Monday, December 21, 2015

R&R Mekah - Madinah



R&R Mekah - Madinah

Dalam kegelapan malam menjelang magrib dari Mekah ke Madinah, kami singgah di sebuah hentian rehat (R&R ?) cuma ada sebuah masjid dan sebuah kedai makan.

Ini makanan juadah kami selepas Solat Magrib, Nasi Arab, ayam sebelah dan dua ekor ikan goreng untuk dimakan empat orang.

Sampai sekarang saya tidak tahu nama hentian rehat ini.

Sunday, December 20, 2015

Tips berkampung dalam Masjidl Haram semasa hari Jumaat









Tips berkampung dalam Masjidl Haram semasa hari Jumaat

Tips semasa umrah dari sahabat-sahabat yang saya amat-amat hargai ialah "berkampung" dalam Masjidil Haram mulai tengah malam Jumaat.

Mulakan dengan Tawaf Sunat sebelum Subuh Jumaat. rebut peluang Solat Subuh di hadapan Kaabah. Manfaatkan amalan sunat-sunat lain selepas Solat Subuh. Tidak perlu balik hotel. 

Selepas Solat Dhuha boleh menjamu selera di bangunan Hotel Safwa (food court tingkat 7) atau di sebelahnya  Tower Royal Clock All Baik Mall @ Zam-zam Tower (food court tingkat 3).

Satu set makanan (nasi dan roti) boleh kongsi tiga orang. Besar portionya.

Segera kembali ke Masjidil Haram seawal mungkin untuk Kuthbah Jumaat. Guna kemudan tandas sebelum masuk masjid.

Alhamdulillah

Friday, December 18, 2015

Semuanya haram di Mekah


Semuanya haram di Mekah

Hanya ini yang dibeli untuk anak-anak tahfiz ku. Bila minta tawar, Pak Sheikh penjual tepi Masjidil Haram acah-acah nak pukul kakiku dengan kayu sugi yang panjang sambil sebut - haram-haram!

Mutawif memang sudah pesan, itu sahajalah alasan Pak Sheikh ini tak mahu bagi tawar. Kalau kita balas dengan "haram jadah" pun dia mesti senyum !

Thursday, December 17, 2015

Felda D'salji di Mekah





Felda D'salji di Mekah

Terima kasih lepada ramai yang mengesyorkan saya mencuba juadah di D'salji (milik Felda) di bangunan Hotel Safwa (food court tingkat 7) sebelah Tower Royal Clock All Baik Mall atau lebih dikenali Zam-zam Tower. 

Sebelumnya saya termasuk dan terpergi tingkat 3 Zam-zam Tower yang tidak kurang hebatnya food court di sini.

Bagaimanapun saya terlepas mencuba Roti Canai di D'saji, hanya berpeluang Briayani Kambing dan Ayam

Monday, December 07, 2015

Program Berkongsi Rezeki Sepanjang Disember 2015







Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) 

Alhamdulillah untuk sepanjang bulan Disember 2015 ini, KaT sudah mendapat pengesahan dari penyumbang untuk berkongsi rezeki setiap hari Khamis (juadah buka puasa/makan malam) dan Ahad (juadah sarapan)

In sya Allah anak-anak yatim/tahfiz dan warga emas penghuni 4 buah rumah ini mendoakan mereka sekelurga dipermudahkan-Nya semasa menunaikan umrah, diperlihara-Nya kesihatan dan dijagai-Nya keselamatan serta diberkati-Nya amalan mereka.

Program ini telah bermula dari awal Januari 2015. Bergantung kepada kemampuan dari sumbangan, program ini diadakan pada setiap hari Khamis dan Ahad.. Setakat ini 4 buah rumah amal yang terlibat iaitu.

(i). Asrama Tahfiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir Bt 4 Kmtg x 35 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai x 15 penghuni *
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni, dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 15 penghuni
Jumlah semua penghuni untuk 4 buah rumah ini ialah 90 orang. * Bagaimanapun penghuni Kediaman Cahaya Ain sekarang sedang bercuti dan pulang ke rumah keluarga dan waris masing-masing.

Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) En Roslan, Asrama Tahfiz Kpg Pasir Bt 4, Kamunting 012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564 
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021 

*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO

Sunday, December 06, 2015

Mengapa saya menulis?





Mengapa saya menulis?

Samada menulis dalam fb (facebooker) atau blog (blogger), saya memang minat menulis. Setakat ini saya ada 1 akaun FB (nama penuh saya Lukman Wan Mat Daud), 2 akaun blog iaitu OSH THE JOURNEY dan ORANG KECIL ORANG BESAR,

OSH The Journey (OTJ) merupakan blog khusus mengenai OSH dan seumpamanya. Blog Orang Kecil Orang Besar (OKOB) adalah blog santai. Manakala fb saya adalah gabungan 2 blog ini.

Selain minat menulis saya minat berkongsi maklumat dan pengetahuan. Dalam blog OTJ saya berkongsi perkara berkaitan OSH dan seumpamanya, Bukan niat untuk menunjuk pandai ataupun untuk mempromosikan diri saya dan juga latihan-latihan yang saya kendalikan.

FB saya pula berkisah terhadap perkara OSH dan seumpamanya, tentang kerja amal, tentang pengembaraan saya, tentang 2 roda (motosikal dan basikal) dan tentang makanan. “Mungkin” sekali-sekala termasuk coretan kritikan social.

Tentang kerja amal semata-mata untuk mengalakkan “pembaca” jika ada yang sudi membaca agar menyumbang. Bukan semestinya kepada program kami Komuniti Amal Taiping (KaT) anjurkan malah kepada sesiapa sahaja yang layak menerimanya.  Tiada niat untuk membangga dan kami sentiasa mendoakan agar dijauhkan riak.

Alhamdulillah dari masa ke semasa ada sahaja media massa bercetak malah elektronik dan juga media social merujuk penulisan saya dan menyiarkannya kembali di media mereka. Ada juga yang saya terkilan kerana penulisan saya tidakdirujuk sepenuhnya dan dibuat kesimpulan yang lari dari penulisan asal.

Kepada mereka yang ingin berkongsi (share) dan sebagainya, dipersilakan. Tidak perlu minta izin. Pada saya, kalau saya sudah bersedia berkongsi di media, maknanya saya sudah bersedia untuk berkongsi oleh dengan orang ramai.

Saya mula berkongsi makluman sebegini semenjak awal 2008 lagi. Apa yang kongsi adalah berdasarkan pengetahuan (apa yang saya pelajari) dan pengalaman (apa yang saya lalui). Boleh rujuk disclaimer ini pada sudut bawah blog OTJ saya bertarikh 25 Jun 2007 iaitu di blog pertama saya The Journey yang menggunakan platform UUM.

Malah saya juga sering mengesyorkan agar dirujuk seterusnya kepada mereka yang lebih arif dan alim dari saya terutama perkara-perkara di luar jangkauan saya.

Apapun saya bertanggungjawab terhadap penulisan saya. Saya boleh dan mudah dihubungi. Cuma saya mohon baca sepenuhnya dahulu penulisan saya sebelum membuat kesimpulan.

Terima kasih

Lukman Bin Wan Mat Daud

019 558 2626

Saturday, December 05, 2015

Sarapan di Ramly Burger RnR Gunung Semanggol












Sarapan di Ramly Burger RnR Gunung Semanggol

Alhamdulillah kini ada pilihan tanpa was-was. Burger Ramly RnR Semanggol/Bukit Merah sebelah Selatan.

Pakej sarapan tersedia sepanjang masa operasi 10am - 9pm. 

Croissant Chicken yang lazat berserta salad dan roti yang lembut. Diiringi Potato Chips dan White Coffee

Sunday, November 29, 2015

Berkongsi rezeki sempena berpeluang mengerjakan umrah







Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT)

Alhamdulillah pada Jumaat 5 Disember 2015 ini ada Hamba Allah yang ingin berkongsi rezeki dengan 90 orang penghuni  4 buah rumah amal kelolaan KaT ini sempena permergian Hamba Allah ini sekeluarga menunaikan umrah pada pertengahan Disember nanti. Juadah yang ingin dikongsi bersama ialah

       Nasi Puteh
       Ayam Masak Lemak
       Ikan Goreng
       Sayur Campur
       Ulam Timun
       Sambal Belacan
       Buah Tembikai

Hamba Allah ini memohon agar anak-anak dan warga emas penghuni 4 buah rumah ini mendoakan mereka sekelurga dipermudahkan-Nya semasa menunaikan umrah, diperlihara-Nya kesihatan dan dijagai-Nya keselamatan serta diberkati-Nya amalan mereka.

Program ini telah bermula dari awal Januari 2015. Bergantung kepada kemampuan dari sumbangan, program ini diadakan pada setiap hari Khamis dan Ahad.. Setakat ini 4 buah rumah amal yang terlibat iaitu.

(i). Asrama Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir Bt 4 Kmtg x 35 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai x 15 penghuni *
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni, dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 15 penghuni
                                     
Jumlah semua penghuni untuk 4 buah rumah ini ialah 90 orang

Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Pasir Bt 4, Kamunting 012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021

*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO



Saturday, November 28, 2015

DIY Tray Kabinet







DIY Tray Kabinet

Berikan aku (i) kotak, (ii) pisau potong kertas, (iii) masking tape, (iv) maker, dan (v) pembaris. Gunting optional untuk touching.

Siap satu project DIY 5S. petang tadi. 40 minit.

Setiap kali masuk pejabat baru atau rumah baru, inilah yang dibuat dahulu. Tak payah beli Tray Ekea.

Malah rumah mak, mertua dan rumah sendiri, tray kabiner dabut untuk sudu garpu senduk dan  pisau juga home made DIY macam ini.

Pejabat baru mungkin sudah tiada tapi rumah baru belum tahu lagi!

Friday, November 27, 2015

"Ala kawan mu niru Maklong !!!"



Tiba-tiba teringatkan Maklong Huduh Tukuro.

Kalau dia tengok gambar Rossi bertenggek atas motor ni mesti Maklong Huduh cakap -

"Ala kawan mu niru Maklong !!!"

Posting asal di sini