KaT melawat Rumah Warga Emas Lelaki Aminur Ain
Ekspo Kamunting. Hasil lawatan ini NGO tersebut akan menyumbangkan kerusi roda
kepada rumah warga emas ini minggu depan.
Tengahari pula, tokoh budaya Taiping, En. Hilal Azman
menjemput kami bersama-sama sahabat beliau suami-isteri dari Kuala Lumpur membeli
sejumlah beras untuk diagih-agihkan ke rumah-rumah anak yatim dan miskin
sekitar Taiping.
Kami bermula dengan Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Hidayah Kampung Cheh, Bukit Gantang sebelum ke Rumah Anak
Yatim dan Miskin Umi Sofiah Sungai Nyior, Terung.
Kemudian kami ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Kediaman Cahaya
Ain, Bagan Serai.
Perjalanan kami diteruskan ke Asrama Anak Yatim dan Miskin
Tafiz Nur Qaseh, Kampung Perwira. Perjalanan kami hari ini berakhir di rumah kelima iaitu Rumah Anak Yatim dan Miskin
Nur Kaseh, Ulu Sepetang.
In sya Allah perjalanan kami akan bersambung minggu depan.
Hanya Dia sahaja yang mampu membalas sumbangan Hamba
Allah ini. Semoga diberkati amalan Hamba Allah
sekeluarga ini, dimurahkan rezeki, diperlihara kesihatan dan keselamatan
serta dipermudahkan-Nya segala urusan. Amin. In sya Allah, inilah doa kami dan
doa penerima-penerima sumbangan ini.
Terima kasih juga kepada En. Hilal Azman yang sudi
menjemput KaT bersama-sama dalam aktiviti amal kemasyarakatan ini.