The Good Guys and the Bad Guys
{Di Malaysia ketika ini,
siapakah Mayor Wilker? Siapakah Marshal Flag dan siapakah bekas pen jenayah
yang insaf dan baik, John Mckay?)
Semalam saya tertengok filem cowboy claasic bertajuk The Good Guys and the Bad Guys (1969). Mulanya hanya
menyangkakan ianya sebuah lagi filem cowboy yang mengisahkan marshal yang
membenteras jenayah. Rupa-rupanya filem ini sarat dengan mesej kehidupan, malah
amat sinonim dengan scenario politik masa kini, termasuklah di Malaysia.
Filem ini mengisahkan Flag (Robert
Mitchum), marshal tua di Progress yang
“dipencenkan” secara terhormat dalam suatu majlis penghargaan perkhidmatan oleh
Mayor Wilker (Martin Balsam).
(Mulanya saya menyangka Flag dilakonkan
oleh Rock Hudson terutama dagu Mitchum turut berlekuk seperti Hudson!)
Plot cerita bermula dengan Mayor Wilker
yang sedang sibuk dalam persediaan piihanraya, tidak menghiraukan permintaan
Marshal Flag untuk mengumpul penguatkuasa sebagai persediaan menghadapi
rompakan keretapi. Flag dimaklumkan oleh Grundy
(Douglas Fowley), orang tua yang membawa diri ke hutan, mengenai kelibat John McKay (George Kennedy), bekas perompak
keretapi yang termasyur tetapi telah dikatakan mati semasa rompakan terakhirnya
20 tahun dahulu.
Mayor Wilker cuba
menonjolkan dirinya seorang yang prihatin terhadap penduduk Progress tetapi
pada masa yang sama mengambil kesempatan dari penduduk di situ. Wilker membina
imejnya dengan mengusir keluar pelacur dari Progress tetapi pada masa yang sama
dia juga membuat hubungan sulit dengan seorang suri rumah, isteri kepada
pemandu keretapi, iaitu Tina Louise (yang terkenal sebagai Ginger dalam
Gilligan's Island).
Walaupun telah
dipencenkan, Flag berterusan memburu McKay. McKay sebenarnya diminta oleh
serombongan penjenayah muda yang diketuai oleh Waco (David Carradine).
Flag berjaya memberkas
McKay dengan pertolongan Grundy tetapi Mayor Wilker tidak membenarkannya
ditahan di lokap Progress. Flag membawa McKay ke rumah tumpangan Mary (Lois Nettleton), seorang wanita muda
yang menyukai Flag.
Waco dengan gerombolannya
meninjau Progress pada malam sebelum rompakan. Salah seorang pengikutnya
membuat onar di sebuah pub dan telah menembak mati (dari belakang) Grundy.
Dalam kesakitan akibat
cedera, Grundy meminta agar dia dibawa berjumpa dengan Flag. Grundy mati di pangkuan Flag. Kejadian ini
menimbulkan kemarahan McKay. Walaupun dia adalah penjenayah tetapi dia
berprinsip tidak menembak orang tanpa sebab.
Keesokan harinya semasa
Mayor Wilker meninjau depoh keretapi, dia mengesan beberapa prompak telah
memgambilaleh depoh tersebut sbagai persediaan untuk merompak keretapi.
(Dalam perjalanan ke depoh,
Wilker terserempak dengan beberapa kanak-kanak yang inginkan kepastian bilakah
pembunuh Grundy akan digantung. Menarik scene ini apabila seorang kanak-kanak
itu mengingatkan Wilker supaya memgambil tindakan. Jika tidak, mereka
(anak-anak ini) tidak akan mengundinya)
Wilker kemudiannya meminta
bantuan Flag. Flag bersetuju dan dan McKay juga bersetuju membantunya. Pada
masa ini Wilker sudah membayangkan dia akan pasti menjadi tumpuan media dan
orang ramai jika perompak keretapi itu ditangkap kelak.
Plot seterusnya berkaitan
dengan usaha Flag dan McKay menghalang rompakan dan usaha mereka berjaya.
Wilker juga didendangkan
sebagai wira malah ada yang membayangkan beliau akan dipilih menjadi Gabenor.
Menariknya ucapan Wilker apabila dia “merendah diriz”, menyerahkan keputusaan
kepada rakyat yang akan mengundinya sama ada sebagai Mayor atau Gabenor.
Kilmaks filem ini ialah
Flag masih mengari McKay untuk diserahkan kepada pihak berkuasa. Flag juga
yakin hukuman McKay untuk jenayah yang dilakukannya 20 tahun yang akan dikurangkan
sementelah membantu beliau menggagalkan rompakan keretapi yang terbaru.
Di Malaysia ketika ini,
siapakah Mayor Wilker? Siapakah Marshal Flag dan siapakah bekas pe jenayah yang
insaf dan baik, John Mckay?
Dalam filem ini juga
terjawab apakah pekerjaan yang tertua kedua lamanya di dunia? Pengamal filem,
Hishamuddin Rais sudah acap kali dalam tulisannya menyentuh pekerjaan yang
paling tertua di dunia ini,
Agak menariknya juga,
artis Tina Louise yang hanya memegang watak tempelan
dalam filem ini tetapi imej sexy nya ditinjolkan di dalam setiap poster promosi
filem ini.
Banyak yang boleh dipelajari dari file mini.
Saya juga tertanya-tanya jika ada mana-mana prodesur filem yang sanggup
mengadaptasi plot cerita ini ke genre filem atau drama. Jangan guna tajuk dan
plot Suamiku Perompak Bank pula sudahlah!
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com