Monday, March 30, 2015

Matahari Jatuh, Wet Market, Grilled Seafood dan Kudapan di Pasar Philippines, Kota Kinabalu



































Matahari Jatuh, Wet Market, Grilled Seafood dan Kudapan di Pasar Philippines, Kota Kinabalu

Kalau berperluang di Kota Kinabalu, Pasar Philippines adalah tempat mesti dikunjungi.

Antara sebabnya ialah melihat matahari jatuh, wet market, Grilled Seafood dan kudapan sebagai cenderahati bawa pulang. Ada juga Pasar Cenderahati yang hanya optional pada saya!

Wet Marketnya masih “berlecak” sesuai dengan namanya! Kunjungan terbaru ini begitu mengujakan terutama didesak-rayu penjual agar membeli Sotong yang berharga hanya RM 1.00 sekilo !

Kawasan Grilled Seafoodnya ada penambahbaikan tetapi faktor hygiene masih boleh diragui lagi!

Keesokan harinya kami berpeluang ke Tanjung Aru tetapi tidak berpeluang nelihat matahari jatuh. Kunjungan pertama selepas makan tengahari di Kepayan sekitar 2.00 petang. Manakala kunjungan edua ialah semasa makan malam sekitar 8.00 malam sebelum menaiki kapal terbang ke Kuching pula.

Melihat matahari jatuh di Tanjung Aru pasti jadi agenda mesti pada kunjungan akan datang ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blospot.com

Nasi Lalap di The Warung, Kapayan















Nasi Lalap di The Warung, Kapayan

Sepupu saya di Kota Kinabalu membawa saya mencuba Nasi Lalap di The Warung, Koperasi Kapatan Berhad, Kapayan.

Warung kecil ini padat dengan pelanggan, malah kami terpaksa menunggu seketika untuk ditempatkan di meja yang kosong.

Menu yang kami cuba ialah Nasi Lalap, Nasi Goreng Lalap dan Watan Hor Seafood.

Ayam Goreng Panas untuk Nasi Lalap ini memang terbaik tetapi saya lebih teruja dengan Gorengan Tauhu dan Tempenya yang ranggup! Juga tersedia keropok ala Keropok Murni.

Sambalnya yang melengkapkan set Nasi Lalap ini.

Tersedia dengan tiga sediaan iaitu Ayam, Daging atau Seafood, kami memilih Watan Hor Seafood yang juga tidak mengecewakan selera kami.

Kunjungan akan datang, saya akan Nasi Uduk Ayam Penyek pula.

Kedai kecil yang telah lama beroperasi ini juga menyediakan juadah makan tengahari dengan yang ringkas sahaja. Menu lain yang terkenal di sini ialah Ayam Goreng dengan Sambal Specialnya.

Hanya jauhari mengenal manikan. Hanya penduduk tempatan yang arif segalanya!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blospot.com

Sunday, March 29, 2015

Sup Urat + Sup Perut di Kosan, Tuaran, Sabah









Sup Urat + Sup Perut di Kosan, Tuaran, Sabah

Jika berlibur, dengan bantuan penduduk tempatan bukan sahaja banyak tempat menarik boleh dijengah tetapi makanan yang sedap juga dapat dinikmati.

Kunjungan saya ke Kota Kinabalu dua hari lepas, membolehkan saya mencuba Sup Urat yang sememangnya menjadi pilihan saya.

Kebetulan turut dijual beberapa sup lain dan saya memilih untuk dicampur dengan Perut.

Sup di sini disediakan dengan campuran Kobis. Saya memilih untuk dimakan dengan Nasi Puteh walaupun disyorkan dimakan dengan Bakso.

Kunjungan akan datang, saya akan cuba Bakso pula.

Kedai kecil yang telah lama beroperasi ini juga menyediakan juadah makan tengahari dengan yang ringkas sahaja. Menu lain yang terkenal di sini ialah Ayam Goreng dengan Sambal Specialnya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blospot.com